Skip to main content

Retorik Jihad PAS

Kita tahu, pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kedua-duanya menyaksikan PAS menjadi parti paling malang — sudahlah kalah dengan margin yang besar, kalah pula dengan AMANAH.

Parti yang baru berusia lapan bulan melawan parti berusia separuh abad, bayangkanlah sendiri. Barisan Nasional, kita tak perlu bersembang banyaklah, kerana kita tahu yang perlawanan kali ini siapa yang akan jadi pemenang akhirnya.

Subjek di sini, adalah PAS — parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tapi bersekongkol dengan gerombolan manusia yang muflis moral, korup dan terang-terangan melakukan jenayah merompak wang rakyat.

Tak mengapa, dua tiga hari ini kita akan mendengar alasan-asalan bersifat syurga dari pimpinan PAS. Bahawa, kemenangan sebenar adalah di Akhirat sana, bukan di dunia ini. Bahawa, PAS tidak kalah, cuma Tuhan tangguhkan kemenangan.

Senaraikanlah seribu dongeng begini, jihad sehingga ke syurga langit ketujuh sekalipun, maka PAS akan terus menjadi parti yang bercawat ekor, mencirit mengekori tuan besarnya yang bila-bila masa sahaja, akan menyalak apabila diminta tuannya.

Tahniah buat PAS, kerana membuktikan untuk sekian kalinya, setelah berkali-kali Tuhan memperturunkan pengajaran dalam siri-siri pilihanraya sebelum ini, bahawa untuk terus mengekalkan UMNO di tampuk kuasa, jadilah parti komponen BN secara tidak rasmi.

Nasihat buat PAS, bubarkanlah parti kamu itu. Lupakanlah hasrat untuk bertanding dalam mana-mana siri pilihanraya selepas ini. Buang masa, buang tenaga dan buang duit semata-mata. Tuhan marah hamba Dia buat kerja-kerja yang tidak berfaedah begini.

Dalam usrah kamu tiada diajar akan perkara inikah?

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…