Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Menalar Makna Kemanusiaan

Seminggu ini, hari-hari ‘terpaksa’ membaca berita perihal kemungkinan ribuan pekerja Malaysia Airlines (MAS) akan dibuang kerja, ekoran proses penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu. Kemungkinan itu sebenarnya memang akan terjadi pun, bahkan itulah yang ditekankan oleh CEO barunya, Christoph Mueller dalam kenyataan rasminya.

Itu cerita MAS. Di lain padang dunia korporat, kita membaca cerita sedih mengenai JARING. Sebut nama itu, tentu semua kenal akan JARING. Akhir bulan lepas, JARING telah diisytiharkan muflis. Sejak itu, saya kerap kali membaca catatan-catatan sayu oleh En. Mohamed Awang Lah, orang yang bertanggungjawab membina JARING (1992) dengan nama asalnya RangKoM (1986).

Nada catatan beliau, sayu dan penuh melankolik. Apa tidaknya, syarikat yang beliau asaskan sehingga menjadi pioneer kepada pembangunan Internet di Malaysia kini sudah tinggal sejarah. Ikutilah cerita-cerita beliau di Facebook, banyak sungguh cacat-celanya apabila penyangak dilantik memegang pos…

Kemaskini Bibliografi (Mei 2015)

Berikut adalah senarai buku yang dibeli sepanjang bulan Mei ini, lebih kurang 10 judul. Tentang harga keseluruhan, rasanya itu bukanlah persoalan utama kerana nilaian ilmu yang terdapat dalam karya-karya hebat ini adalah tidak ternilai sama sekali.

Paling gembira, adalah apabila berjaya juga akhirnya menambah karya awal At-Attas ke dalam koleksi bibliografi peribadi iaitu Comments on The Re-Examination of Al-Raniri's Hujjatul-Siddiq: A Refutation dan juga berjaya memiliki Kamus Dewan cetakan pertama tahun 1970.

Insha'Allāh, saya akan terus mengekalkan segmen Bibliografi ini, dengan mengemaskini koleksi buku setiap bulan yang berjaya dimiliki, sebagai langkah pertama ke arah membina perpustakaan awam mini sendiri. Saya bercadang juga untuk memaparkan buku-buku di Goodreads, tapi kelihatan idea itu tidak begitu menarik buat masa sekarang.

Juga semua judul yang saya miliki sebelum ini, akan saya senaraikan kemaskininya dari masa ke semasa. Apa pun, moga-moga dengan penyenaraian i…

Sukan dan Tuhan

Seminggu ini, kolej saya di UKM hingar bingar dengan hilai tawa dan keletah adik-adik sekolah rendah yang datang menginap, atas kapasiti menyertai Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan (Perisai Tun Ahmad Sarji) yang berlangsung di UKM Oval. Hebat-hebat mereka semua, meski umurnya sebegitu hijau, dengan kelayakan bermain dalam kejohanan berprestij begini, tentulah bakat mereka bukan calang-calang.

Saya tidaklah bermaksud untuk mengomel perihal kejohanan mereka sertai itu, tambahnya pula saya bukanlah peminat sukan kriket pun. Cuma sedikit luahan, mungkin perkongsian, atas rasa prihatin dan simpati – mungkin, apabila saya melihat dari jauh bagaimana adik-adik ini diurus tadbir oleh pengurus pasukan mereka masing-masing ketika di kolej kediaman.

Konteksnya, setakat yang saya perhatikan, ada banyak pasukan yang menginap di sana. Mereka datang dari pelbagai sekolah, yang saya sempat berbual pendek, ada yang datang dari Perak. Sayangnya, sebanyak itu pasukan yang datang menginap, saya n…

Merawat Pedofilia Dengan Cinta

Tentang konflik pedofilia (pedophilia) dan polemik ketakutan yang timbul akibat kes Nur Fitri Azmeer, saya lebih gemar memfokuskan perbincangan pada konteks remaja yang mengalami atau berdepan dengan konflik tersebut, berbanding membahaskan cara-cara untuk mengawal pergerakan anak-anak kecil agar mereka tidak menjadi mangsa cabul.

Saya lama berpendirian, untuk merawat konflik ini, tiada cara lain kecuali dengan cinta. Mencintai remaja pedofilia, adalah jalan untuk merawatnya.

