tag:blogger.com,1999:blog-70492842733095523032023-11-03T20:04:46.084+08:00Time To ChangeAnother Malaysia is PossibleAhmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comBlogger575125tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-24683126079026804602022-11-20T21:35:00.004+08:002022-11-20T21:35:59.497+08:00Jongkang-jongket Politik MalaysiaCoretan ini dibuat sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 selesai, namun begitu keputusan mengenai siapakah dan apakah gabungan kerajaan pusat yang akan dibentuk, masih belum tuntas. Kira-kiranya, semua parti yang bertanding, sedang dalam proses mengejar sokongan, agar pilihan gabungan masing-masing mencukupi angka majoriti mudah iaitu 112 kerusi.

Melihat ‘perang’ nombor ini menerbitkan perasaan déjà vu, mengingatkan kembali kepada episod jongkang-jongket politik Malaysia selepas Langkah Sheraton—terbentuknya kerajaan baharu gabungan BERSATU, PAS dan UMNO, kemudian tumbangnya Muhyiddin, berlakunya ‘perang’ nombor’ yang kemudiannya menyaksikan kerusi Perdana Menteri jatuh kepada Ismail Sabri (pun dengan gabungan yang sama).

Kita semua di bawah, hanya mampu menonton, bercakaran dalam media sosial, berbalas makian. Sedang mereka di atas, kekal seronok dengan segala macam scheme of things. Bala bertambah apabila COVID-19 melanda, menibai segenap segi kemanusiaan. Lagi memberi bala kepada umat manusia di Malaysia, apabila saat tersebut kepimpinan berada di tangan-tangan mereka yang tidak mempunyai hala tuju, idea, cara penyelesaian, pemikiran kritis, yang boleh memandu negara seanteronya menempuhi ruang kecelakaan tersebut.

Walhasil, jongkang-jongket ini berterusan. Kekiniannya, seusai PRU15, jongkang-jongket ini kelihatan berterusan. Mungkinlah, kalau ada sedikit rasa penyedap hati, adalah dengan terwartanya akta anti lompat parti. Barangkalinya, ini boleh jadi semacam pelindung—kalaupun tidak banyak.

Jongkang-jongket ini, kalau dilihat daripada gelas separa-penuh, kita boleh duduk bertenang dan mengacungkan rasa optimis bahawa inilah proses demokrasi untuk mematangkan negara-bangsa bernama Malaysia. Namun demikian, kita juga tidak mampu untuk membohongi diri sendiri, sementelah kita tahu tempoh setahun ke depan, ranah ini akan berdepan dengan gejolak ekonomi yang membimbangkan. Jika gabungan yang membentuk kerajaan pusat (dalam tempoh 2-3 hari ini) adalah dalam kalangan mereka yang ‘jadong’, apakah ranah ini berupaya mendepani gejolak tersebut?

Mungkin pada akhirnya, kita hanya mampu berserah kepada Tuhan sang pemilik alam ini. Atau, kita punya pilihan yang lain?
Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-49573823089039472622022-07-03T15:26:00.004+08:002022-10-26T18:38:06.510+08:00Mengkritik Filem (atau Sebarang Unsur Budaya)Jika kritikan (kritik filem, kritik buku, kritik makanan, kritik teater, dan bermacam lagi bentuk kritikan—pada erti kata kritikan yang sebenar, kritis, ada wibawa) disekat, atau dibuli, atau tidak dibuka peluang, malah lebih teruk terus diancam, bagaimana mungkin sebuah "kebangkitan" boleh berlaku?

Kita perhatikan, sebermula tayangan Mat Kilau, semacam suatu kesalahan jika sesiapa mengajukan kritikan terhadap filem tersebut. Walhasil, kritikan tersebut berfungsi sama dalam pembinaan budaya, sebagaimana terhidangnya sesuatu filem tersebut jua. Jika tiada kritikan, atau fungsi ini dimatikan, tidak akan mungkin sesuatu budaya itu boleh mekar, atau dalam slanga sekarang, boleh berkembang sebagaimana yang kita saksikan di bumi Korea Selatan.

Sewaktu bertemu dengan Hishamuddin Rais dan Adman Salleh hujung minggu lepas, mereka berbual panjang soal pendemokrasian penghasilan filem dan kesannya terhadap kualiti filem yang terhasil. Benarnya begitu, apa yang terpapar di sekitar kita sekarang adalah "mediocrity". Hal ini tidak lain dan tidak bukan terhasil akibat kurangnya budaya kritikan. Malah hampir tiada. Seperti yang disebut tadi, acap kalinya ia disekat dan dilarang mengkritik.

Saya melihat gejala ini (sedang) berlaku dalam gembar-gembur manusia bercakap darihal filem Mat Kilau. Rugilah jika kita menyekat dan menghalang kritikan yang terhambur itu, baik yang lewah mahupun yang kritis. Raikanlah, kerana kritik akan menjadikan sesuatu unsur budaya itu makin kukuh dan berkembang. Mungkin, dari situlah, "kebangkitan" boleh terjadi.
Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-22111385931258856722021-10-05T13:33:00.002+08:002021-10-05T13:33:29.642+08:00Abdul Azim
Menerima berita pemergian seseorang yang kita kenal, yang ada memori bersama, tidak-lah suatu yang menyenangkan. Pagi ini menerima berita pemergian seorang teman sepengajian di UKM, dalam usianya yang tersangat muda, menyentak dan tak terucap.

Abdul Azim, kau lebih disayangi Tuhan. Moga damai engkau di sana. Jika ada peluang, kita bertemu lagi di dunia seterusnya. Terima kasih untuk Rubik, kuih keria, Myvi putih, Jonker Walk, marathon, dan gelak ketawa engkau.

Al-Fātiḥah
Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comMalaysia4.210484 101.975766-53.045631261597528 31.663265999999993 61.46659926159753 172.288266tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-91165896310825902872019-12-25T18:19:00.020+08:002020-10-18T18:33:18.618+08:00Mendaki Gunung HitamMisi menawan puncak Gunung Hitam, adalah suatu yang tidak diduga sama sekali. Jauh dari perancangan, bahkan langsung tak terfikir kesan dan akibatnya. Kebetulan pula, trip ini jatuh pada 21 Disember, sehari selepas aku menyambut hari kelahiran ke-29. Kami berempat—aku, Azan, Koy, dan Ikram—pada mula asalnya mahu melengkapkan trip rentas Bukit Chenuang - Batu Kumbang yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Namun, misi kami terhenti apabila diberitahu oleh pengawal keselamatan di pintu masuk bahawa kami perlu mempunyai dokumen permit kebenaran mendaki.

Mengikut cerita Koy, beberapa tahun yang sudah, dia tidak memerlukan sebarang permit sewaktu melengkapkan trip yang sama. Mungkin dasar sudah berubah di peringkat Jabatan Perhutanan. Kami akur dengan saranan mereka dan berpatah pulang.

Namun, memikirkan bahawa hari masih awal pagi dan Ikram pula datang jauh dari Kuala Lumpur semata-mata untuk trip ini, kami mengambil keputusan untuk mencari mana-mana bukit atau gunung untuk didaki juga. Dari carian Google yang ringkas, kami menemui Gunung Hitam di kawasan berdekatan.

Gunung Hitam? Kami semua tiada sebarang idea bahawa tempat tersebut wujud.

Dari pintu masuk Sungai Congkak, aplikasi Google Maps menunjukkan Gunung Hitam hanya berjarak dalam 10 minit perjalanan. Kami terus bergerak ke sana, sambil mencari mana-mana kisah kumpulan pendaki sebelum ini yang pernah ke puncak yang sama. Ya, ada beberapa kumpulan pernah sampai ke puncak Gunung Hitam. Sefaham kami, laluan Gunung Hitam kurang popular dalam kalangan rakan-rakan pendaki. Mungkin kerana faktor puncak Gunung Hitam tidak menawarkan pemandangan puncak yang cantik.

Lebih kurang jam 10 pagi, kami memulakan perjalanan masuk dari jalan besar tempat parkir kereta, menuruti jalan kampung bersebelahan dengan restoran tepi tasik. Perjalanan jalan kampung tersebut memakan masa lebih kurang 30 minit, melewati dusun-dusun buah dan beberapa rumah kediaman sebelum bertemu dengan pintu masuk ke Gunung Hitam.

Oh, lupa untuk aku ceritakan serba sedikit "keadaan fizikal" kami berempat. Masing-masing punya pengalaman mendaki adalah kisah bertahun yang sudah. Aku sendiri, pendakian terakhir adalah tahun 2018 sekitar September, iaitu trip ke Kinabalu. Azan katanya 10 tahun yang lepas kali terakhir mendaki Gunung Nuang, sebelum dia berkahwin dan badannya masih kurus. Koy juga lebih kurang sama, paling akhir sewaktu trip ke Laos, dia mendaki puncak Phou Bia sekitar tahun 2017. Ikram pun, ceritanya lebih kurang sama. Mudahnya, kami berempat bukanlah pendaki yang konsisten. Fitness tiada dalam kamus.

Dari pintu masuk, kami bertatih mengikut denai yang melalui dusun orang tempatan. Melintasi anak sungai sebelum sampai ke sebuah pondok kecil, semacam tempat berteduh tuan dusun tersebut. Dari pondok itu, kami menemui denai kecil untuk masuk ke dalam kawasan hutan. Di peringkat permulaan, denai dipenuhi dengan pohonan buluh. Keadaan denai pun semak samun, menjadi petunjuk jelas bahawa tiada kesan-kesan kumpulan pendaki lain yang memasuki Gunung Hitam pada hari tersebut.

15 minit pendakian, masing-masing sudah menyumpah seranah. Kami tidak menyangka, trip ini menghidangkan "Nuang". Denai Gunung Hitam, jika tidak keterlaluan, boleh dikatakan semacam Gunung Nuang. Tidak banyak laluan landai untuk berehat. Dari awal mula, kami dihidangkan dengan laluan pacak yang hampir tiada kesudahan.

Paling pantas, adalah Ikram. Aku sendiri masih mencari rentak—paling terkebelakang. Di suatu peringkat, kami bertemu dengan denai yang berbatuan besar. Sesampai di situ, Ikram kelihatan sudah tenang dengan hembusan paipnya.

Lebih kurang tiga jam pendakian, kami tiba di puncak. Azan mengadu menderita dengan sakit lutut. Masing-masing tersandar keletihan. Namun, kami tak sangka di ketinggian 1220 meter dari paras laut, atau 4026 kaki, puncak Gunung Hitam menawarkan suhu yang cukup dingin.

"Seronok juga kalau camping di sini," ujar Koy. Kami bertiga bersetuju. Dengan suhunya yang cukup dingin sekitar jam 1 tengah hari, kami boleh membayangkan betapa sejuknya suhu di kala malam menjelma. Justeru, idea memacak khemah di puncak tersebut sambil melayan tea-o panas kedengaran amat mengujakan.

Di puncak Gunung Hitam, kami mengambil masa berehat lebih kurang dua jam, untuk menyelesaikan beberapa hal seperti solat dan makan. Tidak lama selepas itu, kami mula menjejaki denai untuk turun ke pintu masuk.

Perjalanan turun sebenarnya suatu pengalaman yang agak ngeri. Untuk aku sendiri, ini mengingatkan aku kepada trip Nuang sekitar tahun 2011. Keadaan denainya yang lebih kurang sama, ditambah pula dengan keadaan fizikal aku yang "terkejut" dengan aktiviti pendakian yang mendadak sebegitu, menyebabkan perjalanan turun adalah suatu tempoh yang cukup penyeksaan.

Paling terkesan adalah Azan. Kami terpaksa beberapa kali berhenti rehat untuk memberi ruang kepada Azan bertenang dengan kesakitan pada lututnya. Masalah lutut Azan berpunca dari gout. Dengan darjah pendakian seumpama Gunung Hitam, masalah gout pada lutut Azan makin menjadi-jadi. Denai turun pula seolah-olah tiada belas kasihan langsung. Kami semua menjangkakan, jika keadaan begini berterusan, kami akan keluar dari pintu masuk Gunung Hitam sewaktu hari sudah lewat malam.

Mungkin ditekan dengan kebimbangan begini, menyebabkan Azan tekad bangkit dan menonong turun tanpa menghiraukan lagi kesakitan pada lututnya. Kami semua mempercepatkan langkah untuk keluar dari hutan, mengejar masa sebolehnya tiba di pondok dusun tersebut di kala hari masih cerah.

Sekitar jam 6.30 petang, kami tiba di pondok dusun. Kami menarik nafas lega, paling tidak, hari masih cerah untuk kami bertatih keluar dari denai dusun tersebut. Seingat aku, perjalanan dari pondok dusun tersebut sehingga keluar ke parkir kereta mengambil masa kira-kira sejam setengah. Hari sudah gelap malam dan kami semua terpaksa memakai lampu kepala untuk menyuluh laluan denai. Karrimor aku sudah tidak lagi berupa kasut. Oleh kerana bahagian terakhir itu adalah denai jalan tar, kasut menjadi lebih mudah rosak. Hal ini pun suatu pengajaran yang mahal untuk aku dan teman-teman pendakian.

Sekitar jam 8 malam, kami tiba di kereta. Masing-masing sudah berjalan seumpama robot—mengangkang. Kejang otot, melecet sana-sini.

Dalam perjalanan pulang—sebelum aku tertidur keletihan, seingat aku masing-masing sudah merancang untuk trip pendakian yang seterusnya. Alangkah!
Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comGunung Hitam, 43100, Negeri Sembilan, Malaysia3.1672222 101.9475-29.930250198981444 66.791249999999991 36.264694598981443 137.10375000000002tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-52120008491737100352019-12-20T10:29:00.000+08:002019-12-20T10:29:41.464+08:00Sedekad Time To ChangeKiranya, sudah 10 tahun, bukan? Ya, sudah 10 tahun blog kecil ini wujud. Jika kena pada manusia, ianya sudah melewati Darjah 4 persekolahan. Sudah pasti dalam tempoh sebegini lama, adanya turun dan naik. Tambahan, wahana blog bukan lagi menjadi suatu yang dipandang dan mendapat perhatian umum, terutamanya oleh generasi natif digital.

Saya menulis coretan ini pada pagi genapnya usia mencecah angka 29 tahun. Pun begitu, peribadinya seolah-olah tidak percaya bahawa dalam setahun lagi, saya bakal berusia tiga dekad. Tuhan, alangkah panjangnya umur ini dan alangkah sedikitnya upaya yang telah dibuat untuk hal-hal yang membawa makna dan kebaikan. Quo vadis, Tajuddin?

Menerusi Time To Change, saya telah mencoret sepanjang sedekad ini suatu perjalanan perkembangan cara pandang dan pemikiran semenjak mencapai usia 19 tahun. Pada suatu fasa, saya miring kepada Islamis dan pengaruh yang paling kuat pastilah datangnya dari keluarga dan juga kerja-kerja berpersatuan di universiti, menerusi penyertaan separa-aktif dalam gerakan jemaah Islam PAS.

Malahan di awal-awal tahun Time To Change, tulisan-tulisan di dalamnya secara harfiah dan maknanya, memang membayangi ideologi pembawaan PAS. Namun begitu, tahun-tahun berikutnya saya mula beransur beredar keluar mencari makna dan pengertian hidup di luar kerangka tersebut dan ternyata, perubahan itu tidak pernah berhenti. Perubahan dan perkembangan kepada cara fikir dan pandang saban tahun ianya senantiasa berlaku. Saya yakin, proses ini adalah suatu yang semula jadi dan tabi’i. Hendaknya seorang manusia itu menjadi lebih baik, haruslah dirinya sentiasa mendepani proses perkembangan cara fikir dan pandang yang berterusan.

