Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Feudal Beragama

Saya kira, sedikit komentar seputar isu pencabulan seksual kanak-kanak bawah umur yang dilaporkan berlaku di sebuah Maahad Tahfiz, boleh dicoretkan juga di sini.

Pertamanya, kita serahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan penuh lagi adil bagi kes jenayah ini. Moga-moga kebenaran jua yang terserlah.

Dalam pada isu ini hangat menerusi corong-corong media sosial, saya terlopong memerhatikan gelagat manusia yang kononnya beragama, tetapi begitu feudal cara mereka berfikir dan menanggapi isu begini.

Kasus perdebatan dan wacana dalam isu ini, yang sepatutnya adalah seputar hak keselamatan dan maruah kanak-kanak, bertukar kepada wujudnya agenda menjatuhkan dan mencemarkan institusi agama Islam.

Kata mereka, ini agenda jahat untuk menjatuhkan Islam.

Kata mereka lagi, ini adalah usaha untuk membuka aib agamawan dan ustaz, serta melempar najis kepada institusi pendidikan agama Islam.

Kata mereka lagi, usaha begini adalah keji, dan mereka yang turut menyokong kempen membongkar jenayah in…

Darihal Conscience

Saya masih mencari-cari alih bahasa yang tepat bagi memaksudkan conscience dalam Bahasa Melayu. Sehingga ke hari ini, hanya satu frasa yang mungkin boleh dimajukan, iaitu hati nurani.

Conscience adalah suatu keadaan pemikiran, atau kognisi, yang memandu rasional dan emosi bagi menilai beza baik dan buruk, benar dan salah, dan segala yang memaksudkan dua hal yang berbeza dari unjuran kompas moral.

Boleh jadi, ianya suatu bentuk suara hati, atau perasaan yang paling dalam ketika seseorang mahu mengambil sesuatu keputusan, atau memutuskan tindakan mereka yang seterusnya.

Conscience, mungkin tidak salah untuk dianggap sebagai neraca dalam proses pertimbangan tersebut — baik ianya wajar atau tidak, membawa kebaikan atau keburukan.

Hari ini saya terbaca satu perkongsian netizen menerusi Facebook, yang bercerita pengalamannya bersama seorang pemandu Uber yang berhenti kerja selaku pegawai polis dan sepenuh masa menjadi pemandu Uber.

Alasan si pemandu Uber, kerjanya yang terdahulu tidak jujur …

Olimpik dan Kemanusiaan

Owen Gibson menerusi komentarnya dalam The Guardian, mengingatkan kita betapa Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil telah kehilangan suatu peluang keemasan untuk meraih pingat emas bagi modelkemanusiaan mapan.

Dalam pada kerancakan dunia seluruhnya menonton atlet mereka beraksi, ribuan rakyat Brazil terutamanya di sekitar Rio de Janeiro mendekam air mata, menangis kegelisahan akibat kehilangan rumah dan punca rezeki akibat projek Olimpik.

Ini kisah sedih di sana. Masih segar dalam memori saya ketika melawat sendiri favela di Rio tiga tahun yang lepas melihat dengan dekat ‘kehidupan’ di perbukitan kemiskinan itu. Tuhan, tidak tergambar dengan kata-kata. Sungguh.

Apabila membaca laporan-laporan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan tempatan Brazil bagi memberi laluan kepada projek Olimpik 2016 berjalan lancar, yang menatijahkan kesengsaraan pada rakyat terbanyak yang sudah tersedia sempit kehidupan mereka — saya kelu.

Sebenarnya, perkara itu boleh dielak. Kesengsaraan itu boleh di…

Seni Lukis Yang Piatu

Seminggu yang lalu, Tuhan kurniakan peluang bersua muka dan menjamu akal dalam perbincangan bersama Faizal Hj. Zainal, salah seorang pelukis warna air (dan pelbagai medium lain lagi) yang hebat di tanah air kita.

Sesiapa yang mengikuti beliau menerusi halaman Facebook, tahu benar siapa gerangan Faizal Hj. Zainal — pelukis, cikgu seni yang memiliki studio di Bandar Baru Bangi, pembaca buku tegar dan gemar bercerita sejarah Bangi dan Kajang.

Sebenarnya, ia semacam rezeki, pergi ke sana menemani Azman Nor, yang juga merupakan seorang pelukis warna air yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Dijadikan cerita, kami berbual soal susur galur seni lukis di Malaysia, khususnya warna air. Timbul persoalan dalam benak saya, perihal tergantungnya susur galur sejarah seni lukis di Malaysia, yang bersifat “muncul secara tiba-tiba” pada era lewat 20-an.

Rasa kaget begini, ada asas tersendiri.

Pertama, kita terbiasa mendengar kisah kegemilangan pemerintahan di Melaka, kalaupun ianya tidak mencapa…

Loss of Adab

On loss of adab, an abridgement from the Introduction of Syed Muhammad Naquib al-Attas's Aims and Objectives of Islamic Education, at the First World Conference on Islamic Education held at Mecca in 1977.

As to the internal causes of the dilemma in which we find ourselves, the basic problems can — it seems to me — be reduced to a single evident crisis which I would simply call the loss of adab.

I am here referring to the loss of discipline — the discipline of body, mind, and soul, the discipline that assures the recognition and acknowledgement of one's proper place in relation to one's self, society and Community; the recognition and acknowledgement of one's proper place in relation to one's physical, intellectual, and spiritual capacities and potentials; the recognition and acknowledgement of the fact that knowledge and being are ordered hierarchically.

Since adab refers to recognition and acknowledgement of the right and proper place, station, and condition in li…

“There has to be a point at which you say, 'Enough,'”

Dalam pertemuan antara Obama dan Lee Hsien Loong di White House, Obama telah menghamburkan kritikan terhadap Trump dalam tempoh LIMA minit yang cukup tajam dan keras.

Katanya, sudah tiba masanya untuk pemimpin utama Republikan menjarakkan diri mereka dari Trump.

Cukup-cukuplah, mudahnya begitu mesej Obama kepada kepala-kepala utama Republikan.

Saya terfikir, mesej yang sama juga harus disampaikan kepada Najib Razak dan gerombolannya. Cukup-cukuplah, sebelum amarah rakyat meledak tanpa terkawal kelak.

Ini bukan teori lagi. Kita dapat lihat dan belajar sendiri dari pengalaman bagaimana kemarahan rakyatLibya yang tidak diendahkan oleh Gaddafi pada akhirnya hanya membawa malapetaka yang lebih besar kepada Libya itu sendiri.

Juga di Syria dengan kepala keras Assad yang enggan sama sekali tunduk kepada desakan rakyat agar dia turun dari posisi nombor satu itu, dan digantikan dengan sosok yang lain, yang dipilih secara demokratik.

Sebenarnya, permintaan (atau gesaan) sebegitu rupa tidak peli…