Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Melankolik KLIA

“Pernah, masa kami dalam perjalanan ke KLIA, kereta yang kami naiki kehabisan minyak di tengah-tengah jalan Banting,” aku bercerita kepada Saufi, dalam kereta menuju ke KLIA, “bayangkan, flight jam 11 dan masa tu kebetulan kami bertolak dari Putrajaya selepas Isyak...”

“Habis minyak?” soal Saufi, mencelah.“Gila. Dah la jalan Banting...”

“Jap, tunggu aku habis cerita dulu,” sampuk aku tergelak. Cerita itu bukan biasa-biasa. “Yup, di tengah-tengah Jalan Banting yang gelap gelita, tidak berlampu dan langsung tiada rumah manusia! Kau bayangkanlah, macam mana harunya kami masa tu...”

“Habis, sempat tak?” Saufi bertanya lagi. Tak sabar betul budak ni, getus hati kecilku. Baik ini cumalah selingan. Kereta kami bergerak perlahan menelusur jalan belakang UKM yang bengkang bengkok, menuju pekan Bangi Lama.

“Tapi tu la, manusia ini baik.” Aku terdiam seketika mengimbau kenangan itu. Saufi merenung aku, mahu bertanya agaknya. “Masa tu kau nak ke mana?”

“Oh, aku nak ke Istanbul. Khoiri dan Syazwan…

Mencari Irfan

Kelas maqasid syariah (maqasid al shari’ah) bersama Ustaz Wanji minggu lepas sangat menarik. Sebenarnya, itu sudah masuk siri kedua kuliah beliau seputar perbahasan maqasid syariah, yang diaturkan sepenuhnya untuk kumpulan +‘Tidak Selain Buku’ Book Café. Seperti biasa, Ustaz Wanji tidak mengecewakan.

Terdapat 2 perkara yang menarik perhatian saya pada kuliah kali ini, yang semuanya membuka suatu lembaran baru dalam dimensi saya berfikir dan melihat sesuatu. Pertama Ustaz Wanji memperjelaskan mengapa perlunya umat Islam belajar keempat-empat Imam mazhab utama iaitu Hanafi, Maliki, Shafi'i dan Hanbali, juga termasuk Zahiri. Dalam Syiah, kita tahu adanya mazhab Ja'fari dan Zaidi, dalam mengharungi dunia keintelektualan dan pemikiran Islam.

Imam-imam mazhab berbeza dalam soal fikah, soal menanggapi teks (nas) al-Quran dan hadis untuk menentukan hukum berkaitan ibadah dan syariat seluruhnya. Gambaran besarnya, adalah bagaimana mereka berbeza dari sudut metodologi, kajian hukum, c…

Memperingati 5 Tahun Pemergian Aminulrasyid Amzah

Hari ini, 26 April genap 5 tahun pemergian Aminulrasyid Amzah. Moga roh beliau aman dan tenang di sana. 5 tahun sesudah pemergian arwah, kes ini masih belum mendapat keadilan yang sewajarnya. Malah tidak mustahil jika rakyat Malaysia yang menangisi pemergian arwah dan mencela kekejaman polis pun sudah makin melupai kes ini.

Mengapa terus menyebut perihal yang sedih dan sayu begini? Saya memulakan peringatan ini dengan memikirkan soalan bernada begini. Tidak lain, supaya kita kekal ingat, bahawa pemergian Aminulrasyid tidaklah sia-sia, berlalu sepi dari kotak ingatan kita pada kezaliman yang tidak pernah padam. Malah, semakin hari semakin membuak.

Peringatan ini, adalah simbolik kepada banyak kezaliman lain yang berlaku di tanah air ini. Atas nama POLIS, atas nama menegakkan undang-undang, mereka terbabas dari landasan keadilan dan kasih sayang. Semakin hari, POLIS semakin rancak angkuhnya, semakin tidak manusiawi. Mereka menjadi alat, menjadi peralatan pada arjuna pemerintah. Ini kit…

Testimoni Orang Ngomong Anjing Gong Gong

Pertama, buku ini habis dibaca dalam masa 15 minit. Ini serius. Singgah melepak di Dubook HQ sebelah PKNS Bangi, dan buku ini habis dibaca sebelum sempat dibeli lagi. Jadi, terus tak terbeli. Buat apa nak beli lagi kalau dah habis baca. Tapi, bila keluar kedai, terasa berdosa pula pada Mut. Seolah-olah makan tapi tak bayar.

