Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Masyarakat Yang Sedang Sakit

Dari kes lawak Amran Fans, ramai mula meratap akan sakitnya kita — sakitnya masyarakat kita sekarang. Realitinya, kita harus mengakui bahawa kita sedang sakit, yang amat.

Bahawa, jenayah rogol dan penganiayaan itu memang sudah terang — ianya salah, wajib dikecam tanpa syarat, tetapi untuk mengulang cerita jenayah tersebut sebagai bentuk lawak dan cemerkap mempersendakannya sebagai bahan ketawa, masyarakat kita sudah masuk ke darjah kritikal.

Setahun lalu, Internet heboh dengan video prank Sam Pepper yang menjadikan wayang penculikan dan pembunuhan sebagai latarnya. Netizen mengutuk pemilihan tema video tersebut. Mereka yang terlibat akhirnya memohon maaf secara terbuka, dan memadam kandungan video tersebut.

Di Amerika Syarikat, khalayak mengkritik Donald Trump atas inisiatif kempen pilihanrayanya yang menggalakkan keganasan penyokongnya terhadap lawan yang tidak bersetuju dengan kem beliau. Lagi menarik, Trump sanggup membayar kos perundangan jika kes keganasan tersebut dibawa ke ma…

Melawat Kritikan Syed Hussein Alatas Terhadap Pengarang Revolusi Mental

Dalam komentar saya dulu tentang larangan membaca buku-buku Faisal Tehrani, saya menyebut tentang ketidakmungkinan untuk seseorang yang tidak membaca sesebuah karya tertentu, boleh memajukan sebarang kritikan dan kesimpulan terhadap karya tersebut secara beramanah dan bertanggungjawab.

Saya mahu menyambung sedikit lagi berkenaan perkara tersebut.

Dalam Intelektual Masyarakat Membangun, Syed Hussein Alatas telah mengajukan kritikan yang cukup tajam terhadap kelompok manusia yang bersikap tidak beramanah begini dalam kritikan mereka terhadap satu-satu karya dan teori yang tidak selari dengan mereka.

Dalam Bab 2 yang membicarakan perihal Kaum Intelektual dan Fungsinya, Syed Hussein Alatas telah mengkritik Revolusi Mental susunan Senu Abdul Rahman — sebuah tulisan yang menganjurkan pada peri pentingnya orang Melayu mengubah cara fikir mereka untuk maju.

Buku tersebut telah menghimpunkan tulisan tujuh cendekiawan, yang antara lainnya mereka adalah pemegang gelar PhD. Kritikan pedas Alatas…

Menyanggah Ketakutan dan Kebencian Terhadap Homoseksual

Pada banyak keadaan, ketakutan dan kebencian, lantas diskriminasi, terhadap komuniti homoseksual adalah bertitik asal dari kesempitan cara pandang terhadap kehidupan dan erti kemanusiaan, sehingga menutup segenap ruang toleransi yang wujud dalam masyarakat.

Cara pandang itu, kita boleh klasifikasikan kepada beberapa perkara, antaranya yang paling dominan dalam masyarakat Malaysia terutamanya adalah keterkaitan dengan persoalan homoseksual menyalahi perintah Tuhan dalam kitab-kitab suci — Quran, Injil dan sebagainya.

Dari kalam-kalam kitab yang bersifat sakral inilah, manusia melakukan derivasi pandangan sehingga wujudnya perspektif dalam kalangan khalayak bahawa perbuatan homoseksual adalah menyalahi fitrah semula jadi, menyanggah segala hukum tabii alam.

Pada akhirnya, segala perspektif itu akan membawa sekalian khalayak kepada beberapa kesimpulan mudah, bahawa pelaku homoseksual adalah pendosa, menjijikkan, menyalahi fitrah dan penyebab berlakunya bala kepada manusia yang lain-lainn…

Terima Kasih Cikgu Fadzilah

Saban tahun, saya menulis pada Hari Guru berkenaan kisah guru-guru yang pernah saya menuntut ilmu dengan mereka sewaktu zaman persekolahan dulu.

Tahun-tahun yang lepas, saya mengenang memori bersama Cikgu Wan Mahmud, guru Fizik saya sewaktu di Tingkatan Empat dan Lima di SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Seorang guru tua, yang begitu berdedikasi — entah bagaimana saya mahu mengungkap jasa beliau pada diri saya dalam tulisan kecil ini. Moga rahmat Tuhan dan alam senantiasa bersamanya.

Untuk kali ini, saya mahu bercerita perihal seorang guru saya sewaktu bersekolah rendah.

Saya mengimbau semula memori dengan seorang guru wanita ini — insan yang mulia, yang banyak membantu saya sewaktu susah, sewaktu saya kesempitan, sewaktu yang lain-lainnya memandang rendah dan serba hina pada diri kita.