Justeru, banyak tulisan dan coretan-coretan awal dalam blog ini sudah tidak lagi mewakili cara pandang dan pendirian saya sekarang. Ianya tidak lagi menjadi hujahan dan pencak kepada pemikiran semasa saya. Perubahan ini, bertitik asal dari skop pembacaan yang semakin berubah dan meluas, rencam dan melewati horizon selesa. Seperti mana kita kesipuan bila mengingati saat-saat dulu kita pernah menjadi bodoh, atau berbuat suatu yang bodoh, begitu jua dengan saya saban kali membaca coretan-coretan terdahulu. Rasa bodoh dan tersipu dengan cara berfikir yang dulunya, membuatkan kita bersyukur kepada Tuhan yang saban hari masih memberi kekuatan kepada kita untuk bangkit dari tempat tidur, dengan sense of purpose, untuk terus membaiki diri sendiri, menjadi lebih baik, berterusan untuk membangunkan buah fikir, rasa keterujaan dan kemahuan untuk terus berbuat kebaikan—bahawa kesemua itu sebuah anugerah yang tiada terperi lagi harganya, untuk bangkit dan merasa perlu terus hidup untuk membaiki diri dan memberi.

Kehidupan kita itu sendiri adalah sebuah anugerah. Saya menulis frasa "kehidupan adalah sebuah anugerah" dalam pengertian dan keinsafan bahawa tidak semua antara kita mempunyai peluang dan privilege yang sama.

Dalam pada itu, saya menyedari bahawa Time To Change saban hari semakin sunyi daripada coretan, yang dulunya bersifat hampir harian, sehingga semakin jarang-jarang, berjarak makan bulan, dan kini untuk sepanjang 2019, hanya mampu menumpahkan butir pemikiran dalam dua buah tulisan ringkas. Kendatipun begitu, tiada pernah berputik hasrat untuk menutup langsung blog kecil ini. Saya seringkali merasakan ianya penting, berperanan sebagai arkib kepada cara fikir dan perkembangan saya selaku warganegara secara keseluruhannya. Mungkin pada suatu fasa nanti, ianya akan kembali aktif. Kita tidak pernah tahu, bukan?

Sepanjangan 2019—tahun yang cukup melelahkan dan mencabar (juga tercabar), beberapa keputusan dan pilihan yang dibuat bermula setahun yang lepas menjadi rangkuman sepanjang 12 bulan yang berlalu. Mungkin tidak keterlaluan untuk saya menceritakan barang sedikit hal-hal yang terangkum sepanjang tahun terakhir dalam dekad ini.

Bermula Januari, kami memberi tumpuan usaha kepada pembangunan Initiative for Malaysian Humanitarian (INSAN) dengan lebih tersusun dan sistematik, membina jambatan dengan komuniti setempat, membangunkan model tuisyen percuma kepada kumpulan keluarga B40 dan seterusnya, jika terus diberi asa dan upaya, akan berusaha menjadikan pertubuhan nil-laba ini suatu gerakan sivil yang mempunyai padang sasarnya yang tersendiri di peringkat nasional.

Mungkin ianya juga terlalu awal untuk diuar-uarkan, namun saya begitu teruja untuk berkongsi hal yang satu ini, bahawa kami juga sudah mula menggerakkan prototaip untuk model perniagaan sosial di bawah INSAN, dengan nama The Max Planck Academy—atau ringkasnya, Planck. Ianya berfungsi sebagai Uber untuk ibu bapa mencari tutor peribadi buat anak-anak mereka yang sedang bersiap untuk menduduki peperiksaan utama seperti PT3 dan SPM, dan para tutor mencari prospek pelajar. Kami memodelkan Planck sebagai sebuah perniagaan sosial, kerana sebahagian daripada perolehannya akan disalurkan kepada INSAN, secara khususnya untuk pembangunan dan penerusan projek tuisyen percuma tersebut. Sasaran untuk tahun hadapan yang paling jelas, sudah pastilah menyasarkan Planck berupaya menarik beberapa pelaburan awal (seed funding) daripada pihak ketiga. Kami yakin hal ini tidak menjadi mudah, bahkan kami sudah dapat membayangkan liku-liku tajamnya.

Takut? Itu pasti. Syahadan, bukan kali pertama kami memasang niat dan impian untuk hal ini. Mungkin sudah berkali-kali, tetapi saban kalinya, kami kalah. Kalah dengan cita-cita, kalah dengan diri sendiri. Tetapi kali ini, kami optimis. Moga untuk sepanjangan 2020, Tuhan memperkenankan asa dan upaya untuk usaha ini.

Juga di tahun 2019, saya terpaksa mengambil keputusan yang berat untuk tidak meneruskan pengajian Sarjana dalam kursus yang begitu saya minati, atas hal dan sebab yang tidak dapat dielakkan. Mungkin ini suatu penonjolan sebuah kegagalan terbesar sepanjangan 2019—atau sebenarnya adalah sebuah kekalahan. Tunduk kalah pada kehendak kehidupan. Keputusan ini tidak dibuat dalam sekelip mata, bahkan ianya bermain sudah hampir setahun di dalam kepala, dan juga berkali-kali pernah menyebut hal yang sama kepada beberapa orang insan terdekat. Kecewa? Sudah pasti. Rasa hampa, tercanggung—semuanya likat sebati. Sebagai manusia, hal tersebut pastilah normal. Tetapi saya bertaruh dengan kehidupan ini, bahawa akan tiba suatu masa nanti hal dan peluang yang lebih baik, dengan persekitaran yang lebih kukuh dan kemahuan yang lebih jitu.

Sepanjangan 2019 juga adalah tahun-tahun mencabar dengan Kawah Buku, sebuah perusahaan pojok buku sederhana di Bandar Baru Bangi. Mengusahakan sebuah pojok buku fizikal dalam dunia serba digital, tambahan lagi memfokuskan pada judul-judul dan genre terpilih, adalah suatu cabaran yang tidak enteng sifatnya. Saya akui ianya memamah segenap segi tenaga dan ranah kesanggupan—sehingga terpaksa melepaskan beberapa perkara (dan juga insan) demi mengejar impian dan kemahuan ini. Kawah Buku akan menjadi semakin baik, itu yang pasti. Tiada pengakhiran lain buat pojok buku ini, dan saya tidak mahu memberi pilihan yang lain kepadanya, melainkan sebuah kejayaan. Berbuat-lah apa sahaja, pada akhirnya yang mahu dilihat adalah sebuah kejayaan—dalam apa segi sekalipun.

Begitulah sedikit coretan dan tonjolan-tonjolan sepanjangan setahun ini. Pada usia genap 29 tahun, saya bersyukur diberi peluang-peluang begini yang mungkin, ramai yang lainnya tidak dapat merasai hal yang sama. 2019 tidak ditutup dengan wang yang berkepuk tetapi Tuhan menganugerahkan kehidupan yang penuh makna, contentful dengan diri dan kewujudan saya. Untuk itu, saya bersyukur pada Tuhan Yang Esa.

Untuk sekian kalinya, blog kecil ini menjadi ruang kepada saya untuk terus mengarkibkan luahan dan rasa, coretan hati, perasaan, pemikiran, mimpi dan cita-cita, kekalahan dan kegagalan. Pada akhirnya, semua ini adalah sementara sifatnya. Jika kejayaan itu bersifat sementara, bahkan jua kekalahan. Kita tidak gagal. Kita mungkin kalah, tersungkur tetapi kita tidak pernah gagal. Hari ini kita menjadi pendosa, terperosok di bucu menangisi kehidupan yang melingkar, tetapi tidak sesekali kita gagal. Biarkan kehidupan ini ketawakan kita, hari ini. Biarkan. Esok lusa, giliran kita pula yang ketawa. Namun, saat itu kita ketawa yang tidak merendahkan orang lain, tidak menghina sesiapa, ketawa yang membumi, ketawa yang melewati resmi sebutir padi.

Selamat datang, 2020!Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-21596090733318915272019-05-09T13:04:00.000+08:002019-05-09T13:08:22.707+08:00Setahun Malaysia Era BaharuTanggal 9 Mei, pastilah sekalian umat Malaysia akan mengenang sebuah kejatuhan rejim, yang suatu masa dulunya dianggap sebagai mustahil. Hari ini kita merayakan setahun kemenangan tersebut dalam pelbagai bentuk retrospeksi yang girang, yang pastilah tidak keterlaluan dikatakan sebagai munasabah lantaran kerja buat melawan rejim UMNO memakan masa enam dekad lamanya.

Namun begitu, kerja buat melawan tidak terhenti pada tarikh 9 Mei 2018. Kerja buat melawan seharusnya terus rancak, lebih tersusun, lebih bertenaga, lebih konstruktif. Walau bagaimanapun, yang kelihatan, pahitnya realiti kemenangan adalah kerja melawan tampak semakin suram dan mandul.

Sebenarnya ini sebuah persoalan yang sewajarnya difikirkan secara mendalam.

Semalam, saya dan Azan berkesempatan bertamu ke bilik Prof Emeritus Rahman Embong, penulis kata pengantar untuk buku pertama terbitan Soeloeh Merdeka, Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional. Beliau tidak lokek pandangan perihal Malaysia—selain dari memberi beberapa kritikan positif kepada rumah penerbitan kami—seputar cita-cita Malaysia baharu.

Kata beliau, Malaysia masih lama, tetapi yang baharunya adalah era, optimisme, prinsip dan cita-cita. Pada beliau, yang patut diuar-uarkan adalah desakan ke arah Malaysia era baharu menyantuni persoalan negara-bangsa Malaysia yang masih belum terselesai dan terungkai. Enam dekad kita semua terendam dalam ketakutan untuk memulakan dialog terbuka, menyanggah status quo, membina naratif baharu lantaran kerja-kerja apparatchik rejim UMNO siang dan malam.

Kini, kekangan-kekangan sedemikian sudah terlerai, atau hampir tiada. Seharusnya, kekosongan tersebut tidak terbiar sepi. Ianya perlu dipenuhi dengan wacana dan dialog. Perkara terpenting yang disebutkan tadi, persoalan nasional yang terkait dengan jati diri dan nuansa negara-bangsa Malaysia yang belum ada jawapan tuntas—sewajarnya menjadi wacana yang sedang bergulir dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

Tetapi, malangnya peri penting persoalan tersebut seakan tidak bersambut. Dan, inilah yang menjadi serat kritikan Prof Rahman Embong sewaktu kami bertemu dengan beliau semalam.

Ya, kita memahami lantaran banyak hal yang perlu diutamakan sepanjang setahun yang lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan, terutamanya untuk membersihkan daki kebejatan rejim UMNO.

Kerja pembersihan itu tidak mudah. Rome wasn't built in a day—benar.

Tetapi, perlu juga kita menginsafi bahawa antara hal yang menyebabkan tergendalanya banyak agenda yang utama adalah wabak kepolitikan antara kepimpinan Pakatan Harapan sendiri. Paling jelas, sudah pastilah perihal keghairahan dan keberahian sesetengah pihak untuk melihat Tun Mahathir memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Keberahian ini, telah memandulkan banyak persoalan yang lagi utama, contohnya yang kita baru bincang sebentar tadi.

Ianya menjadi wabak yang bisu, namun kakinya bertatih dalam diam. Seumpama api dalam sekam. Ianya mencetus banyak bibit kegusaran dalam khalayak teramai.

Lagi parah, apabila rata-ratanya kita semua sudah mula keletihan dan memilih untuk tidak bersuara. Kita mengesan perangai feudal UMNO mula membibit dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan. Walaupun ianya sekarang tidak jelas, tetapi tanda-tanda ke arah itu mulai cerlang. Pun begitu, kita tidak menjadi selantang kita yang dulunya sebelum 9 Mei 2018.

Setahun ini juga, kita dapat menyaksikan arus politik kanan semakin menggila. Tidak mustahil, kisah Trump akan berulang di bumi Malaysia. Ianya seakan kesan domino. Tetapi, pada hakikatnya kita mempunyai jawapan dan ubat kepadanya, iaitu dengan mengetengahkan wacana yang mustahak—soal persoalan nasional—menggantikan wacana politik kanan, serta kepolitikan dan keberahian pada kerusi Perdana Menteri.

Kita boleh menjadi lebih baik dari dahulu. Sepatutnya gerakan-gerakan civil society yang dahulunya lantang, boleh disusun dengan lebih berstruktur dan menyeluruh.

Setahun yang sudah berlalu harus lebih dari cukup untuk semua aktivis dan politikus Pakatan Harapan menyedari hakikat pahit ini. Jika terlewat sedar, atau terus dalam mimpi—tidak mustahil seusai 5 tahun, tampuk bertukar kepada rejim yang lama.

Apakah kuasa penting dalam sesebuah perubahan?

Pada hemat saya, penting. Bahkan, teramat penting. Untuk sesuatu perubahan boleh berlaku, ianya perlu kepada keberlangsungan proses yang bergulir. Tanpa kuasa, keberlangsungan ini tidak akan wujud. Tanpa kuasa, kita akan kembali kepada zaman sebelum 9 Mei 2018.

Harus diingatkan, kita tidak bercakap soal perubahan tampuk kuasa, tetapi perubahan struktural dan keinstitusian (institutional changes and structural reforms). Inilah antara janji terbesar kerajaan Pakatan Harapan.

Untuk menjayakan perubahan tersebut, mahu tidak mahu, mereka harus berada di tampuk kekuasaan.

Untuk mengekalkan tampuk kekuasaan yang sedang mereka pegang sekarang, Pakatan Harapan sewajarnya mula berfikir untuk mengetengahkan wacana yang rangkum dalam masyarakat, bukannya menganjurkan kepolitikan saban siang dan malam, meneruskan keberahian pada kerusi Perdana Menteri tanpa kunjung henti.

Walaupun begitu, pujian yang sewajarnya harus diberi kepada Pakatan Harapan atas usaha yang cuba mereka lakukan setahun yang lepas. Cuma, kadang kala kita tidak dapat menahan sabar untuk melihat perubahan yang dijanjikan tersebut dilunaskan dalam masa yang singkat.

Pujian yang seharusnya dan paling wajar sudah tentulah kepada sekalian rakyat Malaysia yang tidak gentar untuk melakukan perubahan rejim, dalam keadaan kita dihindari dengan polemik kepercayaan dan kekhuatiran pada segi-segi yang tidak menentu, yang melingkari Pakatan Harapan.

Seyogianya setahun sudah berlalu, nampaknya perubahan itu tidaklah terlalu pahit, bukan?Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-61232982811048910782019-03-17T08:58:00.001+08:002019-03-17T08:58:16.944+08:00Melawan Kempen KebencianTragedi berdarah di Christchurch tidak berdaya dalam masa sehari, tetapi itu adalah hasil yang berbuah dari deretan kempen kebencian tanpa henti, saban siang dan malam, menerusi pelbagai ragam dan wahana.

Alamiahnya, kempen kebencian yang berlaku merujuk kepada majoriti tujukan terhadap minoriti. Seperti di bumi Māori, kempen kebencian dilakukan secara berstruktur oleh kumpulan majoriti (manusia kulit putih) terhadap kumpulan minoriti (yang tidak berkulit putih).

Banyak sisi yang boleh kita renungi dari musibah ini, darihal peri bahayanya kempen kebencian.

Di Malaysia, bermula dengan pergeseran politik kaum dan agama, sehingga kepada perlawanan identiti jantina dan seksualiti—semuanya menjadi padang kepada kempen kebencian tersebar, dibaja dan disiram, saban hari dalam keadaan sedar dan tidak sedar.

Teriakannya mudah. Mereka di pihak majoriti menyuarakan kebimbangan, resah dan gundah terhadap keberadaan pihak minoriti. Kewujudan mereka sendiri sudah menjadi suatu yang cukup menjengkelkan mereka yang majoriti.

Dari sana, kempen kebencian bermula.

Semuanya bermula dengan hanya bisik-bisik, cakap lepas mulut di kedai kopi. Kita beranggapan ianya tidak mengapa, atau tiada sebarang kegusaran yang perlu diberi perhatian.

Zaman media sosial, bisik-bisik dan ‘wishful thinking’ kini boleh diterjemahi dalam untaian kata-kata berupa seruan. Namun di peringkat begini pun, rata-rata dalam kalangan masyarakat masih beranggapan semua itu tidak mendatangkan sebarang masalah, atau cuma hal terpencil.

Sedikit demi sedikit, ianya berbuah menjadi ajakan yang bersifat rasmi. Mereka mula menyatakan seruan dalam bentuk doa saban Jumaat di mimbar khutbah, misalnya. Mereka mula membentuk solidariti tertentu, yang mewakili suatu kepercayaan.

