Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Untuk Hidup, Harus Terus Melawan

Sekitar awal 2013, saya membaca kisah Major Pat Reid, seorang tentera British yang telah meloloskan diri dari Istana Colditz, sebuah penjara yang mengumpul tahanan politik semasa zaman rejim Hitler di Jerman. Kisah tersebut, pada saya, adalah kisah perlawanan untuk terus hidup.

Pat Reid berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara yang diberi jolokan the escape proof. Kemudiannya, beliau menulis memoir yang menceritakan butiran bagaimana beliau dan beberapa orang rakannya meloloskan diri dari neraka itu dalam bukunya yang berjudul Colditz: The Full Story.

Semalam, saya menonton sebuah filem berjudul The Way Back, adaptasi dari buku memoir yang ditulis oleh SÅ‚awomir Rawicz berjudul The Long Walk. Membaca tajuknya sahaja, memungkinkan kita memahami secara superfisial intisari buku tersebut.

Ya, ianya mengenai sebuah perjalanan yang tersangat panjang dan penuh penderitaan. Perjalanan mencari kebebasan. Perjalanan sebuah perlawanan.

Mereka berenam merentasi bumi beribu batu untuk mengelak…

Salah Cina DAP

Tabung Haji dirompak, sehinggakan Bank Negara keluarkan surat amaran untuk memberi peringatan bahawa keadaan bank simpanan itu adalah tenat. Siapa yang rompak segala simpanan dan amanah kepercayaan orang-orang Islam di bank tersebut?

Tentulah cina DAP. Mereka anti Islam. Mereka mahu menghancurkan Islam. Mereka nak mencampuri segala hal ehwal urusan agama Islam. Mereka mahu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara.

Tentu sekali, tidak syak lagi, bahawa semua itu adalah kerja kotor cina DAP.

Siapa lagi yang kita boleh salahkan atas kegawatan Tabung Haji?

Tentu sekali DAP. Tiada lagi yang lain. Mustahil UMNO berkehendak mahu merompak duit orang-orang Islam. Mustahil!

Tak masuk akal sama sekali UMNO buat kerja-kerja begitu. Tidak, untuk seseorang yang punya akal yang waras, UMNO tak akan buat jenayah terkutuk begitu.

Tak percaya?

Pergilah tanya Setiausaha Agung PAS. Dia dah dapatkan penjelasan yang cukup jelas lagi muktamad, bahawa tidak sesekali UMNO merompak Tabung Haji.

Mal…

Kita Dipaksa Untuk Memilih dan Berpihak

Apakah ini takdir selaku seorang manusia, untuk hidup, wajib atas dirinya memilih atau berpihak? Atau lagi menyedihkan, kita memilih dan berpihak atas kehendak dan harapan masyarakat sekitaran?

Begini, seringkali kita terbaca satu untaian kata yang bertebaran dalam media sosial, bahawa 5 minit selepas kita dilahirkan di dunia ini, mereka telah menentukan untuk kita segala-galanya – nama, bangsa, agama, identiti.

Masa itu juga mereka tetapkan jantina, seksualiti, cara berpakaian, dan segala yang bersangkut paut dengannya. Bahkan, mereka menentukan juga cara kita berfikir yang bagaimana sepatutnya. Mudahnya, segala-galanya kita telah dipersiapkan.

Maka, dengan segala ketentuan itu, setiap manusia membesar dengan identiti dan personaliti yang diberikan oleh ibu bapanya, masyarakatnya dan negaranya. Tentunya di sana kehendak-kehendak dan harapan-harapan sudah dipersiapkan pada kita, untuk dituruti – seumpama sebuah manual bagaimana untuk hidup.

Membesarnya seseorang itu, kita diajar untuk…

Tikus Makmal

Tikus makmal adalah asosiasi sosial yang paling cocok untuk sekumpulan manusia atau masyarakat yang menjadi bahan uji kaji kepada sesuatu dasar atau polisi yang baru diperkenalkan oleh kerajaan.

Paling ketara, adalah yang melibatkan hal ehwal polisi dan dasar pendidikan. Di Malaysia, biasa sangat kita mendengar rintihan sebegini. Bermula era pengenalan PPSMI, kepada pemansuhan UPSR dan PMR, pengenalan sistem kurikulum yang baru, dan mutakhir, pelancaran dasar Program Dwi-bahasa atau DLP.

Maka, gelar tikus makmal itu padan elok pada anak-anak pelakar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengharungi sistem tersebut. Merekalah kumpulan masyarakat yang paling terkesan secara langsung kepada pengenalan segala polisi dan dasar yang baru oleh kerajaan dalam hal ehwal pendidikan.

