Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Rohingya di Tanah Air Pertiwi

Malapetaka seakan saling melengkapi lewat minggu ini. Masyarakat lambak, kumpulan manusia yang digelar oleh José Ortega y Gasset akibat sikap melulu dan kejahilan mereka, bahkan tidak mampu untuk mengenal kejahilan mereka, semakin membiak dalam kalangan masyarakat.

Dulunya, ramai antara mereka bercop UMNO pada dahi masing-masing, hari ini—cop tersebut beralih pada rata-rata ahli PAS yang semberono menyokong tindakan zalim kerajaan PAS negeri Kelantan terhadap orang-orang asal di Gua Musang.

Semberono, pertama kerana jahil. Gelar lainnya, ignorance. Sudahlah jahil, tambah jelek lagi seperti istilah orang Melayu, bodoh tak menurut, pintar tak mengajar.

Ignoramus begini, yang terlihat pada mereka hanyalah bendera berlambangkan bulan, tiada yang lainnya lagi. Segala yang bercanggah dengan hal tersebut, adalah salah, fitnah, kerja-kerja menjatuhkan kerajaan Islam.

Kepandiran mereka, menutup conscience pada bahawa di bumi pertiwi ini sudah terbentangnya Rohingya tersendiri. Akal mereka tid…

Kepedulian Politik Murahan

Khairy Jamaluddin mempertahankan isu kelewatan pemboikotan pasukan Malaysia terhadap AFF Suzuki Cup 2016, bertitik asal dari berita pembantaian etnik Rohingya yang baru tersebar luas kononnya pada minggu lepas.

Kata dia, laporan pembunuhan besar-besaran yang terbaru hanya keluar minggu lepas. Check the news, katanya Khairy.

Politikus begini, adalah politikus murahan. Hal yang sama juga terampil pada mana-mana organisasi yang "bising-bising" pasal Rohingya sehari dua ini.

Rohingya bukan berlaku semalam, atau minggu lepas.

Pembunuhan besar-besaran yang kononnya, baru tersebar minggu lepas seperti didakwa Khairy, sudah diberi liputan berbulan lamanya oleh Human Rights Watch (HRW). Malah jika diambil kira dari keseluruhan laporan HRW, sudah bersiri laporan mengenai Rohingya dikeluarkan.

Ketika kita setahun 2015 mengepalai ASEAN, pernah diusulkan dalam mana-mana sidang parlimen untuk membincangkan hal Rohingya? Mana Khairy waktu itu?

Cuma tinggal sekarang, menteri kita buta, k…

Menulis Tentang (Falasi) Trump

9 November (terbalik kepada 11 September) menjadi mimpi ngeri buat sebahagian besar penduduk Amerika Syarikat. Ya, sebahagian besar — Muslim, LGBTQ, kulit hitam Amerika, imigran dan banyak lagi kumpulan minoriti.

Tambah mengerikan apabila kedua-dua Dewan dalam Kongres Amerika Syarikat juga dikuasai sepenuhnya oleh Republikan. Apakah kesan langsung dari monopoli kuasa berbuat keputusan begini, bermula dari White House, sehingga ke Senat dan juga Perwakilan?

Natijah yang kita terbayang pada waktu ini adalah, terkuburnya tatakelola semak dan imbang.

Cuma dalam banyak perkara seputar hampir dua tahun kempen presiden di Amerika Syarikat, hal yang meresahkan (dan sedikit kelakar) adalah bagaimana Trump begitu terbuai dengan falasinya, bahawa kebangkitan dia adalah “a movement against establishment”.

Sehinggakan dalam ucapan kemenangannya, Trump masih dengan falasinya.

“As I’ve said from the beginning, ours was not a campaign, but rather an incredible and great movement, It’s a movement co…