Skip to main content

Jadinya Sekarang, Rafizi Ramli Sudah Songlap Berapa Juta Duit Pembayar Cukai?

Dalam dunia serba tunggang langgan seperti hari ini, memang segala-galanya yang berlaku penuh kepelikan dan ketidakmampuan untuk diberi justifikasi rasional mahupun emosi. Seperti hari ini, Rafizi Ramli diheret ke balai polis seumpama penjenayah yang paling ditakuti.

Hanya satu kata buat sang pemberi arahan: bacul!

Sudahnya sekarang, dengan Rafizi Ramli selamat bertelungkup dalam lokap pada malam ini, kita mahu bertanya juga pada PDRM (dan tangan ghaib di belakang tabir), bahawa si Rafizi ini sudah mencuri berapa juta (atau bilion) wang negara?

Sudah berapa juta wang pencarum YaPIEM dirompak dan dibelanjakan untuk peralatan golf, kursus kahwin di Paris, serta bayaran gaji bulanannya beratusan ribu?

Sudah berapa bilionkah wang penyimpan Tabung Haji disonglap oleh Rafizi dan dibelanjakan untuk memborong tas tangan Chanel dan barangan kemas Sardinia untuk bininya dan anak-anaknya?

Sudah berapa juta wang amanah MARA dirompak Rafizi untuk membeli kediaman mewah di kota London, atau memborong bangunan pejabat di Melbourne, atau membeli tiket kelas pertama untuk melancong ke Hawaii?

Atau sekarang, PDRM agaknya sudah mendapat pengakuan bersalah Rafizi Ramli bahawa dia bertanggungjawab menyebabkan kantung dana LTAT kekeringan bagi membayar hutang 1MDB, sehinggakan kebajikan perajurit terabai?

Kalau PDRM nak tahu, si Rafizi jugalah yang mendapat dana derma politik bilion ringgit dari luar negara. Memang, elok sangatlah PDRM cepat-cepat menangkap Rafizi Ramli. Pada muka dia.

Atau, sebenarnya, malam ini, PDRM sudah mendapat tahu bahawa Rafizi Ramli rupa-rupanya dalam diam mempunyai akaun simpanan wang berbilion ringgit di Cayman Island, yang diletakkan atas nama anak-anaknya yang masih kecil mentah?

Makanya, kalau PDRM sudah pasti bahawa segala rompakan wang pembayar cukai ini dilakukan oleh individu separa botak bernama Rafizi Ramli, memang patut sangatlah PDRM menahan si Rafizi ini di depan pintu masuk Parlimen Malaysia seumpama penjenayah berbahaya.

Jangan bagi muka langsung, wahai PDRM, pada si Rafizi ini. Kalau boleh, campakkan terus ke dalam penjara. Usah banyak soal jawab.

Di Malaysia ini, PDRM wajib sedar, hanya Najib Razak dan Rosmah Mansor sahaja yang tidak pernah berbuat dosa, yang tidak pernah berbohong, yang sama sekali tidak akan mencuri duit pembayar cukai, apatah lagi merompak dan mengayakan diri sendiri.

Tidak pernah. Mustahil pada akal Najib Razak akan berbuat begitu. Mustahil sama sekali, Rosmah Mansor memborong tas tangan Chanel yang harganya ratusan ribu. Mustahil sama sekali.

Lainlah Rafizi Ramli, memang dia perompak besar. Penyangak. Penyonglap wang negara.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…