Skip to main content

Paranoid Si Pandir

Pasca pendedahan DOJ pada 20 Julai lalu mengenai salah laku 1MDB, tidak kurang sedikit rakyat Malaysia yang mengambil sisi (atau mengikut arus khalayak) bahawa ini adalah campur tangan ke atas kedaulatan negara tercinta ini.

Arus ini, pertamanya dicipta oleh para aparat menteri penjilat.

Kemudiannya, bersahutan oleh para penjilat bawahan dan sekalian lapisan masyarakat yang sudah tersedia malas untuk membuat pembacaan, mengkaji, dan berfikir secara rasional.

Kata mereka, Amerika cuba menyerang Malaysia. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan campur tangan Amerika akan menjadikan Malaysia senasib dengan Iraq dan Afghanistan.

Padahal, sebelum ini mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang konflik di sana secara kritis, melainkan sekadar berkongsi gambar-gambar menyayat hati yang berkisar dalam dunia media sosial, yang kadang kalanya sengaja digunakan oleh batu api untuk membangkitkan sentimen kosong.

Tentu sekali, bila menulis begini, saya tidak pukul rata pada mana-mana yang memilih untuk skeptikal. Kita harus kritis dan meletakkan sedikit skeptikal terhadap perkembangan terbaru dan minat Amerika dalam isu ini. Saya tidak nafikan keharusan tersebut.

Tetapi, harus juga kita tidak semberono menjadikan paranoid yang tidak berasas, sebagai premis dalam menjustifikasikan pendirian kita dalam isu ini, yakni 1MDB.

Pendedahan yang dilakukan oleh DOJ, bukan hal yang pelik, sebagaimana hari ini SPRM melalui Ketua Pengarahnya mengakui bahawa mereka telah membantu siasatan yang dijalankan oleh FBI.

Makna katanya, apa yang didedahkan itu, hanya perkara yang sama yang turut (cuba) didedahkan oleh SPRM sendiri.

Masih ingat lagi pada Januari lalu, kertas siasatan SPRM terhadap 1MDB yang telah dibakulsampahkan oleh AG Apandi?

Kertas siasatan tersebut, lengkap dengan aliran wang keluar masuk dari akaun 1MDB ke syarikat-syarikat luar negara yang dimiliki oleh Jho Low, al-Qubaisi, Riza Aziz dan akhirnya ke akaun peribadi AmBank milik Najib Razak.

Cumanya, berbeza dengan FBI dan DOJ, AG Apandi dan pejabatnya termasuklah PDRM, tidak lebih dari sekadar menjadi lembu yang dicucuk hidung, bebas dipulas ke kiri dan ke kanan oleh Najib dan Rosmah.

Tambahan lagi, sekalian kalinya saya akan mengulang perkara ini, bacalah dulu laporan penuh DOJ tersebut. Jelas di dalamnya, FBI dan DOJ menjalankan siasatan mengikut lunas dan peruntukan dalam perundangan mereka.

Makna katanya lagi, tiada ruang langsung, mengikut cara pandang begini, untuk kita menafikan hak Amerika mencampuri urusan siasatan 1MDB. Kita bertanya, segala hartanah mewah yang diborong oleh Jho Low dan Riza Aziz itu berada di bumi mana — Pasir Mas atau New York?

Segala transaksi urusniaga yang dijalankan oleh keparat 1MDB, berlaku dalam negara mana?

Itu belum lagi kita mendengar khabar berita dari pihak berkuasa Hong Kong, United Kingdom, Switzerland dan Singapura.

Usah menipu diri sendiri, kita tahu, tidak lama lagi, pasti satu-persatu negara-negara ini akan mula bertindak mengikut lajur dan peruntukan perundangan negara masing-masing untuk memberkas dan mendakwa keparat 1MDB.

Jadi, selepas ini bagaimana?

Kita memilih untuk menuduh tindakan Singapura, UK, Hong Kong dan sebagainya, sebagai campur tangan dan ancaman terhadap kedaulatan Malaysia, sedangkan apa yang mereka berbuat itu mengikut lunas peruntukan sedia ada.

Sepatutnya kita bertanya, ke mana membisu dan menghilangnya AG, SPRM, Bank Negara dan PDRM dalam membantu rakyat, membanteras keparat 1MDB?

Apa fungsi mereka berada dalam posisi tersebut, jika gagal sama sekali untuk bekerja mendaulatkan undang-undang dan praktis demokrasi di negara ini?

Tentu saja kita boleh mempersoalkan integriti dan keikhlasan Amerika dalam isu ini, tetapi soalan itu seolah-olahnya kita memalu gendang yang salah. Bunyinya sumbang. Iramanya tertabur.

Kita WAJIB mempersoalkan integriti pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan amanah ini — SPRM, PDRM, Pejabat AG, Bank Negara, bukannya mempersoalkan kenapa Amerika sibuk dengan urusan Malaysia.

Kita sangat bermasalah dengan mentaliti rakyat Malaysia yang sempit begini. Tidak hairanlah, kita begitu mudah terikut dengan arus khalayak, bandwagon, sempit pemikiran, tidak kritis dan malas berfikir dan membaca.

Kita lebih senang membuai rasional kita dengan sentimen, berbanding logik dan fakta.

Arakian kita terus begini; menjadi  Si Pandir yang menjirus anaknya dengan air panas, yang disangka itulah cara terbaik untuk memandikan bayi, lantaran kemalasannya menggunakan sedikit nikmat akal untuk berfikir.

Jangan terus kita menjadi pandir. Jadilah manusia yang berakal dan rasional.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…