Kini, kempen kebencian yang bermula dengan cuma bisik-bisik, sudah bertukar menjadi suatu yang berstruktur. Pada mulanya, kita nampak remeh. Tetapi yang remeh itulah, menjadi api dalam sekam.

Saya merujuk kepada kempen kebencian yang dituju kepada kumpulan minoriti seumpama penganut Syiah dan beberapa nama kepercayaan yang sering dipetik saban minggu dalam khutbah di masjid-masjid negeri Selangor. Kempen kebencian terhadap kumpulan minoriti agama ini, sudah mencapai maksud yang berstatus rasmi. Kebencian terhadap kumpulan minoriti tersebut sudah diinstitusikan.

Saya juga merujuk kepada kempen kebencian yang dituju kepada kumpulan LGBTQ. Seruan-seruan yang tertulis dalam alam maya berupa ancaman seumpama penghapusan total, atau cadangan bentuk-bentuk penderaan dan penyeksaan yang pada mereka, ‘wajar’ dikenakan kepada kumpulan minoriti tersebut. Pada hari ini, kita merasa ajakan dan seruan tersebut bukanlah suatu hal yang serius, atau benar akan berlaku. Pada akal manusiawi, kita merasakan hal tersebut seakan mustahil.

Saya turut mahu merujuk kepada kempen kebencian yang dituju terhadap kumpulan bukan Melayu di Malaysia, secara khususnya. Seperti kes kempen kebencian terhadap LGBTQ, demikian hal turut berlaku terhadap kumpulan bukan ‘manusia Melayu’. Mutakhir, kita mula membaca ajakan yang bernada serius kepada suatu tindakan yang melampaui perbatasan akal yang waras, seumpama pembunuhan beramai-ramai, meromantiskan kisah Night of Broken Glass, dan seruan-seruan mirip kepada pembantaian Tutsi oleh Hutu.

Saya ulang, pada hari ini, kita merasa ajakan dan seruan tersebut bukanlah suatu hal yang serius, atau benar akan berlaku. Pada akal manusiawi, kita merasakan hal tersebut seakan mustahil.

Tetapi, itulah api dalam sekam. Itulah resmi kempen kebencian.

Yang, pada akhirnya, melahirkan seorang Brenton Tarrant. Dan, jika tidak dibendung akan menularnya kempen kebencian tersebut, percayalah Brenton Tarrant siri kedua, siri ketiga dan selanjutnya, akan berterusan menetas dan membiak.

Ianya cuma bermula dengan ‘wishful thinking’. Dalam benak, kita membayangkan pembantaian Hutu terhadap Tutsi berlaku di tanah air sendiri. Kita dalam separa sedar mengimpikan sebuah ‘pembersihan’. Tidak hairanlah, berlakunya Freudian slip—kadang-kala terpacul mimpi-mimpi basah tersebut dalam bentuk ungkapan dan seruan melakukan keganasan di ruangan-ruangan komen.

Inilah maksud kempen kebencian. Inilah yang kita mahu banteras. Inilah yang kita risau dan gundahkan—apabila kita mengajak rakan pembaca merenung tragedi di bumi Māori itu, dalam konteks dan pengalaman kita di Malaysia. Kita wajib tahu, kebencian itu tidak terlahir dari rahim, tetapi terpupuk dek kurangnya kemanusiaan dan conscience.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comChristchurch, New Zealand-43.5320544 172.63622540000006-43.9005494 171.99077840000007 -43.1635594 173.28167240000005tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-83549261464481965882018-12-20T19:53:00.000+08:002019-05-09T09:14:13.057+08:009 Tahun Time To ChangeTahun 2018 menjadi tahun yang begitu sukar buat diri sendiri. Dalam pelbagai segi. Agak aneh juga, saya memilih untuk menulis perkhabaran mengenai tahun kesembilan blog kecil ini beroperasi pada hari kelahiran saya tahun ke-28. Time To Change sepanjangan tahun 2018 sunyi dari penulisan dan berantakan idea. Saya fikir, bukan Time To Change sahaja, bahkan diri saya sendiri turut berantakan dan penuh persoalan.

Bermula dengan pengajian Sarjana di UKM yang mengalami fasa getir—bertitik dari semangat yang mula luntur, kesempitan kewangan, desakan impian lain yang menerpa ruangan tenaga tersisa—kini berhadapan tahun baharu, saya terpaksa menempuh fasa bertaruh pada keputusan dan pilihan saat bulan Februari 2019.

Februari 2019 kelak, saya perlu membuat pilihan sama ada meneruskan pengajian Sarjana atau sebaliknya.

Kehidupan sepanjang tempoh bercuti seketika dari pengajian Sarjana lantaran alasan dan masalah tersebut tadi, tidaklah semudah dan sepencar yang diimpikan. Pun begitu, ianya memberi satu ruangan untuk membuat renungan kembali kepada banyak pilihan yang dibuat sebelum-sebelum ini. Sudah pastilah tidak semua pahit.

Sepanjang 2018, paling berimpak adalah membangunkan Kawah Buku. Kesempatan bercuti dari pengajian Sarjana secara langsungnya memberi dampak pada keberadaan saya bersama Kawah Buku. Membangunkan sebuah kedai buku sederhana di Bandar Baru Bangi dalam saat industri perbukuan yang malap, ramai menggelengkan kepala saban kali kami menceritakan cita-cita dan idea di sebalik Kawah Buku.

Orang-orang lama dalam industri buku Malaysia, yang kami berkesempatan untuk berbual dan bertukar pandangan, rata-ratanya skeptikal dan menjolok pandangan seolah-olah tak percaya. Pastilah kami menghormati mereka, dan menghargai keresahan yang dilontar. Namun, pada kami yang mempercayai suatu idea tentang mengubah masyarakat menerusi buku dan penerbitan, pastilah kami terpaksa memekakkan telinga pada keresahan-keresahan yang berselirat.

Pada refleksi setahun yang lepas—untuk tahun kedelapan Time To Change—saya mempersoalkan mahu ke mana pada akhirnya semua caca merba idea dan kecamukan kata istilah dalam blog ini, saya membuat rumusan bahawa Time To Change kekal sebagai arkib idea yang memperlihatkan bagaimana diri saya membentuk, mengengsot dan berdikit, perca demi perca, kepada suatu yang lebih bermakna. Pada akhirnya, saya mempercayai satu persoalan yang kekal relevan selamanya: kenapa?

Tiga tahun dulunya pernah saya menulis darihal persoalan kenapa. Saya menulis, “Dari puncak Everest yang membeku, sehinggalah ke lorong-lorong hanyir Kolkata, manusia hidup kerana impian. Itulah yang menjadi penyebab kepada banyak hal yang kita berbuat. Dan, impianlah yang menolak kita untuk keluar dari zon selesa, mencabar kelaziman, menjadi kreatif dan pemberani, serta pekak pada pesimis.”

Kawah Buku—dan pengajian Sarjana yang tertangguh bahkan—berkatup rapat dengan persoalan kenapa. Tidak dinafikan malah rasa malu pada diri sendiri melihat banyak kegagalan dan kerja tak siap sebelum-sebelum ini, namun diri tidak pernah merasa segan untuk terus berimpian dan bekerja untuk anak-anak tangga yang seterusnya dalam fasa kehidupan yang seterusnya.

Kita hidup kepada impian. Rasanya sudah banyak kali saya mencoret darihal impian. Dulu sewaktu di Kota Kinabalu saat bertemu anak-anak Sulu yang tidak berdokumen, saya bersyarah pasal impian dan keberanian. Saat tersebut, yang terfikir dalam benak adalah keberanian-lah (courage) yang menyebabkan mereka mampu bangkit dari tilam tidurnya seawal jam 3 pagi untuk ke tempat kerja bagi mengelak dari ditahan polis.

Kalau bukan keberanian, habisnya itu apa?

Bukankah keberanian itu datang walhasil sebuah impian yang tersemat dalam diri dan maruah mereka?

Tahun mendatang—2019—bakal disambut dengan agah impian yang cukup banyak. Jujur pada diri, memikirkan tentang keributan tahun mendatang sudah cukup membuat saya terkapar keresahan. Apakah cukup keberanian dalam jiwa untuk mendepani segala impian yang mahu direbut, direalisasikan?

Bermula dari menghabiskan pengajian Sarjana, menguruskan Kawah Buku, seterusnya membangunkan rumah penerbitan Soeloeh Merdeka, dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan sosial menerusi Initiative for Malaysian Humanitarian (INSAN), apakah cukup kudrat untuk mengharung setahun mendatang?

Saya sendiri tiada jawapan. Cuma yang pasti, kita diberi masa dan ruangan, serta impian dan semangat. 28 tahun Tuhan memberi ruangan dan masa kepada saya untuk menikmati segenap inci kehidupan ini, dan 9 tahun saya mencoret jatuh bangun luka dendam dalam benak fikiran ke sebuah blog kecil bernama Time To Change—itu pun suatu yang harus saya syukuri dan hargainya.

Oh ya lupa, setelah 9 tahun Time To Change beroperasi dengan niat asalannya adalah menuntut sebuah perubahan, akhirnya demokrasi di Malaysia menyaksikan sebuah perubahan yang tak pernah terimpikan oleh mana-mana manusia yang lahir di bumi Malaysia sekalipun. Tiada siapa menyangka perubahan sebegitu signifikan boleh berlaku. Seingat saya, sejak hari pertama blog ini wujud, hampir setiap tulisannya bersifat kepolitikan, yakni menjurus kepada gesaan dan desakan untuk mengubah tampuk pemerintahan di Putrajaya. Dan kini, hal tersebut bukan lagi impian dan mimpi-mimpi.

Jika hal yang sebegitu takjub pun boleh berlaku, apalah sangat dengan impian untuk menghabiskan pengajian Sarjana di UKM, kan?Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.com11A, Jalan Jernang Jaya 1, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia2.9249557 101.75968250000005-27.9443688 60.451088500000054 33.7942802 143.06827650000005tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-77025040778701856542018-11-22T01:05:00.001+08:002018-11-22T02:22:02.808+08:00Aduhai UKM, Sudut Pidato-nya Perlu Bersurat Untuk Berpidato!Prof Noor Azlan pantas memberi jawapan balas kepada ulasan Dr. Maszlee, darihal kes pembatalan secara paksa program Sekolah Malam anjuran Kawah Buku dan DISKOPI bertajuk “Reformasi Struktural: Mahathir vs. Anwar lagi?”, yang dijadual akan disampaikan oleh aktivis sosial Hishamuddin Rais. Reaksinya? Bahawa penganjur perlu mendapatkan surat kebenaran untuk menggunakan pentas Sudut Pidato!

Aduh, UKM. Sampai bila mahu terperap dengan dongengan siswa wajib meminta kebenaran setiap cubit hal yang mereka mahu lakukan, atas alasan mentah simple governance?

Mengapa tidak gazetkan sahaja peruntukan tatacara agar setiap perkumpulan siswa yang bermain PUBG dan Mobile Legends di cafeteria yang bilangannya mencecah berbelas orang satu-satu masa, atau mereka yang berkumpul beramai-ramai menonton bola, menulis surat meminta kebenaran untuk aktiviti sedemikian?

Bukankah peruntukan ‘harus meminta kebenaran’ itu sudah kelakar bunyinya, untuk hal yang tetek banget sebegitu? UKM, khususnya Azlan, menjadi satu persoalan yang terlontar dalam benak kalangan kami: sampai bila ranah varsiti ini harus menadah hancing kepentingan tangan yang terselindung?

Penganjuran program Sekolah Malam di pentas Sudut Pidato, Tingkat 5, Pusanika UKM bukan bermula malam semalam. Ianya sudah berlangsung beberapa siri, tanpa sebarang masalah dan ganggu-gugat dari mana-mana pihak sekalipun. Bahkan, program tersebut berjalan dengan baik sebelah menyebelah dengan perkumpulan siswa tari menari yang sedang menjalankan latihan mereka. Sumpah, tiada langsung kelibat pegawai keselamatan, atau algojo Special Branch (SB) mengambil foto segala hal selirat yang kami berbuat sepanjangan siri-siri sebelum ini.

Jika Azlan memberi alasan terdapatnya program lain berdaftar di situ, sebutkan pada waktu malam hari apa tingkat-tingkat Pusanika UKM sunyi sepi dari jerit pekik siswa-siswi UKM. Semua maklum akan hal tersebut. Hampir keseluruhan warga UKM tahu bahawa Pusanika UKM adalah lokasi aktiviti berpersatuan. Menggunakan alasan tempat sudah ditempah sebagai justifikasi program Sekolah Malam wajib dibatalkan, ah, alangkah kecilnya jiwa Naib Canselor UKM dalam cubaan untuk meloloskan diri dari dipertanggungjawabkan atas wayang boneka ini.

Azlan begitu cerlang usahanya mahu meraih simpati khalayak, dengan secara terburu-buru melabel penganjur tidak mengikut prosedur. Mungkin selepas ini Sudut Pidato tersebut boleh ditukar namanya menjadi Sudut Pitempah, kerana untuk berpartisipasi di sana, memerlukan sekeping surat bertulis. Kami bersangka baik, mungkin ini-lah model kebebasan partisipasi dalam kalangan siswa yang Azlan cedok dari Harvard University.

Selaku penganjur, kami — yang sementelahnya kami juga semua merupakan siswa dan pensyarah UKM — faham benar permainan politik di sebalik kekecohan ini. Siri Sekolah Malam yang sepatutnya berlangsung semalam, mengaitkan tiga nama sosok rencam: Mahathir, Anwar dan Hishamuddin Rais. Apabila kami menulis perihal menjaga kepentingan tangan yang tersembunyi, kami maksudkan akan pergelutan di balik tabir. Sudah-sudahlah menanggap warga UKM sebegitu naif dalam memahami politik di luar dan sangkut pautnya dengan UKM. Kami tidak menolak sangkaan bahawa tekanan yang diberi agar program dibatalkan adalah bertitik tolak dari sebuah kehendak 'seseorang' yang mahu mengekalkan jawatan dan posisinya dalam hierarki pentadbiran UKM untuk sebilangan tempoh mendatang.

Tidak mengapa, kami faham. Meminjam kata-kata Azmin Ali sewaktu perebutan kerusi Menteri Besar Selangor circa 2014, "tiada kesalahan untuk mempunyai cita-cita dalam politik," kami fikir mereka dalam hierarki pentadbiran atasan UKM sekarang yang sedang berjuang untuk perlanjutan jawatan masing-masing pun tidak menjadi kesalahan bercita-cita sedemikian.

Tetapi, apakah perlu menjilat sehingga ke Padang, Indonesia?

Sudah-sudahlah menempelak roh universiti ini dengan gaya politik kampungan. Siswa yang mahu berpartisipasi, biarkanlah mereka. Remuk redam, hancur lebam mereka berhentakan sesama sendiri, sepatutnya hal tersebut tidak perlu menjadi gundah gulana kepada kalangan mereka yang sedang menghuni tingkat bangunan Canselori UKM.

Semestinya kami tidak akan berhenti setakat semalam. Sekolah Malam akan terus memanaskan pentas Sudut Pidato UKM. Apakah selepas ini varsiti kebangsaan itu masih mahu terus menggunakan alasan kampungan begitu untuk menghalang siswa dan pensyarahnya berpartisipasi?Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.com43600 Bangi, Selangor, Malaysia2.929997 101.77742250000006-27.9393245 60.468828500000058 33.7993185 143.08601650000006tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-42547839923719494982018-09-24T17:42:00.000+08:002018-09-24T17:43:52.387+08:00Mimpi Adalah KunciTatsurou Shiraishi cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi di bumi Sabah, sebelum terbang pulang ke bumi kelahirannya di Tokyo, Jepun. Setahun lebih dia di Kota Kinabalu menabur jasa mendidik anak-anak yang tidak berdokumentasi. Setahun lebih jua pada hujung minggunya terisi dengan kunjungan ke rumah-rumah anak-anak tersebut dan mengajarkan pelajaran tambahan selain yang mereka dapati sewaktu kelas harian.

