Skip to main content

Beberapa Pesanan Buat Mahasiswa Tahun Pertama

Kawan, pertama-tamanya, perlu sedar bahawa melangkah ke universiti bukan suatu bentuk keistimewaan atau menjanjikan sebarang privilege dalam kehidupan mendatang. Sedarlah bahawa, ianya hanya satu langkah dari ribuan langkah lagi yang kamu akan tempuhi dalam membina dan mencorakkan kehidupan kamu. Dan itu cuma langkah pertama kamu.

Kedua, perlu diingatkan bahawa, kamu kini berdiri selaku mahasiswa – bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah. Ini bukan lagi masanya untuk kamu menjadi orang lain. Ini adalah masa untuk kamu menjadi diri kamu sendiri. Bahawa kamu bertanggungjawab untuk mempunyai keterampilan setaraf mahasiswa, baik dari sudut tingkah laku, disiplin, sikap dan prinsip.

Ketiga, tanya niat kamu – segala yang kamu usaha ini pada akhirnya untuk siapa. Aku sangat-sangat mencadangkan untuk kamu menghayati Puisi Pertemuan Mahasiswa yang dibacakan oleh W.S. Rendra kepada para mahasiswa tahun pertama Universitas Indonesia pada 1 Desember 1977. Hayatilah persoalan-persoalan puisi itu, moga kamu ketemu sesuatu untuk dipersoalkan kelak.

Keempat, jadilah anjal jangan keras membatu. Kampus ini tidak terkumpulnya manusia sejenis selera kamu sahaja. Mungkin saja teman bilik kamu itu hardcore punk, atau gay, atau fanatik politik, atau terlajak alim, atau nerd, atau kaki perempuan, atau sebagainya bentuk manusia yang pernah wujud – ingatlah pesanan ini: be open and stay loose.

Kelima, pilih rakan yang betul. Soal kamu boleh bertoleransi dengan kepelbagaian spektrum manusia, itu satu perkara. Selepas itu, ianya soal dengan siapa kamu mahu membuat kawan. Ini proses yang cukup sukar sebenar-benarnya. Buat pemerhatian dan gunakan akal. Cari rakan yang membina. Hanya satu cara, dengan kekal berprinsip. Itu sahaja.

Keenam, sedar akan tanggungjawab yang utama dan pertama yakni akademik. Walau setinggi gunung manis sekalipun yang lain-lain perkara selain akademik, ianya tetap berada pada kedudukan kedua dalam senarai keutamaan. Uruskan masa kamu, sentiasa belajar dari kesilapan. Peringatan ini sangat PENTING, kerana begitu ramai yang mudah lupa usai minggu orientasi.

Ketujuh, ya memang akademik paling utama, tapi ianya bukan segalanya. Universiti bukan kilang penghasilan pekerja industri, ianya tempat manusia mencari makna menjadi manusia. Untuk itu, membacalah dan terokailah sekalian bidang keilmuan selain bidang asasi kamu di kampus. Bertatihlah membaca falsafah, teori-teori ekonomi, sejarah dan peradaban dan lain-lain lagi.

Kelapan, keluarlah mengembara. Universitilah menjadi tempat paling strategik untuk kamu melebarkan sayap ke luar negara dengan menyertai puluhan program dan bengkel-bengkel kepimpinan di luar negara. Proaktiflah, jangan malas kalau kamu tak mahu mereput dalam kampus sahaja. Berjiwa besarlah, sahut cabaran untuk pasarkan diri sendiri di program-program antarabangsa.

Kesembilan, jangan sesekali menyempitkan kehidupan mahasiswa kamu itu dengan hanya berada di tiga tempat ini sahaja: dewan kuliah, bilik tidur dan kafe. Jadilah manusia, bukan hamba CGPA. Aktiflah berpersatuan, libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan, binalah daya kepimpinan, ketuai projek-projek amal di luar kampus, terlibat dalam aktiviti kepolitikan. Ini bukan main-main.

Kesepuluh, orang tua kamu di kampung punya hati dan perasaan. Hubungilah mereka senantiasa. Kalau punya kelapangan, jenguklah mereka di kampung. Dalam diam, mereka rindu pada anak yang mereka besarkan dari sekecil tapak tangan sehingga sebesar bapak orang. Jangan sesekali lupakan mereka setiap kali kau menadah tangan berdoa. Jangan sesekali lupa pesan ini.

Ini pesan-pesan yang aku mahu sampaikan pada kawan-kawan yang bakal bergelar mahasiswa tahun pertama di mana-mana kampus seluruh dunia. Jangan sesekali bazirkan masa di kampus dengan hal-hal yang remeh-temeh, cinta yang membodohkan, permainan video yang tidak berkesudahan, panggung wayang, dan segala hal yang hampa makna dan memandulkan akal.

Akhir sekali, membacalah. Baca dan bacalah buku sebanyak yang mungkin, rangkum pelbagai genre. Isilah hujung minggu kamu dengan program-program intelektual, forum, wacana kritis, kuliah-kuliah awam, syarahan-syarahan profesor. Ini peluang dan ruang kamu untuk mengaut ilmu sebanyak-banyaknya. Sekali lagi, jadilah manusia, bukan hamba CGPA.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…