Skip to main content

Defisit Kepercayaan

Dalam politik, defisit kepercayaan adalah krisis yang paling ditakuti oleh mana-mana politikus.

Tidak kira dia adalah seorang Presiden Amerika Syarikat, atau Perdana Menteri Malaysia, terkena wabak ini akibat kegagalan polisi dan ketidakjujuran dalam pentadbiran, menyebabkan mereka terpaksa membayar dengan harga yang tersangat mahal.

Dalam kes Najib Razak, terfikir juga, bagaimanalah UMNO akan mampu kembali bangkit dari defisit kepercayaan rakyat terbanyak terhadap kepimpinan mereka, sementelah Najib Razak semakin hari semakin tidak mendapat kepercayaan oleh rata-rata lapisan masyarakat lagi.

Saban hari, skandal demi skandal, penyelewengan demi penyelewengan, dan paling penting, kebodohan demi kebodohan yang mereka paparkan secara publik, apa lagi yang boleh mereka harapkan untuk mengembalikan semula kepercayaan yang telah diberikan, melalui mandat pilihanraya yang lepas?

Keadaan sekarang, kiri kanan, atas dan bawah, semuanya seolah-olah sedang memusuhi Najib Razak dan UMNO. Rakyat menyalahkan Najib Razak atas kegawatan ekonomi Malaysia, atas pembaziran wang rakyat akibat penyelewengan, atas tipu muslihat untuk mengayakan perut rodong sendiri.

Kenaikan harga barangan domestik yang tidak terkawal, pengenalan cukai demi cukai yang baru, pemotongan peruntukan pendidikan dan biasiswa, pemansuhan subsidi dan juga tidak dilupakan, skandal yang melingkari serba sudut Najib Razak, tidak mampu membantu UMNO untuk keluar dari krisis ini.

Antara faktor utama kepada krisis defisit kepercayaan, dan UMNO wajib menyedari akan hal ini adalah Rosmah Mansur sendiri. Sebutlah nama isteri Perdana Menteri itu kepada sesiapa sahaja, hatta budak-budak sekolah rendah, mereka boleh bercerita tentang Rosmah Mansur tanpa sebarang masalah.

Imejnya, gaya hidupnya, segala skandal yang melingkarinya, kata orang, ianya telah melengkapkan pakej untuk dia menjadi faktor utama kepada krisis defisit kepercayaan rakyat terhadap Najib Razak, UMNO dan kerajaan seluruhnya.

Bagaimana mahu mengubati krisis defisit kepercayaan rakyat?

Untuk Najib Razak, hari ini pada saat ini, dia sudah tiada jalan keluar lagi. Mustahil lagi ada sebarang sinar untuk Najib Razak mengembalikan semula rasa percaya rakyat terhadap dia dan pentadbirannya.

Boleh kita simpulkan, Najib Razak sedang berdepan dengan jalan mati – tiada lagi pintu keluar untuknya.

Dia mungkin boleh mengembalikan sedikit rasa hormat khalayak terhadapnya, dengan syarat dia menjawab segala persoalan yang dilontar kepadanya, bersemuka dengan rakyat secara anak jantan, mengakui kesalahannya dan meletak jawatan.

Dia mungkin akan ke penjara, tetapi itulah jalan terhormat buatnya – kalau dia masih memikirkan soal harga diri dan nama baik anak-anaknya kelak. Untuk cara lain, tiada. Kecuali dengan cara kotor, ya, dia berkemungkinan akan terus kekal berkuasa.

Tetapi, persoalannya sampai bila? Sampai bila agak-agaknya dia mampu menahan rasa amarah khalayak terhadapnya?

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…