Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Kemaskini Bibliografi (Jun 2015)

Berikut merupakan senarai buku yang memasuki koleksi bibliografi sepanjang bulan Jun ini. Entah mengapa, kini nafsu membaca telah mengarah beralih kepada karya-karya berbahasa Melayu, dari penulis-penulis tempatan terutamanya siri karya Sasterawan Negara dan penulis-penulis karya klasik Melayu.

Namun begitu, antara perkara yang paling menggembirakan adalah apabila tuhan mempertemukan saya dengan buku Tragedi Nadra tulisan Haja Maideen, edisi pertama yang berbahasa Melayu. Kalau tidak silap, sudah hampir 2 tahun saya mencari buku ini di merata tempat, namun tidak ketemu jua.

Sehinggalah ada seorang hamba ALLAH ini sudi mempelawa buku ini yang dalam simpanannya kepada saya dengan sekian harga yang cukup berpatutan, jika dibandingkan dengan nilaiannya sekarang. Kalau di MPH, mereka cuma ada yang edisi Inggeris dan stoknya cukup terhad. Jika mahukan itu, perlu hubungi mereka secara direct.

Memang tidak dinafikan, bahawa bukanlah senang untuk mencari dan mendapatkan beberapa judul karya te…

Memahami Id, Ego dan Superego

Penulisan yang lepas, saya cuba memahami kerangka besar wacana psikoanalisis, dan dalam tulisan itu, dinyatakan bahawa punca pertama kepada keadaan ketidaksedaran (unconsious) yang berlaku pada diri manusia adalah yang disebut sebagai pre-reflective drives, yang saya majukan terjemahannya kepada tabii. Menurut Freud, tabii manusia paling utama adalah rangsangan seksual.

Makanya, apa yang saya fahami dari kupasan Fuad Rahmat, akibat dari proses manusia yang semakin berkembang dan pergerakan zaman, rangsangan seksual semakin cenderung dilihat sebagai suatu benda yang berbaur negatif, yang akhirnya perlu kepada mekanisme untuk menyekat dari tabii tersebut bermaharajalela. Justeru, timbulnya entiti baru yang disebut sebagai Ego.

Ego tidak berseorangan. Ianya wujud bersekali dengan entiti lainnya iaitu Id dan Superego. Baiklah, kali ini kita akan berbicara lebih menumpu pada ketiga-tiga entiti ini. Ego itu boleh dikatakan sebagai ‘I’ atau ‘Aku’, yang menjadi wakil kepada juzuk diri perseor…

Sejarah Natrah Yang Dilupakan

Semalam, ianya giliran saya menjadi pembentang bagi aktiviti mingguan +‘Tidak Selain Buku’ Book Café. Saya memilih untuk membentang buku tulisan Fatini Yaacob yang berkisar tentang gadis Belanda bernama Nadra atau popularnya dengan panggilan Natrah.

Tidak dinafikan, membaca tulisan Fatini Yaacob ini berkali-kali pun tidak pernah jua mendatangkan jemu.

Bahkan, setiap kali membacanya, pasti akan teresak bersendirian, walau sudah pun maklum akan jalan penceritaan dan pengakhiran kisah hidup Natrah dan Mansur itu bagaimana.

Tapi, itulah hakikat kisah Natrah ini, yang tidak jemu untuk mengundang air mata bertamu untuk sekian kalinya saban pembacaan. Moga Allah merahmati dan mengampuni roh Natrah dan Mansur di alam sana.

Di akhir pembentangan, timbul persoalan, perihal akan mengapa kisah dan sejarah ini tiada digembar-gemburkan sehingga ke generasi hari ini, tiada dokumentari yang adil dan lengkap, tiada tersikap segala butir sejarah dan permainan jahat penjajah dalam teks-teks sejarah yang…

Perihal Kemunduran Ekonomi Melayu

Kesimpulan akhir yang dikeluarkan hasil Sidang Meja Bulat Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada 17 Jun yang lepas, mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan masyarakat yang peduli. Kesimpulan-kesimpulan itu jelas menunjukkan Melayu terus menjadi kumpulan yang terpinggir dalam persaingan ekonomi dan kekayaan di Malaysia.

