Tuesday, October 10, 2017

Kassim Ahmad

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak, atau kurang bersetuju dengan sosok Kassim Ahmad atas pendirian/pandangan dan scepticism beliau terhadap hadis dan fungsinya. Tetapi, dalam dunia kesusasteraan, Kassim Ahmad adalah bacaan wajib kalau kita benar mahu menuruti leluhur kesusasteraan Melayu.

Hari ini, Tuhan mengambil nyawa beliau buat selama-lamanya, seorang manusia yang hidupnya—sepanjang hidupnya—berjuang pada mempertahankan hak untuk bertanya—the right to question, dan hak untuk berfikir—the right to think.

Kita meraikan capahan ide-ide beliau, malahan kita dan anak generasi selepas kita turut terhutang budi pada ketidaktundukan arwah pada tirani yang memaksa konsep berfikir harus jadi tunggal.

Sehingga ke akhir hayatnya, Tuhan mentakdirkan sosok ini masih terus "melawan" mempertahankan suara dan ide-nya di mahkamah, berjuang menegakkan hak berfikir dan bertanya.

Sampaikan-lah doa buat kesejahteraan roh sosok ini di dunia sana.

Mungkin soalan yang wajar kita bertanya saat begini, pada suatu masa tika kita pula dipanggil Tuhan, apakah kita sudah menyumbang keringat dan usia kita pada usaha-usaha membebaskan manusia dari tirani pemikiran, sebagaimana yang ditunjuk oleh Pak Kassim?