Skip to main content

Generalisasi Gampang

Generalisasi atau pukul rata adalah sejenis penyakit. Ianya bukan penyakit fizikal tubuh badan, tapi penyakit akal akibat ketidaktertiban dalam mentaati disiplin ilmu. Penyakit ini amat berbahaya, terutamanya buat mereka yang bergelut dalam jalur akademik. Padahnya, bukan sahaja pada perkembangan ilmu itu sendiri, bahkan membuahkan kerancuan fikiran khalayak.

Generalisasi dalam politik adalah biasa. Malah dalam kata lain, seolah-olah dibenarkan oleh adat. Apatah lagi dalam perbualan seharian masyarakat, tidak kira apa jenis kelas sosial mereka dimiliki, atau berapa tingkat banglo mereka, generalisasi tidak dinampakkan sebarang masalah. Baik mereka itu berpangkat Datuk, hatta mereka yang tak bergosok gigi sekalipun, ianya serupa.

Contoh paling mudah mentaliti pukul rata dalam politik ialah semua UMNO itu korup, atau semua PAS itu syurga. Generalisasi begini, kita boleh gelar sebagai generalisasi gampang. Atau lain-lain lagi yang sering kita dengari terutamanya yang tersangkut paut pada nama-nama individu politikus tertentu, baik dari belah kerajaan mahupun pembangkang.

Malah, penyakit generalisasi ini bukan sahaja bertebaran wabaknya pada diri-diri manusia sahaja, bahkan pada organisasi juga. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran (sekitar tahun 2012) mengeluarkan garis panduan kepada sekolah-sekolah mengenai simptom-simptom gay, antaranya memakai baju v-neck. Ini contoh jelas untuk kategori generalisasi gampang.

Penyakit generalisasi begini amat berbahaya kepada masyarakat. Tidak akan timbul suatu ilmu atau kesedaran dengan pendekatan pukul rata, kecuali kekeliruan semata-mata. Kalau ada rakan-rakan yang masih muda dan bercita-cita mahu menceburi dunia politik, langkah pertama yang perlu diambil ialah belajar adab dalam disiplin ilmu.

Manusia yang gemarkan cara pukul rata begini biasanya tidak suka pada hal-hal yang bersifat rumit atau terperinci. Mereka mahukan cerita-cerita pasar yang bersifat beli borong secara timbang kilo. Mereka sangat malas berfikir, selebihnya gemar bersimpuh menghadap artikel-artikel sampah yang tiada sebarang sumber rujukan autoritatif tidak kira soal perubatan, teknologi, agama atau apa sahaja.

Kata Tariq Ramadan, setiap perkara wajib kita tanggapi dengan sense of complexity. Maksudnya, tidak mempermudah-mudahkannya atau mengambil jalan pintas. Kesannya, tidak lain akan melahirkan manusia relatif. Manusia begini dicela tanpa henti, sejak dari zaman Socrates menghasut anak-anak muda Athens sehinggalah ke ulama di zaman Keemasan Islam.

Saya teringat untuk mencoret perkara ini, kerana beberapa hari yang lepas beberapa rakan menegur saya memakai t-shirt v-neck. Kata mereka, ini simbol gay. Kata mereka lagi, ini cara orang-orang gay berbalas signal antara mereka. Saya ketawa sambil otak ligat berputar untuk menulis coretan hari ini, perihal manusia ini cukup cerdas dengan perangai generalisasi gampang mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…