Pada penghujung sesi Kelas 3, Tatsurou memberi ucapan perpisahan. Pengisiannya adalah tentang mimpi dan cita-cita. Dia mengajak anak-anak kecil itu terus bermimpi, jangan putus harapan dan seseklai tidak berhenti bermimpi.

Sesiapa yang menyaksikan keakraban anak-anak kecil itu dengan Tatsurou, pasti akan dapat mengesani rasa pilu pada perpisahan kelak. Dia sendiri seakan menangis. Aku membayangkan anak-anak kecil yang mengerumuni beliau turut akan menangisi pemergiannya.

Dia menyebut bahawa cita-cita adalah kunci. Fikiran aku lantas terlantung pada Laskar Pelangi bingkisan Andea Hirata. Kata beliau, mimpi adalah kunci untuk menakluki dunia. Alangkah, alangkah—malah Nidji mengungkapkan kata-kata itu dalam alunan yang lebih syahdu dengan gesaan: Berlarilah tanpa lelah, sampai engkau meraihnya.

Dia menyebut tentang harapan. Jangan putus berharap. Kerana, selagi adanya harapan manusia akan terus bermimpi. Kerana adanya mimpi, manusia akan menggapai apa sahaja yang dia mahukan, melangkau apa jua kesukaran di depannya.

President Snow menyebut hal yang sama perihal harapan dengan merujuk kepada Katniss Everdeen sebagai simbol harapan gerakan penentangan The Capitol, “Hope, it is the only thing stronger than fear.” Tatsurou menunjukkan klip pendek Nick Vujicic tentang bagaimana sosok itu memunggahi rasa takutnya akan kekurangan fizikalnya menjadi sebuah kekuatan, hanya kerana satu sebab: dia tidak pernah berhenti berharap. Dan, harapan-lah yang terus menjadikan cita-cita dan impiannya tak kunjung padam.

Faizal menceritakan dia menjaga adik-adiknya seramai 5 orang sementara ibu dan bapanya keluar mencari rezeki. Sebelum pulang ke rumah seusai persekolahan, Faizal tidak betah menunggu satu persatu adik-adiknya sehingga mereka selesai semuanya. Ujar Faizal pada aku, ibu bapanya keluar bekerja seawal jam 4 pagi kerana mahu mengelak dari ditahan polis. Setiap hari, termasuklah hujung minggu. Jadi bagaimana Faizal dan adik-adiknya?

Ya, harapan-lah yang membuatkan ibu bapanya percaya pada si abang untuk menjadi adik-adiknya. Pada kita semua, hal sebegini tampak kecil, seakan suatu yang begitu biasa berlaku dalam layar drama di kaca televisyen. Percayalah tuan-tuan, realitinya tidak semudah sang pengarah mengatur babak dalam drama lakonan.

Kesusahan itu, kesempitan itu—namakan apa sahaja—tidak berlalu tanpa ditemani ketakutan, kebimbangan, resah yang tak bertepi, air mata, doa harapan pada sesuatu di atas agar mereka tidak terlibat atau dihindar dari sebarang pergelutan dengan pihak berkuasa.

Kita boleh membayangkan ketakutan begini dalam karya Nam Ron, apabila Sugiman dan Sumiyati tidak lekang menoleh ke belakang, bimbang dan takut-takut pada hal yang tidak sepatutnya berlaku, mengganggu tujuan hidup mereka yang cuma mahu mencari rezeki. Ketakutan ini, jelas terpampang pada wajah Faizal saat dia menceritakan pada aku.

Aku tidak tahu bagaimana untuk mengungkap menerusi tulisan kecil ini, akan rasa takut itu. Aku tidak tahu, kerana kita tidak pernah berada pada ketakutan begitu. Kita tidak dapat merasa ketakutan begitu, kerana hidup kita terlalu beruntung dan mewah. Kita tidak pernah kerana kita terlalu beruntung. Terlalu, dan kita bongkak dengannya.

Yang menjadikan si ibu bapa Faizal kuat bertapak jam 4 pagi meninggalkan anak-anak mereka di rumah untuk mencari rezeki kerana mereka masih punya harapan bersisa pada kehidupan ini, bahawa suatu hari nanti anak-anaknya tidak akan mengulang kesakitan yang mereka lalui sekarang. Harapan itulah menyebabkan mereka terus hidup, demi anak-anak mereka. Harapan jugalah yang menjadikan ketakutan mereka terhapus. Harapan jua-lah, yang menjadi sebab mereka mempercayai Faizal untuk ke sekolah dan menuntut ilmu. Dan harapan-harapan tersebut membuah mimpi buat mereka.

Hidup ini begitu berselirat. Tuhan... hidup ini begitu berselirat.

Boleh aku hentikan coretan ini, dengan penghujung yang tergantung begini?Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comKota Kinabalu, Sabah, Malaysia5.980408 116.073456800000035.72774 115.75073330000004 6.233076 116.39618030000003tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-56482464115677799082018-09-23T17:06:00.000+08:002018-09-24T15:59:53.874+08:00One, Two, Jaga di Kota KinabaluKetika Sumiyati menggesa agar Sugiman menghantar pulang Joko ke Indonesia, atas alasan anak kecil itu perlukan pendidikan (persekolahan), Sugiman menolak mentah-mentah. Dia menempelak Sumiyati bahawa adiknya tidak mempercayainya. Lantas Sumiyati menjawab, “Aku percaya sama kamu, tetapi aku gak percaya sama keadaan!”

Keadaan-lah yang akan memiskinkan pilihan. Buat Sugiman, keadaannya di babak akhir One, Two, Jaga memperlihatkan dia sudah kemiskinan pilihan ditangannya. Dia terpaksa akur dengan keadaan tersebut dan memilih pilihan yang cuma itu.

Sugiman miskin pilihan. Dia miskin untuk memilih. Keadaan hidupnya memaksa dia memilih apa sahaja yang berada di hadapannya. Bukan sahaja Sugiman, bahkan jutaan lagi manusia berdepan dengan kemiskinan pilihan hidup.

Aku mencatat coretan ini di Kota Kinabalu, sementelah seharian berada di sebuah perkampungan orang-orang Sulu yang tidak mempunyai sebarang dokumentasi. Kampung mereka, malah tidak bernama. Anak-anak mereka tidak bersekolah lantaran tiada apa-apa dokumen yang sah.

Aku menemui Bapak Ismail. Sebagaimana Sugiman, Ismail punyai 6 orang anak dan 5 darinya tidak mempunyai sebarang dokumentasi, termasuklah dirinya. Dia membuat kerja-kerja pembinaan untuk menampung kehidupan keluarganya. Lebih mengharukan, sudah dua hari dia terpaksa mengambil cuti akibat serangan asma.

Tuhan memberi rezeki dalam pelbagai bentuk, termasuklah menghantar kita ke ceruk kampung yang tidak bernama untuk mengajarkan anak-anak mereka Bahasa Melayu, English dan matematik. Itu, pada aku sebuah rezeki yang tak ternilai.

Sugul bila mendengarkan One, Two, Jaga secara hidup di depan mata. Sugul mengenangkan Ismail dan ramai lagi (anggaran 700-1000 keluarga) berdepan dengan kemiskinan pilihan hidup sebegitu rupa. Sugul dan rasa terpukul, dengan kemewahan yang diri sendiri kecapi.

“Mereka tidak punya apa-apa dokumen, jadi mereka tiada pilihan untuk ke sekolah kerajaan,” ya tuan-tuan—Ismail bukan tidak inginkan anak-anaknya mendapat pendidikan sehingga tidak mengulang kisah hidupnya, tetapi apakah dia punya kemewahan untuk membuat piliahan yang lain?

Dalam benak sehingga pulang, riang tawa impian Laila mahu ke Singapura suatu hari nanti berterusan kumandangnya dalam kepala aku. Apakah dia bakal ke sana kelak? Apakah Sarah akan terkeluar dari jerangkap kemiskinan tersebut? Apakah Faizal dan Fatimah membesar dan mampu keluar dari peruk kampung itu, mengecapi kemewahan pilihan hidup suatu hari nanti?

Putaran roda kehidupan amat kejam pada sesetengah makhluk. Kadang kala sehingga suatu saat, kita mempersoal darihal Tuhan menentukan putaran sedemikian, untuk maksud yang bagaimana.

Sebagaimana Sugiman, apakah Ismail bersalah kerana memaksa anak-anaknya ikut menderita di Sabah, semata-mata mahu mencari rezeki?

Manusia yang daif dalam menilai kehidupan, yang bipolar cara fikirnya, yang senteng akal, akan pantas menuding jari pada Ismail. Cara mereka berfikir cukup gampang. Atau, mudahnya pada kerajaan. Kerana, ironi kampung tak bernama itu cuma sederap dua dari bangunan pentadbiran kerajaan negeri Sabah.

Hassan mungkin akan menjiwai perwatakan yang lain sebagai anggota polis, jika dia punya pilihan yang banyak. Jua-lah yang terjadi pada Hussein dan Pak Sarip. Kerana, pada akhirnya, kita semua bertemu pada titik yang sama—mahu terus hidup. Manusia akan berbuat apa sahaja untuk terus hidup.

Kalaupun dunia mentakdirkan mereka harus berkayuh dengan satu pilihan, maka itulah pilihan yang harus mereka ambil. Justeru, keangkuhan manusia (kita semua) yang mempunyai audacity untuk mempersoal baik dan buruk sesuatu tindakan, moral dan etikanya, syurga dan nerakanya—sedarlah bahawa kita masih begitu jauh dari makna manusiawi.

Kunjungan ke kampung tidak bernama tersebut, meskipun cuma sekejap, dan meskipun tidak akan merubah kesempitan hidup Siti Sarah dan Mohammad—paling tidak ianya mengubah cara pandang aku perihal makna hidup dan pilihan.

Bahawasanya, kita cukup bertuah dan bermewahan dengan pilihan yang banyak di tangan. Yang, pada akhirnya, menjadikan kita buta dan angkuh, terhenyak dari hal yang sebenar dan manusiawi. Terima kasih Tatsurou Shiraishi kerana membuka ruang pembelajaran, bukan hanya buat anak-anak kecil itu, tetapi pada aku jua.

Tentunya kepulangan dia ke Jepun tidak lama lagi, akan ditangisi anak-anak kecil itu. Moga Tuhan tidak berhenti menghantar malaikatnya ke kampung tidak bernama itu, untuk mengajar anak-anak kecil disana agar terus berimpian dan bermimpi.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comKota Kinabalu, Sabah, Malaysia5.980408 116.073456800000035.72774 115.75073330000004 6.233076 116.39618030000003tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-64306464624603321242018-05-14T22:10:00.001+08:002018-05-15T09:04:52.980+08:00Terhimpit Hendak di Atas, Terkurung Hendak di LuarAhli-ahli UMNO yang telah kenyang memboloti perbendaharaan negara selama ini, dari yang berpangkat Perdana Menteri sehinggalah ketua-ketua cabang, membungkam kelu berderai air mata—seakan mati akal, terkejut dengan kekalahan yang tak terperi, masih kekok untuk menerima realiti bahawa rata-rata kalangan mereka sudah tidak mempunyai kerjaya lagi.

Rata-ratanya, sudah hilang punca rezeki. Tak terbayang UMNO tanpa Putrajaya mampu membiayai segenap cabangnya sebagaimana kebiasaan. Entah berentah, esok lusa bangunan PWTC pun terlelong terus akibat tidak punya wang lagi untuk menanggung segala bangkai bernyawa tersebut.

Cara termudah untuk mereka menerima perubahan drastik begini adalah dengan mencari kambing hitam, menuding jari pada pihak tertentu dan meloloskan diri sendiri dari beban moral yang terhimpun pada pundak sendiri.

Najib Razak dalam ucapan menyerah kalah di pentas PWTC masih berterusan dengan kejelikan begini. Katanya, Pakatan Harapan memenangi pilihanraya menerusi cara yang kotor—permainan persepsi anjuran pembangkang (kini, sudah membentuk kerajaan) dimomokkan terhadap rakyat dan diterima pengundi muda.

Beberapa pimpinan utama UMNO, terutamanya dalam kalangan Pemuda UMNO, lainnya mula bersuara, seusai realiti kekalahan sudah tidak boleh dinafikan lagi. Mereka memalit kekalahan tersebut pada Najib Razak. Kata mereka, kekalahan tersebut akibat skandal dan politik wang Najib Razak.

Bayangkan, sewaktu mereka sedang kekenyangan berkomplot merompak setiap sen wang negara, langsung tidak berketip walau sebutir huruf untuk membangkang Najib Razak. Sewaktu sedang kesedapan meranggah habuan dari Najib Razak, pernah sesekali mereka mempersoalkan moral ketua mereka yang terlibat dalam jenayah 1MDB dan segala cucu-cicit skandal yang lainnya lagi?

Tidak pernah. Walau sebutir huruf yang membangkang Najib Razak pun tidak pernah terkeluar dari lidah mereka.

Sujud menyembah, menjilat kaki pun mereka sanggup—waktu sedang kesedapan meranggah.

Tetapi kini, saatnya sudah terburai, kalah melukut hina maka sang pemuda-pemudi dalam kepimpinan UMNO mula menunjuk taring beraninya.

Perlu perubahan segara, kata mereka.

Parti wajib ada revolusi sepenuhnya, ujar mereka lagi.

Pemimpin rasuah wajib dinyahkan sepenuhnya, jerit mereka berterusan.

Mereka terus lupa, akan kesalahan maha besar diri sendiri yang mengendahkan beban moral sewaktu enak berselingkuh dengan sosok-sosok yang dihumban segala beban kekalahan pada hari ini. Inilah wajah-wajah hipokrit, kepura-puraan yang maha tahkik generasi UMNO berpunya saat begini.

Mereka tidak akan ke mana. Bernyawanya UMNO dalam ketahuan kita berteraskan pada not Ringgit semata-mata. Terbuangnya mereka dari Putrajaya menyebabkan mereka kehilangan lubuk emas. Mereka tidak mampu untuk hidup dalam keadaan daif begini. Kalau takdirnya mereka bangkit, Tuhan sahaja tahu akan waktunya bila kerana kita semua yakin, waktunya itu bukan dalam tempoh terdekat.

Mereka akan lumpuh hampir sepenuhnya. Jentera mereka akan bertempiaran, tidak terbiasa hidup kemiskinan. Ayahanda kawasan tidak mampu lagi bermewah dengan projek-projek dari langit. Entah berentah, esok lusa berbondong menghantar borang keahlian Pakatan Harapan.

Sedikit nasihat buat rakan-rakan UMNO, akuilah kesilapan diri sendiri dahulu—bahawa dulunya diri sendiri tidak bermoral kerana bersekongkol dengan penjenayah, dan perbetulkan perangai rakus terhadap wang, perangai mengenyangkan tembolok sendiri sebelum mula membuka mulut bercakap soal perubahan.

Selamat maju jaya buat UMNO—dulu, kini dan selamanya.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comPutrajaya, Malaysia2.926361 101.696445000000042.7994975 101.53508350000004 3.0532245 101.85780650000004tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-47872870745661602182018-05-11T18:33:00.000+08:002018-05-11T18:33:09.918+08:00Setelah Enam DekadTumbangnya UMNO/BN dari tampuk kekuasaan Malaysia, menjadi mimpi semua rakyat Malaysia yang begitu dambakan perubahan dan pembebasan. Enam dekad—atau tepatnya 62 tahun, 9 bulan, 13 hari—bermula 27 Julai 1955, UMNO memerintah Malaysia. Sedemikian lama, rakyat Malaysia menunggu peristiwa bersejarah pada 9 Mei 2018 berlaku.

Untuk sekian lamanya generasi sebelum kita bermimpikan hari ini, saat-saat begini. Sewaktu Tun Mahathir mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, kelopak mata bergenang air mata mengenangkan betapa sejarah tercipta hari ini bukan kerja satu malam, atau kerja tahun-tahun mutakhir yang dalam ketahuan kita.

