Skip to main content

Feudal Beragama

Saya kira, sedikit komentar seputar isu pencabulan seksual kanak-kanak bawah umur yang dilaporkan berlaku di sebuah Maahad Tahfiz, boleh dicoretkan juga di sini.

Pertamanya, kita serahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan penuh lagi adil bagi kes jenayah ini. Moga-moga kebenaran jua yang terserlah.

Dalam pada isu ini hangat menerusi corong-corong media sosial, saya terlopong memerhatikan gelagat manusia yang kononnya beragama, tetapi begitu feudal cara mereka berfikir dan menanggapi isu begini.

Kasus perdebatan dan wacana dalam isu ini, yang sepatutnya adalah seputar hak keselamatan dan maruah kanak-kanak, bertukar kepada wujudnya agenda menjatuhkan dan mencemarkan institusi agama Islam.

Kata mereka, ini agenda jahat untuk menjatuhkan Islam.

Kata mereka lagi, ini adalah usaha untuk membuka aib agamawan dan ustaz, serta melempar najis kepada institusi pendidikan agama Islam.

Kata mereka lagi, usaha begini adalah keji, dan mereka yang turut menyokong kempen membongkar jenayah ini, akan terpalit dengan dosa fitnah dan dihumban ke neraka. Allahu...

Sampai begitu sekali feudalnya cara puak-puak yang kononnya beragama ini, berfikir. mereka lebih utamakan nama baik sekolah, dan nama baik ustaz sanjungan mereka, berbanding meneliti dan memayungi nasib dan masa depan anak-anak kecil yang dianiayai itu.

Kita hairan juga, dari mana timbulnya idea bahawa ini agenda untuk menjatuhkan Islam dan memaksa madrasah gulung tikar?

Dari awal mula lagi, kita bercakap soal hak kanak-kanak yang dianiayai. Jika kes tersebut berlaku di MCKK dan dilaporkan, atau lain-lain institusi sekalipun, ianya akan dilayan dengan cara yang sama.

Mengapa perlu dikaitkan usaha pembongkaran ini sebagai agenda untuk menjatuhkan Islam?

Mengapa sampai begitu jauh sekali, puak-puak feudal ini tersasar?

Masalah juga, apabila masyarakat kita terlalu menyanjung dan mengangkat tinggi seseorang agamawan, sehinggakan seolah-olahnya, darjat agamawan tersebut maksum — tidak dihinggap dosa, tidak boleh disentuh, apatah lagi diungkit kesilapannya.

Tulisan yang lepas, saya bercakap soal conscience. Jadinya kita bertanya, manusia feudal begini masih bersisakah conscience mereka?

Islam tidak menganjurkan kita mencipta fitnah, dan Islam juga tidak menganjurkan kita melindungi pencabul kanak-kanak. Islam menyuruh kita melindungi hak kanak-kanak, menyayangi dan mengasihi mereka.

Bidalan masyarakat kita mengajar, tak ada ribut masakan daun bergoyang.

Kita memohon yang baik-baik buat anak-anak yang menjadi mangsa. Moga ALLAH melindungi mereka dan mengasihi serta melimpahkan rahmat kepada keluarga mereka.

Tuhan, tunjukilah kebenarannya moga dengan itu nasib dan maruah anak-anak kecil ini terbela...

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…