Friday, June 27, 2014

Syarahan Moral Sekitar Adik Firdaus

Lagi sekali, usaha saya untuk mengelak dari memberi komentar mengenai isu yang sedang panas sekarang, iaitu mengenai nasib malang yang menimpa Adik Firdaus di Nilai, Seremban, gagal. Sebenarnya faktor untuk menulis ini bukanlah untuk berkomentar sangat mengenai nasib Adik Firdaus, kerana pasti sudah ribuan di luar sana yang sudah mengambil tugasan ini dengan jayanya.

Saya tertarik dengan isu ini pada sisi bagaimana masyarakat kita bersikap. Mudahnya, kita boleh menyimpulkan masyarakat Malaysia masih lagi punya rasa prihatin, tapi prihatin itu cuma sekadar di takuk simpati. Tidak lebih dari itu.

Kita tiada empati. Kita cuma ada simpati. Jadi tidak hairanlah bilamana terdedahnya tragedi begini, timbul ribuan golongan “Mohon share” dalam laman Facebook dan berantakan sekalian hero kebajikan masyarakat membela nasib Adik Firdaus.

Sudah tentu tidak salah untuk bersimpati. Sudah pasti itu lumrah atau kebiasaan untuk manusia yang normal, merasa geram dan marah dengan apa yang terjadi. Pada kita yang normal, yang tidak diberi apa-apa tugasan oleh Tuhan untuk menjalani pengalaman derita yang sama, pasti akan mudah untuk menyeringai dan mencari jari telunjuk untuk dituding ke mana-mana arah yang kita suka.

Sudah pasti sebahagian besar menjadikan ibu Adik Firdaus sebagai sasaran amarah. Segala cerca nista boleh dibayangkan dalam kepala, yang bakal dipersembahkan dalam sebarang medium media sosial untuk menterjemahkan betapa zalim dan kejamnya perbuatan ibu Adik Firdaus.

Sebahagian lagi, mengambil jalan singkat dengan menjadikan kerajaan selaku pesalah utama dalam kes ini. Mungkin ada benarnya, lantaran kerajaan ada tanggungjawab yang besar untuk mengelakkan atau paling tidak, mengurangkan statistik kes-kes sebegini berulang. Alasan paling absah, kerajaan punya wang dan jentera yang ampuh untuk berbuat demikian.

Sebahagian kecil golongan yang lahir dari kes sebegini ialah oportunis. Dalam banyak keadaan, golongan ketiga ini paling hina dan dahsyat. Mereka saat begini akan muncul dengan pelbagai tawaran berupa kebajikan, yang di belakang itu ada muslihat terkait untuk mendapatkan sokongan kepolitikan.

Contoh yang jelas sekarang ialah Wanita UMNO yang menyatakan hasrat untuk mengambil Adik Firdaus menjadi anak angkat. Bunyinya kelakar dan langsung tiada rupa untuk berbuat demikian, pada hakikatnya.

Dalam hal kebanyakan di atas, jarang sekali ada golongan yang membawa arus untuk mempersalahkan diri mereka sendiri, atas alasan paling utama bahawa mereka adalah salah seorang daripada anggota masyarakat yang hidup mengelilingi rumah Mak Cik Lola dan Adik Firdaus.

Persoalan untuk mereka yang sangsi dengan pertanyaan di atas, mungkin kita boleh bermula dengan soalan yang mudah dan ringkas, di mana kita selama ini sebelum kes ini terbongkar?

Mari kita berfikir sejenak, dengan membawa bayangan bahawa kes seumpama Adik Firdaus itu bukan hanya telah terjadi di Nilai, malah di kawasan kejiranan kita sendiri sekarang. Mungkin saat kes Adik Firdaus heboh di media, kes yang hampir sama yang berlaku di kawasan kejiranan kita sekarang masih tersembunyi.

Pernahkah terfikir sebegini? Jadi, di mana posisi kita sekarang?

Adakah tidak terdetik dalam hati kita, bagaimana mungkin aku tidak mengetahui akan hal tersebut dalam kawasan kejiranan aku. Persoalan besar yang saya ingin bawakan, bagaimana kita memandang dan berusaha memperbaiki sistem sokongan kemasyarakatan kita?

Dalam isu ini, wajar sama sekali untuk kita bermuhasabah mengenai sejauh manakah komitmen kita terhadap masyarakat sekitar dan keutuhan sosial sesama kita. Mungkin kita perlu mempersendakan diri sendiri akibat perangai mementingkan diri sendiri dan keluarga sendiri, sehinggakan kita gagal untuk menjenguk ihsan pada jiran sebelah bahu kita.

Memang mudah untuk kita meletakkan kesalahan pada ibu Adik Firdaus atau menjadikan kerajaan selaku pesalah utama. Soalnya, kita di mana selaku warga masyarakat di sekeliling mangsa?

Kita punya simpati, yang hilangnya empati. Kita merasa kasihan pada mangsa, tapi kita tiada kehendak untuk menolong mangsa bebas dari bencana yang menimpanya. Kita jelas dengan masalah melingkari segenap ruang masyarakat kita, sebutkan sahaja – kemiskinan, kebejatan akhlak, buta huruf – tapi apa yang telah kita berbuat untuk membantu menyelesaikan masalah?

Kalau ada pun, amat sedikit. Kita begitu mudah meletakkan wang seringgit dalam tabung masjid saban Jumaat dan kemudiannya merasa poyo dengan wang seringgit yang telah disumbangkan. Lagi parah, kita cuba menjustifikasikan seringgit saban Jumaat itu sebagai usaha termulia untuk membebaskan sekalian masyarakat bebas dari masalah sosio-ekonomi.

Tiada beza mereka yang menyumbang seringgit saban Jumaat dan secupak beras di akhir Ramadan, kalau pengakhiran justifikasi perbuatan tersebut hanyalah melingkar seolah-olah seringgit mereka itu atau secupak beras itu cukup untuk memberi selimut mereka yang bergelandangan dan mengenyangkan mereka yang kebuluran.

Apa yang kebanyakan anggota masyarakat kita faham, prihatin itu cukup dengan seringgit saban Jumaat dan secupak beras di akhir Ramadan. Apa yang masyarakat kita belum cukup faham, peranan kita dalam struktur masyarakat untuk turut menghulur bantuan tangan dan kaki, menterjemahkan nilai kebajikan itu bukan hanya terletak pada not-not kertas.

