Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Ikat Perut

Dalam apa-apa sahaja impian atau cita-cita yang kita kejar, saya percaya pada satu frasa: ikat perut. Dari frasa inilah, timbulnya idea kesanggupan untuk bekerja demi impian dan idea yang disebutkan itu.

Saya ingin berkongsi tulisan Chris Savage, pengasas dan CEO Wistia, sebuah startup yang memfokuskan pada penghasilan video untuk tujuan pemasaran produk oleh pelanggan. Tulisannya berkisar kisahnya sepanjang 10 tahun membangunkan Wistia, sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.

Kesimpulan dari kisahnya, 10 tahun yang berlalu adalah 10 tahun ikat perut. Beliau dan kumpulan pembangun awal Wistia ikat perut bagi menjayakan impian mereka untuk membangunkan sebuah syarikat bermula dengan tiada apa-apa.

Peri pentingnya kesanggupan ikat perut inilah, pada saya secara peribadi, menjadi faktor sejauh mana kesanggupan kita bekerja demi cita-cita dan impian tersebut. Dan, seterusnya menjadi faktor pemangkin terhadap sejauh mana syarikatnya itu akan bergerak ke hadapan dan menggapai sasaran keu…

Senjata Makan Tuan

Mungkin, saat ini Tengku Mahkota Johor berharap boleh menarik semula tulisan melankoliknya mengenai krisis perlembagaan 1992 — pindaan penghapusan klausa yang memberi imuniti kepada raja-raja Melayu dari didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukan.

Terdapat DUA perkara kita boleh perkatakan, pertama, dari sudut baiknya, saya sangat yakin bahawa niat TMJ adalah tidak sesekali mengungkit atas dasar dendam, tetapi beliau bercakap atas kapasitinya sebagai pewaris takhta Johor yang mempunyai visi jelas, tentang bagaimana sepatutnya hubungan kerajaan dan Istana.

Kita wajib akur bahawa, institusi Istana adalah kritikal dalam sistem bernegara di Malaysia. Istana adalah simbol perpaduan, kita tidak pernah nafi akan hal itu. kita sangat-sangat menghormati klausa yang tertulis dalam perlembagaan itu.

Bagusnya, apabila TMJ mengungkit kisah lama, ianya telah mengajak generasi muda Malaysia yang lahir tahun 1985 ke bawah menyelidiki krisis dengan penuh minat.

Secara tidak langsungnya, TM t…

Damailah Dikau Di Sana, Aminulrasyid Amzah

Hari ini, Bernama melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan defendan membayar ganti rugi sebanyak RM414,800 kepada keluarga arwah Aminulrasyid Amzah yang telah ditembak mati oleh anggota PDRM enam tahun yang lalu.

Bayaran itu, termasuklah RM100,000 dikenakan terhadap bekas Ketua Polis Selangor waktu itu — You-Know-Who — kerana misfeasance in public office (kemungkiran awam) terhadap perintah mahkamah.

Kita bertanya, apakah mereka yang telah bersepakat menyembunyikan kebenaran di sebalik jenayah ini berani melafazkan pengakuan bersalah dan permohonan maaf secara terbuka di khalayak?

Kita tidak akan melupakan rasa sedih dan tersiatnya jiwa menyaksikan kezaliman itu telah dihalalkan, bahkan dicipta jutaan justifikasi songsang oleh gerombolan You-Know-Who untuk menutup bangkai gajahnya dengan sehelai daun buruk.

Kita juga tidak akan mudah melupakan, segala kata nista mereka yang berkuasa dan mereka yang laparkan kuasa, pada khalayak yang empati pada kekejaman ini …

“I'm not a crook,”

Pada 17 November 1973, Richard Nixon ketika menjawab soalan dalam sebuah sidang media berkaitan skandal Watergate, dia dengan tenang menjawab, “People have got to know whether or not their President is a crook. Well, I'm not a crook. I've earned everything I've got.”

Pada 21 Mac 2016, Najib Razak pula memberitahu media perihal skandal 1MDB, “I haven’t changed my principles as a prime minister. I’ll never steal public property. Don’t think I’m a crook. Don’t believe that I’ve stolen public property. I’m the people’s prime minister.”

Bijak pandai sudah berkali-kali mengingatkan kita semua, bahawasanya, sejarah itu akan berulang kembali sesaat kita melupakannya.

Nixon pada akhirnya, terpaksa juga bersara awal dari Oval Office setelah desakan massa semakin menggila pada pentadbirannya akibat dari skandal tersebut – ketirisan moral dan penyalahgunaan kuasa.

Nixon memecat pengerusi suruhanjaya khas yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal tersebut secara bebas. Di Malaysia pula, N…

Menjarah Manusia Berjiwa Feudal

Tulisan Pang Jo Fan dalam The Malay Mail Online mengenai tahap kesedaran pelajar Malaysia di luar negara yang tidak mempunyai rasa ingin ambil tahu, atau tepatnya, rasa ingin ambil tanggungjawab pada apa yang berlaku dalam situasi politik negara mutakhir, adalah tepat untuk menggambarkan keadaan manusia berjiwa feudal.

Manusia feudal, adalah manusia yang berjiwa hamba. Manusia yang makan minumnya, percaya bahawa ada tuan besar yang menentukan untuk dirinya selain Tuhan, dan sesekali tidak dia berani untuk menongkah kelaziman begitu.

Seperti untaian Alejandro Jodorowsky yang dipetik oleh Pang Jo Fan, seekor burung yang terkurung dalam sangkar sempit semenjak hari ia menetas, sudah pasti ia akan menganggap kemampuan untuk terbang itu adalah suatu bentuk penyakit atau kecacatan.

