Skip to main content

Untuk Anwar Ibrahim

Kerap juga, saya beranggapan, pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim akan membawa banyak kebaikan umum kepada Malaysia dan politiknya. Telahan sebegini mungkin kedengaran bias dan keterlaluan.

Dan juga amat simplistik – kerana tiada sandaran padanya analisis yang kritikal.

Mudah sangat untuk merasa begini, bahkan saya tidak berkecuali. Mudah sangat kita menghukum sebegitu. Mudah sangat kita menyuruh orang lain berehat di dalam bilik berjeriji besi. Diterbalikkan soalan, kalau kita di tempat Anwar, apa pula perasaan kita?

Ah, begitu senang kita menanggapi penjara itu seumpama rumah kediaman yang selesa bertilam empuk dan tiada berpisah kasih antara suami dan isteri, ayah dan anak-anak, atuk dan cucu-cucunya. Seolah-olah penjara untuk Anwar itu akan menjadi syurga buatnya.

Kita bertanya, adakah Anwar benar-benar ketakutan akan kemungkinan ke penjara lagi kalau-kalau keputusan hari ini tidak menyebelahinya? Soal takut atau tidak, kita tiada jawapan. Tanyalah si empunya badan sendiri, barulah kita tahu hitam putihnya.

Anwar berkata, jika mahkamah bebas maka beliau akan bebas juga. Kita pun tahu akan perkara ini, sepanjang-panjang perbicaraan sebelum ini acap kali percanggahan bukti dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwa.

Bacaan mudahnya, adalah mustahil untuk disabitkan kesalahan pada Anwar.

Tapi, itulah antara dilema yang kita hadapi sekarang. Darjah integriti pihak mahkamah masih boleh dipersoalkan. Rekod-rekod mereka sebelum ini tidak membantu mahkamah untuk meyakinkan pada sekalian rakyat bahawa institusi itu benar-benar bebas dari campur tangan pihak luar.

Jadi, berbalik soal Anwar takut atau tidak itu, bukanlah wacana yang sihat untuk dilaung-laungkan.

Sisi yang paling adil untuk diperbincangkan adalah, soal keadilan pada pihak yang ditindas dan dilayan secara zalim, baik dari segi perundangan, persepsi media, pencabulan maruah dan prinsip keadilan sejagat.

Peristiwa hari ini sewajarnya membawa kita kepada beberapa wacana penting, antaranya soal keupayaan kita sebagai masyarakat demokrasi untuk mencabar keputusan “status quo” oleh politikus yang dipilih saban kempen pilihan raya, tentang kesedaran untuk mempertahankan prinsip keadilan di bawah tekanan kediktatoran pemerintah.

Juga berwacana tentang salah guna kuasa polis atas nama keselamatan dan memperkuda instrumen awam, juga soal pemaksaan persepsi tanpa sedar terhadap khalayak melalui media bagi peneutralan perbuatan diskriminasi, pencabulan hak asasi, penindasan bermotif politik oleh pihak pemerintah.

Pada saya, peristiwa hari ini sewajarnya membawa kita kepada wacana-wacana begini.

Tentulah senarai ini akan menjadi panjang tidak berkesudahan, apa pun, meminjam kata-kata Prof Tariq Ramadan, semua wacana ini hanya boleh bermula dengan mengguna-manfaatkan fakulti akal yang menghormati prinsip konsistensi – pada virtue keadilan, kebijaksanaan, kesabaran dan keberanian.

Untuk Saudara Anwar Ibrahim, walau apa pun keputusan hari ini, tentulah ianya bukan keputusan yang terakhir.

Yakinlah bahawa perjuangan saudara akan menjadi “turath” kepada keazaman anak muda untuk terus bangkit. Kami akan mengutip puing-puing yang berbaki, untuk menyambung rantaian ini, seterusnya menyemarakkan lagi cita-cita Malaysia yang bebas dan adil.

Moga tuhan membantu saudara, moga tuhan bersama saudara. Kuatlah, wahai saudaraku Anwar Ibrahim.

Terkini: Saudara Anwar Ibrahim didapati bersalah dah dikenakan hukuman penjara 5 tahun. Hari ini, 10 Feb 2015 akan menjadi catatan baru dalam sejarah negara kita.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Tentang Si Genius Adi Putra

Ini coretan ringkas awal Mac 2015, beberapa hari lagi sebelum kita akan tiba pada hari yang menandakan setahun hilangnya MH370 tidak ketemu. Coretan ini tentang Adi Putra, si genius cilik yang dulunya begitu popular, semua media mahu mendapatkan cerita tentangnya.

Kini, di mana Adi Putra? Kita bertanyakan soalan begitu kerana kerisauan kita adalah kisah Adi Putra ini akan menjadi senasib generasi genius Malaysia lain-lainnya. Tentulah kita berharap ianya tidak berlaku demikian.

Hari ini mStar kembali dengan cerita tentang si Adi Putra ini. Saya antara peminat beliau. Saya kepingin mahu bertemu dan berbual dengan Adi Putra. Saya mahu berkawan dengan beliau – dan belajar dengannya. Tapi, Adi di mana?

Jika membuat carian di Google, yang berderet keluar di halaman utama adalah kisah tentang Adi Putra, si pelakon layar teater. Untuk apa ambil tahu tentang si pelakon itu. Bukanlah mendapat apa-apa manfaat pun pada perkembangan akal dan ilmu pengetahuan. Entahlah.

Cerita mStar membuka episo…