Menangani masalah pencabulan seksual terhadap kanak-kanak bukan bermula pada visi untuk menghalang berlakunya kes pencabulan terhadap anak kecil kita sendiri, tetapi harus bermula dengan visi pada bagaimana untuk menghalang dari lahirnya golongan pencabul.

Alasan paling munasabah, sesiapa pun boleh menjadi pencabul.

Boleh jadi anak kita sendiri menjadi pencabul, atau saudara mara terdekat, atau kawan-kawan yang rapit. Adalah wajib untuk kita fahami, sebelum jauh menerawang dalam isu ini adalah, mempunyai naluri…

Berapa Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Setiap hari kita gigih menatal halaman Facebook atau mana-mana laman sosial yang kita punya. Setiap hari juga bermacam cerita dan berita akan kita tatap, baca dan kadang kala banyak membuatkan kita mengeluh kebimbangan.

Kita sering kali bimbang jika terbaca berita-berita yang menggugat keselesaan yang kita punya sekarang, contoh mudah, berita kenaikan harga barangan.

Kita akan mengamuk. Kita akan mengkritik. Kita akan mencari jalan untuk meletakkan kesalahan itu dan ini pada mana-mana pundak. Kita senang begitu, kerana kita in manusia yang serba lemah.

Tapi, jika kita fikirkan dalam-dalam, berhenti sejenak, merenung seketika, kita akan dapati acap kali amarah kita itu kerana perkara-perkara yang tidak enak itu berlaku pada diri kita.

Kita jarang merasa marah jika hal-hal yang terjadi, pahit maung dan pedih berita yang terpampang itu tidak ada sangkut pautnya dengan kita dan keluarga kita. Kalau ada pun, kita cuma cukup dengan bersimpati. Cukup hanya dengan mendengus perlahan.

Kita tia…

45 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia

4 tahun menuntut ilmu di perbukitan ilmu UKM, apabila ditanya seseorang apakah perkara yang paling tidak digemari, dijawab rata-rata oleh para graduan adalah, menulis tesis dalam Bahasa Melayu.

4 tahun di universiti yang ditubuhkan pada aspirasi untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa keilmuan, graduannya boleh memberi jawapan sebegitu.

Di mana silapnya Universiti Kebangsaan Malaysia?

Silapnya itu, di pundak mahasiswa ataupun di pundak pengaturcaraan universiti sendiri?

Untuk berlaku adil, kita memberi telahan, salahnya itu pada sesiapa sahaja yang berhajat kepada universiti ini, tetapi enggan untuk belajar memahami aspirasi UKM. Pada akhirnya, universiti mendapat tempeleng kegagalan melahirkan insan yang modalnya ‘kebangsaan’.

Hari ini, 45 tahun yang lalu, universiti kebangsaan ini berjaya ditubuhkan secara rasminya, setelah mendapat tentangan ramai pihak yang masih terjajah minda mereka dari perihal memikirkan kemandirian bahasa dan bangsa dengan usaha penubuhan universiti…

Bagaimana Menjadi Machiavelli

Kita sering dimomokkan, atau disuap, bahawa falsafah politik yang diasaskan oleh Niccolò Machiavelli, dalam frasa yang cukup popular iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’, adalah bersalahan dengan ajaran Islam. Bahawa tuhan tidak melihat akan hasil, atau matlamat, tetapi melihat pada cara yang bagaimana kita berbuat untuk mencapai sesuatu.

Rasanya bukan sedikit manusia umumnya yang berbicara tentang ‘cara’ itu. Oleh kerana falsafah ini cocok pada politikus dan segala macam dunia politik, maka dampak tempias banyaknya terkena pada orang-orang politik. Tidak ramai yang membincangkan Machiavelli dari sudut kekeluargaan, sebagai contoh. Biasanya, hal-hal ekonomi, politik, nilai dan moral, dan isu-isu sosial lainnya.