Reaksi khalayak, kita boleh buat jangkaan sendiri. Tipikal khalayak yang belum cukup akal yang kedapatan ramai di Facebook, mereka tidak segan silu menyalahkan Cina sebagai sebab utama kemunduran ekonomi Melayu. Mereka pergi lagi jauh dengan menyalahkan DAP, tidak ketinggalan juga mereka terus menerus menyalahkan kolonial penjajah.

Dalam keributan begini, amat suka untuk saya anjurkan kepada rakan-rakan 2 buah buku untuk bacaan ringan santai, untuk berikan kita sedikit faham tentang bagaimana kita bersikap pada isu yang tiada putus kesinambungannya saban tahun, iaitu: i) Dilema Melayu oleh Mahathir Mohamad, dan ii) The Colour of Inequality oleh Muhammed Abdul K…

Ramaḍān dan Peringatan Buat Jiwa

Ramaḍān datang untuk memberi peringatan semula kepada kita, pada hakikat perlunya kita mundur setapak, bermuhasabah sejenak, untuk kembali semula kepada peri makna-makna penting yang menjadi tiang-tiang pada hakikat kejadian kita selaku hamba kepada Al-Khāliq. Peri makna ini, untuk sedarkan kita pada siapa kita dimiliki.

Tentu sekali, dalam pada untuk melaksanakan proses muhasabah begini, tiada model lain, yang lebih baik berbanding untuk kita kembali menyelak kisah dan sirah Muhammad ﷺ. Pada bagaimana untuk kita kembali menjadi manusia yang bersifat manusiawi, yang adil dan yang saksama, yang kasih dan saling mengasihi, dan saling menjaga maruah dan harga diri sesama manusia yang lain.

Ajaran-ajaran mulia ini, hanya kedapatan pada Muhammad ﷺ selaku model yang paling ideal buat umat Islam seluruhnya. Ramaḍān tiba untuk kembali mengingatkan kita peri darihal ini, bahawasanya kita ini tiada lebih tiada kurang antara satu sama lain, yang cuma membezakan darjat antara kita hanya tertakluk…

Tentang Pakatan Rakyat dan Konsensus Politik Baru

Perangai aneh yang ditunjuki Pakatan Rakyat lewat setahun ini, adalah tanda-tanda besar betapa ianya sedang nazak menunggu ajal. Akhirnya, hari ini ajal itu tiba jua. Paling tidak terbubarnya Pakatan setelah sekian lama bermain tarik tali dan berpolemik yang tidak berkesudahan, boleh menyelamatkan banyak perkara terutamanya tenaga dari terus terperangkap bermain polemik.

Untuk sentimen ini, tentu sekali saya sangat bersetuju dengan nada dan keputusan tegas DAP. Jika mana-mana parti politik hanya gemarkan polemik yang tidak berkesudahan, dan akhirnya soal-soal yang lagi penting terperonyok sepi, tiada gunanya lagi mandat yang sudah kita berikan pada mereka untuk terus membawa suara-suara rakyat ke tempat yang sepatutnya.

Memang keputusan begini menjadikan kita merasa bingung, pada sebenarnya Malaysia dan politiknya ini mahu ke mana harusnya, dan bagaimana sepatutnya ianya berwajah untuk benar-benar menjadi sebuah kesepakatan atau muafakat politik yang ampuh demi menterjemah cita-cita p…

Memahami Kerangka Wacana Psikoanalisis

Ianya bermula dengan soalan yang paling asas, iaitu: bagaimana mungkin kamu mahu mempertikaikan akan hal yang kamu sendiri tidaklah sedari akan kewujudannya, sebagaimana kamu menyedari akan bergeraknya masa dari pagi ke senja, atau lain-lain perkara yang jelas, dan kemudiannya kamu mendakwa bahawa “perkara yang kamu tidak sedari” itu wujud bersama dalam kehidupan ini.

