Skip to main content

Kita Memberi, Kerana Kita Mengerti Apa Rasanya Tidak Punya Apa-Apa

Dalam satu program bersama MaGIC Cyberjaya, kami diminta untuk berkongsi pengalaman atau kisah masing-masing — mungkin tentang pengalaman lampau, atau kisah hidup sewaktu kecil, atau momen yang menjadi pivot dalam kehidupan sehingga menjadi seperti mana hari ini.

Sesi tersebut, kalau tidak salah saya, adalah tentang empati — untuk memahami empati. Sesiapa yang pernah membaca mengenai model design thinking yang dipopularkan oleh IDEO, pasti boleh mengagak hubung kait antara MaGIC dan persoalan empati.

Jadinya, masing-masing mula berkongsi. Ada yang bercerita soal keperitan hidup susah dari kecil terutama yang lahir dari latar belakang keluarga susah (ini secara langsung terkait dengan saya secara peribadi), dan juga ada yang berkongsi pengalaman dibuai kesenangan sewaktu kecil dengan kekayaan keluarga.

Tidak kurang juga yang berkongsi perihal wawasan mereka untuk masyarakat dan negara ini — bentuk politik yang mereka idamkan, kesejahteraan ekonomi yang mereka mimpikan. Masing-masing, kesimpulannya, punya kisah tersendiri tetapi saling terkait antara satu sama lain.

Itulah empati. Apabila seorang mak cik berkongsi kisah hidupnya yang lahir dari keluarga yang susah, dan kemudiannya diuji tuhan dengan kelahiran anak istimewa, benar-benar menggamit hiba saya. Terasa sangat, kisahnya tidak jauh berbeza dengan apa yang saya lalui.

Tentang ayahnya keluar pagi-lagi sebelum Subuh untuk menoreh getah mencari rezeki, juga bila dia ungkit perihal rasa malu, rendah diri, segan dengan kawan-kawan yang datang dari keluarga senang, saya terus merasa hiba datang tak di undang.

Empati, bila kita bukan sekadar menghibai kesusahan orang lain, tetapi turut mampu merasai pengalaman tersebut, secara benar dan seperti kita sendiri yang melalui kesakitan yang sama.

Perbincangan kami, tiba pada satu titik, di mana kami bersetuju tentang mengapa kami semua berada di program tersebut pada hari tersebut. Ianya, tidak lain tidak bukan, kerana kita mahu berbuat sesuatu — mahu meninggalkan sesuatu untuk generasi akan datang.

Mengapa? Persoalan ini ditanya sesama kami.

Mengapa mahu bersusah payah memikirkan soal masalah masyarakat sekitar dan memerah otak untuk mencari jalan penyelesaian kepadanya?

Mengapa mahu berbuat ini semua, sedangkan kita boleh senang meninggalkan semua masalah di belakang, dan pergi jauh keluar dari segala kecamukan ini.

Tidak ada alasan lain, melainkan, kita mahu memberi, kita mahu menyumbang sesuatu, kerana kita tahu apa rasanya apabila kita tiada apa-apa. Kita pernah berada pada keadaan yang sama sebelum ini. Kita pernah melalui keperitan yang sama.

Kita pernah merasa apa ertinya menjadi miskin dan tidak berduit. Kita melalui pengalaman diejek disindir akibat tidak memiliki pakaian yang setanding dan berjenama sebagaimana rakan-rakan yang lain. Kita duduk merasai keperitan dan kepedihan itu semua.

Sebab itulah, kita memberi. Sebab itulah, kita memberi semula. Kerana kita tersangat faham, apa rasanya apabila tiada apa-apa. Kisah-kisah kami sebenarnya saling terkait, walaupun ianya tampak berbeza.

Manusia tidak dapat lari jauh dari hakikat ini. Cuma, untuk menyedari akan hakikat ini, kita perlu kembali bersaing merebut rasa kemanusiaan, rasa kerendahan jiwa, dan paling penting, menjiwai empati.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Tentang Si Genius Adi Putra

Ini coretan ringkas awal Mac 2015, beberapa hari lagi sebelum kita akan tiba pada hari yang menandakan setahun hilangnya MH370 tidak ketemu. Coretan ini tentang Adi Putra, si genius cilik yang dulunya begitu popular, semua media mahu mendapatkan cerita tentangnya.

Kini, di mana Adi Putra? Kita bertanyakan soalan begitu kerana kerisauan kita adalah kisah Adi Putra ini akan menjadi senasib generasi genius Malaysia lain-lainnya. Tentulah kita berharap ianya tidak berlaku demikian.

Hari ini mStar kembali dengan cerita tentang si Adi Putra ini. Saya antara peminat beliau. Saya kepingin mahu bertemu dan berbual dengan Adi Putra. Saya mahu berkawan dengan beliau – dan belajar dengannya. Tapi, Adi di mana?

Jika membuat carian di Google, yang berderet keluar di halaman utama adalah kisah tentang Adi Putra, si pelakon layar teater. Untuk apa ambil tahu tentang si pelakon itu. Bukanlah mendapat apa-apa manfaat pun pada perkembangan akal dan ilmu pengetahuan. Entahlah.

Cerita mStar membuka episo…