Skip to main content

Kebodohan

“Mit der Dummheit kämpfen Götter selbst vergebens.”
― Friedrich Schiller, Die Jungfrau von Orleans

Seminggu dua ini, makin menjadi-jadi penyakit bodoh atau kebodohan dalam kalangan politikus gampang yang cuba menyorok aktiviti keji Perdana Menteri dan konco-konco 1MDB. Mereka ini rata-rata dari pihak UMNO.

Dan itu sebenarnya tidak pelik, cuma perangai kebodohan begini yang tiada penghujungnya membuatkan kita semua sesak dada.

Mereka nak cuba juga seboleh yang mungkin untuk menutup bangkai gajah dengan sehelai daun.

Gila gamaknya pemain-pemain politik yang keji begini. Mereka tidak barang sedikit merasa malu dengan kenyataan-kenyataan bodoh yang dikeluarkan, dengan harapan rakyat sekaliannya boleh menerima bulat-bulat setiap dakwaan mereka itu.

Dan paling kelakar, sesama mereka pun ada yang terbelit tergeliat.

Dan lagi parah, cubaan mereka kini untuk memesongkan perhatian khalayak dari mengarahkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri dengan mendakwa bahawa “derma” itu bertujuan untuk melawan penaja-penaja politik DAP yang berlatarbelakangkan Yahudi.

Ohh tuhan...

Dan Zahid Hamidi dengan tidak malunya mendakwa bahawa telah pun bertemu dengan si penderma tersebut dan memberitahu media bahawa, tujuan derma tersebut adalah untuk menyokong agar UMNO/BN terus memegang tampuk kekuasaan di negara ini.

Sebenarnya, si Zahid ini hidup pada zaman mana, kalaulah dia menganggap khalayak akan percaya cerita murahan begini.

Inilah penyakit kebodohan yang sedang melanda politik Malaysia, sehinggakan kita semua pun tidak boleh hidup senang, sesak dada, malah sehinggakan mulai merasa putus asa pada negara ini.

Tidaklah pelik kalau dibuat kaji selidik dalam kalangan terbanyak, tentunya ramai yang akan memilih untuk berhijrah kalaulah mempunyai peluang dan kesenangan untuk berbuat demikian.

Maka, tidaklah hairan bilamana kira-kira 200 tahun yang lepas, si Friedrich Schiller mengerutu geram pada orang-orang bodoh piang begini sehinggakan beliau menulis bahawa, “Against stupidity, the gods themselves contend in vain.

Kebodohan mereka, kalau dian begitu sehingga mereka masuk ke liang lahad dan tidak mengganggu gugat hidup orang lain, tidak mengapalah.

Masalahnya, bukan soal Najib Razak.

Ianya soal yang melibatkan runtuhnya integriti pemerintah, kerancuan nilai-nilai demokrasi, pengkhianatan amanah, keretakan sistem bernegara apabila tercabulnya pemisahan kuasa antara tiga entiti utama, dan soal paling besar, masa depan anak-anak generasi Malaysia!

Soalnya ini bukan hal-hal tetek banget yang lainnya itu.

Untuk melawan kebodohan begini, bagaimana ya? Sesiapa ada jawapan? Tolong...

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…