Skip to main content

Melawan Pseudo-Ulama

Antara hal yang menjijikkan, yang terlahir dari dogma fikrah tulen PAS, adalah pengiktirafan ulama secara membabi buta kepada sekalian mereka yang bijak mengeksploitasi ayat-ayat Quran dan berjubah berserban tebal melilit di kepalanya. Golongan ini, kita gelarkan mereka sebagai pseudo-ulama.

Kerana beralasan bahawa Tantawi adalah ulama, maka ia menatijahkan status halal untuk melawan Lim Guang Eng atas premis Islam melawan Kufur. Ini adalah hal membodohkan akal fikiran, terhasil akibat dogma fikrah tulen PAS. Siapa menjadi mangsa?

Para penyokong fanatik yang tidak berakal.

Pasca kes saman Lim Guang Eng terhadap Tantawi, dogma-dogma bahawa Islam melawan Kufur begitu cerlang. Mereka langsung tiada rasa malu dan bertapis, dengan menghujahkan nama Islam untuk mengabsahkan perbuatan fitnah jahat Tantawi dan menghalalkan perbuatan itu.

Dalam kes ini, doa yang patut kita sampaikan kepada mereka adalah, agar Tuhan kembalikan daya berfikir dan rasional kepada mereka. Buruk sungguh nampaknya, apabila nikmat berfikir dibuang terperosok ke dalam tong sampah.

Berpada-padalah memberi sokongan. Kawan, sekalipun bertan-tan diulit dengan nama Islam, tidak sesekali fitnah menjadi halal di sisi Tuhan. Dalam politik, meninggalkan rasional, akan menjadikan kita tidak lebih dari seekor ayam yang menunggu tuannya menabur dedak untuk dimakan.

Ada sebatang garis halus, yang menjadi sempadan pemisah antara menyokong dan menjadi bodoh. Untuk ada kemampuan melihatnya, perlukan akal budi dan kesaksamaan sikap. Sebenarnya, persoalan-persoalan yang berbangkit dari kekecohan ini begitu mudah untuk dijawab dan diberikan jawapan.

Jika benar Tantawi tidak bersalah, mengapa pula dia yang perlu membayar kos guaman RM10,000 kepada Lim Guang Eng?

Kenapa tidak Lim Guang Eng yang terpaksa membayar kepada Tantawi?

Apakah terlalu sukar untuk para penyokong PAS dan golongan pseudo-ulama PAS memahami soalan ini dan logiknya?

Sungguh, membaca komentar-komentar dari golongan pseudo-ulama seumpama Nik Abduh pasca kes ini benar-benar telah menghina nikmat akal yang Tuhan kurniakan ini. Memalukan Islam sungguh!

Inilah akibatnya, apabila Islam menjadi tempelan kepada cita-cita politik, yang akhirnya semua itu tidak lebih dari sekadar menjadi sebuah jenama. Lantas, atas kapasiti jenama, Islam itu dieksploitasi untuk kepentingan politiknya.

Itulah naratif politik PAS, kalau kawan-kawan nak faham. Sebab itulah kita harus sedar, Islam sesekali tidak boleh menjadi tempelan sebegitu. Islam terletak pada sistem nilai dan sikap, bukan jenama yang membaluti luaran fiziknya.

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…