Kita mengenang sosok-sosok yang telah meninggalkan kita semua, bahawa sesungguhnya jerih jasa merekalah yang mengukir sejarah ini. Satu-persatu nama-nama tersebut melintas ruang memori saya; dan tidak terbayang bagaimana jika mereka mendengar perkhabaran bahawa perubahan dan pembebasan yang mereka impikan, yang mereka nukilkan dengan air mata, darah dan keringat dulunya—berbuah jua.

Kita tidak pernah berharap bahawa segala-salanya akan terus berubah menjadi baik, segalanya akan menggapai mimpi-mimpi ideal selama ini dengan tumbangnya UMNO, tetapi kami begitu optimis bahawa perubahan ini adalah pemula kepada proses-proses tersebut.

Begitu kami dambakan, tiada lain tiada bukan, adalah perubahan dan pembebasan.

Pembebasan dari kongkongan feudalisme, yang percaya bahawa Melayu memerlukan pada tuan, memerlukan pada penjaga dan penjaga tersebut adalah UMNO. Tumbangnya UMNO adalah titik mula kepada wacana dan kritik feudalisme yang rencam, yang memungkinkan suatu emansipasi idea dan semangat boleh berlangsung tanpa adanya keterikatan pada konsep tuan-hamba.

Pembebasan ini, akan menanggap semangat perubahan dalam skala yang tiada pernah kita impikan sebelumnya. Ramai begitu takutkan perubahan. Ramai lebih selesa dengan yang lama. Ramai masih teromantis pada resmi dekaden. Jadinya, perubahan adalah suatu yang cukup menakutkan.

Merubah status quo, mencabar yang selama ini kejap terjamin menjadi suatu yang tidak terjangka—adalah hal-hal yang menjadi mimpi ngeri buat generasi yang terhenyak dalam kesedapan feudalisme.

Sepanjangan tempoh pilihanraya ke-14, saya mengambil masa meneladani dan memaknai tulisan Shaharuddin Maaruf menerusi bukunya Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu. Penulis begitu berjaya menabrak dinding feudal yang masih menebal dalam masyarakat Melayu, yang menjadi unsur terutama kepada kemunduran bangsa ini.

Keghairahan atau fetishness bangsa Melayu pada konsep keperwiraan yang salah, yang sumbang, membuah pada pengekalan UMNO di tampuk kuasa sedemikian lama. Ketidakberanian bangsa Melayu mencabar status quo, berkata benar pada yang terang-terangan salah, menyambut perubahan, kritis pada pemimpin atasan, adalah antara analisis penulis pada sikap Melayu yang secara tidak langsungnya, telah membenarkan UMNO membuat onar selama enam dekad tanpa merasa bersalah.

Malam 9 Mei 2018 adalah pemula kepada proses perubahan dan pembebasan dari kebejatan yang berusia berdekad lamanya itu. Kebejatan tersebut, sekian lamanya telah membenarkan parasit bebalisme mengambil alih corak pemikiran masyarakat seanteronya. Bebalisme, yang menurut Alatas menerusi bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, membawa pengertian ‘suatu bentuk mental yang lembap, tidak berfikir, tidak dapat ditembusi logik, yang kadangkala cabul, acuh tak acuh, senang terpedaya, tidak saintifik, tidak reflektif, beruncit-runcit orientasinya, tanpa arah, pasif, tidak mampu mereka atau mencipta, dan tanpa sebarang matlamat yang ditujui secara sedar.’

Justeru dengan kemenangan 9 Mei 2018, apakah kerja buat kita pada idea kebebasan dan perubahan akan terhenti? Apakah wacana-wacana melawan turut terkubur sepi?

Sudah tentunya tidak. Kemenangan semalam lepas, cuma satu langkah. Prosesnya panjang dan melelahkan. Mencuci daki kekotoran hasil enam dekad UMNO di tampuk kuasa tidak akan menjadi suatu kerja yang mudah. Kita menjangkakan kelak berlakunya pertentangan, perlawanan yang tiada bertepi antara mereka yang mahu berubah dan mereka yang mahu mengekalkan status quo.

Tumbangnya simbolik feudal—UMNO—menandai berkobarnya semangat emansipasi individu dan idea, pembanterasan undang-undang yang mengikat lidah dan tangan rakyat terbanyak, bermulanya proses keadilan dan pendaulatan undang-undang, membajai kesamarataan dan hak asasi manusia, dan penghapusan rasa gentar menyuarakan tentangan terhadap yang lebih berkuasa.

Selama ini, kita cuma mampu bermimpi. Saban kali menerima khabar perubahan politik di negara-negara luar, rakyat Malaysia hanya kelu berharap dalam diam. Sesekali kita tidak mampu membayangkan malam 9 Mei 2018 bakal berlaku, tiba begitu pantas. Ianya tak terjangka.

Hari ini, kita tidak lagi bermimpikan hal tersebut. Kita seumpama menyambut kemerdekaan kali kedua—demikianlah perasaannya, yang membawa saya terbayang perasaan para demonstran Kerusuhan Mei 1998 saat Suharto mengibarkan bendera putih, mengakui bahawa suara rakyat adalah suara keramat.

Terima kasih, Malaysia. Malam 9 Mei 2018, adalah pemula naratif masa depan kita semua, yang menanti untuk digarap dan dinukil sebaiknya.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comPutrajaya, Malaysia2.926361 101.696445000000042.7994975 101.53508350000004 3.0532245 101.85780650000004tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-17383408879135072442018-02-28T11:44:00.000+08:002018-04-17T17:27:15.223+08:00Ketika Agama Kehilangan TuhanDulu agama menghancurkan berhala. Kini agama jadi berhala. Tak kenal Tuhannya, yang penting agamanya.

Dulu orang berhenti membunuh sebab agama. Sekarang orang saling membunuh karena agama.

Dulu orang saling mengasihi karena beragama. Kini orang saling membenci karena beragama.

Agama tak pernah berubah ajarannya dari dulu, Tuhannya pun tak pernah berubah dari dulu. Lalu yang berubah apanya? Manusianya?

Dulu orang belajar agama sebagai modal, untuk mempelajari ilmu lainnya. Sekarang orang malas belajar ilmu lainnya, maunya belajar agama saja.

Dulu pemimpin agama dipilih berdasarkan kepintarannya, yang paling cerdas di antara orang-orang lainnya. Sekarang orang yang paling dungu yang tidak bisa bersaing dengan orang-orang lainnya, dikirim untuk belajar jadi pemimpin agama.

Dulu para siswa diajarkan untuk harus belajar giat dan berdoa untuk bisa menempuh ujian. Sekarang siswa malas belajar, tapi sesaat sebelum ujian berdoa paling kencang, karena diajarkan pemimpin agamanya untuk berdoa supaya lulus.

Dulu agama mempererat hubungan manusia dengan Tuhan. Sekarang manusia jauh dari Tuhan karena terlalu sibuk dengan urusan-urusan agama.

Dulu agama ditempuh untuk mencari Wajah Tuhan. Sekarang agama ditempuh untuk cari muka di hadapan Tuhan.

Esensi beragama telah dilupakan. Agama kini hanya komoditi yang menguntungkan pelaku bisnis berbasis agama, karena semua yang berbau agama telah didewa-dewakan, takkan pernah dianggap salah, tak pernah ditolak, dan jadi keperluan pokok melebihi sandang, pangan, papan. Agama jadi hobi, tren, dan bahkan pelarian karena tak tahu lagi mesti mengerjakan apa.

Agama kini diper-Tuhankan, sedang Tuhan itu sendiri dikesampingkan. Agama dulu memuja Tuhan. Agama kini menghujat Tuhan. Nama Tuhan dijual, diperdagangkan, dijaminkan, dijadikan murahan, oleh orang-orang yang merusak, membunuh, sambil meneriakkan nama Tuhan.

Tuhan mana yang mengajarkan tuk membunuh?

Tuhan mana yang mengajarkan tuk membenci?

Tapi manusia membunuh, membenci, mengintimidasi, merusak, sambil dengan bangga meneriakkan nama Tuhan, berpikir bahwa Tuhan sedang disenangkan ketika ia menumpahkan darah manusia lainnya.

Agama dijadikan senjata untuk menghabisi manusia lainnya. Dan tanpa disadari manusia sedang merusak reputasi Tuhan, dan sedang mengubur Tuhan dalam-dalam di balik gundukan ayat-ayat dan aturan agama.

Bingkisan KH. Ahmad Mustofa Bisri (Gus Mus) yang disiarkan menerusi REPUBLIKA pada 14 Februari 2018Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.com11A, Jalan Jernang Jaya 1, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia2.9249557 101.75968250000005-27.944426300000003 60.451088500000054 33.7943377 143.06827650000005tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-4856605388518673952018-01-25T18:11:00.000+08:002018-01-25T18:11:34.250+08:00Menyinggung Kelekaan SendiriSetahun yang lalu, saya menulis bingkisan ringkas memerihal cita-cita kita yang kerdil lagi hina, lantaran wajah cita-cita tersebut cuma mampu mengenyangkan perut rodong sendiri, berbanding memberi guna dan faedah pada manusia sekitar. Sehingga ke hari ini, persoalan tersebut masih memugar fikiran, tidak pernah padam.

Setelah tamatnya diskusi bersama Teo Lee Ken di Mandala Kawah Buku, membincangkan Intelektual Masyarakat Membangun, kami bersambung lagi dengan perbincangan-perbincangan kecil sesama tetamu yang bertandang.

Hal yang paling memberi kesan pada saya, adalah pada konsep individualistik yang membuahkan rasa cukup (feel good) dalam era media sosial. Dengan berkongsi cerita duka di halaman Facebook dan Twitter, kita merasa tugas dan tanggungjawab pada masyarakat sudah selesai. Kita merasa cukup dengan berbuat demikian.

Jika adanya anjuran protes di jalanan, kita merasa cukup dengan berkongsi gambar dan video, seolah-olah mahu memberitahu kepada dunia bahawa kita juga sebahagian dari perjuangan tersebut. Kebersamaan yang dirasakan, sebenarnya terhenti di halaman Facebook cuma.

Barry Malone, si ketua editor Al-Jazeera English pernah merungut mengenai jumlah Like, Share dan Retweet yang mereka peroleh begitu tinggi, namun hakikatnya jumlah pengunjung sebenar ke laman sesawang mereka amatlah kecil.

Mereka sekadar Like, Share dan Retweet.

Mereka merasa cukup dengan berbuat begitu.

Mereka tidak membaca dan mengkaji, apatah lagi mahu menganalisis paparan fakta yang dibentangkan. Dan malangnya, mereka sudah merasa cukup (feel good) dengan Like, Share dan Retweet.

Lantas, natijahnya apa?

Merasa cukup begini, terbuah akibat sikap individualistik. Kita merasa cukup dengan “sokongan” di media sosial yang bersifat reaksioner. Hasilnya, tidak ke mana.

Terkait dengan pemerihalan cita-cita yang kerdil lagi hina, dan ketidaksanggupan untuk keluar dari kepompong merasa cukup tadi, saya masih optimis dengan keberadaan INSAN adalah jalan keluar alternatif dalam dilema ini.

Kami memulakan INSAN dengan misi untuk menjadi lebih dari sekadar bersimpati, atau merasa hiba. INSAN bermula dengan misi untuk menawarkan cadangan penyelesaian kepada permasalahan sosial dan ekonomi masyarakat.

INSAN berdasar pada rasa tidak betah untuk duduk kaku, tidak berbuat apa-apa, atau merasa cukup dengan perasaan simpati, hiba dan duka. Pagi ini terbaca kisah remaja seumur 13 tahun tidak bersekolah lantaran masalah kemiskinan. Di peringkat peribadi, kisah begini benar mengundang hiba dan simpati, kerana kita tahu rasa susah itu bagaimana, kita tahu macam mana perasaan berada di tempat begitu.

Kerana, kita pernah melaluinya. Paling tidak, di peringkat saya sendiri, saya pernah melalui keadaan begitu.

Dari kisah begini, persoalan sebelumnya timbul kembali—sampai bila kita hanya sekadar mahu merasa hiba dan simpati, dan cukupkah rasa hiba bersambung dengan mengongsikan kisah begitu di halaman Facebook masing-masing akan mengenyangkan perut remaja tadi yang kelaparan, atau memberi peluang kepadanya untuk nikmat memperoleh ilmu di sekolah sebagaimana rakan sebaya umurnya?

Pada kami, persoalan “sampai bila” adalah pukulan paling padu terhadap kekakuan dan kemalasan untuk membuat renungan, mencari dan mengkaji permasalahan serta akhirnya berupaya menawarkan penyelesaian terhadap ribuan permasalahan yang terhidang.

Kami cukup sedar, INSAN punya potensi untuk penuhkan lompong ini. Cumanya, tinggal lagi ia perlukan anjakan kemahuan yang sebenar. Cita-cita dan impian adalah mudah—terkadang sehingga lahirnya idea-idea utopia. Tetapi untuk berbuat, mula bergerak, mula berfikir—itulah tahapan yang paling sukar.

Pastinya di peringkat peribadi, saya kecewa dengan diri sendiri dan kecewa dengan kumpulan peneraju idea awal INSAN. Kecewa yang dimaksudkan pada kekakuan dalam menggerakkan INSAN, menjadikan ia sebuah pertubuhan yang punya idea dan jiwa, punya usaha dan kudrat, punya asa untuk berbuat sesuatu, untuk mengubah keadaan dan masalah, yang berdaya menyediakan alternatif dan kebarangkalian pada anak-anak yang tidak bernasib baik.

Apakah daya dan usaha kita selaku orang-orang yang bijak pandai, punya lulusan universiti, punya kesedaran dan empati, punya tenaga dan ruang dan masa—pada keadaan dan permasalahan di sekitar kita semua?

Merasa hiba itu normal. Merasa simpati itu fitrah. Tetapi, ia tidak cukup sekadar begitu. INSAN perlu dan harus bergerak, tanda hormat pada gelarnya begitu, tanda hormat pada cita-cita murni awal penubuhannya. Kita menanggung bebanan untuk berbuat lebih dari segalanya yang kita pernah berbuat sebelum ini.

Semua ini—persoalan yang menyinggung—adalah untuk saya, untuk INSAN agar sedar diri, pada tanggungjawab yang terleka. Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-57813101468468820362017-12-31T23:45:00.000+08:002018-01-23T11:12:13.933+08:00Kehidupan dan Hal-Hal Yang Tak Selesai 27 tahun Tuhan kurniakan ruang untuk membina kehidupan, mencari makna dan diri. Lingkup tersebut tidak sependek dan tidak-lah jua panjang seumpama yang telah ramai lalui sebelum ini. Sepanjangan usia yang sudah mahu mencecah dekad ketiga, banyak hal-hal yang tak selesai masih—yang butuhkan jawapan dan sebab, dan tidak kurang yang masih jua berterusan menggelintar tanda soal.

Dalam banyak lekuk dan sendi, saya memusatkan persoalan-persoalan ini pada satu tanda soal besar: mana imbangannya?

Bermula dengan perubahan. Saya berfikir perubahan berlaku kerana wujudnya desakan. Desakan-desakan ini mempamer cita-cita. Lantas cita-cita membina perasaan optimis. Jika tidak berhati-hati—tidak bijak mengimbang, optimis ini akan terlajak menjadi idealis.

Kita mendesak segalanya harus menjadi sempurna, seumpama yang terbayang dalam benak idealis kita. Kita mula menghitung pada neraca hitam dan putih. Sudahnya, kita kekagetan pada realitinya yang samar-samar kelabu.

Untuk manusia mandiri, kesemua watak yang mewakili hitam dan putih harus wujud bersekali. Kita tidak boleh untuk memilih putih sahaja. Kita juga setentunya mustahil untuk memilih yang hitam cuma. Kedua-dua hujung ini harus berimbang. Baik dan jahat, harus berimbangan. Malaikat dan iblis, harus wujud bersekali.

Kedua-dua watak ini akan memaksa kita keluar dari keselesaan dualiti—itu pun kalau kita cepat tersedar. Malang sekali hari ini khalayak terjerumus dalam perangkap dualiti yang tidak berkesudahan.

