Skip to main content

Olimpik dan Kemanusiaan

Owen Gibson menerusi komentarnya dalam The Guardian, mengingatkan kita betapa Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil telah kehilangan suatu peluang keemasan untuk meraih pingat emas bagi model kemanusiaan mapan.

Dalam pada kerancakan dunia seluruhnya menonton atlet mereka beraksi, ribuan rakyat Brazil terutamanya di sekitar Rio de Janeiro mendekam air mata, menangis kegelisahan akibat kehilangan rumah dan punca rezeki akibat projek Olimpik.

Ini kisah sedih di sana. Masih segar dalam memori saya ketika melawat sendiri favela di Rio tiga tahun yang lepas melihat dengan dekat ‘kehidupan’ di perbukitan kemiskinan itu. Tuhan, tidak tergambar dengan kata-kata. Sungguh.

Apabila membaca laporan-laporan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan tempatan Brazil bagi memberi laluan kepada projek Olimpik 2016 berjalan lancar, yang menatijahkan kesengsaraan pada rakyat terbanyak yang sudah tersedia sempit kehidupan mereka — saya kelu.

Sebenarnya, perkara itu boleh dielak. Kesengsaraan itu boleh dikurangkan. Kezaliman dan penindasan itu jauh lebih dari mampu untuk tidak diadakan. Tetapi, itu pilihan mereka selaku tuan rumah sukan berprestij itu.

Kita tidak tahu mengapa kisah-kisah begini sering menjadi tajuk berita saban pesta sukan-sukan besar seumpama Olimpik dan Piala Dunia diadakan.

Mungkin, agak saya, keghairahan tuan rumah untuk menyediakan ruang yang selesa kepada tetamu yang datang bertandang ke negara mereka, menyebabkan rakyat mereka perlu menanggung segala susah itu.

Mungkin juga, angkara perlumbaan ego tuan rumah. Beijing cuba menjadi lebih gah dari Athens. London akan berusaha menjadi lebih gah dari Beijing. Dan tentulah adat yang sama juga berulang di Rio de Janeiro.

Akibatnya, kemanusiaan menjadi bayaran kepada keghairahan dan perlumbaan ego itu.

Kita tidak tahu, bilakah akan berlangsungnya, sebuah pesta Olimpik yang menganjurkan semangat Citius, Altius, Fortius bukan sahaja di padang dan balapan, tetapi turut jua pada rasa kemanusiaan itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Tentang Si Genius Adi Putra

Ini coretan ringkas awal Mac 2015, beberapa hari lagi sebelum kita akan tiba pada hari yang menandakan setahun hilangnya MH370 tidak ketemu. Coretan ini tentang Adi Putra, si genius cilik yang dulunya begitu popular, semua media mahu mendapatkan cerita tentangnya.

Kini, di mana Adi Putra? Kita bertanyakan soalan begitu kerana kerisauan kita adalah kisah Adi Putra ini akan menjadi senasib generasi genius Malaysia lain-lainnya. Tentulah kita berharap ianya tidak berlaku demikian.

Hari ini mStar kembali dengan cerita tentang si Adi Putra ini. Saya antara peminat beliau. Saya kepingin mahu bertemu dan berbual dengan Adi Putra. Saya mahu berkawan dengan beliau – dan belajar dengannya. Tapi, Adi di mana?

Jika membuat carian di Google, yang berderet keluar di halaman utama adalah kisah tentang Adi Putra, si pelakon layar teater. Untuk apa ambil tahu tentang si pelakon itu. Bukanlah mendapat apa-apa manfaat pun pada perkembangan akal dan ilmu pengetahuan. Entahlah.

Cerita mStar membuka episo…