Mari kita bersoal, tentang ‘cara’. Manusia lambaknya tahu atau boleh mengklasifikasikan sesuatu cara atau perbuatan itu baik atau jahat, dengan berpandukan kebiasaan tanggapan umum masyarakat setempat. Sebagai contoh, mencuri, rata-rata tahu perkara tersebut adalah perbuatan jaha…

Projek Perpustakaan Awam Mini

Kawan saya bertanyakan jumlah buku yang saya miliki, saya tidak pasti berapa. Cuma, saya yakin ianya sudah melebihi 500 buah buku, yang semuanya bertimbunan di dalam bilik kecil di kolej kediaman UKM. Sebenarnya, soalan itu membuatkan saya terfikir untuk memulakan sebuah projek – atau nama lainnya, segmen artikel – dalam blog kecil ini dengan memfokuskan pada buku dan kemaskini senarai buku bulanan.

Saya membaca blog The Personal Libraries Library yang diusahakan oleh Abra Ancliffe, di mana beliau membina sebuah perpustakaan awam mini, di rumahnya yang bertujuan menjadi sebuah komuniti perpustakaan yang bukan sekadar berfokus pada buku, tetapi pembacanya juga. Dengan kata lain, beliau mewujudkan perpustakaan dan orang ramai boleh meminjam serta membaca koleksi-koleksi bukunya serta membentuk komuniti aktif dalam kalangan pembaca.

Lagi menariknya adalah, beliau mengusahakan in-house publishing venture yang turut mengguna pakai nama yang sama, yang berfungsi untuk mencetak segala kertas…

Rohingya dan Kemanusiaan Yang Mati

Mengapa begitu renyah sikap kita pada Rohingya? Mengapa begitu sukar untuk kita membantu mereka, menempatkan mereka di sini, memberi perlindungan pada anak-anak kecil dan wanita mereka? Mengapa begitu sukar untuk kita menerima mereka, menjadi sebahagian dari kita? Mengapa? Mereka bukan manusia-kah? Hina sangat-kah mereka?

Mereka yang punya kuasa di tanah air ini, yang boleh memberi kebenaran untuk membenarkan bot-bot itu mendarat, dan boleh membuka perairan supaya mereka selamat tiba dan duduk menetap di sini sehinggalah isu di tanah air negara selesai, memberi kebenaran untuk anak-anak Rohingya mendapat pendidikan di kelas-kelas sekolah yang kita punya – mereka ini di mana sekarang?

Apa lagi yang tinggal pada kita, makhluk yang bernama manusia kalau isu sebegini remeh pun kita tak boleh nak menyelesaikannya dengan cara yang senang dan memudahkan? Apa lagi sisa kemanusiaan yang tinggal pada kita, sebuah negara yang menjadi Pengerusi ASEAN, dan nama kita siap tersenarai dalam keanggota…

Bagaimana Saya Membayangkan Universiti

Saya membayangkan, keseluruhan Wilayah Persekutuan Putrajaya itu ditukar milik menjadi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bermula dari Masjid Putra ditukar menjadi Masjid Universiti, dan kemudiannya Kompleks Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri itu bertukar menjadi Canselori UKM. Seluruh pejabat pentadbiran utama universiti berada dalam kawasan bangunan itu.

Jauh di hujung jalan lurus menghadap Kompleks Perdana Putra, iaitu Putrajaya International Convention Centre (PICC), pula ditukar menjadi Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Makanya, selepas ini segala majlis keraian graduan dan konvokesyen akan diadakan di sana.

Seluruh bangunan kementerian dan pejabat kerajaan di Presint 1 sehingga Presint 5 ditukar menjadi fakulti-fakulti dan makmal-makmal penyelidikan utama.

Mengelilingi bulatan besar Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, kita akan bertemu dengan Putrajaya Shangri-La dan Istana Melawati.

Bangunan hotel itu akan bertukar menjadi Puri Pujangga …

Membacalah dan Menulislah

Max meminta Liesel menulis dan menulis dalam diari kosong pemberiannya. Pada malam Heaven Street dibom dengan mengejut, Liesel menamatkan tulisannya. Segala memorinya terhadam di atas helaian demi helaian dalam diari kosong itu. Bermula kisahnya di stesen kereta api, dalam perjalanan ke rumah keluarga barunya.

Bersambung dengan memori sedih kematian adiknya. Bertemu dengan keluarga angkat – Papa dan Mama. Bertemu dengan budak lelaki berambut kuning lemon, Rudy. Bertumbuk dengan Franz, si kaki buli. Bertemu Max, lelaki Yahudi tampan. Mencuri (meminjam) buku milik Bürgermeister. Berpisah dengan Max. Semua itu menjadikan Liesel manusia.

