Sunday, April 3, 2016

Jika Leicester Boleh

Leicester memecah kelaziman.

Siapa sangka, kelab bola yang kewangannya tidak semewah Manchester City, yang tidak mempunyai infrastruktur segah Manchester United, yang tidak sepopular seumpama Arsenal, Chelsea dan kelab seangkatannya, mampu memenangi liga Inggeris dalam keadaan yang sangat bergaya?

Leicester merobek tradisi wang dan populariti. Leicester menghancurkan ego jenama dan penajaan. Leicester membuktikan bahawa, keghairahan dan kesatuan berpasukan mengatasi segala faktor luar yang selama ini, menjadi penentu kepada jatuh naik sesebuah pasukan bola.

Tahniah kepada Leicester. Tahniah yang terutama kepada Claudio Ranieri, kerana beliau memberi rasa percaya kepada kita semua, bahawa tiada apa di dunia ini mustahil, selagi kita memenuhi pra-syarat dan senantiasa bekerja keras.

Jika Leicester boleh, mengapa tidak kita?

Tahniah, Leicester!

KEMASKINI (3 Mei 2016): Leicester City. Champions of England.