Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Angkuh

Najib Razak adalah contoh terbaik untuk kategori politikus angkuh. Angkuhnya bertingkat-tingkat. Dalam pada dirinya begitu terhimpit kiri kanan atas bawah, dia masih lagi merasa bahawa dunia ini dia yang punya. Sebab itu tiadalah pelik dengan segala macam kenyataannya yang begitu angkuh kedengaran selepas peristiwa kudeta beberapa hari lepas.

Kamu boleh lagi mendendangkan rasa bangga dengan barisan kabinet baru itu, yang kata kamu akan lebih diyakini rakyat jelata. Siapa rakyat jelata yang begitu bengap, yang masih lagi boleh meletak barang setitik pun rasa yakin pada kepimpinan kamu lagi, wahai Najib Razak? Kamu bermimpi basah di siang bolong kah? Atau kamu sedang mabuk todi?

Najib Razak masih boleh menyanyikan status-status berbaur harapan dan janji-janji manis. Mahu dituju kepada siapa semua itu, atau sebenarnya mahu memberi mesej bahawa kamu tidak terkesan sedikit pun dengan segala amarah rakyat selama ini. Mungkin kamu lupa agaknya, tentang bagaimana hinanya apabila kamu jatuh te…

Mengapa Peduli Politik?

Sering kali kita mendengar luahan rasa kecewa, benci dan menyampah pada politik dan segala permainan sekitarnya, terutamanya oleh golongan belia sekarang. Politik Malaysia yang serba caca merba, siapa yang tidak rasa menyampah. Rasa begini adalah normal. Kalaulah saban hari media tidak putus menayangkan segala kebodohan orang politik, siapa tidak sakit jiwa.

Barisan Nasional memang pun sudah lama gila, kini Pakatan Rakyat pula menjadi gila meroyan. Rasa menyampah dan benci itu bertitik tolak apabila kita merasa mual pada setiap kali kata janji dan kepercayaan yang dipertaruhkan telah dikhianati di siang bolong. Malang sekali, rasa menyampah itu hanya terhenti setakat di status-status Facebook.

Tidak lebih dari itu. Hari ini dengan segala wayang politik – rombakan Kabinet Jemaan Menteri, pemecatan Timbalan Perdana Menteri, peletakan jawatan Peguam Negara (AG) secara mengejut, pelantikan 4 orang anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri dan pemilihan Ket…

Impian Muzik di Malaysia

Tahun pertama bergelar mahasiswa di UKM, saya tinggal sebilik dengan seorang rakan dari Kelantan yang terlibat aktif dalam sebuah band muzik. Daripada beliaulah, saya mengenal dunia muzik dengan lebih dekat.

Kalau sebelum ini cuma tahu genre muzik dan beberapa nama alatannya, tinggal sebilik dengannya membolehkan saya merasa petikan jari sendiri pada tali gitar miliknya.

Daripada dia juga, saya berkenalan dengan dunia muzik bawah tanah.

Perihal wujudnya band muzik bawah tanah, yang bergerak sendiri, dengan tiada campur tangan produksi besar, atau penerbit popular.

Mereka merancang acara-acara muzik antara mereka, mengadakan pertandingan-pertandingan yang tidak ditaja oleh mana-mana penaja korporat lainnya.

Berkenalan itu membawa maksud, saya belajar akan kewujudan mereka.

Saya maklum bahawa selain dari penyanyi-penyanyi yang kebiasaan muncul di kaca televisyen, rupanya masih ada lagi penyanyi-penyanyi lain yang tidak pernah memasuki mana-mana rancangan TV tetapi cukup berbakat malah …

Kunang Pesisir Morten

Tulisan Kak Raiha Bahaudin membuatkan saya melekat dengan buku ini sepanjangan hari raya ketiga, sehinggakan beberapa kali disiku abang kerana tidak betah untuk berenggang dengannya walaupun tika itu sibuk melawat rumah saudara ke sana ke mari. Saya fikir, orang lain melekat dengan telefon pintar mereka, maka biarkan aku melekat dengan buku serba cinta ini.

Mengapa disebutkan cinta?

“Apa di belakang kau tu, Adi?” Lim sudah tidak sabar.
Aku mengeluarkannya. Tabung ayam seramik itu walaupun hodoh amat telah menyimpan keringat lelahku berbulan-bulan. Simpanan upah menolong ibuku menjual kuih seharian. Dhiya dan Lim dalam terkejut melihat dengan menahan nafas terkedu. Tanpa fikir panjang, aku menghempaskan tabung daif ke lantai dan memuntahkan segala siling berkeping-keping termasuk duit kertas merah, hijau dan biru. Bukankah Tuhan itu Maha Penyayang?
Dan aku melihat mata Dhiya bening merembeskan air mata. Dalam esaknya itu Dhiya mengucapkannya dengan lurus dan luhur,
“Aku sayang kau, Adi!”
K…

Mengapa Gerakan Harapan Baru (GHB) Hanya Akan Tinggal Harapan Sahaja?

Balik dari raya di kampung seminggu, saya mendapat panggilan dari seorang rakan yang menjadi sekretariat penaja untuk pemuda Gerakan Harapan Baru (GHB). Kami bertemu, tentu sekali titik temu perbincangannya semua berkisar soal GHB. Parti baru itu dan ini, harapan baru sana dan harapan baru sini, progresif sana dan progresif sini.

