Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Bersih 4

Untuk edisi kali ini, saya tidak berpeluang untuk turut sama menyertai himpunan rakyat di kota Kuala Lumpur, Bersih 4. Hari ini saya ke Ipoh, sementelah rakan baik saya mengadakan kenduri walimahnya pada tarikh yang bersetentang dengan tarikh Bersih 4. Untungnya, kali ini Bersih berjalan selama 2 hari, maka 30 Ogos masih lagi berpeluang untuk turut sama.

Perihal Bersih, ada beberapa perkara yang berbangkit. Pertamanya, sikap kita pada perhimpunan aman tersebut. Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih. Menafikan mana-mana hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju, terang-terangan bersalahan dengan nilai demokrasi.

Kita amat perlu memahami hal ini. Kadang kala dalam keghairahan kita menyokong Bersih 4, kita terlajak dengan menghina, mengherdik dan merendah-rendahkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan Bersih. Pada kita, mereka ini bodoh, tidak sedar diri ditipu saban siang dan malam. Mereka tidak sayangkan negara dan bermacam lagi.

Kata nista begini …

6 Tahun Time To Change

Untuk sekian kalinya saya gagal (terlupa sebenarnya) untuk menulis artikel sempena ulang tahun blog kecil ini, yang sudah pun genap 6 tahun umurnya, berlegar-legar dalam dunia atas talian yang infiniti cakupan dan capaiannya.

Jadinya, tulisan ini tiada lain tujuan selain untuk mengimbau 6 tahun menulis di +Time To Change.

Kata beberapa orang rakan-rakan yang mengikuti blog kecil ini, bahawa mereka juga kalau boleh mahu menulis seperti saya.

Kata mereka, kalau diberi bakat menulis tentunya mereka juga akan menulis sama. Balas saya, kalaulah saya berbakat menulis, saya tidak berada di sini hari ini. Nama saya sudah berada sebaris dengan J.K. Rowling.

Itulah baru dinamakan bakat. Kalau macam begini, bukan bakat namanya. Saya mampu menulis begini kerana ‘kerja’ saya hampir setiap hari adalah membaca, berfikir dan menulis.

Setiap hari berbuat hal yang sama, mungkin akhirnya tuhan mempermudah bagi saya untuk berbuat perkara yang orang lain merasa sukar untuk berbuat sama.

6 tahun +Time To …

Memilih Antara Dua Syaitan

Membaca tulisan terbaru Raja Petra Kamarudin perihal keperluan untuk kita mengusir pemimpin syaitan, dan ulasan lanjut beliau tentang makna politik dari perspektifnya, dan kritikan beliau pada kefahaman politik yang naif, ternyata sama sekali kita tidak dapat menolak bahawa demikianlah sepatutnya politik dimainkan dalam kerangka pandangan sarwa sekular.

Bahawasanya, dalam kerangka sekular, tiada keperluan yang mendesak untuk meletakkan akhlak dalam pertimbangan kompas moral. Makanya, apabila meninjau begitu, tidak dapat tidak kita bersetuju bahawa pandangan demikian amatlah cocok dengan Machiavelli yang menuntut bahawa pencapaian politik tidak memerlukan pada batasan-batasan metodologi.

Menyebut Machiavelli, saya ada menulis sebelum ini bahawa sedikit sebanyak saya secara peribadi bersetuju dengan kenyataan popular “matlamat menghalalkan cara” dalam berpolitik atas dasar bahawa politik itu sendiri membawakan nuansa strategi, yang menjadikan perbincangan seputarnya adalah berdasarkan p…

Keldai Tua UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia – namanya gah, diulang sebut sebagai sebuah universiti yang bertaraf premier lantaran umurnya yang hampir menjangkau separuh abad sudah.

Jika dikira umur begini, sudah banyak pengalaman UKM lalui, termasuklah antaranya bagaimana untuk bersikap dengan permasalahan mahasiswanya dan kakitangannya sendiri.

Tulisan ini disiapkan beberapa bulan yang lepas, semasa UKM hangat dilanda isu ketiadaan air sehinggakan cerita mahasiswa hadir ke dewan kuliah dalam keadaan tidak mandi pagi menjadi tajuk utama beberapa portal berita negara.

Jadinya, nada tulisan ini agak beremosi dan saya mengambil keputusan untuk memerap sahaja tulisan ini dari diterbitkan.

Dan hari ini, saya merasakan tulisan ini perlu diterbitkan dan dikongsi dengan pembaca semuanya. Mengapa?

