Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

The Agony (Ironically) of 2015

Gather ye rose-buds while ye may,
Old Time is still a-flying:
And this same flower that smiles to-day,
To-morrow will be dying.
The poem above was beautifully crafted by Robert Herrick, with a title To the Virgins, that later was installed in a script of one of the most best-screen movie ever, Dead Poets Society, in which it was read during the first class with Keating to introduce the concept of “carpe diem” to his students.

The poem reminds me on the very last day of, 2015, about living the moment, enjoying the very minute of life. That the current is counted, that here and now, is the joy to swallow. Its about seize our day. It is about endeavouring the present, as what indicating by Horace in his Odes about 2000 years ago in Rome.

31 Dec. 15, we are all being the same, unfortunately forgetting what has been taught by Horace. We disgracefully rewinding back the past 365-days and start counting all the misplaces, misjudges, the sorriest, the scratch, scars and wounds, that occurs i…

Keserakahan Bauksit

Bukanlah bauksit yang serakah, tetapi manusia yang mengoreknya dari tanah adalah paling serakah dan tamak haloba. Bauksit di Kuantan, Pahang bukan lagi khabar-khabar angin, tetapi ianya benar, terang dan nyata. Cuma yang tetap buta, adalah hati-hati aparat penguasa yang menjadi pelindung kepada perniagaan haram itu.

Tidak kiralah yang menjadi tulang belakang kepada perniagaan haram Bauksit itu berbumbung istana atau beratap nipah – semua yang terlibat dari A sehinggalah ke Z dalam memerahkan segenap ufuk bumi Kuantan, adalah sama celaka, sama laknat. Gerombolan ini, hanya mengenal nafsu haloba mereka semata-mata.

Pahang mahu menunggu bala apa lagi, baru nak bertindak? Tidak cukup dengan sungai dan laut bertukar merah darah? Tidak cukup dengan persekitaran tercemar hapak? Tidak cukup lagi dengan segala amarah orang ramai sehingga membakar lori-lori pengangkut? Tidak cukup dengan siri banjir besar dan tanah runtuh?

Apakah mahu ditunggu sehingga wad-wad hospital tempatan penuh dengan pes…

Politikus Berwatak Dr Jekyll dan Mr Hyde

Cadangan Ahmad Maslan supaya rakyat Malaysia lakukan dua kerja untuk menampung kos sara hidup, sangat relevan sebenarnya. Dalam sastera Inggeris, sudah diceritakan perihal manusia yang melakukan dua kerja, menjadi dua watak dalam satu individu, untuk mencapai sesuatu yang diidamkan dalam hidupnya.

Sebelah siangnya, dia menjadi Dr Jekyll, dan malamnya bertukar watak menjadi Mr Hyde. Penceritaan fiksyen seram oleh Robert Louis Stevenson ini sebenarnya tanpa sedar telah memberi inspirasi kepada jutaan manusia lainnya, betapa kita boleh menjadi dua watak dalam satu individu yang sama fizik.

Lihat sahaja, bagaimana rata-rata politikus yang sedang berkuasa. Pada siangnya, mereka mempamer perwatakan seumpama dewa penyelamat, menabur janji itu dan ini, melawat kawasan sana dan sini. Sebelah malamnya, politikus yang sama juga merompak dana awam, menyonglap sana dan sini selicin mungkin.

Merekalah menteri, mereka juga perompak duit rakyat. Tidak menghairankan apabila ada antara mereka mencadang…

Persoalan Tentang Kenapa

Jarang manusia berbuat sesuatu, tanpa punya sebarang alasan. Berbuat sesuatu tanpa alasan atau motif adalah gila. Malah, untuk ketawa pun, kita perlu bersebab. Ketawa tanpa sebab, boleh menjemput label gila sasau pada seseorang. Kalau ketawa pun perlukan sebab, apatah lagi untuk hal-hal yang lainnya.

Dalam filem Everest, Jon Krakauer bertanyakan pada rakan-rakan pendaki lain, tentang mengapa mereka mendaki. Why any summit? Biarpun mereka tahu betapa risikonya maha tinggi, mungkin bayarannya adalah sebuah perkahwinan, juga kehidupan selepas pendakian, dan nyawa mereka sendiri. Kenapa berbuat itu semua?