Dakwaan pada wujudnya “perkara yang kamu tidak sedari” itulah yang menjadi premis kepada perbincangan dan wacana psikoanalisis. Atau bahasa Freud, disebut unconscious. Mudah untuk difahami, perbahasan psikoanalisis adalah tentang unconscious atau hal-hal yang tidak disedari, yang berlaku dalam diri setiap individu, dan akhirnya unconscious itulah yang banyak mempengaruhi pysche seseorang itu.

Psyche ini menjadi dalang utama kepada pembentukan watak seseorang, cara dan wadah tindakan mereka, emosi dan hal yang bersangkutan dengan perasaan, juga pada kewarasan seseorang dalam sebarang keputusan yang diambil, impian dan cita…

Mengenali Sigmund Freud dan Perbahasan Sekitar Psikoanalisis

Minggu ini, bermulanya Sekolah Falsafah musim kedua, selepas bercuti beberapa bulan sehabisnya musim pertama tahun lepas. Seperti biasa, kami dibimbing oleh guru kami, Fuad Rahmat, moga rahmat tuhan ke atasnya. Jika tahun lepas, sekolah falsafah lebih kepada pengenalan kepada dunia falsafah bermula dari Socrates sehingga kepada Freud secara umum dan tidak berfokus. Nama pun pengenalan.

Untuk musim ini, kami berfokuskan pada perbahasan sekitar psikoanalisis dari sudut teori sosial. Ini akan dijelaskan secara lanjut nanti. Jadinya musim ini, kelas akan menjadi semakin berfokus dan sepanjang musim ini, hanya beberapa tokoh falsafah sahaja akan dibaca, bermula dari bapa psikoanalisis sendiri iaitu Sigmund Freud sehinggalah ke Jacques Lacan, Michel Foucault, Gilles Deleuze serta Félix Guattari.

Kata Fuad, musim ini kelas akan menerokai perbahasan psikoanalisis sebagai teori budaya atau teori sosial. Makna katanya, perbahasan ini akan bertumpu pada dua soalan besar iaitu; i) Apakah yang me…

Bermimpi Bersama Teater ‘Kota Kelip-Kelip’ TFTN

Rumah Seri Muda itu masih dian begitu. Saufi dan Azam, berdua mereka pada saat itu bercakap-cakap semelankolis, mengimbau kembali kehidupan dan kenangan yang sama sekali tidak dapat mereka lupakan, perihal bagaimana mereka ketika berada di rumah tersebut. Rumah itu bukan sembarangan rumah, kerana ianya penuh magis.

Magisnya rumah itu, kanak-kanak yang tinggal di sana kekal muda, tiada membesar dan mereka kekal menjadi kanak-kanak. Siapa yang tidak mahu menjadi atau melalui pengalaman magis begitu, kan? Rumah itu, tiada sebaran peraturan yang dikenakan, anak-anak bebas bermain siang dan malam. Ianya, pada semua yang pernah tinggal di sana, seumpama syurga.Jadinya, main-main mereka setiap hari adalah ‘drama’ yang skripnya ditentukan oleh Apai, sang ketua yang cukup dihormati dalam kalangan penghuni rumah tersebut berdasarkan fiksi yang bertebaran di rumah itu. Dan, sebagai ketua, tentulah Api seorang yang sangat dihormati, dan menjadi abang yang melindungi adik-adik di sana. Dia juga, c…

Kuali Mengata Belanga Hitam

Biarlah, sebelum kita menyokong atau menyebelahi Tun Mahathir dalam siri serangannya terhadap Najib Razak akan hal skandal 1MDB, sebagai rakyat yang sudah berdekad-dekad kena tipu atas bawah kiri dan kanan, belajar sesuatu terlebih dahulu, agar kita boleh bawa beringat bahawa, semua peristiwa yang berlaku hari ini, segala kebejatan yang terpamer kini, adalah angkara kerja kotor para politikus.

