Skip to main content

Silaturahim Syawal

Sememangnya kita maklum akan perkara ini, bahawa Syawal adalah bulan kunjung-mengunjungi sanak-saudara, teman dan taulan. Kata kuncinya, merapatkan hubungan silaturahim.

Sehingga ke hari ini dengan usia sudah mencecah pertengahan 20-an, saya masih mencari-cari makna sebenar yang boleh saya lazimi, amati dan nikmati, dari pesanan-pesanan seumpama begitu.

Mungkin saya boleh mulakan dengan sedikit latar, atau konteks mengapa saya sering dihinggapi pertanyaan sebegitu rupa.

Sebenarnya apa yang saya mahu tuliskan di sini, adalah rasa hati saya sendiri selepas berbual dengan abah minggu lepas.

Abah anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya seramai 13 orang, maknanya belah keluarga abah, saya ada 13 orang mak saudara dan pak saudara. Makna katanya juga, bilangan sepupu belah abah, sudah tidak terkira jumlahnya.

Itu belum dikira sepupu yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak.

Untuk sekian kalinya, saya kehilangan punca untuk membilang jumlah dua-pupu (2nd cousins), apatah lagi untuk mengingati nama-nama mereka satu-persatu. Tentu saja tidak.

Syawal dua tahun lepas, saya mencoret tentang peri pentingnya dan peri maknanya sebuah keluarga pada diri saya (dan pembaca semua) sepanjangan hidup di atas muka bumi ini, selagi jantung terus berdegup mengepam darah.

Saya menulis, tentang keluarga akan sentiasa menjadi benteng untuk kita berpaut, biarpun saat itu dunia dirasakan sudah pun menghampiri Kiamat, hypothetically — betapa begitulah berharga dan pentingnya entiti yang bernama keluarga, untuk kita semua.

Hal yang menjadi pendorong saya menulis artikel tersebut, adalah apabila saya bertemu buat kali pertamanya dengan salah seorang pak saudara (adik keempat abah) yang baru pulang ke kampung halaman setelah puluhan tahun “membuang” keluarganya sendiri.

Pada akhirnya, dia pulang juga ke kampung halamannya, bertemu muka semula memohon maaf dengan adik-beradiknya yang lain. Abah naik ke Bukit Payung membawa kami sekeluarga, bertemu dengan dia.

Panjang ceritanya dan tidaklah cerita di sana itu, terasa manis seperti yang saya coretkan di sini. Cukuplah saya kongsikan, bahawa pertemuan itu telah memberi peluang kepada saya untuk kenal makna keluarga.

Itu baru seorang. Dari 13 orang adik-adik abah, tidak lebih dari 5 orang yang saya selalu juga berjumpa tiap kali pulang ke kampung. Itu pun jarang-jarang, kecuali waktu musim hari raya sahaja.

Selebihnya, saya tak kenal dan kalau pun pernah berjumpa, mungkin sekali atau dua sahaja.

Raya kali ini, abah bawa perkhabaran dua orang adiknya sudah pergi menghadap Ilahi sebelum Ramadan lagi. Maknanya, sampai ke sudah, saya tidak sempat bertemu muka dengan kedua-dua orang pak saudara belah abah ini.

Jauh dari gambaran yang sempurna, itu yang saya boleh simpulkan. Tetapi, kami sering terhenyak dengan persoalan tentang silaturahim.

Dari pengamatan saya yang kerdil ini, dalam gambaran umum keluarga Melayu, ada beberapa persamaan yang menarik. Tipikal keluarga Melayu. Mungkin sudah terwaris perangai sebegitu rupa, saya tidak pasti.

Silaturahim keluarga Melayu, kebiasaannya bergoyang dengan masalah perebutan harta pusaka, taraf ekonomi antara adik-beradik dan kecenderungan politik.

Mungkin yang terakhir itu, tidaklah nampak ketara sangat, tetapi dua yang pertama, ya sangat cerlang dalam mana-mana keluarga Melayu.

Dulunya, saya fikir, hanya keluarga besar saya sahaja berdepan dengan konflik begitu. Rupanya, saya silap. Hampir semua rakan-rakan yang saya rapat, mempunyai konflik keluarga yang bertema dengan konflik serupa.

Maksud saya di sini, umumnya begitu. Tentu sekali, ada yang tiada masalah begini.

Saya berbual dengan abah perihal adik-adiknya yang jarang sekali datang berkunjung ke rumah kami, padahal dia anak sulung dan kedua-dua ibu bapa mereka (atuk dan nenek) sudah pun lama tiada.

Sebaliknya, abah yang dalam keadaan sakit-sakit tuanya itu memandu kereta membawa emak naik ke Kuala Terengganu menziarahi adik-adiknya, yang saya sebutkan sebelum ini, jarang-jarang sekali kami dapat bersua muka.

Saya berseloroh dengan abah, bahawa mungkin kerana kita keluarga miskin jadi tiada siapa yang peduli sangat. Jika kita kaya raya, sudah tentu ramai yang akan mengaku saudara.

Maklumlah, kami sekeluarga bukanlah orang senang. Maksudnya, pendapatan bulanan abah hanya cukup-cukup makan sahaja kami sekeluarga. Jauh sekali untuk frasa bermewah hadir dalam kamus hidup kami adik-beradik.

Entah mengapa, mutakhir ini, saya benar-benar merasakan faktor ekonomi adalah penentu kepada banyak perkara termasuklah dalam hal rapat-renggang hubungan silaturahim antara ahli keluarga, biarpun sedekat mana darah yang mengalir antara mereka.

Abah tidak bersetuju mana — kata dia, manusia yang beriman, sesekali tidak melupakan atau memutuskan hubungan kekeluargaan, dan tidak akan menjadikan faktor ekonomi sebagai pengadang kepada silaturahim itu.

Maka, saya fikir sebab itulah Tuhan kurniakan kepada kita Syawal. Sepurnama untuk dilangsaikan hutang silaturahim.

Tetapi, mampukah sebenarnya dengan sekadar amalan kunjung-mengunjungi itu membawa kita kepada faham silaturahim yang hakiki?

Paling tidak pun, saya fikir, dengan amalan yang menjadi adat kebiasaan begitu, boleh juga saya bersua muka dengan insan-insan yang punya aliran darah dari nasab yang serumpun. Tapi itulah, susah sebenarnya untuk ubah hal-hal begini.

Konflik dalam keluarga, bahkan boleh menjadi tsunami yang lebih jauh besar gelombangnya kepada manusia sejagat, berbanding lain-lain masalah yang wujud dalam dunia ini. Percayalah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…