Soal not-not kertas itu adalah soal kamu selaku individu. Di sini, perbincangan kes Adik Firdaus adalah mengenai bagaimana dari kamu seorang itu, mampu berubah menjadi kami atau kita. Mungkin itu alasan mengapa Tuhan melondehkan kebejatan masyarakat kita dalam kes ini, supaya kita dapat belajar sesuatu.

Mungkin sebab itulah Brian Eno, seorang pemuzik, pernah mengungkapkan tentang empati:
“When you sing with a group of people, you learn how to subsume yourself into a group consciousness because a capella singing is all about the immersion of the self into the community. That’s one of the great feelings – to stop being me for a little while and to become us. That way lies empathy, the great social virtue.”
---------
Artikel ini disiarkan oleh RoketKini.com pada 26 Jun 2014

Tuesday, June 24, 2014

Bola Sepak, Politik dan Masa Depan Sabah & Sarawak (Bahagian 2)

Menjelang 50 tahun Perjanjian Malaysia 1963 yang mengikat persaudaraan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia, semakin banyak suara yang berbunyi agar perjanjian tersebut disemak semula, malah diberi penilaian semula agar kelemahan yang ada dapat diatasi.

Mengimbau Bahagian I penulisan ini, penulis cuba membawa pembaca memahami isu masa depan Sabah dan Sarawak dengan konteks yang sama, yang kini sedang dihadapi oleh warga Scotland dan Catalonia. Perbincangan dalam Bahagian II ini tidak lagi membawakan semangat bola sepak sebagai subjek utama sepertimana yang lepas.

Jika Scotland boleh bersama dengan gabungan bersekutu kerajaan United Kingdom di bawah naungan seorang Permaisuri melalui Treaty of Union, dan Catalonia diikat dalam kerajaan di bawah naungan Raja Sepanyol dengan keberadaan perjanjian yang nampak mulus dalam Nueva Planta decrees, begitulah Sabah dan Sarawak ketika Tunku Abdul Rahman mula-mula mengusulkan idea penggabungan ini.

Adakah kerajaan Persekutuan berlaku adil terhadap Sabah & Sarawak?


Tahun 2010, Sabah merupakan negeri termiskin, mengatasi Kelantan untuk berada di kedudukan tercorot dengan pertumbuhan KDNK hanya sekitar 2.4%. Jiran Sabah, Sarawak, menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan apabila mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih besar dan mengatasi banyak negeri di Semenanjung.

Laporan Pendapatan Isi Rumah & Kadar Kemiskinan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan Sabah mencatatkan peratusan kemiskinan yang begitu tinggi, malah berganda berbanding negeri-negeri lain. Begitu juga Sarawak. Dalam soal kemiskinan tegar, data begitu menyedihkan datang dari negeri Sabah.

Jika kita menilai dari sudut sumbangan ekonomi Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia, sudah tentu mereka juara dalam banyak sektor terutamanya sektor tenaga, gas dan minyak. Itu belum lagi diambil kira sumbangan sektor perlombongan dan pertanian.

Mengikut logik ini, sewajarnya Sabah dan Sarawak menjadi negeri termakmur dalam tempoh 50 tahun selepas perjanjian ditandatangani. Ketidakseimbangan pengagihan kekayaan antara negeri dalam Persekutuan Malaysian menyebabkan jurang ketidakadilan semakin membesar.

Secara langsung ini memberi kesan buruk kepada perkembangan masyarakat dalam pelbagai sektor sosial termasuklah pendidikan, kesihatan, kemiskinan, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Walaupun Sabah dan Sarawak penyumbang terbesar GDP dalam sektor gas dan minyak, kedua-dua negeri tersebut paling corot dari segi bilangan sekolah yang dibina dan guru yang dilantik. Itu belum dikira dari segi bilangan universiti yang tidak sepadan dengan jumlah penduduk di kedua-dua negeri terbesar itu.

Laporan Statistik Pendidikan Malaysia yang dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan kedua-dua negeri ini jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka dari segenap data yang diunjurkan, termasuklah bilangan sekolah, tenaga pengajar dan kadar kehadiran ke sekolah.

Itu dalam soal pendidikan, belum lagi dibicarakan tentang kemiskinan. Hakikatnya, kemiskinan menjadi faktor yang menyebabkan angka-angka buruk di atas semakin membesar. Sabah dan Sarawak juga terrgolong dalam kumpulan negeri yang mempunyai purata pendapatan isi rumah yang rendah (negeri-negeri lain ialah Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak).

Jadi bagaimana mahu menilai kaitan antara sumbangan negeri-negeri Malaysia Timur terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan keadaan sosio-ekonomi tempatan yang tidak mencerminkan angka-angka yang dikeluarkan?

Kalau kita melawat sendiri pendalaman Sabah dan Sarawak, mungkin kita dapat menyaksikan data-data tahunan yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan diterjemahkan dalam realiti. Ketika itu, barulah kita mahu mengakui hakikat bahawa Putrajaya tidak pernah cuba melayan Sabah dan Sarawak sesuai dengan sumbangan mereka terhadap negara selama ini.

Adakah Sabah dan Sarawak bakal menurut kisah Scotland dan Catalonia?


Tinjauan ringkas di atas menunjukkan bahawa nasib Sabah dan Sarawak tidak ubah seperti yang dihadapi oleh Scotland dan Catalonia. Mengulangi frasa dari bahagian pertama artikel ini: Mereka memberi banyak, namun pulangannya sedikit.

Mutakhir ini, menjelang 50 tahun pembentukan Malaysia, mula kedengaran suara yang membangkitkan beberapa isu berkaitan, antaranya supaya Perjanjian Malaysia 1963 dikaji semula, atau dibuat penilaian semula agar masalah yang sedang dihadapi sekarang boleh diatasi dengan segera.

Daripada pengamatan ini, mungkin nasihat paling berguna boleh diberikan kepada kerajaan persekutuan yang saban tahun menerima berbilion ringgit hasil kekayaan minyak dan gas bumi Sabah dan Sarawak ialah supaya merendahkan ego dan menyoroti sisi ini sebelum terlambat – dalam ertikata lain, kembali menginsafi bahawa Sabah dan Sarawak berhak, malah jauh lebih berhak untuk mendapatkan sebutir mentol bagi menerangi jalan-jalan mereka berbanding menghiasi sebatang jambatan di Putrajaya dengan deretan tiang lampu.