Cheryl Strayed berkali-kali bertanyakan soalan yang sama kepada dirinya sendiri, ketika sedang berjalan kaki merentasi Pacific Crest Trail sepanjang 1100 batu. Tentang mengapa dia mengambil keputusan untuk berbuat itu semua, sedangkan apartmennya begitu selesa dan hangat ketika waktu malam?

Pada hari pertama Mother Teresa memulakan tugasan rasmi Misionaries of Charity, beliau telah berte…

25 Tahun

Semalam, 20 Disember, genap 25 tahun bernafas di atas muka bumi ini.

25 tahun berlalu, terasa pantas dan masih kosong – ada lompang yang tidak terisi. Semalam, ketika rakan-rakan mengadakan majlis keraian ringkas, itulah sebenarnya apa yang bermain dalam kepala, terutamanya saat diminta untuk bercakap sepatah dua.

Rasa kosong itu jujurnya mengundang rasa sakit kepala yang amat sangat. Persoalan-persoalan seumpama; apa lagi yang perlu aku berbuat untuk memaknai usia ini dan apakah usia mendatang, rasa kosong dan hampa begini masih kekal tidak beranjak?

Akhirnya, saya terkelu begitu, tak punya apa-apa untuk dituturkan semalam.

Saya menyebut tentang impian dulu-dulu mahu mendirikan rumahtangga saat usia mencecah 25 tahun – impian yang selalu dikongsi dengan mak dan abah. Itu cerita dulu-dulu.

Saya tidak nampak jalan ke arah itu lagi. Rasanya, yang menyesakkan dada saat sekarang, adalah soal kepuasan diri perihal sesuatu yang belum tercapai.

Sudah semestinya, pada setiap anak Adam itu ada …

Prasangka

Prasangka, atau kata lainnya, prejudice, adalah kata kerja pada suatu bentuk sangkaan atau konsep-konsep bersifat pra yang dibina pada sesuatu perkara sebelum benar-benar melalui pengalaman tersebut atau persepsi pada seseorang sebelum mengenali individu atau kumpulan tertentu.

Boleh jadi, prasangka berlaku di peringkat makro sehinggalah juga ke peringkat mikro pada emosi, perasaan dan sikap. Umumnya, prasangka terbentuk akibat persepsi awal yang dibina seputar hal-hal negatif yang bersangkutan sesuatu kepercayaan, budaya, seksual, ideologi politik dan latar belakang ras dan etnik.

Dunia banyak kerugian akibat prasangka. Perang tercetus akibat prasangka. Pergaduhan terpercik akibat prasangka. Perebutan harta sesama saudara kandung bermula dengan prasangka. Konflik hubungan antarabangsa juga hasil semaian benih prasangka. Di peringkat politik domestik, prasangka adalah pemain utama.

Oleh yang demikian, prasangka telah menyebabkan dunia kehilangan jutaan nyawa yang tidak bersalah. Tal…

Dalam Pada Iklim Sebegini Rupa, UMNO Masih Bermimpikan Undi Anak Muda?

Mereka benar-benar dalam kekeliruan yang maha hebat, sehinggakan boleh bermimpi di siang bolong untuk mengaut undi anak muda dalam pemilihan akan datang. Idea gila begini, datang dari Najib Razak yang sentiasa percaya bahawa, dengan segala “kesenangan” yang mereka wujudkan hari ini, anak muda akan memilih UMNO kelak.

Mungkin yang akan tetap memilih UMNO adalah penjilat-penjilat seumpama Farhan Khairuddin dan beberapa kerat lagi yang buta begitu. Tidaklah pelik jika hal itu berlaku. Memang takdir untuk penjilat muntah UMNO, memang begitu semenjak azali lagi. Tidak menghairankan.

Tetapi, UMNO bercita-citakan undi anak muda sekaliannya, seumpama mereka tidak berbuat salah langsung dan lebih teruk seumpamanya cita-cita mereka itu telah mendabik anak-anak muda ini yang bakal menguasai lebih dari separuh peratusan pendaftaran pengundi adalah semuanya bodoh dan tidak tahu berfikir.