Dialektik Hegel membincangkan peri hal ini—pada kebenaran yang tiada terhenti di suatu titik tetap, tetapi berterusan bergerak seumpama sungai yang mengalir. Pada setia tesis yang terhasil, akan wujudnya anti-tesisnya. Dari penggulatan itu, maka sintesis terpencar. Proses ini lancar apabila manusia memahami akan imbangan.

Bahawa mereka harus menerima kebenaran yang tergugah (compromised truth). Proses penerimaan ini hanya akan berlaku setelah wujudnya usaha untuk mencari imbangan.

Jika kita merenung pada usia dan fizikal kita sendiri, ternyata yang terhasil adalah paradoks yang tiada berkesudahan. Mengapa Tuhan kurniakan kehidupan ini kepada kita, jika hanya kemudiannya kita seumpama dinafikan “kehidupan” itu sendiri? Apakah makna kehidupan, sebenar-benarnya? Mengapa tidak diberi akan kita kebebasan seluasnya, atau kemahuan semahunya—makin berusia, makin lelah fizik kita—dan ini menagih persoalan yang tak berkesudahan.

Mutakhir, saya terfikir akan satu hal—Tuhan meminta kita belajar untuk mengimbangi antara cita-cita dan realiti. Bahawasanya, kita tidaklah mampu memiliki segalanya. Mungkin kebijaksanaan tersebut tersirat dari maksud fizik kita yang makin kelesuan tatkala pencapaian kendiri semakin bersinar dan peluang yang makin terbuka.

Tidak menemui jawapan jua adalah jawapan, demikian kata Prof Tariq Ramadan. Jawapan kepada keberadaan kita dalam fana begini, yang penuh dengan persoalan tanpa jawapan yang tuntas. Sedang ianya, mungkin jawapan kepada kewujudan itu sendiri.

Seumpama cinta. Persoalan cinta. Dari mana hadirnya dia? Mengapa ianya wujud? Kenapa merasa cinta pada seseorang? Banyak kalinya kita tidak mengetahui sebab, atau punya sebarang alasan. Seakannya misteri yang tak terungkai. Kita cukup dengan rasa sedar, bahawa kita cinta pada seseorang dan sebarang persoalan lain tidak lagi perlu diendahkan, dipedulikan jawapannya.

Demikian jua akan hal kewujudan kita di sini. Banyak persoalan tidak membutuhkan jawapan. Atau, Tuhan sengaja mahu kita insafi keterbatasan kita. Mungkin pada satu ketika, Tuhan mahu kita mengungkap: That’s it. That’s my limit. O God, I submit.

Bercakap soal penyerahan (submission), apakah makna iman dan kebebasan saling terkait, atau saling berbalahan? Apakah penyerahan itu, bermaksud tanpa adanya persoalan-persoalan lain, pada sumber teks al-Quran dan hadis? Bagaimana konsep kebebasan berperanan di sini?

Apakah imbangan yang harus kita sorot? Terkait dengan kehidupan, bentuk imbangan bagaimana sewajarnya? Apakah wajar kita persoalkan yang tidak baik cuma, atau yang bersifat tragedi cuma, atau yang malang cuma? Tidakkah kita juga harus mempersoalkan yang dirasakan baik, yang dirasakan berguna, yang dirasakan menepati cita rasa kendiri? Contohnya, apakah kesetiaan tidak butuh persoalan?

Banyak kalinya, mempersoalkan hal yang selesa adalah suatu yang paling sukar untuk kita lakukan. Mempersoalkan kesetiaan, atau kecantikan, atau kebaikan—akan terpalit padanya seribu kehairanan.

Apakah pernah kita mempersoalkan diri sendiri, agar berdaya menjadi berbeza dari sebelumnya? Kerana, hidup ini bermaksud untuk jadi berbeza, apakah benar? Apakah dengan menjadi diri sendiri, kita sebetulnya jujur dengan hakikat kewujudan kita sendiri? Barangkalinya, kebebasan yang kita impi semenjak akal kita boleh berfikir, adalah kebebasan yang memaksudkan perihal ini.

Sudah hampir genapnya 3 dekad usia ini di muka bumi, demikian jua persoalan-persoalan melingkar makin membutuh jawapan dan keterdesakan makin memuncak. Di mana kesudahannya, kita semua tiada jawapan.

Cuma yang kita pasti, teruskanlah berbuatlah baik sesama manusia. Tunaikanlah tanggungjawab sesama insan, terhadap alam, terhadap pepohon, terhadap binatang-binatang. Kita diberi penghormatan dengan gelar humankind; apakah tidak bisa kita menjadi kedua-duanya sekali—human + kind?

Mungkin, dengan bersikap begitu, Tuhan memperkenankan pada kita jawapan yang kita butuhi selama ini.

2018, kita akan berterusan mempersoal hal-hal ini.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-46474579059868891412017-12-03T23:42:00.001+08:002017-12-04T08:40:55.257+08:008 Tahun Time To ChangePejam celik, blog ini sudah mencapai usia kurang lebih 8 tahun. Sepanjangan tempoh itu, sebanyak 579 tulisan termuat—berbagai rencah, kritik, puisi, dan omelan tercampur baur.

Secara peribadi, saya pun tidak sama sekali menjangka Time To Change mampu bertahan sehingga ke hari ini, dalam keadaan dunia penulisan blog bukan lagi suatu yang popular, bersifat lambak seperti pernah kita saksikan suatu ketika beberapa tahun sebelumnya.

Jadinya, persoalan sekarang setelah 8 tahun usianya, quo vadis?

Sepanjangan 2017, tidak banyak masa yang saya mampu luangkan untuk Time To Change. Saya harus akui kegagalan ini jua tersabit dengan kerja-kerja kajian makmal untuk pengajian Master saya di UKM, yang memakan banyak masa dan ruang tenaga.

Walau begitu, saya langsung tidak bercadang untuk menutup blog ini, paling tidak pun bukan dalam masa yang terdekat. Meski ribuan platform lain terbina untuk interaksi sosial menerusi Internet, saya masih percaya bahawa blog adalah platform terbaik untuk membabadkan (to chronicle) idea dan kritikan secara berstruktur, tidak terikat dan bertanggungjawab.

Dua tahun yang terakhir, Tuhan mempertemukan saya dengan sisi yang amat berbeza berbanding lima tahun yang lalu. Bermula dari cara fikir, ideologi, filsuf hidup, makna, sehinggalah kepada hal-hal identiti kendiri, banyak fasal mutakhir mengubah saya secara total.

Dalam hal ini, Time To Change menjadi arkib kepada perjalanan tersebut. Membelek semula tulisan saya yang berusia lima tahun lalu, saya seakan tidak dapat mengecam gerangan penulisnya. Lantas, saya terfikir, dan bersyukur, akan nikmat ruang dan masa yang dianugerahi Tuhan, yang memungkinkan saya melalui perjalanan pemikiran-pembentukan tersebut.

Justeru, saya mendapati demikian banyak tulisan terdahulu sudah tidak lagi mewakili sikap saya pada hari ini. Pada sesetengahnya, saya meletak nota ingatan pada pembaca agar mereka menanggapi tulisan tersebut tidak lebih dari sekadar arkib idea, bukan premis yang perlu diperdebatkan pada hari ini.

Paling cerlang adalah perubahan cara pandang dalam hal kepolitikan. Saya mula meyakini bahawa mencari imbangan adalah lebih utama berbanding memperdebatkan hitam dan putih.

Kejelikan politik bermula apabila ketaasuban menjadi pemandu kepada sentimen dan angan-angan yang bersifat utopia. Ketaasuban terhasil akibat buta sejarah—atau kemalasan—untuk menelaah dan menanggapi sejarah secara kritis.

Kita terlebih gemar untuk meromantiskan sejarah. Kita terlebih senang untuk mengambil sisi sejarah yang enak-enak cuma. Kita menafi kewujudan segala kisah sejarah yang berbeza cara pandangnya, atau olahannya tidak cocok dengan naratif yang kita mahukan.

Makanya, yang terlahir dari sikap cuai begini adalah idealisme separa masak, filsuf ikut-ikutan, intelektual jadi-jadian, ulama selongkang. Kumpulan pseudo semakin membiak, mengisi kelompangan sisi sejarah yang ketinggalan.

Masyarakat yang sudah begitu halnya—lambak, tidak terubat dengan maraknya watak-watak pseudo. Kejelikan hari ini yang terlihat dalam media, baik pada politik atau sosialnya, adalah simptom, terakibat dari kecuaian menanggapi sejarah.

Pernah kami berbual panjang dalam sebuah diskusi akan hal ini, perihal peri pentingnya kasus-kasus wacana yang bersifat baru, bernafas segar, dicanangkan dan diperdebatkan sesegera yang mungkin dalam kalangan generasi Y dan Z.

Saya memajukan sejarah sebagai premis asas pembinaan wacana masa depan—soal epistemologi, moral, budaya, politik—untuk generasi akan datang. Syor begini sifatnya tidak popular, tetapi harus diakui bahawa kebutaan kita pada sejarah dan nil-kritis pada kebijaksanaan terdahulu menjadikan kita generasi yang celik, tetapi teraba dalam gelap.

Lapan tahun teranugerah, yang ketahuan pada timbunan arkib tulisan yang lampau menjadi keterangan yang nyata pada perjalanan pembentukan diri saya selaku warga kepada tanah air ini, selaku manusia yang punya nurani, selaku makhluk yang serba kekurangan.

Moga kita terus bertemu, untuk sekian kalinya pada tahun kesembilan Time To Change. In shāʾAllāh.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-86857140412855962342017-10-10T18:21:00.000+08:002017-10-10T18:21:15.285+08:00Kassim AhmadMungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak, atau kurang bersetuju dengan sosok Kassim Ahmad atas pendirian/pandangan dan scepticism beliau terhadap hadis dan fungsinya. Tetapi, dalam dunia kesusasteraan, Kassim Ahmad adalah bacaan wajib kalau kita benar mahu menuruti leluhur kesusasteraan Melayu.

Hari ini, Tuhan mengambil nyawa beliau buat selama-lamanya, seorang manusia yang hidupnya—sepanjang hidupnya—berjuang pada mempertahankan hak untuk bertanya—the right to question, dan hak untuk berfikir—the right to think.

Kita meraikan capahan ide-ide beliau, malahan kita dan anak generasi selepas kita turut terhutang budi pada ketidaktundukan arwah pada tirani yang memaksa konsep berfikir harus jadi tunggal.

Sehingga ke akhir hayatnya, Tuhan mentakdirkan sosok ini masih terus "melawan" mempertahankan suara dan ide-nya di mahkamah, berjuang menegakkan hak berfikir dan bertanya.

Sampaikan-lah doa buat kesejahteraan roh sosok ini di dunia sana.

Mungkin soalan yang wajar kita bertanya saat begini, pada suatu masa tika kita pula dipanggil Tuhan, apakah kita sudah menyumbang keringat dan usia kita pada usaha-usaha membebaskan manusia dari tirani pemikiran, sebagaimana yang ditunjuk oleh Pak Kassim?Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-78347378681024959112017-09-19T22:48:00.000+08:002017-12-04T00:20:32.470+08:00Idealisme Yang Ter-bingkai Secara peribadi, saya sudah lama mundur dari selirat politik kampus dan polemik sekitarnya. Cuma hari ini, rasa terpanggil untuk mencoret sedikit sementelah hari ini juga adalah hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kampus UKM siri 2017.

Seingat saya, akhir 2012 adalah tempoh bermulanya saya mencari makna hidup yang berdikit keluar dari bingkai Ḥarakat al-ʾIslāmiyyah (الحركة الإسلامية), spesifiknya PAS. Partai politik tersebut, bukan sahaja menjadi medan pembentukan cara fikir, bahkan segala tindakan dan buah mulut yang terhasil sepanjang 5 tahun berkongsi citra, juga rangkum dalam bingkai ini.

Menyorot wajah-wajah calon mahasiswa yang bertanding—dan penyokong mereka, fikiran saya berlegar mengingat keadaan yang sama jua berlaku pada diri saya 5 tahun yang dulu. Naif, wajah yang penuh rasa cukup dengan butir yang ada di tangan baik ilmunya, pembacaannya, pengalaman hidup dan tenaga tidak kunjung lelah; sehingga pada suatu tahap merasa entitled terhadap segala persoalan dunia.

Saya menulis menggunakan laras bahasa begini kerana merasa tersinggung pada letusan ketawa teman-teman seangkatan dulunya, terhadap kenaifan “adik-adik” di kampus. Merasa tersinggung kerana, sebahagian besar mereka dulunya juga adalah begitu—naif dan menurut, berfikir dan bertindak segalanya dalam bingkai yang telah tersedia, dan realiti yang harus ditelan, mereka dulunya adalah sebahagian dari kumpulan penerus kepada bingkai tersebut.

Maksud yang saya cuba sampaikan di sini adalah, kita akan senantiasa berada dalam bingkai atau kotak, atau dimensi tertentu, yang membatas cara fikir dan tindakan pada satu-satu masa, biarpun setinggi mana kita merasakan ilmu yang kita punya, faham-faham tentang selirat soalan dunia sekitar, dan umur serta pengalaman yang semakin meningkat.

Pahitnya realiti yang harus kita akui, kita juga naif seumpama kita merasakan generasi di bawah kita adalah naif. Kita juga hidup dalam bingkai yang kita cipta dan patuh menurut. Malahan, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa, kita-lah sebenarnya manusia yang sedang terperangkap dalam bingkai tersebut tanpa sedar.

Seumpama seorang itu sedang bermimpi dalam mimpi, ketika tidurnya. Berlapis mimpi. Bayangkan, kita bermimpi memetik sekuntum bunga yang cantik nan wangi, saat kita mahu mencium bunga tersebut, kita tersedar dan rupanya, sedar itu hanyalah sedar dalam mimpi yang lain, juga memaksa kita mengulang perbuatan memetik bunga yang sama.

Kita terperangkap, dalam keadaan kita maklum betapa cantik dan wanginya bunga tersebut. Kita cuba menggagau bunga tersebut, cuba memilikinya dan menikmati wangiannya. Malangnya saat itu kita terjaga dan kita masih bermimpi. Dan, ianya berterusan. Mimpi dalam mimpi.

Saya terfikir akan analogi ini untuk menerangkan perihal bingkai yang meraja dalam benak akal kita semua. Ianya seumpama lapis mimpi yang berterusan. Kita merasakan bahawa kita cukup matang, sedangkan matang yang kita faham itu juga ter-bingkai. Kita merasakan ilmu yang kita punya sudah tinggi, padahal ianya juga ter-bingkai dalam kotak yang kita tidak nampak.

Contohnya, perihal persoalan kebebasan.

Apa yang kita tanggapi sebagai kebebasan pada hari ini, hanyalah sebuah mimpi yang menanti kita terjaga dan mimpi tersebut padam, tetapi kita masih berterusan terperangkap dalam lapis mimpi berikutnya yang juga menggagau pada soal-soal kebebasan yang tidak kunjung habis. Lapis demi lapis, berterusan menggagau tidak berkesudahan soal kebebasan. Ke mana mahu dituju?

Paradoks kebebasan, tulis Karl Popper dalam bukunya The Open Society and Its Enemies. Hal yang tidak kunjung tamat, berterusan dalam mimpi-mimpi setiap manusia yang mengimpikan kebebasan.

Demikian halnya soal idealisme. Idealisme ini ter-bingkai. Kita semua—mahasiswa pasca kehidupan kampus—turut punya idealisme. Dan lebih malang lagi, kita merasakah idealisme yang kita imami sekarang lebih matang dan jitu berbanding dulunya. Persoalan yang harus dilontarkan, benarkah begitu, atau kita turut terperangkap dalam bingkai yang kita tidak sedar kewujudannya?

Saya semakin yakin (yakin di sini jua adalah paradoks yang ter-bingkai dalam mimpi), inilah sebabnya kita akan sentiasa merasa bodoh dan malu dengan sendirinya pada pengalaman yang lalu, pada kepercayaan-pegangan yang dulu, apabila kita mengimbau kembali saat dulunya kita pada umur sekian-sekian.

