Saturday, January 30, 2016

Salah Cina DAP

Tabung Haji dirompak, sehinggakan Bank Negara keluarkan surat amaran untuk memberi peringatan bahawa keadaan bank simpanan itu adalah tenat. Siapa yang rompak segala simpanan dan amanah kepercayaan orang-orang Islam di bank tersebut?

Tentulah cina DAP. Mereka anti Islam. Mereka mahu menghancurkan Islam. Mereka nak mencampuri segala hal ehwal urusan agama Islam. Mereka mahu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara.

Tentu sekali, tidak syak lagi, bahawa semua itu adalah kerja kotor cina DAP.

Siapa lagi yang kita boleh salahkan atas kegawatan Tabung Haji?

Tentu sekali DAP. Tiada lagi yang lain. Mustahil UMNO berkehendak mahu merompak duit orang-orang Islam. Mustahil!

Tak masuk akal sama sekali UMNO buat kerja-kerja begitu. Tidak, untuk seseorang yang punya akal yang waras, UMNO tak akan buat jenayah terkutuk begitu.

Tak percaya?

Pergilah tanya Setiausaha Agung PAS. Dia dah dapatkan penjelasan yang cukup jelas lagi muktamad, bahawa tidak sesekali UMNO merompak Tabung Haji.

Malah kata dia, berita tentang surat amaran Bank Negara itu pun, masih kabur dan terdapat niat-niat jahat DAP di sebaliknya untuk meruntuhkan Islam.

Tentulah sebagai seorang yang beriman lagi ihsan, kita wajib mempercayai dan mengimani kata-kata seorang pimpinan sebuah jemaah Islam, yang unggul lagi tulen, yang didalamnya ada wakil Kesatuan Ulama Dunia!

Jadi, ini semua adalah salah cina DAP. Mereka dengki pada Islam. Mereka mahu meruntuhkan segala institusi agama Islam.

Percayalah pada UMNO, bahawa parti itu sedang berusaha keras untuk mengayakan setiap kantung simpanan orang Islam di Malaysia dengan cara agihan duit kutipan derma dari benua Saudi.

Jangan percaya pada berita karut bahawa UMNO merompak Tabung Haji. Bahkan jangan sesekali percaya berita tentang surat Bank Negara itu pun – untuk sebetul-betulnya!

Jangan, itu semua agenda jahat tersembunyi cina DAP. Hanya nincompoop percaya pada agenda DAP.