Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Darihal Memperisterikan Yahudi Ashkenazi

Ini kegilaan saya. Saya masih ingat, pernah suatu masa ketika berborak dengan abang ketiga, saya memberitahunya yang saya mahu memperisterikan seorang Yahudi – perempuan Yahudi.

Abang saya ketika itu, responsnya semacam “Adik aku ni dah buang tabiat ke apa ni?” lalu dia menentang sehabisnya idea itu.

Itu dulu, semuanya bermula selepas saya mendengar satu ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang kaum Yahudi dan bagaimana keturunan mereka melahirkan ramai bijak pandai, serta budaya hidup dan keturunan mereka yang begitu terjaga. Lantas, saya memasang impian itu.

Minggu ini, saya sekali lagi tersangkut pada topik ini, akibat membaca forum-forum berkisar Yahudi, Israel, dan Zionisme di +Quora. Memang tidak dinafikan, forum di sana memang cukup ilmiah, penuh fakta dan secara tidak langsung, kita dapat belajar bagaimana golongan pro-Israel berhujah mempertahankan keabsahan negara itu.

Pembacaan saya membawa kepada satu topik iaitu perihal mereka yang bukan Yahudi mengahwini lelaki atau perempuan Y…

Selamat Tinggal, Putrajaya!

Minggu ini, adalah minggu terakhir saya di Putrajaya. Juga coretan ini yang terakhir di tulis di Putrajaya, pada hari terakhir. Saya akan tinggalkan bandar masa depan ini setelah hampir 4 tahun menikmati sipu-sipu tiupan anginnya, kedinginan lorong-lorong pejalan kaki di pagi Ahad, pedih tercucuk kemuncup kala ke As-Syakirin Presint 14.

Minggu ini juga, saya sibuk berkemas barang. Mengisi berjilid-jilid buku dalam kotak-kotak kosong, mencuci rumah yang bakal ditinggalkan, melipat baju-baju berkedut usang yang saya miliki dalam beg galas, mencicip seberapa boleh kenangan di sini, sebelum semuanya akan berpindah ke tempat baharu.

Mencuri kata-kata komersial PETRONAS, “The events end, the memories never.” Demikian itu yang bermain dalam benak saya minggu ini. Tentulah selepas ini, tiada lagi keringat peluh yang tercurah berbasikal ke Dataran PICC, berbasikal ke Perpustakaan Yayasan Kepimpinan Perdana, berbasikal ke pintu masuk Istana Melawati.

Dan tiada lagi dapat merasa kekejangan otot …

Ini Pesanan Buat Ayah dan Ibu

Saya menulis ini, setelah sekian lama memendam rasa bimbang. Saya bimbang pada nasib dan masa depan adik-adik remaja saya di sekolah menengah dan rendah. Saya bimbang pada ledakan kemodenan zaman dan kemajuan teknologi komunikasi, dan impaknya pada anak-anak remaja kita.

Saya menulis, kerana bimbang akan mereka ini adalah golongan pelapis masa hadapan. Jika tidak dijaga, tidak diurus dan dididik dengan bijaksana, punah mereka kelak. Maka tulisan ini akan memfokuskan pesanan-pesanan saya pada para ayah dan ibu yang punya anak usia remaja pada hari ini.

Minggu sudah, saya dalam perjalanan pulang ke rumah, menaiki komuter dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan, jam ketika itu sekitar 10 malam untuk pulang ke Putrajaya. Tiba di Stesen Bangi, sekumpulan remaja – lelaki semuanya, dalam 8 orang menaiki komuter yang sama, duduknya mereka tidak berjauhan dari saya.

Mengapa dikatakan remaja?

Air muka dan riak wajah mereka tidak dapat menipu mata saya. Saya dapat mengagak umur mereka tidak lebih…

A Closet Homosexual

It’s interesting, to read a recent story about Anwar Ibrahim and his closet homosexual thing, as accused by I-Knew-Everything-You-Didn’t lawyer, Tan Sri Shafee Abdullah—albeit that old man already heavenly prison at Sungai Buloh, the talking about him never settles.

Paradoxically, when the terms of ‘closet homosexuality’ being popularised by someone important (depend on your self-intellectual interpretation)—lately—and sensationalised by the media, the public in Malaysia especially is like being woken up with something new, that they never heard before.

For someone who never put interest in homosexual stuff, the ‘closet’ term seems nothing. What’s that moron?

That might be their response, although we can say confidently that there are a bunch of closet homosexual cases happens in Malaysia, in facts in the rural area because of the fearsome factor, force someone to mutely retreat in their closet.

That is the literal definition of closet homosexual. The surrounding which too terrifying …

Kepada Tok Guru

Aku tahu lewat berita sedih ini, Tok Guru. Maafkan aku. Aku demam teruk, sesudah Jumaat barulah ketahuan akan pemergian mu, yang pergi itu adalah untuk selama-lamanya. Aku cuma mampu mengirim sepucuk doa, menulis dan menangis, memusing kembali kuliah-kuliah Tok Guru.

Tok Guru, sehingga ke sudah, tuhan tak izinkan aku bertemu dengan sosok mu, bersua muka dan mendengar celoteh nasihat mu dari dekat. Aku ini bukanlah produk jemaah yang baik, aku masih belajar dan belajar dan sebenarnya, pandangan Tok Guru lah yang banyak memandu aku dalam politik.

