Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Biar Papa Asalkan Bergaya

Saya membaca kisah seorang gadis Belanda yang menipu keluarga dan rakan-rakanya mengenai trip pengembaraan ke Asia Tenggara, dengan memanipulasikan kemahiran mengedit gambar-gambar sekitar Asia Tenggara yang didapati dari Internet.

Gadis tersebut bercerita mengenai tripnya ke Asia Tenggara di laman Facebook, mengumpul banyak Like dari rakan-rakan dan ahli keluarganya. Masing-masing menyuarakan kekaguman mereka terhadap keberanian dan “how adventerous” gadis tersebut.

Hakikatnya, gadis tersebut tidak pernah keluar dari bilik tidur di rumah sewanya. Apa yang gadis itu miliki hanyalah gambar-gambar yang dikutip merata dalam Internet, gambar posing diri sendiri dan perisian mengedit gambar.

Juga hiasan dalaman biliknya seolah-olah bilik motel, juga mengambil gambar di restoran dan kuil-kuil yang sebenarnya semua itu hanya berada dalam kawasan sekitar Amsterdam. Akhirnya, jalan cerita sebuah trip pengembaraan di Asia Tenggara siap untuk dipertontonkan kepada dunia yang tidak mengenali di…

Muktamar atau Sarkas Pelawak?

Saya diberi rezeki oleh tuhan untuk mengikuti secara penuh Muktamar Pemuda PAS kali ke-55 di Kota Tinggi, Johor minggu lepas, sementelah mendapat jemputan menemani rakan saya yang juga merupakan ahli exco Pemuda PAS Pusat. Mungkin tak perlu saya sebutkan nama beliau di sini.

Di Kota Tinggi, tuah menjadi milik saya. Ramai juga kenalan di Matrikulasi dan UKM – termasuklah alumni – dapat saya bersua muka dan berbincang seputar muktamar yang sedang berlangsung.

Perkenalan awal saya dengan PAS adalah bermula di Matrikulasi Melaka dan dari situlah, saya mengenal erti perjuangan PAS dan berdikit belajar sehinggalah sekarang – walaupun tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS secara formal, namun saya mengikuti rapat perkembangan parti Islam itu.

Jadi tidaklah begitu hairan bilamana perwakilan Pemuda PAS Melaka merupakan ramai kenalan saya dari Matrikulasi Melaka dan UKM. Dan untuk dijadikan cerita bertambah menarik, sepanjang muktamar ini, Pemuda PAS Melaka begitu menyendiri dan tersisih. Me…

Rintihan 51 Tahun Malaysia

Untuk sekian kalinya, saya menulis hal yang sama. Mengulang dan mengulang tanpa rasa penat rintihan hati dan perasaan.

Saban kali negara ini menyambut kemerdekaan, saya akan menyambung semula rintihan-rintihan ini. Ianya bermula dengan satu soalan, kemerdekaan ini maknanya apa dan untuk siapa?

Merdeka ini di manipulasi ertinya, diinjak dipijak makna sucinya oleh para penguasa sejak sekian lama. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, janji sebuah kemerdekaan itu amat jarang sekali dipenuhi.

Sering kali yang terjadi adalah ianya menjadi alat propaganda untuk mereka yang berkuasa terus berkuasa, yang kaya terus membolot harta dan yang miskin keparat terus melarat.

Ironinya, di setiap negara wujud rancangan televisyen yang menayangkan betapa melarat dan fakirnya rakyat negara yang sedang menikmati kemerdekaan, ada antaranya sudah ratusan tahun merdeka.

Dan permasalahannya, segala rancangan TV ini untuk apa sebenarnya?

Untuk menjadi hiburan para algojo dan pembolot harta?

Di t…

Agar UPSR Tidak Lagi Bocor

Menonton siri kekecamukan UPSR 2014 akibat kebocoran sana-sini (Baca: Ketidakjujuran) dari sisi tepi tanpa menggelabur ke dalam perbahasan sia-sia di medan Facebook cukup untuk membuatkan kita ketawa sesaat, dan menangis pada saat kedua.

Saya cuba bayangkan, dengan memberi gambaran reaksi dan rasa 3 pihak yang terkena tempias langsung akibat kebocoran ini.

Sebelum itu, saya mahu berkongsi anekdot yang panas dalam sosial media; dulu di Terengganu Idris Jusuh popular dengan runtuh sana runtuh sini, kini di Kementerian Pelajaran beliau bocor sana dan bocor sini.

Maaf, ini cuma anekdot nakal ya Datuk. Mungkin puing-puing begini sengaja direka oleh budak-budak nakal yang baru nak kenal dunia. Mereka belum lagi kenal Datuk yang sebenar ye dop?

Pertama, sudah tentunya calon UPSR. Tak terbayang kekecewaan mereka. Pastinya hampir terbakar mentol lampu meja mereka malam sebelum itu berjaga semata-mata untuk kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Tiba di sekolah dengan ilmu membuak di dada, tup tup p…

Manusia Beriman Seumpama Lebah

Perkongsian dari ustaz semalam di surau kejiranan Presint 14, Putrajaya amat menarik. Beliau membawakan kisah lebah dalam huraian tafsir pada ayat ke-41 surah An-Nur, di mana dalam ayat tersebut tuhan menceritakan perihal makhluk unik bernama lebah dan manfaatnya kepada manusia.

Bagaimanapun, apa yang benar-benar menarik perhatian saya apabila ustaz membacakan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menceritakan perihal orang beriman dan mengumpamakan sifat orang beriman itu sebagaimana lebah.
"Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan yang dihinggapinya."  (Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Al-Bazzar) Ringkasnya, orang beriman mempunyai 4 sifat ini:
Orang beriman mencari dan memakan rezeki yang halal lagi menyucikan.Orang beriman, hidupnya memberi manfaat kepada alam dan manusia yang lain.Orang beriman, jauh sekali untuk menggemari hal-hal yang tidak bermanfaat.Oran…