Malah tidak keterlaluan untuk meminta kerajaan persekutuan mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil, memberi segala peluang yang wujud di Semenanjung sama kepada saudara-saudara di Sabah dan Sarawak dari sudut kemudahan prasarana asas, iaitu sekolah, hospital, elektrik, bekalan air bersih dan jalan darat yang selamat dan selesa.

Dalam Forum “Perjanjian Malaysia 1963” di Kuala Lumpur baru-baru ini, nada forum semuanya selari dengan apa yang telah diutarakan di sini. Cadangan supaya dilantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan ahli parlimen Sabah dan Sarawak begitu wajar untuk diperhalusi, dengan faktor yang paling jelas ialah populasi Sabah dan Sarawak begitu ketara berbanding Semenanjung.

Malah dalam forum tersebut, ADUN Bingkor Datuk Jeffrey Kitingan langsung tidak teragak-agak menyuarakan hasrat rakyat Malaysia Timur untuk melakukan bantahan besar-besaran jikalau keadaan sekarang tidak dipandang serius oleh kerajaan Persekutuan. Adakah ini dianggap pengkhianatan atau cubaan untuk menggulingkan kerajaan?

Jikalau ada yang beranggapan begitu, atau dengan tidak segan-silu menuduh Datuk Jeffrey dengan tohmahan yang mencela, sedarlah bahawa anda pada hakikatnya bersekongkol dengan ketidakadilan yang berlaku di depan mata.

Pembahagian kekayaan negara haruslah adil dan sama rata. Hasrat murni demokrasi itu sendiri bukan hanya bergantung pada hak mengundi setiap warganegara, tetapi juga peluang sama rata. Soalnya, adakah Sabah dan Sarawak mendapat apa yang sewajarnya mereka peroleh?

Menjawab Logik Dangkal


Sekelompok rakyat Semenanjung beriman bahawa jikalau Sabah dan Sarawak diberi sepenuhnya segala kemudahan dan royalti, mereka akan berusaha untuk keluar dari Persekutuan Malaysia. Malah, mereka turut mengatakan jikalau Kelantan mendapat royalti penuh, negeri Cik Siti Wan Kembang itu turut akan keluar dari Malaysia. Logik apakah ini?

Kelompok begini kelihatan takut dengan bayang-bayang sendiri. Persoalan utamanya, bagaimana mereka boleh terpengaruh atau percaya dengan logik sebegini?

Tidak pernah dalam naratif sejarah, berlakunya peristiwa di mana pihak yang dilayan dengan adil bangkit memberontak dan menuntut hak mereka untuk dilayan sama rata atau keluar daripada perjanjian. Banyak negeri-negeri di bawah naungan kerajaan Rom era kegemilangan mereka 100 tahun sebelum Masihi sehinggalah 400 tahun selepas Masihi memberontak, bangkit memerangi penaung mereka, kerana Rom berlaku tidak adil terhadap mereka.

Mereka yang percaya dengan logik ini juga boleh merajinkan diri mengkaji persoalan mengapa Quebec mahu merdeka daripada naungan Kanada, dan mengapa Kurdistan mahu merdeka daripada Turki, dan mengapa Kashmir begitu mahukan kemerdekaan daripada naungan Pakistan (walaupun semua kes ini bukanlah disebabkan faktor pengagihan ekonomi semata-mata).

Sudah pasti selaku rakyat Malaysia, kita tidak mahu menyaksikan kisah menuntut kemerdekaan Scotland dan Catalonia berulang di tanahair tercinta ini. Sudah semestinya sebagai warganegara Malaysia, kita mahu melihat negara ini terus berkembang maju, makmur, dan adil kepada segenap masyarakatnya tanpa ada sikap pilih kasih.

Jikalau Sabah dan Sarawak mula bersuara, tidak mustahil babak-babak itu akan menjadi semakin menarik dan genting, akibat segala ketidakadilan yang dilakukan terhadap mereka. Maka siapa kita untuk menafikan hak dan hasrat mereka untuk dilayan sama rata?

Paling penting, siapa kita sebenar-benarnya untuk menghalang mereka dari bersuara, menyatakan ketidakpuasan hati terhadap layanan kerajaan persekutuan berikan kepada mereka?

Jikalau September ini menjadi penentu kepada nasib Scotland sama ada akan terus dalam naungan United Kingdom atau sebaliknya, hal yang sama tidak mustahil untuk berlaku di negeri Sabah dan Sarawak. Apa yang membuatkan kita berbeza ialah tahap celik politik di kalangan rakyat Scotland berbanding rakyat Malaysia.

Sudah pasti apabila Sabah dan Sarawak mencapai tahap keterbukaan maklumat dan celik politik yang mencerahkan, keselesaan dan rasa senang duduk kerajaan yang berpusat di Putrajaya akan mula goyah.

Kisah Piala Dunia dan Brazil


Oleh yang demikian, nasihat mulus buat Putrajaya, buatlah pertimbangan yang wajar dan sorotan yang teliti terhadap perkembangan politik yang sedang berlaku di dunia luar Malaysia, kalau-kalau dari sana para pemegang kuasa ini boleh belajar satu atau dua pengajaran yang berguna.

Dari situ, bolehlah dengan segera kita mula berfikir, apakah tindakan wajar untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah ketidakadilan ini.

Baiklah, mengambil semangat Piala Dunia, dan memang penulisan ini diberi tajuk bola sepak dan politik, penulis ingin mengajak pembaca menonton bola sambil memikirkan persoalan-persoalan ini dengan mendalam. Dalam kekalutan Brazil bermegah dengan Piala Dunianya, kita pun sedar ribuan rakyat mereka sendiri menjadi mangsa sebuah kerajaan yang mengejar kemegahan.

Dalam bahagian pertama rencana ini, diceritakan bagaimana bola sepak mempengaruhi kebangkitan atau survival sentimen nasionalis antara Catalan dan Spanish, dan Scottish dan English. Jika difikirkan secara mendalam, apa yang berlaku di bumi Brazil dan Eropah itu saling berkaitan. Sukan ini, yakni bola sepak, tidak dapat tidak hidupnya berselirat dengan politik.

