Skip to main content

Selamat Jalan, Said Zahari

Saya tidak pernah tahu akan lelaki ini, apatah lagi pernah terlintas atau membaca tentang dirinya semasa dia masih hidup. Saya tidak pernah mendengar individu bernama Said Zahari. Saya tidak menjumpai nama beliau dalam mana-mana helaian buku sejarah sewaktu sekolah dulu.

Hari ini, saya mendengar khabar berita bahawa lelaki bernama Said Zahari telah meninggal dunia. Hari ini juga, saya membaca ribuan manusia turun menyampaikan takziah kepada lelaki ini. Mereka menyampaikan rasa sedih. Mereka menyatakan kekesalan pada kehilangan lelaki ini dalam dunia kewartawanan.

Mereka, lebih besar lagi, mengatakan bahawa kehilangan Said Zahari bermakna kita makin kehilangan hero, makin kekurangan model tauladan, makin tipisnya inspirasi yang lelah tinggal. Saya kepelikan, lalu bertanya, gerangan siapakah lelaki bernama Said Zahari ini.

Alangkah, betapa saya sedar, yang selama ini saya telah ketinggalan suatu yang cukup berharga. Bahawa selama ini, kita begitu alpa merasakan perjuangan kita sudah maha hebat, sehinggakan buta pada sejarah dan mengambil pelajaran darinya.

Said Zahari, tuhan perkenankan pada batang tubuhnya 17 tahun meringkuk dalam penjara di bawah tahanan ISA. Manusia ini juga, yang melawan cubaan UMNO untuk mencampuri urusan akhbar Utusan Melayu. Lelaki ini, sehingga akhir hayatnya, berjuang melawan penindasan pemerintah terhadap kebebasan media.

Lelaki ini, jika kamu mahu menyanjung Mahathir, percayalah bahawa Said Zahari jauh lebih layak untuk menerima sanjungan itu.

Lelaki ini, jika kamu berhajat untuk mengagungkan nama Tunku Abdul Rahman, percayalah bahawa Said Zahari bagai langit dan bumi jauh lebih mulia namanya untuk diagungkan.

Berehatlah Pak Said Zahari. Meskipun aku tidak pernah kenal akan namamu sewaktu engkau masih hidup, aku akan cuba belajar dari legasimu. Aku akan meneruskan semangat juangmu. Berehatlah, Pak Said Zahari. Moga tuhan merahmati rohmu di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…