Justeru itu, untuk menyokong Mahathir dalam perjuangannya menentang Najib, dan menyatakan sokongan terhadapnya masa-masa akan datang, haruslah bermula pada langkah dengan kenal dulu siapa Mahathir. Generasi sekarang yang merasa takjub pada keberanian Mahathir melawan Najib, mungkin mereka ini tidak pernah membaca, atau malas untuk menyelak sejarah Mahathir itu sendiri.

Serangan Mahathir pada Najib, boleh disifatkan tidak ubah seumpama kuali mengata belanga hitam. Bezanya cuma, zaman ketika dia memerintah, Mark Zuckerberg masih belum ciptakan Facebook. Zaman dia dulu memerintah, segala maklumat u…

Travel and the Lesson of Respecting Local Traditions, Cultures and History

This is the quick response to some arrogance and selfish tourists and foreigners who mocking and laughing at Sabahan locals for condemnations of nudist acts by several Canadian tourists on the mountaintop of Mt. Kinabalu before the deadly and devastating earthquake struck on 5 June.

I will start with a question: Why we travel, or going to the foreign places, at the first place?

This is the very question that you need to ask yourself before deciding to embark a journey to the foreign land, to travel to other countries which are absolutely 180 degrees have different historical narratives, civilisation experiences, customs traditions and cultures compare to your homeland.

We travel, is meant we keen and willing to learn something new, be it languages, customs, cultures, traditions, beliefs, or anything that seems alien to our own worldview.

It means we never need to change what we currently believe, or holds, it just means we are willing to learn to respect, to accept the plurality and d…

Mahathir Mudah Lupa

“Saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun. Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” ujar Mahathir dengan nada yang cukup lunak, dalam sidang medianya sejurus beliau dihentikan dari meneruskan ucapan oleh PDRM semasa Dialog “Nothing To Hide” di PWTC.

Menarik betul drama 1MDB ini. Lagi menarik, drama ini telah pun melondehkan kemaluan dan cerita busuk dari kedua-dua pihak, baik Mahathir mahupun Najib.

Pertamanya, tentang Najib, khalayak kini semua maklum akan bagaimana cerita dia. Sekadar berani melaung atas pentas berdarah pahlawan tapi akhirnya terjun tingkap ketakutan, terkencing dalam seluar.

Lagi menarik, tentang Mahathir. Orang tua ini satu hal lagi, sering sangat mudah lupa. Padahal, dialah juga orang yang pertama mencipta frasa “Melayu Mudah Lupa”, nampaknya hari ini kata-katanya itu menjadi doa yang dimakbulkan tuhan pada dirinya sendiri.

Mahathir nampaknya lupa, atau nyanyuk pada kata-katanya sendiri.

Kita s…

Perihal Istana Syarqiyyah

Kisah istana besar dibina di Chendering, Kuala Terengganu itu bukanlah hal baru. Telah lama pun cerita itu sebenarnya. Tahun lepas, sambutan Aidilfitri khabarnya Sultan Mizan membuka istana itu kepada orang ramai untuk datang bersama memeriahkan majlis. Khabarnya lagi, memang indah pun istana itu, cuma tiada gambar yang tersiar di laman Internet masa itu.

Sebagai warganegara, yang turut membayar cukai, tentulah ada pertanyaannya apabila berita ini tersebar luas. Bayangkan, keluarga diraja Terengganu bukan tidak pernah memiliki istana, bahkan sudah berbuah-buah istana di sekitar Bandar Kuala Terengganu. Soalan pertama yang terpacul, untuk apa lagi dibina istana baharu?

Kalaupun kita berbangga kerana negeri kita itu punya istana yang tersergam indah, maha mewah, tetapi apa yang untung dengan sekadar bangga begitu, sedangkan kita tahu, betapa tersiatnya hati kita tatkala menerima khabar tentang kemewahan istana sedang pada masa yang sama, ribuan lagi yang berteduhkan atap zink berkarat y…