Dulu, aku menangis saat pemergian Ustaz Fadzil Noor. Kali ini, giliran Tok Guru pula yang membuatkan air mata ku gugur untuk sekian kalinya. Kini, dikau sudah tiada lagi. Yang tinggal cumalah coretan-coretan kenangan, rakaman kuliah saban minggu, peringatan-peringatan dan buku-buku nasihat yang dikarang.

Kini, juga, hanyalah kenangan dan gambar-gambar yang menjadi pengubat rindu. Aku doakan Tok Guru tersenyum lebar di sana. Aku doakan Tok Gur…

Untuk Anwar Ibrahim

Kerap juga, saya beranggapan, pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim akan membawa banyak kebaikan umum kepada Malaysia dan politiknya. Telahan sebegini mungkin kedengaran bias dan keterlaluan.

Dan juga amat simplistik – kerana tiada sandaran padanya analisis yang kritikal.

Mudah sangat untuk merasa begini, bahkan saya tidak berkecuali. Mudah sangat kita menghukum sebegitu. Mudah sangat kita menyuruh orang lain berehat di dalam bilik berjeriji besi. Diterbalikkan soalan, kalau kita di tempat Anwar, apa pula perasaan kita?

Ah, begitu senang kita menanggapi penjara itu seumpama rumah kediaman yang selesa bertilam empuk dan tiada berpisah kasih antara suami dan isteri, ayah dan anak-anak, atuk dan cucu-cucunya. Seolah-olah penjara untuk Anwar itu akan menjadi syurga buatnya.

Kita bertanya, adakah Anwar benar-benar ketakutan akan kemungkinan ke penjara lagi kalau-kalau keputusan hari ini tidak menyebelahinya? Soal takut atau tidak, kita tiada jawapan. Tanyalah si empunya badan sendiri, barulah …

Tangisan Kematian

Di akhir tulisan saya tentang meraikan kehidupan, saya mencoret sebaris dua puisi ringkas Prof Tariq Ramadan,

“And who will not forget to ‘say to those they love that they love them’.
Life is fragile.”
Benar, hidup ini penuh ketidakjangkaan. Langkah terbaik adalah dengan kita menghargai setiap momen kehidupan, meraikannya dan mensyukurinya. Secara peribadi, saya merasakan cuma dengan sebegitu cara sahaja kita akan mencapai makna anugerah besar ini.

Dan, hidup ini sangatlah benar akan tiada rumus kebarangkalian untuk merangka jalan di hadapan. Yang cuma tinggal, adalah impian dan harapan yang terus menerus menyalakan semangat untuk mendepani segenap ketidakjangkaan di depan kita.

Malam Sabtu yang lalu, kami di As-Syakirin menerima berita sedih. Salah seorang jemaah di surau ini kehilangan ahli keluarga barunya – bayinya yang baru berusia 5 bulan setengah – khabarnya tercekik susu di rumah pengasuh. Alangkah luluh hati mendengar perkhabaran ini, tentu sekali tiada terbanding rasa pedih…

Berbasikal dan Berkuda

Nampaknya, rindu saya pada aktiviti berkuda masih belum terpadam. Buktinya, saya masih boleh mengingati dan mempraktikkan beberapa skill yang pernah dipelajari beberapa tahun yang lepas ketika berpeluang melawat kandang kuda PDRM di Kompleks Unit Berkuda Putrajaya, Presint 15.

Lagi sekali, tuhan seakan sengaja mahu membuatkan perpisahan saya dengan Putrajaya menjadi semakin sukar dan berat, tajam serta penuh ketidakrelaan. Pagi Sabtu saya berbasikal, seperti kebiasaan mendaki perbukitan Taman Rimba Alam dan menelusur laluan berkuda sehingga ke puncak.

Di situ, saya bersendirian. Cahaya mentari pagi membias nyaman, menerobos celahan pohonan hutan yang tumbuh subur tanpa gangguan sebarang aktiviti pembalakan haram. Laluan berkuda di puncak Taman Rimba Alam, seperti kebiasaan, sunyi dari keributan manusia. Yang tinggal, cumalah cengkerik bersahutan sesama mereka.

Tiba di jambatan gantungnya, saya berhenti rehat. Hajatnya cuma seketika, namun sementelah paginya yang begitu nyaman membuatk…

Meraikan Kehidupan

Mungkin ini juga antara nota-nota akhir sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya. Jika tiada aral, saya akan berpindah ke tempat baharu pertengahan bulan ini. Itu cuma kebarangkalian. Perancangan tuhan tiada siapa tahu.

Tak mengapalah, paling penting buat masa sekarang saya cuba untuk menikmati saat-saat akhir di bandar moden ini. Kelak, semua ini akan menjadi jalur-jalur memori, dan juga coretan-coretan sepi di blog serba kecil ini.

Saya mahu menulis tentang meraikan kehidupan dalam konteks yang lagi besar, iaitu memandang kehidupan ini sebagai sebuah hadiah dari tuhan – meminjam kata-kata Prof Tariq Ramadan – dan bukannya sebagai pemilikan peribadi.

Dan, semalam juga di As-Syakirin berlangsungnya majlis berzanji, belah mulut dan cukur jambul, atau kita selalu sebutkan dengan istilah tahnik, suatu upacara yang meraikan kelahiran baru di dunia serba fana ini. Ini juga tentang meraikan kehidupan.

Si bayi itu anak keempat kepada salah seorang jemaah di surau kami. Dia masih …