Seminggu lagi, kumpulan mahasiswa baharu Tahun Pertama untuk sesi 2015/2016 akan masuk mendaftar. Dulu, sebelum saya masuk mendaftar UKM, saya diberi peluang mendekati beberapa alumni UKM dan dari mereka saya men…

Kebodohan

“Mit der Dummheit kämpfen Götter selbst vergebens.”
― Friedrich Schiller, Die Jungfrau von Orleans
Seminggu dua ini, makin menjadi-jadi penyakit bodoh atau kebodohan dalam kalangan politikus gampang yang cuba menyorok aktiviti keji Perdana Menteri dan konco-konco 1MDB. Mereka ini rata-rata dari pihak UMNO.

Dan itu sebenarnya tidak pelik, cuma perangai kebodohan begini yang tiada penghujungnya membuatkan kita semua sesak dada.

Mereka nak cuba juga seboleh yang mungkin untuk menutup bangkai gajah dengan sehelai daun.

Gila gamaknya pemain-pemain politik yang keji begini. Mereka tidak barang sedikit merasa malu dengan kenyataan-kenyataan bodoh yang dikeluarkan, dengan harapan rakyat sekaliannya boleh menerima bulat-bulat setiap dakwaan mereka itu.

Dan paling kelakar, sesama mereka pun ada yang terbelit tergeliat.

Dan lagi parah, cubaan mereka kini untuk memesongkan perhatian khalayak dari mengarahkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri dengan mendakwa bahawa “derma” itu bertujuan untuk m…

Beberapa Pesanan Buat Mahasiswa Tahun Pertama

Kawan, pertama-tamanya, perlu sedar bahawa melangkah ke universiti bukan suatu bentuk keistimewaan atau menjanjikan sebarang privilege dalam kehidupan mendatang. Sedarlah bahawa, ianya hanya satu langkah dari ribuan langkah lagi yang kamu akan tempuhi dalam membina dan mencorakkan kehidupan kamu. Dan itu cuma langkah pertama kamu.

Kedua, perlu diingatkan bahawa, kamu kini berdiri selaku mahasiswa – bukan lagi seorang pelajar sekolah menengah. Ini bukan lagi masanya untuk kamu menjadi orang lain. Ini adalah masa untuk kamu menjadi diri kamu sendiri. Bahawa kamu bertanggungjawab untuk mempunyai keterampilan setaraf mahasiswa, baik dari sudut tingkah laku, disiplin, sikap dan prinsip.

Ketiga, tanya niat kamu – segala yang kamu usaha ini pada akhirnya untuk siapa. Aku sangat-sangat mencadangkan untuk kamu menghayati Puisi Pertemuan Mahasiswa yang dibacakan oleh W.S. Rendra kepada para mahasiswa tahun pertama Universitas Indonesia pada 1 Desember 1977. Hayatilah persoalan-persoalan puisi i…

A Disenchanted Privacy

Today I got an email that notified me about someone from an unrecognized location, try to login to my Facebook account. I just read away the email and decide to do nothing since I am not really active on Facebook for an at least past couple of months.

However, the email keeps dangling in my mind and make me asking a question: why someone tries to log into my Facebook?

After finishing up my work in the lab, I decide to log in to my Facebook account.

At first, it startled me after getting a notification about the account lockout. Facebook says someone tried to log in into my account and they lock it out for a while until I try to log it in again. To do so, Facebook is asking some security question to rectify me as a real owner.

After several stages of security questioning, I was able to log in again to my account. Facebook asks me to review the Activity Log, and I did so.

Guess what, it's actually proving that someone has been using my Facebook account to post some adverts into many…

Terus Berlari

Entah mengapa, makin kuat aku merasakan jalan yang sedang dipilih ini makin mampir menuju ke pengakhirannya. Perasaan ini makin kuat menekan, menyesakkan dada. Malah merimaskan!

Kata cerdik pandai, bahawa hidup ini tidak ubah seumpama pelayaran atau sebuah pengembaraan untuk menuju ke suatu destinasi. Tapi, tidak pernah mereka nyatakan apakah destinasi tersebut.

Jadi, pilihan yang tinggal adalah dua sahaja.

Pertama, jika mahu difikirkan soal destinasi, makanya itu akan langsung berkisar soal tujuan akhir pelayaran tersebut. Dan juga, secara tersiratnya ia memberitahu soal keselesaan atau ketetapan atau suatu keadaan yang memberi janji yang keadaan tidak lagi bergolak seperti berada dalam fasa pelayaran tadinya.

Kedua, pilihan yang tinggal adalah tidak memikirkan soal destinasi pelayaran terakhir. Boleh jadi setiap destinasi yang disinggahi dalam pelayaran itu tidak ubah seumpama pelabuhan sementara.