Mungkin benar apa yang diungkap oleh Lim Kit Siang, bahawa sesudah Perhimpunan Agung UMNO dua hari lepas, Naji…

Rasuah, Air Mata dan Kebodohan

Nampak gayanya, Najib Razak terus bergaya pahlawan di atas pentas menggulungkan Perhimpunan Agung UMNO dengan berkapal-kapal retoriknya, menyebabkan air mata para perwakilan tidak mampu bertahan, mengalir deras, selaju nasib bangsa Melayu yang bakal merempat ditakluki bangsa asing.

Kebodohan dan bengapnya mereka, sudah mencapai tahap dewa. Bodohnya mereka, apabila enggan mengakui kebenaran, mahu terus akur pada cerita-cerita dongeng dan fantasi yang dikhabarkan oleh Najib Razak dan gerombolan mereka di pentas. Mereka bukan sahaja melingkup, bahkan memalukan.

Air mata yang mengalir dalam Dewan PWTC itu, menjadi saksi betapa maruah dan harga diri mereka diinjak dijual beli sebegitu murah oleh Najib Razak. Alangkah bangsaku, bilalah mereka mahu sedar dari terus diperbodohkan, diperalatkan, diinjak dipijak, dihenyak maruah mereka. Semua lebur pada retorik kosong Najib Razak.

Dan, betapanya perhimpunan kali ini menjadi bukti bahawa kerja kita masih lagi panjang dan jauh, ribuan lagi ranjau…

Agama Buat Pembohong

Tidak sah, kalau kita tidak mengambil peluang untuk menulis tentang Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang di PWTC sepanjang minggu ini. Manakan tidak, pada juak-juak bersongkok tinggi yang sedang berhimpun itu, merekalah tunjang agama, bangsa dan tanahair. Alangkah...

Najib Razak adalah pembohong besar. Semua orang tahu hakikat ini, bermula dari budak sekolah rendah sehinggalah mereka yang tua renta, semuanya sedar. Cuma tinggal, berani atau tidak untuk menyebut secara lisan sahaja. Najib Razak berbohong dari A sehinggalah ke Z, dari hujung rambut ke hujung kaki.

Tetapi, dia masih lagi memperalatkan agama untuk menghalalkan dirinya di khalayak tanpa rasa segan. Hari ini dalam ucapannya, dia melandaskan Tuhan dan ayat-ayat Quran untuk tujuan itu. Dia memetik secebis itu dan ini dari Quran untuk menghalalkan segala pembohongannya. Dia tidak merasa malu pun.

Ditambah lagi dengan segala pekik lolong dan ampu-mengampu dari sekalian perwakilan yang sama bodoh, maka bertamb…

Tentang Ruang Peribadi dan Kebebasan

Sehari dua ini, rancak di bumi Malaysia bercakap soal khalwat, dosa peribadi, G25, undang-undang syariah dan soal beda dan faham ruang awam dan ruang peribadi. Dari segala ranah ini, paling kurang pun kita menarik nafas lega kerana akhirnya hal-hal begini muncul jua dalam sfera perbincangan masyarakat umum.

Segala kritikan yang menjajar seputar isu ini telah mengingatkan saya pada satu perbincangan bersama Ustaz Wanji beberapa bulan lepas, perihal hubungkait antara faham kebebasan, faham keadilan, faham kebenaran dan faham kebaikan. Ustaz Wanji ada meminta kami mengkaji konsep-konsep ini secara mendalam.

Kebebasan membawa maksud ikhtiar, yang padanya bertujuan untuk mencapai keadilan. Tiada kebebasan jika tidak tertegaknya keadilan. Mengapa perlukan keadilan? Jawabnya, kita mahukan keadilan untuk mencari dan menegakkan kebaikan, bukan untuk mencari dan menegakkan kebenaran.

Soal kebenaran, kerja Tuhan untuk tentukan. Manusia, tahap mereka, berkehendak pada keadilan adalah semata-mata …

Paranoid

Pada hari ini, telah kedapatan dua senario yang menepati maksud paranoid. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita fahami maksud paranoid terlebih dahulu. Menurut Haji Merriam-Webster, paranoid didefinisikan sebagai “...suffering from a mental illness that causes you to falsely believe that people are trying to harm you.”

Pertama, adalah senario yang sedang kelam meliputi bumi Amerika Syarikat. Senario fobia pada Islam, dan kelakarnya, fobia itu terhasil akibat kejahilan dan kebodohan mereka untuk menilai setiap patah berita yang terpapar di kaca televisyen. Mereka senang menjadi bodoh, dari menjadi bijak pandai.