PAS adalah bingkai yang meraja cara fikir saya dulunya. Ini adalah realiti sejarah yang harus saya telan. Apakah setelah saya berpindah kepada satu idealisme yang lain, bermaksud saya sudah tidak lagi berbingkai cara fikirnya, bertindaknya?

Sudah tentunya tidak sama sekali. Saya akan berpindah pada bingkai yang lain bentuknya pula. Peperangan dan perlawanan dalam diri saya sekarang, adalah peperangan dan perlawanan yang berterusan dengan bingkai yang meraja cara fikir dan tindak saya sekarang. Ianya mungkin tidak lagi berjenama PAS, tetapi akan ada jenama yang lain pula tersangkut.

Menulis renungan begini, menjadikan saya makin menghargai Kierkegaard dalam wacana eksistensi-nya. Kita terbuai dengan soalan-soalan seumpama; “Mengapa kumpulan sekian begitu taasub dengan partai sekian?”, kerana kita begitu berkehendak pada sesuatu maksud atau kebenaran yang bersifat universal, atau berobjektif, atau piawai.

Yang benar harusnya begini dan begini. Yang adil harusnya begini dan begini. Islam harusnya begini dan begini. Begitulah seterusnya tanpa putus.

Kita tidak bersedia atau berkehendak pada maksud atau kebenaran yang bersifat “baik untuk dirinya, pada kala tersebut dan tempat tersebut”.

Generasi selepas kita, akan berpegang pada sebuah idealisme yang mereka fikirkan baik untuk diri mereka, pada waktu tersebut, dan tempat tersebut. Mungkin dengan memberi kredit kepada mereka menjadi diri mereka dengan pilihan yang mereka sendiri mahukan, adalah sumbangan yang terbaik yang boleh kita berikan, berbanding letusan ketawa pada kenaifan mereka.

Kerana, untung jika kita sedar diri bahawa kita juga terperangkap dalam bingkai yang kita sendiri tidak nampak. Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comPekan Bangi, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia2.929997 101.77742250000006-27.939373 60.468828500000058 33.799367000000004 143.08601650000006tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-65748574134404862332017-07-28T12:33:00.000+08:002017-07-28T12:33:58.952+08:00Bandar Ini Dibina Untuk Siapa?Phnom Penh sebuah bandar pelbagai ragam. Berbanding Jakarta atau Kuala Lumpur, bandar ini jauh terkebelakang dari aspek pembangunan materi, tetapi tidak pada roh kotanya yang begitu rancak, toleran, dan dinamik. Namun begitu, mereka ada satu persamaan yang cerlang.

Tiga hari di sini, saya merayau mengelilingi Phnom Penh dengan Thomas, yang berasal dari kota Brighton di UK. Untung beroleh teman seperti Thomas, yang celik politik. Makanya, sepanjangan perjalanan kami rancak berbual banyak hal—Theresa May, Jeremy Corbyn, Brexit, jurang ketaksamarataan kekayaan dan peluang di UK (dan Phnom Penh).

Antara persoalan yang kerap kami kebuntuan jawapan adalah apabila kami mempersoalkan kerancakan puluhan projek mega membina kondominium mewah di tengah-tengah bandar itu, pada akhirnya untuk siapa?

Mereka membina Phnom Penh, atas nama kemajuan dan kemodenan, pada akhirnya untuk siapa?

Untuk mereka yang menjaja butir jagung kering kepada pelancong untuk ditabur pada kawanan merpati di Royal Palace Park សួនមុខព្រះបរមរាជវាំង?

Atau, untuk anak-anak tidak berpakaian melata di tepian jalan menunggu ihsan satu atau dua not Riel dari pelancong di jalan-jalan utama dalam bandar itu?

Atau, untuk kelompok 13.7% Khmer yang masih meringkuk dalam status miskin tegar?

Atau, kondominium mewah itu disediakan untuk kelompok 79% Khmer yang masih tidak punya akses pada bekalan air bersih?

Atau, sebenarnya kesemua projek mewah itu berkehendak pada kelompok 50% Khmer yang masih tidak ditunaikan hak memperoleh peluang pendidikan yang sama rata?

Sepagi ini, kami merayau sekitar Sangkat Tonle Basak. Di celah-celah bangunan mewah kondominum yang sedang dibina, saya menyaksikan para penjaja menolak troli beroda tiga menjaja makanan dan cenderamata kepada orang ramai untuk mencari sesuap rezeki. Permandangan begini, menjadi lali buat kami berdua.

Kami terus bertanya buat sekian kalinya, segala kemewahan dan kemodenan yang dijanjikan dalam bandar ini, pada akhirnya untuk siapa?

Dari satu fasa kezaliman, ke satu fasa ketidakadilan—jelasnya yang sering menjadi bidak kepada para penguasa dan aparat kaum pemodal, adalah rakyat terbanyak yang miskin harta, yang tidak berpeluang menikmati hak pendidikan, hak kesihatan dan peluang yang sama rata.

Dari Kuala Lumpur, ke Jakarta dan kini di Phnom Penh, saya belajar satu hal—ketidakadilan akan kekal menjadi ketidakadilan, sebelum kita ada keberanian untuk merobahnya. Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comPhnom Penh, Cambodia11.5448729 104.8921668000000411.0471024 104.24671980000004 12.0426434 105.53761380000005tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-68323645207714928562017-06-22T11:19:00.001+08:002017-06-22T11:19:44.271+08:00“Because it’s there.” “Because it’s there.” Demikian jawapan George Mallory terhadap pertanyaan wartawan The New York Times dalam sebuah temu bual bertarikh 18 Mac 1923, “Why did you want to climb Mount Everest?”

Tiga patah jawapan tersebut, menjadi cukup popular bahkan tidak mustahil nama Mallory menjadi legenda sehingga ke hari ini, adalah bertitik tolak dengan jawapan tiga patah yang cukup ringkas itu.

Ringkas, tetapi padat dengan makna dan pengertian.

Jawapan tersebut mengajar kita banyak perkara tentang kehidupan. Membaca skrip temu bual Mallory dalam fasa persiapan beliau untuk menempuh percubaan ketiga mendaki puncak tertinggi tersebut, kita dapat belajar bahawa cabaran itu akan kekal di situ—tidak berganjak—tetapi kita-lah pembuat keputusan untuk menakluki cabaran tersebut.

Fikiran saya melanjut kepada beberapa persoalan lain yang melingkar kehidupan seharian kita pada hari ini, yang langsung boleh dirujuk kepada jawapan Mallory tadi: soal ketidakadilan dalam masyarakat, korupsi sistem dan nilai, kecamukan politik, kehancuran alam sekitar, dan bermacam lagi.

Retrospektif yang paling cerlang adalah keengganan kita mengakui realiti permasalahan yang sedang kita berhadapan, dan keengganan kita untuk mengotori telapak tangan sendiri bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Kita lagi senang memilih untuk berdiam diri, kaku dengan keselesaan sendiri, mengenyangkan perut rodong sendiri, bersikap berkecuali seolah-olahnya permasalahan tersebut tidak wujud. Kita memejamkan mata, memilih untuk berterusan hidup dalam kepompong yang selamat.

Kadang kala kita harus bertanya kepada diri kita sendiri dengan lebih jujur, tentang mengapa sebenar-benarnya Tuhan memberi peluang kepada kita bernyawa di atas muka bumi ini. Apakah kewujudan kita semata-mata untuk berteleku sujud di tikar-tikar sejadah?

Kerana, jika kewujudan kita hanya untuk itu, cukuplah dengan malaikat sahaja. Tidak perlu pada kejadian manusia. Tiada keperluan pun untuk kita wujud, atau punya hak untuk menjadi sebahagian kepada ciptaan Tuhan yang Maha Agung.

Sudah semestinya, saya terfikir, Tuhan menjadikan kita di dunia ini dengan tujuan yang melangkau (beyond) tikar sejadah. Tetapi sayang sekali, hari ini kita melupai hakikat tersebut, dan terlebih senang dengan alasan-alasan yang selamat.

Contoh ungkapan popular dalam kalangan generasi muda apabila ditanya mengenai partisipasi dalam wacana politik (dan juga sosio-ekonomi) di Malaysia adalah, “Argh, politik kotor,” yang memberi perlambangan keengganan untuk terlibat sama dan mengambil cakna.

Keengganan generasi muda untuk terlibat dalam wacana-wacana politik tersebutlah, dengan beralasan generik sebegitu, menjadi punca kepada kelesuan kesedaran politik, eksploitasi media dan akhirnya wacana politik sedia ada berkisar dalam acuan yang makin membosankan, tidak radikal, tumpul idea dan paling menyedihkan, tiada sesiapa merasa bertanggungjawab untuk menggalas beban tersebut pada pundak mereka.

Padahal jauh di benak semua, kita sedar bahawa masalah itu wujud dan tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab ke atasnya, jika bukan diri generasi muda pada hari ini sendiri bangkit dan menggalas beban tersebut.

Mallory menyambung jawapan beliau kepada wartawan tersebut, “Its existence is a challenge. The answer is instinctive, a part, I suppose, of man’s desire to conquer the universe.”

Sayangnya, tidak seperti tanggapan Mallory pada cabaran puncak Everest, ramainya generasi muda yang kita miliki pada hari ini tumpul intuisinya pada permasalahan yang sedang kita berdepan. Kita seumpama hilang pedoman—atau inspirasi.

Berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur waktu malam, akan terlihat komuniti gelandangan yang tidur bergelimpangan di kaki lima bangunan. Pada saat tersebut, akan terpaculkah persoalan pada benak sendiri, pada siapa harus dipertanggungjawabkan akan masalah yang terbentang di depan mata tersebut?

Apakah ketika saat itu, jiwa kita cukup besar untuk mengakui bahawa kita turut bertanggungjawab terhadap permasalahan tersebut, atau kita lebih senang mengambil jalan menuding jari mencari salah siapa?

Beza antara Mallory dan lain-lain pendaki di zaman tersebut, adalah terletak pada saat begini. Beza antara Muhammad Ali ketika memilih penjara berbanding Perang Vietnam, adalah terletak pada saat begini. Beza antara Mandela dengan lain-lain yang tertindas di benua Afrika, adalah terletak pada saat begini.

Justeru masalah itu kekal di sana, tiada berganjak melainkan kita merubah sikap dan tanggapan kita terhadapnya, maka mangkin paling utama dalam persoalan ini adalah kendiri kita sendiri—kemahuan, cita-cita, harga diri, dan iltizam.

Be not beguiled, O armchair explorer! Stick to the comparative security of your subway strap. For this quite young man’s casual comment raises the ghost of such a tremendous adventure as the fireside mind can scarce conceive; of crawling along knife edges in the teeth of a bitter wind; of chopping footholds up the face of a wall of ice; of moving on where each step may very reasonably be expected to be the last, and yet taking that step, and the next, and the next after that; of pushing up and up in spite of frozen fingers and toes in spite of laboring heart and bursting lungs, until death is certain just ahead, and then turning back just as steadily, to wait for the next opportunity.—The New York Times, 18 March 1923

Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comMount Everest27.98785 86.925026099999968-2.8760429999999992 45.616432099999969 58.851743 128.23362009999997tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-46394224087771477992017-06-18T08:20:00.000+08:002017-06-18T08:20:17.097+08:00Tentang Makanan Yang Disediakan oleh Orang Bukan IslamPerbincangan tentang hal-hal berkait makan dan pemakanan ini tidak salah. Hal yang demikian jua, akan perihal makan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam—juga tiada kesalahan untuk diperbincangkan.

Tetapi, tersangatlah salah bila mana perbincangan darihal memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam menutup segenap kasus perbincangan lain yang terutama peri pentingnya kepada kemaslahatan awam. Mengambil contoh segera, isu (ini pun boleh jadi isu?) kurma yang disediakan oleh orang bukan Islam menjadi bahan perbualan segenap masyarakat dari yang punya PhD sehinggalah yang tidak bergosok gigi, berbanding perbincangan mengenai skandal 1MDB.

Justeru, ketidakimbangan kepada hal yang lebih utama menunjukkan masyarakat kita sedang sakit akal.

Tentang memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam pun perlu mengarang artikel 1,000 patah perkataan—ini perlambangan manusia sakit akal. Mengambil masa berminggu-minggu bergaduh tentang kurma yang disediakan oleh orang bukan Islam—ini perlambangan manusia sakit akal. Untuk memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam pun perlu bertanya soalan khusus kepada ustaz, kau ini dah kenapa? Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-66204814028225630512017-06-13T18:01:00.002+08:002017-06-13T18:01:52.167+08:00Menanggapi Zoo Naratif Politik DuniaDunia hari ini, sesak dan kelam. Sesak dengan selirat-selirat naratif yang tidak kunjung penat, menagih perhatian kita semua—politik identiti, nasionalisme, kaum dan agama. Kelam, dengan kecelaruan dan kelengahan yang terlahir dari selirat yang tidak kunjung habis.

Arus politik kanan semakin membuak ganas. Di bumi Amerika Syarikat, saban hari kita mendengar ragam yang pelbagai, menghiasi kemaraan naratif politik kanan. Cuma di bumi Eropah, arusnya sedikit terbungkam apabila Perancis, Belanda dan terkini United Kingdom menolak secara terang kemaraan mereka.

Dunia politik, hari ini mudahnya seumpama zoo yang menghimpunkan segenap jenis binatang dalam suatu kawasan tertentu. Naratif-naratif yang wujud adalah binatang-binatang yang dibela dipelihara untuk tujuan tertentu oleh suatu kelompok tertentu.

Kita bertanya dalam kesesakan begini, di mana tertinggalnya naratif kebenaran, dan naratif sains?

Ke manakah terperosoknya naratif empirikal? Di mana naratif kebenaran berobjektif? Naratif yang memupuk optimisme dan harapan?

Dan, lagi terutama, naratif kemanusiaan dan kasih sayang, di mana sudah menghilang?

Keangkuhan (baca: kebodohan) Donald Trump memutuskan supaya Amerika Syarikat menarik diri dari Paris Agreement adalah satu contoh bahawa kita tidak lebih dari sekumpulan binatang yang terpenjara dalam zoo naratif yang menjadikan kita bebal, angkuh lagi zalim.

Sudah pastilah juga kita meyakini bahawa zoo naratif bebal begini masih terkalah dengan naratif yang bertunjang pada kebenaran dan harapan. Pemerolehan sokongan yang menakjubkan oleh Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn dalam pilihanraya umum UK baru-baru ini, adalah petunjuk penting untuk kita terus optimis bahawa kekelaman ini ada sinar di penghujungnya.

Cuma tinggal sekarang, adalah tugas kita semua memperbetulkan naratif yang berlegar dalam masyarakat sekitar kita. Saya gemar menggunakan istilah wacana (discourse) sebagai ganti nama kepada naratif, yang jelas menunjuk peri tumpuan pada isu yang harus menjadi bual bicara seantero lapisan dalam sesuatu komuniti.

Wacana yang mahu diketengahkan, bukan lagi wacana bersifat statik, lusuh lagi tumpul. Dalam tulisan sebelum ini saya menggariskan bahawa wacana perubahan politik di Malaysia berterusan bergulat lelah dalam kerangka anti-UMNO.

60 tahun lebih, manusia yang mengimpikan perubahan landskap politik di bumi bertuah ini terbuai dengan keasyikan wacana anti-UMNO. Walhasil, selama 60 tahun jua UMNO terus berkuasa bahkan makin menjadi-jadi tabiat buruknya.

Saranan paling dekat adalah, kita harus mengubah wacana tersebut, ke arah wacana yang lebih radikal dan jauh dari bersifat mainstream. Ya—mainstream. Wacana atau naratif politik anti-UMNO sudah tersangat tepu dan mainstream, sehinggakan wacana tersebut gagal untuk melahirkan sebarang bentuk idea yang benar mencerminkan wajah Malaysia yang kita mahukan pasca-UMNO.

Kerana, pada akhirnya kita tidak mahu sekadar menggantikan UMNO. Dengan sentimen anti-UMNO hari ini, tidak mustahil untuk UMNO tumbang sama sekali. Tetapi, cukup mustahil untuk menumbangkan budaya dan sikap yang mekar tertanam selama 60 tahun diperintah UMNO.