Cuma yang menjadi penyejuk hati dalam tinjauan ringkas masa depan Sabah dan Sarawak ini, bola sepak masih belum berjaya menjadi kuasa yang mencetuskan semangat kenegerian yang memuncak.

Mungkin satu faktornya, Putrajaya masih belum mampu menghantar pasukan bola sepaknya sendiri dalam Liga Super untuk bertembung dengan pasukan Sarawak. Mungkin jika hal ini berlaku kelak, kita akan dapat melihat luahan kekecewaan dalam perlawanan-perlawanan bola sepak. Mungkin, siapa tahu?

Lanjut: Bola Sepak, Politik dan Masa Depan Sabah & Sarawak (Bahagian 1)

--------
Artikel ini disiarkan oleh RoketKini.com pada 24 Jun 2014.

How Belgium Doing So Far?

My favourite to win the FIFA World Cup 2014 still heavenly on Belgium Red Devils, plus they already proved their worthiness by making it to Round 16 knockout after won against Russia. As I predicted beforehand, they might win 1-0 to Russia, and it was then.

Even though, some might say the Group G still undecided, yes, part of it because the Germany needs to win against the USA. After the previous rounds, USA seems like a good contender of Group G so the chances for them to beat Germany still vast.

Only if the USA won against Germany and Portugal won against Ghana – which it seems impossible to them at the moment – the calculation of Group G might differ.

Germany would depend on their goals count to make to Round 16 and Portugal, on the other hand, needs to beat Ghana to a great goal proportions.

Would they make it? I suggest we just need to wait and enjoy the game.

So how this would affect the Belgium chances in this tournament?

The first scene is, if the USA wins or draw against Germany, they might end up as Runner-up of Group G so that Belgium will meet them. USA’s campaigns so far seem promising, thanks to the tactical mastered by Jurgen Klinsmann.

However, Belgium still has several good points to win over them and going to Quarterfinal stage. The attacking should be more critical and creative. It might be to bench Lukaku and bring over Origi in the first eleven.

The second scene is, Germany might end up as Runner-up of Group G. This would be critical to Belgium, only if we analyse the goals scored so far by Germany team. They are the third in the highest scoring team after Netherland and France with total 6 goals for.

Compare to Belgium, yes, undoubtedly my favourite team shows a less passionate in goal scorers.

Whether it was Germany or the USA or even Portugal and might be Ghana too, the Belgium has no reason for knocking out from the tournament.

They might need to realise one or two things, which would help them, as I suggested promoting Januzaj into the pitch for more clever and creative gameplay.

Mirallas and Mertens were excellent so far, so the idea to introduce Janujaz into the pitch in Round 3 should be a good chance for Coach Marc to liberalise the options of flank and wings. I hope Janujaz get featured in the last game of Group H.

Our defence right has now been unquestionable. Kompany and the lads did a very good job so far. Just need to keep the performance lasting as the target is not just going into Round 16, however, far from that.

Talking about our attacking options, we have everything but a striker. Lukaku seems disappears during his last 115 minutes on the pitch.

I am not sure what was the problem surrounding him, for the record, he never got any injury issue. He needs to work out more and more to get used to the team’s tactical.

Nevertheless, so by far of the tournament, I can say the glimpse of Origi, would stamping something incredible for the team if given more chance to the pitch by Coach Marc.

I just hope Belgium in the Round 3 and beyond playing more offensively and putting a bigger statistic on shooting rate and passing completion.

Wednesday, June 18, 2014

The Right to Ask

Yesterday I went to a forum about MH370, our long missing aeroplane organised by REFSA. Before I went to KLSCAH to attend the forum, I read some responses from public on Twitter and Facebook about the forum, mostly condemning the organiser for not tabling any aviation specialist in the list of the panels.

On the instant, this argument sounds entirely legitimate. Plus, myself also asking, why they weren't trying to table someone who has credentials to talk about this issue, instead just inviting a politician and a lawyer.

Yes, it succeeds to assign some scepticism on the forum and the intention of REFSA for organising this event.

I kept my sceptic deep in my heart and attending the forum instead. The forum succeeding, through my observation, it was full house yesterday. Some additional chairs added in front near to panellist to accommodate the public.

For me, most of the good parts coming from Tommy Thomas, which is most of his questions in the way of the authority handling the issues was definitely acceptable and MUST be asking start from the beginning.

This is what I felt, and when he goes explaining his arguments for each of the raise questions, I never felt better before about the distress on the issue.

I will try to enlist all the questions arose by all panellists and putting here, and right now I still collect those questions. Once I got the full list, I will put it here.

My point to writing this article promptly isn’t about condemning the forum or making a remark on yesterday event. What my intention tries to do is to validate my own right to ask the government, the authority of the MH370 investigation starts from the beginning.

As for all of us knew, start the first day of tragedy, media and everyone says to respect the authority, let them do their work, stay calm and waiting for the press conferences every day at 5.30 PM by Hishamuddin Tun Hussien, and never questioning about the government transparency on this issue.

Really? Indeed, we don’t need to ask a damn single question about them?

Is that a right move, as you and me, as we are the citizens of this beloved country, as the MH370 was carried our flagship air carrier name – MAS?

Did you really think you don’t need to ask all about the distresses happened around the issue?

Did you really believe that you have no right to ask about all of these?

The forum went smoothly as it planned, only broke its rigidness once the questions open to the floor. Yesterday, I met a best friend to Captain Zahari, and he did share some of his thoughts on the forum.

Literally, he agreed that the forum like this need to continue as the MH370 start to forget by the public.

The good point comes from an ex-employer of MAS, according to him, 14 years experiences with this national carrier. He points some misjudgements made by panellist about the facts, for me that was OK, since it was an open forum and you have everything on your right to questing others facts.

The interesting part was when he questioning the media and public who never care to do homework on how the aviation world working and always making the blunder when publishing news.

His biggest remark was of the cargo mystery, as we were told it was about 2 tonnes, of unidentified cargo in the manifest issued en route to Beijing along with 237 passengers.

What’s this? What’s the game of all of this try to play with?

The ex-MAS says it was never a chance for all of the parties playing in this game can hide the truth about the cargo manifest unless the two sides actually handshake behind the door. According to him, the cargo manifest and the passengers too, both of the countries – Malaysia and China – have the complete database.

He asks, if the Malaysia authority said everything was a mystery in the cargo manifest, why don’t we ask China for the same question, as the legitimate reason is China, as a receiver SHOULD and MUST know everything inside and outside the MH370 before the flight starts the engine!

