Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Building Our First Prototype

This is my prompt update, regarding what we have been working for the past two months, starting exactly on 1st November. It is in my intention way long before to start this write-up focusing on our startup journey.

Yes, you hear it right. We have been working building our startup. Not really a startup yet, since we have nothing to show for the time being. Or at least I could say we have our plan, and we are working on that now.

Today, we start building our first prototype.

Kind of bemused, to be honest, to think again how we start all of these.

It starts with an idea to explore the world outside our comfort zone. We start talking about big data, how data influence people and how big data will become our future economy.

Then we coming to the word “coding”. We kind of convinced, to explore the potential of big data, we should start somewhere. It was then, become our turning point, where we actually start seriously consider the importance of coding and computational programming.

It is li…

26 Tahun

Usia tidak memberi perlambangan yang signifikan pada kebijaksanaan, hikmah dan akal budi. Biarpun angka yang mewakili carta usia sering dijadikan kompas penilikan dalam banyak perkara, hakikatnya usia hanyalah sekadar usia. Usia hanyalah angka-angka, dan angka adalah angka—tidak lebih dari itu.

Saya membaca kisah VM Vaughn, yang mula menerokai dunia pengaturcaraan komputer saat usianya sudah menjengah angka ke-56. Alasan beliau mudah, hidup ini adalah perlawanan dan perlawanan paling agung adalah dengan dirinya sendiri.

Maka, untuk mengambil keputusan mempelajari bahasa komputer saat usianya sudah memasuki fasa senja, adalah bukan hal yang mudah, untuk kebanyakan orang—termasuklah dirinya, tetapi beliau melawan dan beliau menang.

Pada beliau, angka pada usianya itu, hanyalah angka. Tiada lebih dan tiada kurang.

Saya juga membaca kisah John Washam, yang juga usianya sudah hampir mencecah separuh abad, memulakan projek pembelajaran kendiri bagi pengaturcaraan komputer secara intensif s…

Mengapa Mahasiswa Lelah Partisipasinya Dalam Wacana Kritikal?

Ketika saya meminta seorang rakan menonton video wawancara Jack Dorsey bersama Edward Snowden yang disiar langsung menerusi akaun Twitter @PardonSnowden, soalan pertama yang terpacul dari mulutnya adalah; “Siapa dia ni?”

Pada mulanya, saya kekagetan.

Kaget, kerana dunia hampir meletup akibat pendedahan Snowden, rakan saya masih belum kenal siapa lelaki itu, apa yang telah beliau lakukan, malah, yang lebih terkesan pada saya, apabila dia kelihatan langsung tidak apologetik dengan keadaan dirinya yang tidak tahu menahu akan hal ini.

Saya beranggapan, pada ketika dunia Internet yang rancaknya tidak terkata pada hari ini, orang ramai (pengguna) tentunya akan memahami betapa kritikal keperluan pada wacana-wacana yang melingkari dunia Internet.

Dan, dari rasa keperluan itu, akan terlahir pada diri masing-masing, pada kemahuan untuk turut serta (kehendak partisipasi) dalam wacana-wacana tersebut.

Anggapan saya begitu. Ternyata saya silap, apabila merujuk kepada kes rakan saya itu, atas sebab…

Malang Negeri Para Maling

Enjin carian Google untuk sekian kalinya menyiarkan tema-tema utama yang menjadi kata kunci carian pengguna Malaysia sepanjang 2016. Tujuh dari carian paling tinggi pengguna Malaysia, adalah berkisaran hal-hal hiburan.

Selebihnya, mereka mencari tentang BR1M. Tidak pelik, mungkin perut mereka sudah kelaparan seusai melayan Suri Hari Mr Pilot, maka mereka mula merayap mencari duit suapan kerajaan pula.

Malang, dalam pada negeri raya ini dipenuhi para maling, penyamun khazanah berbilion Ringgit, apparatchik yang siang dan malam tekun menjerut leher kita—manusia jelatanya masih tersesak dengan hal-hal tetek banget, seumpama negeri ini makmur sentosa ekonominya.

Penyamun tentunya tersenyum bahagia, saat melihat mangsa mereka leka hanyut, tidak mengerti apa-apa. Terus bodoh. Kekal lelan. Umpan mengena, penyamun berbisik sesama mereka.

Malang, saatnya di luar negeri raya ini dunia kekagetan darihal 1MDB, tertanya-tanya perihal diamnya khalayak di Malaysia, akurnya mereka pada propaganda …

Resist.

Dalam tulisan ringkas sebelum ini, saya menulis perihal kelahiran UMNO 2.0 dan menyifatkannya sebagai malapetaka kepada negara kita. Kedengaran agak lancang, tetapi secara peribadi, saya anggap itu sudah cukup lembut.

Boleh saja, kita gelarkan ia sebagai kelahiran kaum bebal, atau gerombolan pandir—yang mengulang tesis masyarakat lambak oleh Ortega Gasset dalam tulisannya pada abad ke-20. Itu lebih lancang dan keras.

Tetapi, tidak cukup dengan gelar-gelar begitu yang bersifat abstrak (atau layaknya, halwa telinga), terapung tiada jawapan. Tidak terlahir dari gelar-gelar begitu, akan sebuah wacana yang boleh menjadi jurutelunjuk fikir dan cakap masyarakat seluruhnya.

Maka, difikirkan, bahawa tiba masanya yang menuntut adanya perubahan pada pendekatan ini.

Perubahan itu, pada maksud kelahiran arus kebangkitan gerakan yang bersifat dengan sifat yang baharu yakni baharu dari sudut kemampuan pencernaan wacana yang berwajah baru dan relevan, pembinaan idealisme yang baru dan relevan, kompa…