Tidak dilupakan juga generasi mahasiswa dan para pensyarah di universiti tempatan – yang menjadi tikus makmal kepada pelaksanaan sistem yang terburu-buru dan bersifat mentah.

Setiap dasar yang dilaksanakan dalam …

Defisit Kepercayaan

Dalam politik, defisit kepercayaan adalah krisis yang paling ditakuti oleh mana-mana politikus.

Tidak kira dia adalah seorang Presiden Amerika Syarikat, atau Perdana Menteri Malaysia, terkena wabak ini akibat kegagalan polisi dan ketidakjujuran dalam pentadbiran, menyebabkan mereka terpaksa membayar dengan harga yang tersangat mahal.

Dalam kes Najib Razak, terfikir juga, bagaimanalah UMNO akan mampu kembali bangkit dari defisit kepercayaan rakyat terbanyak terhadap kepimpinan mereka, sementelah Najib Razak semakin hari semakin tidak mendapat kepercayaan oleh rata-rata lapisan masyarakat lagi.

Saban hari, skandal demi skandal, penyelewengan demi penyelewengan, dan paling penting, kebodohan demi kebodohan yang mereka paparkan secara publik, apa lagi yang boleh mereka harapkan untuk mengembalikan semula kepercayaan yang telah diberikan, melalui mandat pilihanraya yang lepas?

Keadaan sekarang, kiri kanan, atas dan bawah, semuanya seolah-olah sedang memusuhi Najib Razak dan UMNO. Rakyat men…

Melawan Pseudo-Ulama

Antara hal yang menjijikkan, yang terlahir dari dogma fikrah tulen PAS, adalah pengiktirafan ulama secara membabi buta kepada sekalian mereka yang bijak mengeksploitasi ayat-ayat Quran dan berjubah berserban tebal melilit di kepalanya. Golongan ini, kita gelarkan mereka sebagai pseudo-ulama.

Kerana beralasan bahawa Tantawi adalah ulama, maka ia menatijahkan status halal untuk melawan Lim Guang Eng atas premis Islam melawan Kufur. Ini adalah hal membodohkan akal fikiran, terhasil akibat dogma fikrah tulen PAS. Siapa menjadi mangsa?

Para penyokong fanatik yang tidak berakal.

Pasca kes saman Lim Guang Eng terhadap Tantawi, dogma-dogma bahawa Islam melawan Kufur begitu cerlang. Mereka langsung tiada rasa malu dan bertapis, dengan menghujahkan nama Islam untuk mengabsahkan perbuatan fitnah jahat Tantawi dan menghalalkan perbuatan itu.

Dalam kes ini, doa yang patut kita sampaikan kepada mereka adalah, agar Tuhan kembalikan daya berfikir dan rasional kepada mereka. Buruk sungguh nampaknya, …

Politik Jiwa Besar

Perkembangan politik mutakhir kelihatan makin menarik, terutamanya politik blok pembangkang. Umum sudah maklum tentang Pakatan Harapan, ganti kepada wafatnya Pakatan Rakyat. Walaupun begitu hijau usianya untuk diletakkan bermacam-macam harapan, tetapi tiada salah untuk kita bincangkannya.

Pakatan Harapan tidak segan untuk menyampaikan cita-cita politiknya dalam pilihan raya akan datang. Komponen parti kelihatan optimis, biarpun kita boleh mengagak bahawa selalunya indah khabar dari rupa. Maksudnya, apa yang terlihat di luar itu kadang kala tidak lebih dari propaganda politik semata.

Tapi tidak mengapalah, masing-masing punya cara tersendiri untuk berekspresi (berpolitik). Sebenarnya ada tiga perkara yang menarik perhatian saya dalam situasi mutakhir ini.

Pertama, DAP bercita-cita untuk meletakkan lebih ramai calon berbangsa Melayu dalam pemilihan akan datang.

Kedua, AMANAH kelihatan gelisah apabila mengeluarkan desakan agar DAP tidak meletakkan calon Melayu dalam pemilihan kelak.

Ekosistem

Zahid Hamidi bercakap tentang kemahuannya untuk melihat anugerah Nobel sastera dimenangi oleh rakyat Malaysia dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang. Ramai yang gelakkan mimpi siang hari Zahid Hamidi. Dia bercakap seperti manusia kurang siuman.

Dia tidak fahami satu perkara – ekosistem.