Sedangkan kita maklum, bukan UMNO yang menjadi musuh utama negara ini—parti nasionalis itu cumalah kulit—tetapi budaya dan sikap yang melingkarinya. Tukarlah seribu kali kerajaan sekalipun, jika budaya dan sikap ini masih ampuh kekal, maka langsung tiada makna yang boleh dibanggakan.

Jelasnya, naratif bebal masih terlawan dengan prasyarat adanya iltizam dan kesungguhan mempelopor wacana yang bersifat melawan arus, segar dan membumi. Mesej-mesej kempen Corbyn memberi panduan yang jelas, pada wacana yang bagaimana seharusnya penggerak perubahan di Malaysia mengambil iktibar.

Mahu tiada mahu, wacana ini harus dipupuk. Intinya adalah harapan dan kumpulan sasaran. Corbyn menjelaskan dalam ucapan beliau di London School of Economics pada Mei 2016;

“The politics of hope are not an inevitable reaction when politics fails. The politics of hope have to be rebuilt. Rebuilding, required three things. First, a vision to inspire people that politics has the power to make a positive difference to their lives. Second, trust—that people believe both that we can and that we will change things for the better. Third, the involvement and engagement of people to make the first two possible.”

Menanggapi dunia yang seumpama zoo pada hari ini, menjadi manusia berfikiran kritis bukan lagi suatu bersifat keistimewaan, tetapi adalah suatu kewajipan pada setiap manusia yang masih punya maruah dan harga diri, iltizam untuk memencak perubahan dan insaf pada tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comPutrajaya, Malaysia2.926361 101.696445000000042.7994975 101.53508350000004 3.0532245 101.85780650000004tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-345959959064814682017-06-01T18:49:00.001+08:002017-06-11T13:23:45.473+08:00Suatu Hal Yang Tidak Membutuhkan Polisi—SikapIndonesia indah. Kaya dengan keindahan. Jauh rasanya untuk dibandingkan anugerah keindahan alam yang dimiliki negara jiran itu dengan Malaysia. Bukan sahaja alamnya indah dan kaya, budayanya juga begitu. Lenggok bahasanya pun cantik dan kaya. Orang-orangnya, malahan juga begitu. Kaya dengan budi dan budaya, serta adat turun temurun.

Setibanya di Bogor, teman di sana langsung menggesa saya melawati Kebun Raya Bogor, taman botani yang melingkari Istana Bogor—tempat menginapnya Jokowi sekarang. Kata beliau, taman tersebut dibina oleh tangan yang sama membina Kew Garden di London.

Saya lantas menyimpan separuh hari di taman tersebut, menerokai segenap penjuru tanahnya, melintasi sekalian bilangan jambatan yang merentas Kali Ciliwung, mencari khazanah spesies pohonan langka yang masih wujud di sana dan bahkan, turut mencuba kuliner Bogor di Grand Garden Resto & Cafe (pun akibat digesa oleh teman tadi).

Taman ini masyhur dengan wujudnya spesies nadir teratai gergasi (Victoria amazonica), seumpama yang wujud di SSR Botanical Garden, Mauritius. Tetapi, sesampainya saya di kolam teratai tersebut, apa yang terhidang di depan mata tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

Teratainya masih wujud, tetapi gergasinya sudah tidak lagi. Dedaunnya berlubang sana-sini, tiada lagi kembangan bunga putih yang sepatutnya menghiasi setiap tangkai teratai tersebut. Lebih memedihkan, botol plastik berapungan tenang pada permukaan kolam tersebut.

Pulang ke penginapan di rumah teman tadi, saya lantas mencurah bengkak di hati kepada dia. Teman saya mengangguk bersetuju, lantas dia membuka beberapa cerita lain—perihal sikap masyarakat pada isu kebersihan alam sekitar.

Cerita teman itu, kereta (istilah merujuk kepada kereta api) dari Stasiun Jakartakota ke Stasiun Bogor sebelum tahun 2010, bukan sahaja menumpangkan manusia malah juga haiwan ternakan seumpama lembu dan sapi. Tiada rupa kereta, ujar beliau.

Ketika di Jakarta, saya banyak dibantu oleh Bapak Gunadi—dari hal mencari buku bekas sehinggalah menjadi juru tunjuk dan pandu di kota itu. Saat kami berjalan kaki melewati persimpangan lampu isyarat sekitar Pasar Senen, saya kebingungan dengan keadaan di situ.

“Bapak, kalau bisa lintasing langsung baik dicabut aja tiang lampu isyarat—tak gitu?”

“Kok kamu bilang gituh, Din?”

“Iya Pak, tiada guna isyaratnya kalau mobil ngak mau ikutan,”

Terbarai Bapak Gunadi ketawa!

Memangnya saya cuma bergurau dengan beliau.

Ceritanya begini, mana-mana simpang lampu isyarat di kota itu seolahnya tiada fungsi kerana masing-masing kenderaan saling melanggar isyarat perjalanan yang sepatutnya. Persoalan saya, jika warga kota Jakarta boleh hidup dengan keadaan trafik begitu, mengapa kerajaan masih mahu membazirkan wang pada infrastruktur yang tidak dihargai dan dimengerti oleh warga kotanya?

Di sini, persoalan terbesar adalah perihal sikap. Dari hal menjaga kebersihan taman awam, tidak membuang sampah merata, sehinggalah mematuhi peraturan jalan raya yang mudah begitu; sikaplah yang bertindak sebagai garis sempadan dalam kasus ini.

Untuk menjadi seorang yang bersikap adil terhadap alam, dia tidak membutuhkan mana-mana polisi atau dasar yang khusus untuk mencintai alam sekitar dan memperjuangkan haknya.

Untuk menjadi seorang yang merasa bersalah membuang sampah merata-rata, bukan polisi negara yang memaksa tangannya supaya mencampakkan sampah ke dalam tong yang disediakan.

Untuk menjadi seorang yang patuh pada peraturan keselamatan semasa menaiki kenderaan, bukan polisi negara yang memaksa seseorang itu mematuhi isyarat lampu di persimpangan jalan raya.

Stereotaip yang gemar diulang dalam kasus perbincangan negara bersih lawan negara kotor, adalah mempertemukan sikap masyarakat pengotor dengan negara yang mundur dan miskin. Begitulah jua sebaliknya, masyarakat pembersih adalah dari negara yang kaya dan moden.

Saya sangat tidak bersetuju dengan stereotaip begitu. Dari hemat peribadi, saya menekankan soal sikap yang—seperti ditulis dalam perenggan sebelum ini—bertindak sebagai garis sempadan yang membezakan antara mereka yang mencintai alam dengan yang tidak.

Untuk menjadi seorang yang pembersih, manusia tidak membutuhkan sebarang polisi atau kerajaan harus menggubal suatu dasar yang khusus untuk mereka. Cukuplah dengan kesedaran (consciousness) akan tanggungjawabnya menjaga alam sekitar, untuk menjadikan seseorang itu merasa benci pada tabiat membuang sampah merata-rata.

Consciousness-lah yang menjadikan seseorang itu bersikap dengan sikap yang benar dan adil pada sesuatu konteks dan tempat duduknya.

Justeru, kita mempersoalkan pula, bagaimana kesedaran ini boleh timbul?

Lagi sekali, polisi atau dasar yang digubal mungkin berupaya menjadi faktor sekunder kepada pembentukan sikap seantero masyarakat, tetapi yang lebih primer adalah pendidikan sikap dari awal seseorang itu mencecah umur yang mula mampu berfikir baik dan buruk akan sesuatu perkara.

Pendidikan di sini, tidaklah memaksudkan sistem formal di sekolah sahaja.

Boleh diperkembangkan maksud pendidikan ini adalah bermula dengan interaksi anak kecil dengan ibu bapanya—teladan yang ditunjuki sewaktu di rumah, pendedahan pada bahan bacaan yang bervariasi dan mencangkup perkara universal seumpama budaya, agama, ketokohan; pemilihan rakan yang mempengaruhi anak-anak kecil ini sewaktu di luar rumah, dan segala hal yang boleh memupuk kepada terzahirnya sikap yang baik dari dalam diri anak-anak yang sedang membesar dan belajar dari memerhatikan masyarakat di sekelilingnya berfungsi.

Kata kunci di sini, ialah memupuk. Sikap perlu dipupuk bermula dari awal usianya. Dan pupukan yang bermakna itulah, menjadi pendidikan buat dirinya yang akhirnya membantu kepada kelahiran seorang manusia yang mempunyai sikap yang benar pada setiap konteks dan tempat.

Kita sering membaca kisah bagaimana anak-anak kecil di Jepun dididik membawa plastik sampah peribadi dalam beg masing-masing. Hasilnya, kerajaan mereka langsung tidak perlu menggubal apa-apa polisi atau menguatkuasakan undang-undang bagi membendung tabiat membuang sampah merata-rata di sana. Mereka punya kesedaran, lantas kesedaran itu menjadi mangkin kepada sikap yang benar dalam konteks ini.

Berbalik pada stereotaip negara mundur masyarakatnya pengotor, manusia terbuai dengan norma masyarakat sekitarnya, akibat dirinya terdidik dengan keadaan dan persekitaran begitu semenjak usia kecilnya lagi. Dari kecil dia melihat masyarakatnya membuang sampang merata-rata—di rumah ibunya juga begitu, di sekolah gurunya juga begitu, di padang permainan temannya juga begitu.

Lantas, apa yang berbaki pada dirinya lagi?

Terbuainya manusia dengan persekitaran, tidak mengira taraf sosio-ekonominya.

Kita boleh juga menjengah beberapa contoh mikro; kisah manusia yang punya kereta mewah tetapi sewenangnya meletak kenderaan dalam ruangan parkir OKU, atau manusia yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya bergaji mewah tetapi gagal untuk bangun memberikan ruang tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan dalam gerabak LRT.

Bermakna, dari sini kita boleh menyatakan bahawa pembentukan sikap tidak mengira taraf miskin atau kaya seseorang itu. Pengotornya seseorang itu tidak terkait dengan dirinya miskin atau kaya. Berbudinya seseorang itu tidak terkait dengan dirinya miskin atau kaya.

Walhasil, kita boleh dengan mudah melakukan deduksi di sini: sikap-lah yang sebenarnya menjadi faktor bagaimana manusia itu berfungsi sebagai manusia. Sikap, adalah suatu hal yang tidak membutuhkan polisi, tetapi ruang dan didikan. Ruang dan didikan, akan memercikkan kesedaran (consciousness), lantas membuahkan sikap yang benar.Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comBogor Botanical Gardens, Jl. Ir. Haji Djuanda No.13, Paledang, Bogor Tengah, Kota Bogor, Jawa Barat 16122, Indonesia-6.5976289 106.79956979999997-37.4670264 65.490975799999973 24.2717686 148.10816379999997tag:blogger.com,1999:blog-7049284273309552303.post-55554529635826966212017-05-16T22:57:00.000+08:002017-05-17T07:55:58.825+08:00Ketaksamarataan dan Kitaran Kemiskinan Menelusuri lorong-lorong toko buku Palasari di Bandung, rata-rata kasir di kaunter kira uang adalah pria berusia lingkungan belasan tahun. Sepertinya di kota Jakarta, saya mengambil peluang itu berbual dengan mereka dan membuat teman dengan orang tempatan.

Tujuannya tidak lain, pertama untuk dijadikan sumber rujukan dan kemudahan di kawasan tersebut—selaku orang tempatan, dan seterusnya mendengar kisah mereka.

Dari Jakarta, ke Bogor, dan kemudiannya singgah di Bandung, dan lantas selepas itu ke Jogjakarta: kisah anak-anak pria berusia belasan tahun ini hampir serupa. Mereka mulai mencari uang menyara kehidupan dan keluarga seawal usia tamatnya Sekolah Dasar (SD).

Ke toko menjual batik di tengah hiruk-pikuk Jalan Malioboro, sehinggalah ke ceruk daerah Ciwidey, wajah-wajah polos pria berusia belasan tahun bekerja mencari uang menghiasi segenap ruang—saat anak-anak yang seusia dengan mereka lainnya sibuk memikul buku ke sekolah.

Keadaan begini sudah menjadi sangat biasa, bukan hal yang pelik di negara jiran. Saya mencatat hal ini secara khusus, lantaran dari sorotan peribadi, saya terpanggil dengan rasa bertuah akan peluang pendidikan yang saya peroleh semenjak dari kecil, yang kelihatannya tidak dirasai oleh rata-rata anak kecil di sini.

Indonesia bukanlah negara miskin sumber buminya. Bahkan berbanding dengan banyak negara lain di bumi Eropah, Indonesia jauh lebih kaya hasil buminya. Pendapatan tahunan negara itu jauh lebih melimpah ruah berbanding Malaysia. Bandingkan sahaja nilai GDP kita dengan negara jiran, Malaysia masih jauh untuk menyaingi Indonesia.

Tetapi, persoalannya yang paling utama di sini adalah, ke mana menghilangnya semua angka yang menggiurkan itu, jika tidak tersalur pada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat jelatanya?

Pendidikan adalah suatu sektor yang begitu kritikal. Pemerhatian saya selama tiga minggu di kebanyakan daerah utama dalam tanah Jawa—yang sememangnya lebih maju berbanding daerah-daerah di Sumatra dan Kalimantan—adalah menyalahi keterdesakan pada sektor itu.

Mungkin-lah catatan ini tiada absah dari sudut data dan analisis secara kuantitatif, tetapi saya tidak dapat menipu pemerhatian secara fizikal selama berada di sana.

Bill Gates menyebut perihal ketaksamarataan (inequity) yang menjadi akar kepada permasalahan global pada hari ini. Pemerhatian itu benar. Bukan sahaja di Indonesia, di Malaysia bahkan mana-mana ceruk dunia ini mengalami akar masalah yang sama.

Kegagalan sesebuah negara untuk menyediakan peluang pendidikan yang sama rata, menjadi asal usul kepada keberlangsungan kitaran kemiskinan dalam kalangan rakyat terbawah. Mungkin pada suatu keadaan, kerajaan tidak harus menjadi orang tengah dalam hal pendidikan, tetapi syarat sedemikian tidaklah absah pada semua keadaan.

Contohnya, hal yang saya ceritakan di atas.

Di sini, kerajaan harus berfungsi menjadi orang tengah untuk menceraikan keberlangsungan kitaran kemiskinan tadi, dengan intervensi dari sudut inisiatif pendidikan percuma, subsidi yang berbentuk infrastruktur, biasiswa, penggalakan jumlah guru dan penambahan bilangan sekolah.

Saya berusaha menjauhi ujaran pandangan ini dalam konotasi messiah complex; bahawa kita mempedulikan latar budaya dan sejarah yang rata-rata rakyat kelas buruh di Indonesia lalui dan terus berdepan sehingga saat ini, termasuklah sejarah kolonisasi Belanda sebelum kemerdekaan.

Semua itu, harus diambil kira dalam rumus mencari penyelesaian kepada kitaran kemiskinan tadi, bermula dengan mencipta peluang pendidikan dalam kalangan anak-anak kecil.

Pendidikan adalah hak asasi yang harus dijamin sepenuhnya, bahawa tiada seorang pun anak kecil tercicir dari menikmati peluang yang sama dalam pendidikan dengan rakan-rakan mereka yang lain, yang lebih bertuah dari segi sosio-ekonomi keluarga mereka.

Secara peribadi, dalam banyak hal yang saya perhatikan sepanjang tiga minggu di tanah Jawa, perkara ini menyentuh hati yang paling dalam. Saya mengimbau betapa bertuahnya saya memperoleh peluang pendidikan semenjak dari kecil sehinggalah ke alam universiti, dalam keadaan ekonomi keluarga saya bukanlah suatu yang indah untuk dibicarakan pada umum.

Saya begitu mengimpikan kesemua anak-anak remaja di lorong-lorong Palasari, memiliki peluang yang sama. Ahmad Tajuddinhttp://www.blogger.com/profile/12787715575158772155noreply@blogger.comPalasari, Cibiru, Bandung City, West Java, Indonesia-6.9216251999999994 107.71402839999996-6.9531516999999994 107.67368789999996 -6.8900986999999994 107.75436889999996