Tambahnya dengan kewujudan manusia seumpama Donald Trump dan penyokong-penyokong fanatik Republikan. Semua itu, menjadikan maksud paranoid cukup tepat, jitu dan terpakai. Hari ini sahaja, Donald Trump mengulangi kenyataan untuk menghalang kemasukan imigran Muslim ke Amerika. Sound familiar?

Dua, perihal Najib Razak. Pahlawan Bugis ini, dalam bahasa orang muda disebut sebagai

Janjinya Menggunung, Tunainya Tidak

Politik dan janji, berpisah tiada. Tanpa janji, maka tiada wujudnya politik. Kerana, politik adalah seni mempengaruhi manusia dan seni untuk memungkinkan sesuatu yang mustahil. Caranya, dengan menabur janji. Ternyata, orang dahulu kala bijak – menggandingkan kata kerja “menabur” pada kata nama “janji”.

Konotasi “tabur” menunjukkan suatu keadaan yang tidak tetap, tidak kukuh, tiada akar tunjang padanya untuk kuat berpegang pada lantai atau prinsip. Seumpama, menabur benih pada batasan tanah liat – mungkin ada antaranya tumbuh menjadi pokok, tetapi banyak juga darinya hilang ditiup angin atau dimakan tikus perosak.

Jadinya, dengan menggandingkan “tabur” pada “janji”, ianya sangat menepati situasi atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat dan kehidupan seharian. Manusia berjanji itu dan ini, dan tidak semestinya yang disebut sebagai janji itu akan dilaksanakan. Kerana, kata-kata itu hanya ditabur, bukan ditanam.

Demikian jua yang berlaku pada hari ini, perihal Najib Razak dan segala …

Senator Palpatine Dalam Pembikinan?

Tidak salah pun untuk membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015, dengan satu syarat: segala mekanisme, kaedah dan motif pembentangan RUU tersebut jelas, melunasi logik akal, menghormati pandangan konstituen melalui konsultasi awam secara berperingkat.

Jadinya, apabila sesebuah RUU diusulkan dan dibahaskan serta dipaksa untuk diluluskan secara terburu-buru, anda telah menjemput jutaan pertanyaan dan kesangsian orang ramai. Apa motifnya sehinggakan perlu berbuat demikian, sedangkan tidak wujud pun keperluan mendesak ke arah itu.

Apakah kelulusan RUU terbabit akan menjadi alat buat politikus-politikus terdesak untuk melepaskan ekor mereka yang sedang tersepit? Adakah RUU tersebut bakal menjadi lesen untuk sewenangnya politikus terdesak yang berkuasa mengatasi peruntukan kedaulatan undang-undang?

Apakah Rang Undang-Undang MKN 2015 akan menjejaskan atau menjadi sandaran untuk melepaskan individu-individu tertentu dari pendakwaan skandal-skandal seumpama 1MDB, dan melo…

Star Wars

Penafian awal, saya tidak pernah meminati siri filem Star Wars, apatah lagi menontoninya.

Dua tahun yang lepas, ketika di Tahun 3 pengajian, saya menjemput Tunku Zain ‘Abidin, Presiden IDEAS menyampaikan syarahan di karnival kejuruteraan UKM, dan tajuk yang diberikan adalah berkisar soal kejuruteraan, etika dan nilai pendemokrasian (lebih kurang begitu tajuknya).

Dalam syarahannya, Tunku Zain mensyarahkan Star Wars. Tentang kejuruteraan kapal perang di angkasa, tentang cita-cita pembebasan dari diktator, tentang pencabulan demokrasi, tentang sikap dan kepercayaan. Dan, itulah kali pertamanya saya mendengar perihal Star Wars, dan seperti biasa, ketika itu saya tidak ambil pusing sangat pun.

Penghujung tahun 2014, Zul Fikri Zamir telah terbitkan bukunya berjudul Masharakat Melawan Mahasiswa, yang mana grafik kulit depannya menayangkan watak Darth Vader menghulur skrol universiti kepada graduan. Ketika itu saya bertanya, apa signifikannya watak Darth Vader dalam tema-tema perbincangan b…