Beliau bercerita lagi, perihal GHB dan kisah-kisah dalamannya, segala ranjau dan duri dalam menjayakan misi itu. Beliau berkongsi rasa dan perasaan sedihnya kerana melihat parti baru itu seperti sudah pun nazak sebelum berperang. Beliau lagi berkongsi, perihal orang-orang dalam GHB itu sendiri, sepertinya langsung tiada aspirasi dan harapan baru.

Saya mendengar sambil membetul-betulkan penapis skeptikal, sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak, bukan skeptikal pada rakan saya itu, tapi skeptikal pada GHB itu sendiri. Sudah lama pun saya merasa begitu, namun apabila mendengar sendiri “kisah” orang dalam, saya jadi semakin yakin. Walaupun begitu, optimis saya pada …

Salam Eid al-Fitr 1436H

Salam Eid al-Fitr (ʻĪd al-Fiṭr) buat semua pembaca!

Moga rahmat dan keampunan ALLAH senantiasa bersama kita. Moga keberkatan Ramadan mengiringi hidup kita sepanjang bulan-bulan mendatang.

Sambutlah Eid al-Fitr dengan sederhana, dengan selalu memperingatkan diri sendiri bahawa, Eid al-Fitr ini cuma untuk mereka yang berusaha. Moga kita tidak termasuk dalam golongan yang membazir dan melampau batas.

Cukuplah merasakan bahawa kegembiraan dan kesempatan untuk menyambut Eid al-Fitr ini adalah tidak lain tidak bukan hanya kerana rahmat ALLAH ke atas diri ini, bukanlah atas alasan merit Ramadan untuk mendapat hak bergembira pada hari ini.

Saya merendah diri akan hal ini, mengingatkan bahawa untuk bergembira sakan menyambut Syawal, sudah tentu diri ini masih belum layak. Untuk mendabik bahawa sudah memenangi ujian Ramadan, kedengarannya seolah-olah sangat menipu diri sendiri. Mereka yang tidak putus mengejar erti sebenar Ramadan dan mereka yang mampu membawa semangat Ramadan selepas 1 Syawal…

Setahun Berlalu

Melintasi pintu gerbang yang menjadi pemisah sempadan antara Terengganu dan Pahang di lebuh utama dua negeri Pantai Timur itu, setelah setahun berlalu untuk balik beraya di kampung, ternyata benar tidak banyak ketara berubah berbanding setahun yang lepas. Cuma kelihatan jalan-jalan antara Kuantan dan Kemaman semakin merah cerlung akibat ulang alik lori berat mengangkut bauksit.

Di pekan kecil Chukai pun sama. Masih begitu. Deretan kedai-kedainya, susun atur hiasan bandarnya. Kalaupun ada yang berubah, mungkinlah pada penambahan sedikit struktur binaan baru berupa jambatan pendek yang melintang terusan sempit berdepan dengan Surau Tuan Haji Abdul Rahman Limbong. Surau itu, kelihatan wajah fiziknya makin musnah. Entahlah.

Jauh sedikit keluar dari keserabutan pekan kecil itu menghala ke Kijal, ternyata setelah setahun akhirnya jambatan bertingkat-tingkat hasil idea Mat Said yang melintasi Sungai Cukai sudah siap, tersergam keras. Khabarnya, sudah berkali-kali kemalangan maut berlaku di a…

Interaksi Id, Ego dan Superego

Antara kekeliruan terbesar dalam memahami juzuk-juzuk perbincangan psikoanalisis yang dianjurkan oleh Freud adalah mengenai bagaimana Id, Ego dan Superego berinteraksi antara satu sama lain dan berhubungan sehinggakan mampu memandu setiap individu dalam membuat keputusan dan bertindak serta bagaimana untuk beremosi.

Dalam nota sebelum ini, ketika cuba untuk memahami ketiga-tiga entiti akal tersebut, saya ada menulis bahawa Id, Ego dan Superego terbentuk hasil daripada berlakunya penindasan atau proses menekan tabii-tabii (drives) manusia yang sejak dahulunya lagi telah pun wujud dan berevolusi dari satu peringkat ke peringkat lainnya.

Baca: Memahami Id, Ego dan Superego

Proses menindas (mengawal/menahan diri) atau disebut oleh Frued sebagai repression begitu berjaya, dan semua itu berlaku semenjak dari peringkat umur manusia masih lagi bayi sehinggalah mencecah umur dewasa. Proses sebegitu akhirnya membentuk keadaan ketidaksedaran (unconscious) setiap individu.

Adalah penting untuk di…

Faham Seks Menurut Freud

Dalam wacana psikoanalisis yang dimajukan oleh Sigmund Freud, perbincangan mengenai seks dan faham sekitarnya adalah begitu menonjol dan menjadi pemusatan kepada banyak cabang teori psikoanalisis yang lahir terkemudiannya. Malah, dengan faham seks yang dicarakan oleh Freud inilah jua menjadi penyebab kepada perkembangan lanjut psiko-seksual setiap manusia bermula usia kanak-kanak lagi.

Freud percaya bahawa kehidupan manusia itu selanjutnya terbina atas kapasiti mereka yang mahukan keseronokan dan kenikmatan yang tiada berkesudahan. Dan segala ini adalah akibat kesan libido, suatu bentuk tenaga asas yang diperlukan untuk memenuhkan keperluan biologi dan menangani cabaran dari alam, termasuklah untuk tujuan kemandirian spesiesnya.

Keinginan untuk terus mandiri, berasa selamat dan sihat, serta mampu menjalani kehidupan dengan baik itu dinamakan sebagai Eros. Makanya, tabii seks ini adalah sebahagian daripada Eros. Dengan Eros ini juga, wujudnya libido. Semua ini, akan bergerak ke arah s…