Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

How Much Did I Accomplish In 2014?

This is such a tough question. I have no empirical answer. I need do re-visit the events during the year of 2014, and do some contemplations to forge my way in coming 2015.

Actually, I did write a set of resolutions, as usual, I did past years. The resolutions are kind of wish list, a dream that waiting so long to be true, a reminder to work harder, and the guideline, if that it could ever be called.

It's kind of funny to think again, of how I try to design my 2014’s life according to my na├»ve perspective and life experience. This gives you a damn sick feeling, when you looking back and realised how unaccomplished you are.

So that should answer the very question here. However, I think I should share some of the significant things here, at least I could read it again another time and remind myself about everything shining and the darkness of my life.

The first, about a life career. This one is totally unimaginable. I plan to build my own company, then it is not working. Then to get…

Masharakat Melawan Mahasiswa

Untuk pertama kalinya saya terpanggil untuk mencoret barang sebaris dua mengenai buku baru tulisan Saudara Zul Fikri Zamir, sosok aktivis sosial yang makin mendapat liputan di media-media sosial oleh anak-anak muda sekarang. Teringat TFTN, maka dialah sosok pertama terlintas di fikiran.

“Masharakat Melawan Mahasiswa” merupakan buku ketiga penulis, sekuel selepas Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang dan Pedagogi Bahasa Tertindas. Maka tidaklah hairan bilamana tema-tema dalam ketiga-tiga buku ini punya persamaan dan kelihatan berulang banyak kali.

Walaupun begitu, tajuknya mencerminkan pembaca untuk pertama kali bahawa penulis akan memberi penekanan khusus (baca: kritikan) pada mahasiswa – suatu golongan mutakhir ini disifatkan oleh penulis sebagai inteligensia terapung dengan mengambil semangat makalah yang ditulis oleh Karl Mannheim, akibat kegagalan untuk berfungsi sebagaimana yang sewajarnya.

I.
Pertama, tentang tajuk, tentulah ramai akan tertanya-tanya mengapa diejanya ‘ma…

Kenanaran Dewa-Dewa UMNO

Saya cuba mengimbau setahun 2014 melalui beberapa catatan peristiwa yang berlaku dan dari situ, saya berusaha menyimpulkan tentang apa peranan kita semua selaku rakyat – dan golongan muda terutamanya – dalam menjalani segala kekecewaan ini.

Jika Lim Kit Siang bersungut sedemikian dalam perutusan kemerdekaan ke-57, tidak mustahil langsung kebanyakan pengundi di luar pun merasa begitu. Mungkin perlu diperkenalkan istilah baru untuk jenis kemerdekaan yang dinikmati oleh negara kita sekarang: kemerdekaan plastik.

Saban tahun menjelang sambutan kemerdekaan, media dilimpahi video-video indah yang menggambarkan betapa berpadu dan harmonisnya sekalian manusia di tanah air ini. Meminjam Zul Fikri Zamir – semua yang dibentangi pada kita muluk-muluk belaka. Inilah rahsia yang tiada rahsia lagi, cuma terdapat sebilangan pengundi dungu untuk berani berbuat perubahan menjelang tarikh pembuangan undi.

Sekian kalinya, UMNO berjaya. Untungnya UMNO untuk sekian kalinya adalah apabila rakyat tiada putus…

Malaysia: Menyingkap Tirai 2015

Saya mahu meminta maaf sekali lagi, sementelah tulisan ini juga merupakan tulisan yang dibekukan – apabila ianya ditulis bersempena sambutan Hari Malaysia ke-51, dan tidak tersiar di mana-mana portal. Walaupun begitu, saya merasakan renungan dalam tulisan ini boleh menerobos tirai 2015 untuk menyingkap bagaimana Malaysia akan masa depannya di tahun mendatang.

Setiap kali menulis tentang Perjanjian Malaysia 1963, atau cuba menyentuh isu ini hati menjadi gusar dan gundah serba tidak mengena. Pertamanya, menyoroti perjanjian ini dan kisah perjalanan janji-janji dalam lembaran perjanjian itu, selaku manusia yang beriman pada makna keadilan dan kebenaran, sudah pasti merasa sugul dengan keadaan janji yang tidak tertunai untuk sekian lamanya.

Kedua, bulan September juga menjadi titik penentuan kepada nasib Scotland dalam gabungan kerajaan United Kingdom. Scotland diikat pada sebuah janji yang dimeterai 200 tahun yang lepas, namun kegagalan Road 10 untuk berlaku adil menyebabkan Scotland mem…

Melawat MH370: Renungan Akhir 2014

Tulisan ini ditulis bersempena dengan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu kali ke-57, namun ianya tidak disiarkan di sini, dibekukan. Entah mengapa, tuhan sahaja yang tahu. Ianya sorotan ringkas saya pada isu-isu besar yang melanda tanah air lewat pertengahan 2014 dan sedikit renungan yang saya fikir, perlu untuk dicoret moga-moga ianya menjadi suatu pandang sisi yang lain dalam taburan perspektif yang ada.

Mengambil semangat kemerdekaan dan menginsafi kegigihan dan keberanian mereka yang telah pergi berdepan dengan kuasa besar dunia, menggadaikan darah dan nyawa, untuk membebaskan tanah air yang bertuah ini dari cengkaman penjajah adalah suatu iktibar yang akan terus hidup sepanjang zaman. Kisah-kisah keberanian ini akan terus terpahat dalam lekuk sejarah, walaupun ianya mungkin semakin dilupakan oleh generasi Facebook.

Pengajaran dan hikmahnya jika tidak dipergiatkan untuk diperingatkan semula, maka kebejatan sikap yang dahsyat sudah pasti akan melanda masyarakat kita. 57 tahun yang …

Perihal Hooligan, Ultras dan IJF

Kalah di atas padang itu tidaklah memalukan, walaupun ianya mengecewakan peminat berbanding perlakuan tidak bertamadun para penyokong tuan rumah. Demikian ujar si Khairy Jamaluddin apabila mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hooligan di Stadium Shah Alam.

Hooligan ini bukan hal baru. Di mana-mana adanya kelab bola sepak, pasti ada “firms” yang menjadi penggerak penyokong fanatik sesebuah kelab bola sepak. Banyak antara mereka menggunakan istilah ultras, dan ada juga army, yid, firms dan berbagai lagi.

Hooligans ini cocok dengan suasana bola sepak di Eropah terutamanya England, Sepanyol, Jerman, Itali dan tidak ketinggalan Turki. Di Jerman, Borussia Dortmund terkenal dengan ultrasnya yang gegak gempita. Di Turki pula, Galatasaray tidak juga kalah dengan ultras mereka yang memang tersebut dalam gelanggang hooliganisme.

Hooligan ini popularnya sehingga diangkat menjadi tema dalam sebuah filem berjudul Green Street Hooligans, yang mengisahkan pertarungan bawah tanah antara kumpulan ul…