Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Raison d'être PAS

Satu fakta yang tidak dapat disangkal adalah, hudud ini merupakan raison d’être (sebab kewujudan) PAS. Jika tiada hudud, PAS tidak akan wujud. Jika tidak lagi memperjuangkan hudud, apa lagi yang PAS boleh perjuangkan pada laras untuk diterima khalayak hari ini.

Saya tidak pernah menolak dakwaan bahawa hudud ini juga dipergunakan PAS untuk terus bernyawa. Mungkin frasa mempergunakan hudud itu kedengaran agak keras, atau lancang, seolah-olah menuduh PAS sebegitu jahat, akan tetapi itulah realiti yang PAS dan penyokongnya perlu akui.

PAS adalah jemaah Islam, sebuah organisasi yang cita-citanya menegakkan pemerintahan khilafah, mengembalikan semula kegemilangan Islam sebagaimana sebelum jatuhnya Uthmaniyah di Turki. PAS menyambung cita-cita itu, dari jalur pemikiran yang dibentuk bermula dari Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Akan tetapi, PAS juga merupakan parti politik yang terlibat dalam sistem pemilihan mengguna pakai cara demokrasi semenjak penubuhannya separuh abad yang lalu lagi. Inilah…

Mengapa Bukan Islam Tidak Dikenakan Hudud?

Banyak lagi sebenarnya perkara yang kita boleh persoalkan seputar hudud yang diluluskan sebulat suara oleh DUN Kelantan. Saya membuat beberapa bacaan, mengikuti setiap tulisan-tulisan yang tidak bersifat populis, kritikal dan paling penting, bukanlah bertujuan sensasi yang membodohkan semata-mata.

Pertama, sehingga sekarang saya masih tidak dapat menerima logik bahawa hudud ini taklukannya hanya pada mereka yang Muslim dan bukan Islam tidak dikenakan hudud. Saya tidak faham keadaan ini, di mana logiknya sehingga boleh terfikir di sana boleh wujud 2 set perundangan untuk 2 jenis kepercayaan yang berbeza.

Saya membayangkan satu situasi, jika ada 2 perompak yang membuat kerja terkutuk merompak bank dan menyebabkan kematian, sebagai contoh si Najib yang dikatakan Islam dan si Jho Low yang bukan Islam bekerjasama dalam jenayah ini dan akhirnya tertangkap. Jika menurut hudud yang diluluskan Kelantan, bagaimana keadilan akan tertegak pada mereka berdua ini?

Oleh kerana bukti-bukti yang jelas…

Hudud, Balak dan 1MDB

Satu soalan yang menarik seputar hudud adalah, mengapa tiada hukuman hudud pada jenayah rasuah? Seeloknya, persoalan ini dijawab dengan terang dan jelas agar keraguan ramai terhadap struktur integriti pelaksanaan hudud kelak terlerai.

Dulu saya menulis perbualan dengan kariah di Surau As-Syakirin (kini sudah tinggal kenangan), perihal isu ini. Dulunya tentang hudud dan balak. Jika hudud terlaksana, saya berharap mereka yang memberi kebenaran balak diterokai sebegitu zalim di Gua Musang, dihukum secukupnya.

Dan kini, kita berdepan dengan krisis 1MDB – sebuah krisis gergasi yang juga menjadi penentu kepada kedaulatan negara menurut beberapa orang penganalisis. Krisis ini juga, saya berpendapat parti pemerintah yang begitu menyokong hudud kerana ALLAH, boleh berlapang dada bahawa hudud harus mengadili 1MDB.

Bagaimana dengan cadangan ini? Kerana kesan kebobrokan 1MDB bukan lagi sekecil anak. Ianya melibatkan persoalan mengenai masa depan negara ini. Persoalan tentang kedaulatan dan maruah…

Perihal Hudud dan Aisyah Tajuddin

Dunia kita sedang sakit gila, makin tidak siuman. Bercakap tentang hudud, yang sewajarnya topik itu mengundang rasional dan memupuk kesempurnaan akal, akhirnya hal yang terjadi begitu berserenjang dengan antisipasi awal.

Makanya, kita berbangga dengan hudud yang terlaksana dengan sokongan sebulat suara dewan tanpa pindaan, dan juga kita menyeringai bilamana datangnya suara sumbang yang mengkritiknya. Seringai kita, bukan seringai yang biasa-biasa. Ianya seringai yang tidak waras.