Ini kisah seorang guru yang mulia, yang telah mendidik saya menjadi seperti pada hari ini. Saya mahu bercerita tentang Cikgu Fadzilah, guru Bahasa Melayu saya semasa Darjah Enam di SK Kampung Chaban…

Gesaan Menyegerakan Penyatuan PAS dan UMNO

Saya merenung dalam-dalam, rasanya sudah tiba masa yang cukup kritikal bagi seluruh umat Melayu Islam di Malaysia bersatu — melawan agenda tersembunyi DAP terutamanya.

Untuk bersatu melawan agenda DAP tersebut, hanya satu cadangan yang masuk akal, iaitu penyatuan dua blok terbesar parti Melayu Islam; PAS dan UMNO.

Makin dibiarkan lama idea ini terawangan — gantung tak bertali begitu sahaja, tanpa kesungguhan tindakan dan gerak kerja, saya fikir perkara itu amat menzalimi nasib umat Melayu Islam keseluruhannya.

PAS dan UMNO wajib menunjukkan kesungguhan untuk mencapai penyatuan yang segera. Jangan dibiarkan keadaan begini berterusan, jangan dibiarkan umat Melayu Islam terus tertanya-tanya tanpa sebarang jawapan.

Kalian punya tanggungjawab yang besar, yang perlu digalas amanahnya sesungguh hati demi menyelamatkan umat Melayu Islam dari terus dipermainkan, diperkotak-katikkan, dibelenggu dengan agenda dan helah tipu daya DAP.

Terdapat TIGA faktor penting, saya majukan untuk kalangan pimp…

Jangan Baca Buku-Buku Faisal Tehrani

Sepanjangan Pesta Buku (Antarabangsa?) (Kuala Lumpur?) di MAEPS, sempatlah juga saya menjenguk ke sana mencari beberapa judul buku yang banyaknya, harga mereka menjadi sedikit murah berbanding hari-hari biasa.

Untuk mereka yang memang kaki membaca, dan tidak berduit sangat, pesta buku ini kiranya macam syurgalah untuk mereka (ini parabola, kerana pesta buku tahun ini tidak macam pesta buku pun sebenarnya).

Kita lupakan hal itu seketika. Kali ini, kita nak berbincang perihal buku-buku Faisal Tehrani.

Ketika berjalan mencari reruai buku pilihan, saya terserempak dengan dua orang kawan lama. Mereka juga ke PBAKL mencari buku, katanya. Mungkin melihat saya membawa plastik yang berisi kotak buku DuBook, salah seorangnya terus menegur saya,

“Beli buku-buku DuBook ke? Buku apa?”

“Oh, aku beli banyaknya buku-buku Faisal Tehrani. Tak pernah baca lagi buku-buku dia.”

Kawan saya tersenyum, “DuBook siap bagi kotak eh?”

“Ha’ah, mungkin beli banyak kot,” jawab saya, berseloroh.

“Hati-hati sikit ba…

Doing Is Better Than Perfect

Everyone knows, that was a Facebook company motto. Literally, everyone knew it. But then, how many of us, getting the real message behind that particular sentence?

As a matter of fact, there are not many people who understand, or I should put here — care — about the meaning beneath it.

It is a sad reality, especially when it comes to the terms of organisation or teamwork.

What were in the first place supposedly to be the teamwork or a job that need a team to work on it, at last, spurned off as if the job is only meant to be on one person’s shoulders only — from the entire team.

Do you read Harry Potter and the Deathly Hallows, a scene when Ron growled and snapping on Harry, for what from his point of view, Harry was clueless and always throw away I-don’t-know kind of excuses?

Yes, that kind of particular attitude or mental is what I am pointing out here.

“We thought you knew what you were doing!”  “I thought you knew what you’d signed up for,”  “You know, with my arm mangled and nothi…

Cercaan Tidak Sesekali Bersekutu Dengan Kebenaran

Dalam banyak penulisan saya di sini, saya mengguna pakai metode kritikan secara langsung dan keras pada subjek sasaran saya — boleh kata dalam setiap artikel berkaitan politik, begitulah gayanya.

Namun begitu, kritikan boleh dibahagi dalam banyak jenis.

Betulkan saya, jika saya tersilap. Memang dari awal penulisan dalam blog ini, saya banyak mengkritik secara cercaan. Saya mengaku, bahkan banyak kali juga saya memutar kembali tentang hal tersebut dalam tulisan-tulisan sebelum ini.

Cercaan lebih kepada sosok-sosok politikus yang korup, yang muflis moral, yang ingkar pada amanah rakyat, yang kurang ajar pada undang-undang dan Perlembagaan.

Apakah dengan segala sifat gampang begini, maka boleh menjadi justifikasi pada saya untuk mencerca sosok-sosok politikus ini?

Sesetengah keadaan, saya fikir, ya, ianya boleh memberi kesan. Kurang ajar pada politikus korup, ya, teramat perlu. Mungkin istilah yang lagi rangkum maknanya, adalah biadap. Pada politikus begini, biadap terhadap perangai dan …