Jadi, selepas Zohor bergerak ke PWTC, bercadang kalau jumpa Mut nak minta halalkan aku baca buku dia tapi tak beli langsung. Dah pun jumpa Mut, siap bersembang barang satu dua patah dan membeli beberapa judul dari Dubook, tapi bila tengok dia tengah melepak dengan Cikgu Zul, terlupa terus nak minta halalkan perkara tadi. Ceritanya, pasal kalut nak minta autograf Cikgu Zul, terlupa pada Mut.

Minta maaf, bang!

Kedua, buku ini ringkas. Sebelum itu, lupa nak bagi tahu, bukan buku Mut sahaja habis dibaca semasa melepak di HQ mereka, malah buku Yak Bok Te! pun menerima nasib yang sama. Habis dibaca masa itu juga. Untung melepak di kedai buku, boleh baca percuma, selesa a…

Tentang Cinta

Seingat saya, kali terakhir orang bertanya saya tentang cinta secara serius, ketika saya di Istanbul 2 tahun yang lepas. Ketika itu, saya terpinga-pinga dan soalan itu, yang sebenarnya tidak pernah terlintas dalam kepala saya pun, membuatkan saya terfikir banyak kali – jujurnya.

“Oh, ada girlfriend?” tanya kawan saya – perempuan.

“Nah. Tak pernah,” sambil saya cuba imbau kenangan-kenangan dulu, “crush tu pernah, tapi girlfriend, nope.”

“Kenapa?” dia bertanya lagi, mungkin kepelikan.

Saya membiarkan soalan itu berlalu, dengan menggeleng kepala dan memandang kosong ke depan. Tiada jawapan, tentang mengapa. Agaknya saya fikir soalan begitu sangat remeh untuk ditanya dan difikirkan. Dan, nuansa soalan itu menuju khas pada cinta sesama manusia. Tidak lebih dari itu.

Numero uno, ianya tentang ego. Saya punya ego tertentu dalam membicarakan topik ini dan seangkatannya. Ianya peribadi, dan jika saya berusaha untuk memikirkan juga, maka ketika itu jiwa saya sedang dalam keadaan yang sangat nadi…

Adakah Islam Akan Bangkit Semula?

Maaf, ini bukanlah kepakaran saya lantaran saya tidak pernah belajar secara formal dalam ilmu persejarahan dan ketamadunan Islam. Tetapi sedikit ulasan yang akan ditulis adalah sebagai refleksi kepada bedah buku semalam bersama kumpulan +‘Tidak Selain Buku’ Book Café, tentang buku “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam”. Seperti biasa, setiap Isnin malam, beginilah kami.

Buku tersebut merupakan alih bahasa daripada karya asal berjudul Maza Khasiral Alam be Inhitat al-Muslimeen tulisan Syeikh Abul Hasan Ali Hasani Nadwi, seorang ulama India yang tersohor. Buku yang hebat, pada hemat saya, setaraf dengan penulisnya juga yang memang hebat. Jika mahu mencari transliterasi English, boleh mencari judulnya “Islam and the World: The Rise and Decline of Muslims and Its Effect on Mankind”.

Untuk ulasan lanjut mengenai perbincangan semalam, saya tidaklah bernafsu ke arah itu kerana sang pembentangnya akan menulis barang satu dua ayat ulasan buku tersebut dan akan disiarkan dalam Goodreads

Perihal Masyarakat Yang Gemarkan Hal Bersifat Runcitan

Dalam buku “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu”, Al-Attas ada menyebut tentang perkara ini. Tetapi, beliau mengarahkan maksudnya pada bagaimana kita melihat sejarah dan keperluan untuk kita tidak menyamakan hal-hal runcitan sebagai catatan sejarah. Runcitan yang dimaksudkan, adalah perkara yang remeh-temeh, tetek banget, kontang makna dan hakikat.

Tidak dinafikan, perkara ini telah lama menjadi tumpuan dalam pemerhatian saya terhadap gelagat masyarakat di negara ini, tentang bagaimana mereka menanggapi isu, bersikap dalam hal kritikal dan keutamaan dalam perkara yang “really matters”.

Dalam perjalanan pulang dari UTM Kampus KL usai Saturday Night Lecture 2015, saya berbual dengan seorang sahabat tentang masalah yang sama, tentang bagaimana masyarakat Malaysia terdidik untuk menyukai perkara-perkara runcitan, yang remeh temeh, yang ringan-ringan kononnya, yang ada unsur lawak dan ketawa.

Kita boleh saksikan sendiri, bagaimana sambutan masyarakat pada hal-hal yang begini, lihat …

Masalah Sebenar Negara Malaysia

Kita bukanlah bermasalah sangat dengan politik yang membodohkan. Kita juga tidaklah bermasalah sangat dengan Ahmad Maslan. Atau, bermasalah dengan baju Melayu hipster. Juga, kita sebenarnya tidaklah bermasalah soal sistem pengangkutan awam. Atau, masalah media kita seumpama monyet. Semua ini, bukan akar masalah yang sebenar.