Because, my dear reader, it was a public aviation law.

OK, let us get back to my main point, about the right to ask. We, as citizens, have everything in our right to ask the government. The forum too, never, ever “can’t be organised” if there is no a single aviation specialist in the panellist.

What’s wrong with asking the thing we want to know?

What’s wrong to live up the discussion about MH370?

You know what, the utmost wrongdoing here is, the SILENCE of the government about the issue and till now they hesitate to establish a royal commission of inquiry or at least, as Lim Kit Siang says, a white paper in parliament on the MH370 incident.

Yes, we need to ask this. And it never wrong, ever, to ask.

Actually, I want to write more; however, I need to watch World Cup Netherland against Australia. It is about 20 minutes before the game now. Just stop reading here, but please, don’t stop thinking all of the questions arose here.

Tuesday, June 17, 2014

Bola Sepak, Politik dan Masa Depan Sabah & Sarawak (Bahagian 1)

Mengambil semangat Piala Dunia, boleh dikatakan segala-galanya kini seolah-olah berputar sekeliling bola sepak. Bermula daripada iklan di kaca televisyen sehinggalah kepada aturan hidup ketika berlangsungnya Piala Dunia berubah mengikut rentak bola sepak. Malah, tidak mustahil dalam perbahasan Parlimen turut akan terpacul cerita tentang Piala Dunia.

Dalam siri 2010, ketika Afrika Selatan dan pasukan bertanding sibuk dengan persiapan Piala Dunia, Malaysia turut tidak ketinggalan terkena tempiasnya dengan isu lesen judi yang diberikan oleh Najib Razak kepada syarikat kroni Umno-BN Berjaya Groups.

Jadi untuk mengaitkan bola sepak dan politik adalah wajar. Malah untuk membincangkan pergelutan yang berlaku dalam dunia bola sepak tidak akan terlepas daripada keperluan membincangkan peranan politik yang membentuk persekitaran begitu. Kisah Malaysia tidak ke Piala Dunia pun, kalau tidak keseluruhan, maka hampir separuh peratusan faktor kegagalan itu terletak pada kebodohan sesetengah pihak yang tidak pandai membezakan politik dan semangat kesukanan.

Kita tinggalkan dahulu persoalan mengenai kegagalan FAM memacu Malaysia ke Piala Dunia untuk memberi ruang kepada perbincangan yang lebih besar.

El Clásico medan pertembungan politik dan bola sepak


Bagi seluruh peminat bola sepak, istilah El Clásico sudah pasti tidak asing pada pendengaran mereka. Saban tahun peminat bola sepak akan tertunggu-tunggu dua kelab gergasi Sepanyol Real Madrid dan Barcelona berentap. Pertembungan mereka turun-temurun dinamakan El Clásico dan dinobatkan ramai sebagai perlawanan terbesar dalam sejarah bola sepak.

Gahnya El Clásico sehinggakan rating penontonnya menyaingi rapat rating penonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah. Cerita mengenai gah El Clásico dalam dunia bole sepak tidak dapat lari daripada hakikat yang menyebabkan perlawanan itu menjadi begitu hangat, iaitu desakan dan pengaruh politik yang begitu membuak di sebalik sejarah.

Sesiapa yang pernah membaca sejarah permusuhan antara Real Madrid dan Barcelona, pasti sedar bahawa kedua-dua kelab tersebut mewakili sentimen nasionalis masing-masing – dua sentimen nasionalis yang cuba disatukan atas nama sebuah negara Sepanyol – iaitu Barcelona yang mewakili nasionalis Catalonia (Catalan) dan Real Madrid mewakili nasionalis Sepanyol (Spanish).

Dalam sejarah pembentukan kerajaan Sepanyol, Catalonia mula menjadi sebahagian Sepanyol sejak 1714. Catalonia mula dinaungi Sepanyol selepas perang berdarah yang meninggalkan Catalonia lemah tanpa sebarang kuasa politik yang berpengaruh lagi. Penaungan yang membentuk kerajaan Sepanyol itu disertai dengan janji politik, yang menjamin pembahagian sama rata kekayaan antara semua negeri yang dinaungi.

Walaupun pertembungan secara fizikal tamat, sejarah mengenai pertembungan sentimen antara dua puak nasionalis terbesar ini tidak pernah surut. Sehinggalah kini, pertembungan itu jelas terpampang dicoret melalui El Clásico, perlawanan bola sepak antara Barcelona yang mewakili bangsa Catalan dan Real Madrid yang mewakili bangsa Sepanyol. Mungkin persoalan yang perlu diteliti bukanlah soal pertembungan bola sepak itu sangat, tetapi yang harus difikirkan ialah mengapa setelah ratusan tahun pembentukan kerajaan Sepanyol, pertembungan bersifat politik nasionalisme ini masih belum dapat diatasi.

Jelas sekali, bangsa Catalan tidak pernah berpuas hati dengan layanan kerajaan Sepanyol terhadap mereka. Banyak janji politik ketika mereka bersetuju untuk berkongsi nasib dengan Sepanyol telah dikhianati secara terang-terangan – bermula daripada usaha tersembunyi pembasmian sedikit demi sedikit budaya bangsa mereka dan bahasa Catalan dalam tempoh tiga abad kemudiannya, sehinggalah kini ke peringkat pembahagian kekayaan negara yang berat sebelah, walaupun Catalonia secara puratanya menyumbang 21% kepada pertumbuhan KDNK tahunan Sepanyol.

Secara demografi, bangsa Catalan mewakili 16% dari keseluruhan populasi rakyat Sepanyol. Namun apa yang mereka terima jauh lebih kecil berbanding apa yang telah mereka sumbangkan kepada Sepanyol melalui hasil bumi, penghasilan tenaga, modal insan dan sebagainya.

Sumbangan mereka penting untuk sosioekonomi negara, tetapi dipandang enteng oleh kerajaan Sepanyol sehinggalah ketidakpuasan hati terhadap ketidakadilan menyebabkan bangsa Catalonia bangkit – bukan hanya diterjemahkan melalui Barcelona membelasah Real Madrid 5-0 dalam El Clásico, tetapi turun ke jalanan membentuk gerakan massa menyatakan hasrat mereka untuk berpisah atau merdeka daripada naungan kerajaan Sepanyol.