Jadinya, tiada lagi soalan-soalan perihal ke mana mahu dituju, atau apa kesudahan sega…

Golf dan Kemanusiaan

Setiap kali melalui jalan hadapan UKM, pastinya setiap pengguna jalan raya itu akan perasan pada deretan kereta yang memenuhi ruang parkir Pusat Golf UKM, tempat mereka yang berduit melakukan pukulan bola ke lapang sasar sepanjangan jalan utama itu menuju ke Stesen Komuter UKM. Biasanya semakin petang ke malam, pengunjungnya bertambah ramai.

Jika diperhatikan lagi, akan kelihatan juga di tengah-tengah padang sasar yang menghijau itu, kelihatan beberapa orang pekerja warga Bangladesh berpayung sambil mengutip bola-bola golf yang melayang dipukul oleh mereka-mereka yang berduit tadi. Malang sekali, alasan mengapa mereka berpayung bukanlah disebabkan hujan, tetapi untuk mengelak dihentam bola golf yang dipukul di hujung padang.

Panorama begini, berlakunya di sebuah padang golf milik sebuah universiti. Mengapa ditekankan universiti? Hakikat universiti itu lahir adalah menjadi pemula kepada lahirnya rasa kemanusiaan, rendah diri hasil perolehan hikmah dan kebijaksanaan, tempat berbuahnya s…

Mendepani Realiti

Perkara paling sukar, adalah untuk mendepani realiti sebenar atau hakikat sesuatu perkara. Mungkin ianya adalah tentang realiti politik, atau ekonomi, atau status sosial atau lain-lain. Adalah menjadi syarat kepada keberadaan sesuatu perkara, bermula dengan pengakuan terhadap realitinya yang tersendiri, bukan bersandaran pada hal-hal yang berbentuk ilusi.

Dalam konteks politik Malaysia, mana-mana parti yang tidak berani untuk menjengah dan mengakui realiti politik negara ini secara jujur dan berjiwa besar, maka ianya akan terus ketinggalan. Contoh terbaik, adalah PAS. Gagalnya parti Islam itu mengakui dan mendepani realiti politik di negara ini menyebabkan mereka lemas dalam denial syndrome.

Pada tahun 1963, James Baldwin menulis dalam bukunya yang berjudul The Fire Next Time, yang memuatkan surat-suratnya kepada anak saudaranya yang berusia 14 tahun berkenaan harapan, cabaran dan realiti negara Uncle Sam itu, “We are capable of bearing a great burden, once we discover that the burde…

Generalisasi Gampang

Generalisasi atau pukul rata adalah sejenis penyakit. Ianya bukan penyakit fizikal tubuh badan, tapi penyakit akal akibat ketidaktertiban dalam mentaati disiplin ilmu. Penyakit ini amat berbahaya, terutamanya buat mereka yang bergelut dalam jalur akademik. Padahnya, bukan sahaja pada perkembangan ilmu itu sendiri, bahkan membuahkan kerancuan fikiran khalayak.

Generalisasi dalam politik adalah biasa. Malah dalam kata lain, seolah-olah dibenarkan oleh adat. Apatah lagi dalam perbualan seharian masyarakat, tidak kira apa jenis kelas sosial mereka dimiliki, atau berapa tingkat banglo mereka, generalisasi tidak dinampakkan sebarang masalah. Baik mereka itu berpangkat Datuk, hatta mereka yang tak bergosok gigi sekalipun, ianya serupa.

Contoh paling mudah mentaliti pukul rata dalam politik ialah semua UMNO itu korup, atau semua PAS itu syurga. Generalisasi begini, kita boleh gelar sebagai generalisasi gampang. Atau lain-lain lagi yang sering kita dengari terutamanya yang tersangkut paut pada…

Perihal Buku dan Kemanusiaan

Kisah seorang posmen membantu impian seorang budak lelaki di Utah, Amerika memiliki buku untuk dibaca, sementelah si posmen yang bernama Ron Lynch telah bertemu dengan Mathew Flores yang sedang membaca keratan iklan-iklan lama ketika dia menghantar bungkusan ke apartmen Mathew, menjadi begitu viral.

Si Mathew meminta pada si posmen itu kalau-kalau dia masih punya keratan-keratan akhbar lama untuk dia baca. Terkesima dengan permintaan Mathew, posmen tersebut terus menulis sepotong permintaan umum kepada rakan-rakan Facebook untuk membantu Mathew mendapatkan buku-buku yang mampu memenuhkan impiannya untuk membaca.

Ron Lynch menulis pada 24 Julai di Facebook, sambil mengepilkan sekeping gambar Mathew:

“This is Matthew Flores. Today while delivering mail to his apartment complex, I saw him reading ads, and then he asked me if I had any extra mail he could read. He told me his wish is to have books to read. I told him the library had many, but he said they don’t have a car, and couldn’t aff…