“Mengapa kita buat semua ini?”

“Kerana kita manusia, Papa. Manusia akan berbuat begitu.”

Liesel menulis semuanya. Kata Max, yang membezakan manusia dan lumut di batuan adalah perkataan-perkataan yang disusun menjadi ayat. Lantas, ayat membentuk penceritaan. Manusia menjadi manusia, kerana mereka ada cerita, ada perkataan, ada kisah dan ada memori. Liesel…

Wabak Penginggerisan (Englishization) Bahasa Melayu Yang Menyakitkan

“Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa di Malaysia, sebuah negara yang mempunyai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, selain mempunyai puluhan bahasa penduduk asal yang lain seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil ataupun Bahasa Iban – terlalu gilakan Bahasa Inggeris?”  - Zul Fikri Zamir (Daripada Belanjawan Ke Bajet: Upacara Anglisasi Bahasa Untuk Mewujudkan Melayu Borjuis Baharu, Masharakat Melawan Mahasiswa)
Zul Fikri bertanya, menegur tentang berleluasanya proses penginggerisan, dengan mengimport terma-terma Inggeris dan dimelayukan secara membabi buta.

Dalam tulisan itu, beliau mengambil contoh terma “Budget” dimelayukan menjadi “Bajet” sedangkan kita punya terma tersendiri yang lagi indah dalam korpus perbendaharaan bahasa kita iaitu “Belanjawan”.

Soal beliau, mengapa ini terjadi?

Dalam tulisan itu juga, beliau mengungkapkan bagaimana bahasa Inggeris menjadi bahasa penjajahan, yang bukan lagi berbentuk penjajahan fizikal, akan tetapi penjajahan budaya dan sejarah suatu bangsa itu …

Alahai Mahathir!

Tentu sekali saya antara ramai yang tersenyum dengan gelagat Mahathir akhir-akhir ini. Paling tidak, serangan dan kritikan berterusan beliau terhadap Najib Razak dan kepimpinannya – yang hakikatnya merupakan anak didik beliau sendiri – boleh menjadi galang ganti kepada kemandulan Pakatan Rakyat pada waktu sekarang.

Saya tidaklah bermasalah sangat untuk bekas Perdana Menteri bising-bising pada cara dan corak pemerintahan penggantinya. Walaupun, kadang kala terfikir juga, mengapa ada juga pemimpin yang sudah pun bersara, masih mahu lagi menyibuk dengan kepimpinan sekarang. Jika sekadar nasihat serba sedikit, tidaklah bermasalah. Tapi, kalau sehingga sudah mencampuri urusan pentadbiran, itu sudah melampau.

Mahathir, kata beliau, sudah pun puas menasihati Najib secara berlembut. Katanya lagi, Najib degil. Maka, beliau menggunakan cara media dan berterus terang. Maka, rakyat boleh menilai. Perkara yang boleh kita belajar dari sini adalah, Mahathir masih belum hilang bisanya sebagai politik…

Bukan Babi Sahaja Haram

Di Malaysia, bukan babi sahaja haram. Buku pun haram. Membaca pun, lagi haram. Di Malaysia, untuk menjadi bijak dan pandai, kena sembunyi-sembunyi. Jika tidak, akan digelar macam-macam, dituduh begitu dan begini. Suaranya disekat. Tulisannya diharamkan.

Buku ini, kalau kita pandang sebagai musuh, kita ini tidak ubah seperti binatang berkaki empat. Bezanya, yang membuatkan kita lagi bodoh dan diketawakan penghuni langit, adalah kita binatang yang diberi otak untuk berakal.

Tapi, sayangnya, otak itu tinggal sekadar otak. Otak yang lempung. Otak begini, mudah merasa takut pada idea dan buku-buku. Otak begini, layaknya dilobotomikan terus sahaja, supaya tidak membiak spesies begitu lagi.

Untuk menulis buku, bukan kerja senang. Bukan kerja sejam dua. Bukan kerja boleh buat sambil sembang di kedai kopi. Untuk haramkan buku, senang sekali, cuma perlukan arahan seseorang yang berotak lempung dan buta sejarah. Mereka ini akan meneruskan projek pembodohan bangsa.

Mereka ini – sang yang punya k…