Pada tahun 2010, lebih sejuta penduduk Catalonia berdemonstrasi menuntut kemerdekaan. Tahun-tahun berikutnya, jumlah para demonstran bertambah sehingga mencecah 2 juta orang yang semuanya bergerak atas semangat untuk menuntut pembebasan daripada naungan Sepanyol dan memerintah Catalonia secara merdeka.

Mereka berbuat begitu atas alasan yang begitu banyak dan sudah lama terpendam akibat ketidakadilan yang ditunjukkan oleh kerajaan Sepanyol. Mereka mahukan kuasa penuh untuk menentukan sendiri hala tuju rakyat Catalonia yang berjumlah 7 juta itu dan nasib negara mereka.

Jelas di sini, faktor yang memainkan peranan kepada pergelutan ini adalah ketidakadilan dalam tata tadbir sosio-ekonomi dan politik oleh pihak kerajaan Sepanyol. Mereka bekerja keras tetapi imbalan yang mereka dapat begitu sedikit, langsung tidak berbaloi.

“Stand up if you hate the English!”


Jauh di utara Sepanyol, Scotland turut berdepan dengan dilema yang sama. September ini, kurang dari 100 hari lagi, penduduk Scotland akan membuat kutipan suara bagi menentukan sama ada Scotland akan terus berada di bawah naungan United Kingdom atau merdeka sebagai sebuah negara.

Sebelum menyorot lebih jauh kisah perjalanan menuntut kemerdekaan Scotland, mari kita soroti persaingan antara bangsa Scottish dan Inggeris. United Kingdom digunakan sebagai subjek di sini lantaran England sering kali dianggap sebagai UK dan begitulah sebaliknya, biarpun hakikatnya dalam UK itu turut terdiri bangsa Welsh.

Seperti Catalonia yang mula dinaungi sejak tiga abad yang lalu, Scotland juga begitu. Mereka mula menjadi sebahagian daripada UK sedikit lebih awal daripada Catalonia, iaitu pada tahun 1707.

Semenjak tarikh penyatuan tersebut, Scotland berkongsi segala-galanya dengan kerajaan UK, kecuali sistem perundangannya.

Scotland kaya dengan hasil bumi yang tiada pada bumi England, iaitu minyak dan gas. Peratus sumbangan hasil bumi Scotland terhadap ekonomi UK adalah besar. Namun begitu, Scotland berdepan dengan keadaan sama seperti Catalonia.

Scotland berkongsi kekayaan dengan UK, namun imbalan yang mereka dapat sama sekali tidak setimpal. Kesannya, dalam tempoh 20 tahun terakhir kadar kemiskinan di Scotland begitu tinggi berbanding lain-lain wilayah dalam naungan UK. Perangkaan yang dikeluarkan menunjukkan bahawa 1 daripada 5 kanak-kanak Scottish hidup dalam kemiskinan, menyebabkan mereka tidak mampu mendapat akses kepada pendidikan dan kesihatan yang sewajarnya.

Salah satu kajian berkenaan kesan ekonomi terhadap Scotland jika mereka memilih untuk merdeka daripada naungan UK menunjukkan negara itu berpotensi menjadi antara negara terkaya di dunia justeru kepelbagaian sumber hasil bumi dan tenaga yang mereka ada.

Selain minyak dan gas, Scotland mempunyai kuasa penghasilan tenaga melalui angin dan ombak yang bernilai 1 trilion Pound. Nilai dagangan antara negara itu dengan USA pula mencecah 3.6 billion Pound. Itu belum lagi dikira nilai dagangan mereka melalui eksport makanan, teknologi digital dan utiliti yang mencecah nilai 100 billion Pound.

Ekonomi mereka seharusnya makmur jika dibahagikan secara adil oleh kerajaan yang berpusat di Kota London. Kesan daripada ketidakadilan ini, bangsa Scottish mula menunjukkan sentimen mereka di padang bola. Perkara itu boleh dilihat secara jelas apabila England dan Scotland bertemu dalam mana-mana perlawanan bola sepak, antaranya menerusi sorakan terkenal bangsa Scottish terhadap bangsa Inggeris, iaitu “Stand up if you hate the English!” yang bertujuan menaikkan moral mereka dan memalukan penyokong England.

Nyata sekali lagi, bola sepak tidak mampu berpisah daripada realiti politik semasa. Di Sepanyol, El Clásico menjadi medan pertembungan sentimen nasionalisme ini; di UK, pertembungan boleh dilihat pada reaksi bangsa Scottish dan Inggeris ketika skuad masing-masing bertembung di padang bola.

Persoalan yang mahu dibangkitkan di sini, mengapa idea pembebasan dari naungan atau kemerdekaan ini semakin membuak dan tidak dapat ditahan lagi?

Berdasarkan kedua-dua kes ini, jelas bahawa kekecewaan lantaran janji politik yang dimungkiri, ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan negara antara negeri naungan, kemiskinan dan jurang pendapatan yang semakin melebar, faedah dan manfaat yang tidak dikongsi secara adil, ketidakupayaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang bermutu, serta ketidakprihatin pihak pemerintah, menyebabkan rasa tidak puas hati dan tertindas semakin menebal.

Akhirnya, ketidakpuasan ini membawa kepada gerakan massa yang tidak dapat dibendung lagi, apatahlagi apabila sentimen ini setiap masa di pupuk di padang bola.

Masa depan Sabah & Sarawak


Menyoroti kisah di dua negara tersebut menyuntik rasa bimbang terhadap masa depan Sabah dan Sarawak bersama Malaysia – sebuah gagasan besar Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Al-Haj yang berjaya direalisasikan.

Keadaan Sabah dan Sarawak kini tidak ubah sepertimana yang dihadapi oleh bangsa Catalan dan Scottish. Kebimbangan ini amat berasas, itu pun jika pemerintah dan para politikus sekarang mahu mengambil pengajaran dari kisah bangsa Catalan dan Scottish.

Perbincangan mengenai masa depan Sabah dan Sarawak serta hubung kaitnya dengan dua kajian kes di atas akan disambung dalam Bahagian 2 penulisan ini. Namun begitu, sebelum menutup kasus ini, beberapa persoalan perlu difikirkan oleh pembaca.

