Monday, April 22, 2013

Menakluki Bumi Inggeris

Istilah takluk, mungkin telah melakukan ketidakadilan pada makna pengembaraan (travelling). Tidak lain, kerana 3 minggu di bumi Inggeris, kami sempat menjelajah 3 bandar besar mereka iaitu kota London, Norwich dan Manchester. Saya gemar bercerita kisah di balik gambar, dan saya lagi gemar membiarkan gambar yang berbicara sendiri.

Di London, kami menyewa rumah teres 2 tingkat di Abbey Road. Kami pergi melawat stadium, menikmati apam balik percuma di Brick Lane, bermain hujan di London Bridge, sesat di King’s Cross Station, tidur terlentang di St James’s Park dan sesat sekali lagi di tengah kesejukan malam, di tepi pesisir Sungai Thames, dengan kaki cuma beralaskan selipar jepun.

Royal Albert Hall no longer has royal sense.

Exhausted.

April 14, 2013 | Brick Lane, London

If you can spot me.

Muzium di sana, FREE!

Free admission. BLAWG!

Bukan itu sahaja, siap berdemo bersama penyokong Parti Labour dan kumpulan Sosialis di London yang sedang menyambut keraian sempena kemangkatan Margaret Thatcher. Rejoice!

With crowd of peoples celebrating Thatcher’s death.

Di Norwich, mendapat jemputan Lotus Car untuk ke kilang mereka, belajar teknologi hand-made yang dimiliki sepenuhnya oleh mereka dan di sana juga, berjalan kaki sejauh hampir 10 kilometer untuk ke kilang Lotus dari Mulbarton Common. Gila, rasanya tak pernah mereka yang ke sana berbuat hal yang sama. Teringat terus kisah mengelilingi Tasik Kawaguchi di kaki Gunung Fuji!

In the middle of nowhere.

Dan, akhirnya, ke bumi Manchester. Melawat Old Trafford dengan harapan menggunung boleh menyertai "tour" namun bila melihat harga tiketnya, cukuplah sekadar bermalas-malasan di kedai butik Manchester United menumpang haba pemanas badannya.

As I remember, this place always in my wishlist since I was 8.

Di bumi Inggeris selama 3 minggu mengajar bermacam perkara. Jika ditanya mahu ke sana lagi pada masa hadapan, tentulah jawapannya YA! Saya merasakan kekurangan pengembaraan di sana adalah, teman yang mengiring bersama terlalu ramai sehinggakan berlakunya pelbagai permasalahan yang tetek banget sehingga kadang-kala merencat mood perjalanan.

Carpe diem!