Najib Razak berkali-kali bercakap tentang cita-cita Malaysia menjadi hub penyelidikan ternama. Malaysia mengetuai kajian di angkasa, Malaysia melahirkan ahli sains ternama dunia, Malaysia itu dan ini dalam hal sains teknologi. Masyarakat akademia ketawakan dia.

Dia tidak fahami satu perkara – ekosistem.

PAS bercakap soal sistem nilai dan pentadbiran. Mereka mencanangkan perubahan dalam negara, berlandaskan pada dogma-dogma yang mereka imami. Tidak cukup dengan itu, mereka memaksa masyarakat menerima dogma yang mereka anuti. Masyarakat mengerling kepelikan pada PAS.

PAS tidak fahami satu perkara – ekosistem.

Institusi pengajian tinggi di Malaysia bercakap soal ranking, soal kebolehpasaran hasil kajian…

Fikrah Yang Tulen

Tulen. Banyak kali kita mendengar kosa kata ini. Sebagai contoh, emas yang tulen. Tulen, dalam bahasa Queen Elizabeth, boleh dibawa pada terjemahan genuine atau authentic. Menurut Kamus Dewan, membawa makna tidak bercampur dengan yang lain, bukan tiruan, sejati atau asli. Seperti contoh emas sebentar tadi.

Pada hari ini, tidak kurang juga manusia mengguna pakai kosa kata tersebut pada konteks yang kurang tepat. Manusia memang begitu, gemar korupsi hatta pada sebuah kosa kata. Lihat sahajalah kosa kata tulen, banyak kali ianya digunakan secara salah dan membabi buta untuk menjustifikasikan sesuatu.

Contohnya, yang dicanang-canangkan sebagai fikrah yang tulen. Penggabungan tulen sebagai kata sifat untuk kata nama fikrah, bunyinya jelik dan tidak kena. Seolah-olah kontang falsafah. Penggabungan itu tidak cocok langsung. Fikrah pada suatu dimensi yang lain, cuba diasimilasikan sifatnya dengan tulen.

Akibatnya, apabila fikrah mula disifatkan begitu, ia bertukar menjadi suatu simbol – kead…

Coretan Pertentangan Kelas Sosial

Seharusnya begitu, saban tahun kita akan mendengar coretan cerita-cerita tipikal. Awal tahun, seperti minggu ini, rancak dengan cerita ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Pelbagai cerita keluar, dari yang berbunga kegembiraan sehinggalah kepada cerita-cerita yang menggenangkan air mata.

Sebenarnya, apa yang boleh kita belajar dari semua ini?

Secara ringkas – walaupun hakikatnya, manusia dan kehidupannya tidak sesekali boleh dihuraikan dengan ringkas – semua kekabutan kisah itu adalah skrip jawapan kepada persoalan mengenai gaya fikir rakyat terbanyak.

Kita boleh menyoroti banyak perkara dari kisah-kisah awal tahun. Paling jelas, adalah gambaran jurang perbezaan antara kelas sosial masyarakat.

Mereka di kelas pertengahan yang tersenyum girang dengan kereta mewah, menghantar anak mereka pada hari pertama persekolahan ke muka pintu sekolah yang kokurikulumnya berasaskan sistem pendidikan UK. Mereka semua ini, berada pada satu kelas sosial tertentu.

Dan, pada masa yang sama, ada se…

Bagaimana Memulakan Tahun 2016?

Untuk hari keempat tahun 2016, saya masih belum mencoretkan barang sedikit dalam blog kecil ini. Belum bermula. Tahun yang lepas, saya mencabar diri sendiri untuk disiplin menulis paling kurang 10 tulisan pendek setiap bulan, dan alhamdulillah, nampaknya cabaran itu hampir berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Jujurnya, menulis 10 tulisan pendek setiap bulan tidak sepatutnya berada dalam senarai cabaran untuk diri sendiri. Nampak tidak mencabar, kan? Tapi biarlah, setidaknya, pada saya, kemampuan untuk menunaikan janji yang sedikit secara konsisten adalah latihan yang bagus untuk cabaran yang lebih besar (dan sukar).

Seorang kawan menegur, katanya, saya banyak menulis tentang masalah, masalah, masalah dan masalah. Dan, tragisnya kata dia, saya tidak menawarkan pilihan jalan penyelesaian. Terdiam juga saya sebenarnya (ketawa pada diri sendiri). Saya menelah, mungkin kerana saya manusia – makhluk yang hanya tahu mengeluh.

Baiklah, kawan. Kita memang sedang berdepan dengan pelbagai masal…