Pertama, adakah Sabah dan Sarawak menerima layanan yang adil daripada Putrajaya dan, kedua, mungkinkah kisah pertembungan dan tuntutan kemerdekaan di bumi UK dan Sepanyol akan terjadi di tanahair ini kelak?

Seterusnya: Bola Sepak, Politik dan Masa Depan Sabah & Sarawak (Bahagian 2)

-------
Artikel ini disiarkan oleh RoketKini.com pada 17 Jun 2014

Saturday, June 14, 2014

An Inconvenient Truth: The Planetary Emergency of Global Warming by Al Gore



An Inconvenient Truth is a 2006 Academy Award-winning documentary film directed by Davis Guggenheim about former United States Vice President +Al Gore's campaign to educate citizens about global warming via a comprehensive slide show that, by his own estimate made in the film, he has given more than a thousand times.

Since the film’s release, An Inconvenient Truth has been credited for raising international public awareness of climate change and reenergizing the environmental movement. The documentary has also been included in science curricula in schools around the world, which has spurred some controversy.

DISCLAIMER: I'm uploading this video just for the sole educational purpose and I'm not making any money out of this. If you got money, please, do buy the original copy. Al Gore and teams invested lots of their time, effort and money in making this film. Let us reward them fittingly—if you able to do so. Remember, good journalism is not free. I'm not in moral position to talk about this since I, myself downloading it from Torrents. I just hope one day I will be rich enough to buy the original one.

UPDATE: 28 May 2016

Thursday, June 12, 2014

Bernafaskah Demokrasi di Dunia Internet?

Membaca komentar Pengarah Hal Ehwal Politik Allianz SE, Katinka Barysch mengenai kebuntuan dunia internet untuk menyediakan lapangan demokrasi yang sihat kepada penggunanya begitu membuka minda untuk berfikir sejenak.

Bagi para marhaen yang optimis internet merupakan jalur kepada mereka untuk menyuarakan hasrat nurani dan membebaskan mereka dari sebarang cengkaman pihak pemerintah, ujar Katinka, wajar untuk mengkoreksi semula optimisme mereka.

Sebelum kita melompat jauh ke dalam perbincangan ini, lagi elok untuk kita memahami konteks dunia internet di Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh International Telecommunication Union (ITU), Malaysia menduduki tangga keempat dari 180 buah negara dalam peratusan jumlah penduduk yang menggunakan internet dari keseluruhan populasi, iaitu 13.4%.

Angka penduduk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan populasi pada tahun 2010 berjumlah 28.3 juta orang. Jika ditimbang secara kasar, kira-kira 4 juta rakyat Malaysia mempunyai sambungan internet, tidak kira sama ada melalui telefon bimbit, Wi-Fi di rumah dan sebagainya.

4 juta merupakan angka yang besar untuk negara ini, maka tidak hairanlah laporan mengatakan Malaysia berada di tangga keempat dunia bagi penggunaan digital. Jika disukat mengikut sisi tesis ini, sewajarnya Malaysia jauh lebih terkehadapan dari sudut kematangan demokrasinya, sejajar dengan terbuka nya minda rakyat Malaysia terhadap dunia maklumat dan kebebasan untuk bersuara yang lebih dijamin oleh Facebook berbanding Utusan Melayu. Itu pun jika kita melihat dari sudut optimisnya marhaen yang mengharapkan internet menawarkan sesuatu yang tiada di dunia luar.

Namun benarkah begitu realitinya ketika ini?

Freedom House – sebuah badan bebas yang menjalankan kajian mengenai kebebasan internet dan media – melaporkan, Malaysia masih dikategorikan sebagai negara separa bebas bagi penggunaan internet. Kita memuji langkah kerajaan yang mahukan rakyatnya terdedah dengan dunia internet, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu rakyat negara ini terdedah dengan maklumat.

Internet merupakan alat, jika internet kerjanya sekadar untuk permainan atas talian maka akan lahirnya sekumpulan badut-badut yang diikat tengkuknya dengan rantai oleh tuan mereka.

Kadang kala marhaen terbuai dengan keupayaan internet untuk menumbangkan rejim, mengambil contoh Tunisia apabila Mohamed Bouazizi membakar dirinya yang tidak tahan dengan kerenah birokrasi dan rasuah dalam kalangan polis di bandarnya, yang akhirnya mencetuskan sebuah revolusi menggulingkan rejim Zine El Abidine Ben Ali pada tahun 2011. Berita Bouazizi disebarkan secara viral oleh Facebook dan Twitter, mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat yang sudah sekian lama tertindas.

Dan begitulah yang tertulis dalam sejarah pada semua kebangkitan yang berlaku di Tanah Arab, termasuklah juga di Brazil, Sepanyol dan malah baru-baru ini di Ukraine. Tidak dinafikan itulah sumbangan internet pada nilai harga diri manusia yang bebas, yang mahukan suara mereka didengari, menjadikan internet wadah utama. Di internet juga, segala penyusunan strategi mobilasi rakyat dilakukan. Di internet juga, didedahkan segala dokumen rasuah dan maklumat hasil salah guna kuasa oleh pihak pemerintah. Tidak dinafikan itu semua.

Namun begitu, menjengah 2014, internet bukan lagi begitu sifatnya. Kerajaan pemerintah bijak, sebagaimana bijaknya rakyat mereka memanfaatkan internet untuk menjatuhkan mereka. Tahun lepas Edward Snowden menjadi buruan pihak Amerika apabila beliau mendedahkan rancangan pihak Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) melalui program rahsia mereka yang disebut sebagai PRISM, sebuah program pemantauan global – ya mereka memantau melalui jaringan internet – yang akan menginjak segala ruang privasi setiap individu dan kerajaan dengan mudahnya mengutip segala maklumat peribadi tanpa kebenaran tuan miliknya. Jika kita membicarakan hal ini dari sudut hak asasi manusia dan kebebasan individu, sudah tentu perbahasannya akan menjadi panjang lebar.

Itu satu contoh yang jelas untuk pembaca menilai konteks perbincangan mengenai demokrasi dalam dunia internet. Kisah di Amerika menjadi ikutan banyak negara, tidak mustahil Malaysia turut merancang, atau sudah pun ada program sedemikian untuk mengawal dan mengehadkan pengaruh kebangkitan melalui saluran internet.