Masalah yang sebenar, yang dihidapi oleh kita adalah, masalah penyakit merosakkan sistem pendidikan negara termasuklah penyelidikan universiti, pembangunan sekolah rendah dan menengah, silibus pengajaran dan pembelajaran, juga termasuk pembangunan masyarakat melalui pemerkayaan ilmu pengetahuan dan intelektualisme.

Dalam bab memusnahkan ilmu pengetahuan, institusi pendidikan dan perpustakaan awam, kita adalah juara. Sedekad yang lepas, kita telah memusnahkan ISTAC, atau nama penuhnya The International Institute of Islamic Thought and Civilisation. Kita musnahkan sebuah pusat ilmu yang di situ menjadi pundak kepada harapan untuk melahirkan semula legasi pemikiran …

Perihal Manusia Mahu Menjadi Tuhan

Isnin lepas, giliran saya menjadi pembentang untuk aktiviti perkumpulan kami di UKM. Ya, saban minggu kami bertemu dan berdiskusi tentang buku. Kami bergerak secara tertutup, cuma sesekali menjemput pembentang luar. Jika pernah terserempak dengan status Facebook dari akaun yang bernama +‘Tidak Selain Buku’ Book Café, itulah kami.

Dijadikan cerita, kami memilih untuk lari sebentar dari buku. Kami memilih untuk membentangkan dan membahaskan sebuah video pendek, syarahan tentang konsep manusia sekarang sudah pun bertukar menjadi Tuhan. Saya si tukang bentangnya. Tajuk video itu, We Are The GODs Now, kalau sampai ke telinga JAKIM, mahunya kami kena tangkap mungkin.

Tidaklah dinafikan, tajuk video itu sendiri sudah boleh mengundang ribuan tanggapan negatif. Cuma, saya beriman bahawa sebagai orang Islam, yang punya sumber primer yakni al-Quran, mengapa perlu gentar atau bimbang untuk mendepani persoalan begitu, sedangkan kita boleh menghujahkannya dengan rasional dan ilmiah.

Video tersebut …

Perihal Seni dan Sejarah

Sepagi ini, saya berborak dengan seorang pelukis sepenuh masa. Kami berborak tentang seni dan buku. Nampaknya, benarlah kata Noam Chomsky bahawa pascamodenisme ini banyak meruntuhkan, berbanding membina. Dalam seni itu sendiri, buta pada sejarah menyebabkan penggiat seni zaman pasca-moden mengambil aliran seni abstrak secara membabi buta, buta sejarah dan buta seni.

Jadinya, seni menjadi seolah-olah perbincangan eksklusif orang-orang seni, bahawa seni hanya orang seni yang faham. Tiada lagi sorotan realiti, renungan-renungan sosial masyarakat. Bahan seni menjadi kayu ukur kekayaan borjuis dan pasaran (market) dalam pemahaman kanan menjadi kayu ukur kepada nilai sesuatu hasil seni. Seni kini tidak ubah menjadi hamba pasaran.

Ego para pengumpul seni, bergantung pada keserabutan orang lain untuk mentafsirkan seni. Padahal, hakikat seni itu terlahir adalah untuk menjadi medium selain tulisan dan ceramah, bagi menyampaikan mesej, menyampaikan pesan pada pemerintah bahawa melarat rakyat itu…

Si Anak Yatim

Bahawa engkau bertuah, wahai adik. Engkau diuji sebegitu, engkau tahu dan kenal erti bersyukur. Sedang aku yang tidak begitu, aku jahil erti syukur. Aku seronok dalam nikmat begini. Maka engkau beruntung wahai adik. Engkau beruntung sekali.

Hidup ini palsu. Tiada apa yang boleh dibanggakan pada kehidupan yang serba palsu begini. Mengapa aku kata ianya palsu, wahai adikku? Kerna, segala kerja buat di sini, segala harta yang melimpah ruah, segala wang yang bertaburan memenuhi poket, segala rasa bangga dan pujian ramai – langsung tiada nilai selepas nyawa berpisah dari badan.

Wahai adik, engkau beruntung kerana sedari kecil lagi engkau diuji begitu. Pastilah engkau tidak betah pada ujian yang sifatnya sementara. Engkau beruntung, kerana engkau lagi faham apa itu susah dari orang lain. Tiada yang boleh temberang tentang erti susah pada engkau, wahai adik.

Bertabahlah, kerana hidup ini tiada lain cuma palsu semata. Tiada apa yang hendak dibanggakan, diperbesarkan dengan senangnya seseorang…