Pertama, jika kita di pihak yang menyanjung hudud, bagaimana untuk kita belajar terbuka bila ada yang mengkritik – biarpun kritikan mereka banyaknya tiada asas yang kukuh dan menyimpang jauh dari landskap ilmiah dan integriti keilmuan.

Kedua, jika kita di pihak yang membangkang, bagaimana untuk kita bersikap dengan perlaksanaan undang-undang ini, agar kita tidak menyeberangi sempadan akal dan adab kesusilaan, bahkan tidaklah kritikan itu sekadar tikus membaiki labu.

Menyokong membuta tuli, itu bodoh. Membant…

Impian Seorang Bibliophile

Jika menurut Wikipedia, bibliophile ini membawa makna seorang manusia yang begitu cintakan buku, hobi terutamanya adalah membaca, gila mengumpul koleksi buku, siang malamnya terfikir akan buku, makan mandinya juga tentang buku.

Gila begini, adalah suatu rahmat. Saya tidak terkecuali juga. Macam pagi-pagi begini, saya sudah pun mendapat lebih kurang 10 buku-buku hebat hasil pemburuan lewat malam semalam. Antara judulnya adalah, Thus Spoke Zarathustra, sebuah novel filsafat karya Friedrich Nietzsche dengan harga cuma RM10!

Tentulah pagi Sabtu saya akan menjadi bersinar, galak dan tiada henti girangnya. Saya sering membaca, satu ungkapan popular seputar mereka yang tergilakan buku, bahawa jika gilakan buku itu dikira suatu penyakit, maka inilah penyakit yang paling membahagiakan.

Menyebut tentang perangai bibliophile ini, saya ingin berkongsi cerita sebuah impian. Ini adalah impian saya dan sekumpulan rakan yang saban minggu, kami bertemu, berusrah tentang buku. Kami membaca buku, memb…

Seni Yang Keliru

“Homeless itu sudah menjadi art sekarang. Di Paris, gelandangan itu suatu seni – jadinya kita perlu hargai,” ujar seorang cendekiawan lepasan universiti di bumi Inggeris. Dia nampak seperti baru pulang dari kota Paris – melancong gamaknya untuk menghabiskan baki duit tajaan JPA.

Pertama, cendekiawan di atas keliru. Sedang keliru. Dia keliru untuk bedakan seni dan virtue. Dia mencampuradukkan, menguli sebati segala ranah yang kedengarannya muluk padahal begitu mengelirukan.

Gelandangan itu terhasil akibat ketidakadilan (injustice). Mana mungkin, suatu bentuk ketidakadilan itu boleh dijustifikasikan sebagai seni, dengan meletakkan suatu nilai lain untuk menghalalkan ketidakadilan itu.

Berikan pada aku satu nilai atau virtue yang boleh mengatasi persoalan keadilan dan boleh menjustifikasikan kewujudan gelandangan sebagai suatu seni yang perlu dihargai, itu pun jika ada dan kau mampu mengadakan suatu bid’ah dalam mentafsirkan nilai keadilan.

Kedua, jika pada cendekiawan tajaan JPA itu mer…

Tentang Si Genius Adi Putra

Ini coretan ringkas awal Mac 2015, beberapa hari lagi sebelum kita akan tiba pada hari yang menandakan setahun hilangnya MH370 tidak ketemu. Coretan ini tentang Adi Putra, si genius cilik yang dulunya begitu popular, semua media mahu mendapatkan cerita tentangnya.

Kini, di mana Adi Putra? Kita bertanyakan soalan begitu kerana kerisauan kita adalah kisah Adi Putra ini akan menjadi senasib generasi genius Malaysia lain-lainnya. Tentulah kita berharap ianya tidak berlaku demikian.

Hari ini mStar kembali dengan cerita tentang si Adi Putra ini. Saya antara peminat beliau. Saya kepingin mahu bertemu dan berbual dengan Adi Putra. Saya mahu berkawan dengan beliau – dan belajar dengannya. Tapi, Adi di mana?

Jika membuat carian di Google, yang berderet keluar di halaman utama adalah kisah tentang Adi Putra, si pelakon layar teater. Untuk apa ambil tahu tentang si pelakon itu. Bukanlah mendapat apa-apa manfaat pun pada perkembangan akal dan ilmu pengetahuan. Entahlah.

Cerita mStar membuka episo…