Padahal, ia sedang jahil – tidak tercerah dengan makna dan hakikat yang sebenar mengenai kebebasan, sesuatu yang tak terbatas.

Analogi burung yang terperangkap dalam sangkar sempit ini, menjadi cukup cocok denga…

The Questions We Keen to Answer

According to World Bank, Malaysia is among the most urbanised countries in South-East Asia, and its urban population continues to increase rapidly, about 10% in 10 years (2000-2010) from 10.2 million (43% of the total population) to 15 million (53%).

The absolute poverty rate in urban areas has decreased considerably in the last 10 years. 0.1% of urbanites are still considered extreme poor and about 0.6% are considered poor – which we could easily summarise, there are about 100,000 urban populations in Malaysia are trapped in poverty.

That figure is only considering absolute poverty factor. How about relative poverty factor?

Malaysia Human Development Report from UNDP says relative poverty has emerged as a growing concern in recent years in Malaysia.

To make the problem worse, the unemployment rate in Malaysia increase to 3.3% (478.1 million unemployed) in December 2015 from 3.2% (453.3 million unemployed) in November.

How about disabled people?

The situation isn’t far better.

There ar…

Memungkinkan Yang Tidak Mungkin

Dulu, popular dalam kalangan khalayak frasa “impossible is nothing” yang menjadi tema komersial Adidas sewaktu Piala Dunia 2006. Frasa tersebut, banyak menimbulkan tanda tanya mengenai maksud yang cuba disampaikan Adidas, termasuklah kepada diri saya sendiri.

Beberapa bulan lepas, saya ada berbual dengan seorang guru saya mengenai idea dan perkembangan teknologi seputar artifial intelligence – perkembangan teknologi seumpama pemindahan kepala manusia, perubatan nano, pemindahan consciousness dari akal kepada bentuk cip mikro dan berbagai lagi.

Tanya saya pada guru saya itu, adakah hal-hal itu ada kemungkinan untuk jadi kenyataan?

Jawab beliau, ya, ada kemungkinan untuk idea-idea tersebut menjadi realiti, dengan syarat usaha mereka memenuhi hukum alam dari sudut rukun prosesnya. Jika mereka mengikut prosesnya secara betul, sebenarnya tiada apa yang mustahil untuk dicapai.

Cuma, pada kita selaku manusia yang beriman dengan keterbatasan dan kedaifan manusia yang diciptakan Tuhan, kita t…

Membaiki Masyarakat Dengan Sehelai Kertas

Bunyinya retorik. Kedengaran seolah-olah tidak masuk akal. Bagaimana mungkin kita akan mampu mengubah atau membaiki masyarakat ke arah yang lebih baik dengan sehelai kertas? Atas nama kuasa apa?

Kami memulakan mimpi-mimpi Initiative for Malaysian Humanitarian (INSAN) dengan bersandarkan pada retorik ini. Itulah cerita bagaimana kami bermula.

Kelmarin, beberapa think tanks yang sudah berstatus primer di Malaysia bertemu untuk membincangkan hala tuju dan darjah relevan kewujudan think tanks di negara ini menjelang era 2020 – antara mereka adalah IDEAS, ISIS, ASLI dan Khazanah Research Institute.

Dalam perbincangan itu, mereka merencanakan idea berkenaan bagaimana think tanks berfungsi untuk membantu negara dan masyarakat berubah kepada arah yang lebih baik, terutama dari sudut perlaksanaan dasar dan pengurusannya.

Kata kuncinya adalah, dasar atau polisi. Sudah semestinya, idea untuk mengubah masyarakat melalui perlaksanaan dasar tertentu akan mengundang skeptikal yang tidak kunjung sud…

Mengapa Istana Diam Membisu?

Dalam segala belantara ribut skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang cukup memalukan, cukup berbahaya, yang telah melukai segenap ceruk maruah, harga diri dan kedaulatan Malaysia: di mana suara Istana?

Mengapa sampai begitu sekali Istana memilih untuk berdiam diri (membisu) dan berkecuali?

Mengapa mereka seolah-olahnya sengaja membiarkan skeptikal dan sangka buruk khalayak terhadap Istana semakin menebal lantaran kebisuan mereka?

Mengapa sampai sebegitu kelu lidah mereka?

Mengapa mereka sanggup melihat rakyat semakin meluat dengan institusi Istana apabila langsung tiada ketegasan untuk membantu menyelesaikan krisis ini?

Mengapa mereka memilih untuk menjadi institusi bisu?

Mengapa?

Harga Diri Rakyat Dalam Deklarasi Rakyat

Pedihnya, hanya Tuhan sahaja yang mengerti.

Sekian lama kita diperbodohkan, dengan terma “rakyat” dalam hal-hal kepolitikan. Begitu mudah untuk meraih simpati atau undi atau perhatian khalayak, hanya dengan menempelkan terma “rakyat” pada mana-mana manifesto atau janji.

Begitu mudah sekali. Untuk sekian kalinya, hari ini sekali lagi sejarah tanah air mencatatkan bagaimana terma “rakyat” diperlakukan sedemikian murah dan lempung. Seakan tiada lagi bersisa makna dan keramatnya.

Mahathir dan segenap gerombolan politikus yang berhimpun pada hari ini menandatangani sebuah dokumen yang digelar “Deklarasi Rakyat” yang bertumpukan pada satu-satunya motif iaitu, menggulingkan Najib Razak dari takhta kuasa, seolah-olahnya terlupa akan sesuatu yang teramat penting.

Darihal makna dan pengisiannya. Pada kegirangan “As you can all see, this is a very strange group of people...” sesekali kita tidak boleh terus menjadi naif, atau kasarnya, menjadi bodoh untuk terjatuh ke dalam lubang biawak buat ka…