Contoh di Ukraine sekarang, mereka tidaklah menyekat internet tetapi para algojo di sana mengupah sekumpulan tentera atas talian yang tugas mereka semata-mata untuk mengacau sebarang perbincangan mengenai isu semasa di forum-forum atas talian. Ini tetap juga dinamakan strategi kerajaan untuk mengawal internet.

Sebetulnya perlu disebut, kerajaan cuba untuk mengawal demokrasi daripada diulang latih oleh rakyat mereka. Jangan dilupakan, kita di Malaysia punya Akta Hasutan, juga tugasnya untuk mengawal rakyat bersuara menggunakan saluran internet.

Itu soal kerajaan yang menyekat, pada satu sisi. Jika dibuat pemerhatian mendalam lagi, hakikatnya rakyat sendiri, secara tidak langsung yang cuba membunuh demokrasi dalam dunia internet. Mengambil contoh ruangan komen di setiap portal berita tempatan, umpamanya Malaysiakini, satu persoalan tuntas yang akan terpacul ialah, ke mana semua perbincangan yang bersifat sebegini mahu dibawa?

Terdapat sekelompok besar pengguna internet di Malaysia menunjukkan obsesi yang ketara dalam hal kepolitikan. Secara rambang, bagus bunyinya, namun setakat mana bagusnya itu, kita tidak menemui jawapan dalam segala komentar Facebook dan forum dan ulasan-ulasan mengenai politik di Malaysia.

Mari kita jengah demografi di Twitter pula. Sekitar Februari 2014, Malaysia mempunyai kira-kira 3.5 juta pengguna Twitter, dan hampir sejuta yang berstatus aktif. Sesiapa yang sering mengikuti bahagian topik yang menjadi trending dalam kalangan pengguna di Malaysia, jarang sekali isu kenegaraan mendapat tempat sepuluh teratas.

Hakikatnya, seperti yang diakui ramai ini bukanlah masalah yang dihadapi oleh Malaysia berseorangan. Negara lain juga begitu. Jika awal tahun 2011, internet seolah-olah satu senjata baru untuk menjatuhkan rejim, kini tahun 2014 internet menunjukkan penggunanya makin lesu tidak bermaya. Begitu banyak forum di Facebook, yang tujuan asalnya diwujudkan untuk membincangkan soal kenegaraan, akhirnya bertukar menjadi pusat pengiklanan insurans dan kereta terpakai.

Kesan terburuk yang boleh dilihat, rupa dunia internet sebegini cuma akan mengundang rasa meluat dalam kalangan ramai pengguna dan akhirnya, mereka mengambil jalan mudah untuk bersikap tidak mengambil tahu langsung. Dan akhirnya, inilah nasib demokrasi dalam dunia internet.

Sepatutnya, demokrasi fungsinya menganjurkan satu medan yang memberi peluang kepada semua untuk bersuara secara sihat, membebaskan manusia dari cengkaman pemerintah di dunia luar, namun, dek keceluparan kelompok obsesi – atau ekstrem – tidak dinafikan membunuh demokrasi yang sepatutnya hidup subur.

Jika kita memberi harapan pada internet semata-mata untuk membina persekitaran politik yang lebih baik, lebih baik lupakan hasrat tersebut. Optimis adalah sifat yang terpuji, namun jika ekstrem optimisnya pada keupayaan internet untuk membina sesuatu kepada negara ini, ada sesuatu yang tidak kena dalam pemahaman kita.

Dunia internet juga tidak lain adalah sama sebenarnya dengan dunia luar internet. Perlu diinsafi, tiada kebebasan mutlak, dalam atau luar dunia internet. Manusia hidup di dunia luar perlu dikawal, tidak dapat tidak dunia internet juga memerlukan kawalan sebegitu, yang padanya memberi maksud, demokrasi di dunia internet harus mekar sebagaimana berkehendak nya kita pada kemekaran demokrasi di dunia luar.

Politik yang sihat tidak wujud dengan bersungguh nya kita memuat naik status mengenai peletakan jawatan Mat Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Demokrasi tidak akan subur dengan hanya berkongsi video Rosmah Mansur menari dangdut di majlis hari raya.

Mengeksploitasi gambar-gambar selfie Najib Razak dijadikan meme sebagai bahan jenaka tidak akan mampu menumbangkan sebuah rejim. Bersikap berkecuali dan menyalahkan pihak lain tidak berkesudahan juga tidak akan mengubah apa-apa landskap politik negara ini.

Hakikatnya, jika para pengguna internet sekadar pada paras begini cara mereka bersikap ketika berada dalam dunia internet, tidak hairanlah mengapa hampir setiap hari topik trending di Twitter hanya seputar sambutan hari lahir penyanyi K-Pop.

Menjawab persoalan perbincangan ini, Katinka berpendapat, tidak dapat tidak gerakan politik yang begitu mahukan medan demokrasi yang segar, harus sedar bahawa pembinaan kepolitikan itu tidak boleh mengharapkan internet semata-mata, dan menuntut agar kerajaan membebaskan internet dari kawalan itu merupakan angan-angan Mat Jenin.

Mereka harus lebih realistik, bagi Katinka, dengan turun menyertai protes-protes jalanan, berkempen untuk peningkatan jumlah keahlian dalam parti politik dan memainkan peranan masing-masing untuk meningkatkan lagi peratusan keluar mengundi setiap kali pilihan raya.

Hanya dengan cara demikian, menggabungkan dunia internet dan strategi traditional, barulah cita-cita untuk melihat demokrasi terus bernyawa dalam dunia internet termakbul, bahkan di dunia luar. Demikianlah, untuk berpolitik itu, tidak cukup hanya di Facebook. Politik masih perlu menginjakkan tapak kakinya di tanah jua.

-------
Artikel ini telah disiarkan oleh RoketKini.com pada 12 Jun 2014.

Help Me to Attend SABF in Argentina

Start last year I’m making exponential, positive shift in my life - and eventually in the lives of the communities I care about.

As I got full support from the university, I attending Global Entrepreneurship Congress 2013 at Rio de Janeiro. It was my first ever experience in the entrepreneurial world. There I met a lot of inspiring entrepreneurs and help spark my inner passion – to have my own startup in future – and I knew right away that it was kind of thing I need to pursue in my life.


The picture above, a meeting with the founder of TechStars, Brad Feld, and 2 young Brazilian entrepreneurs, Ryo and Pedro - both are President and Vice President of Brasil Júnior.

After then, I was accepted to join Global Startup Youth (GSY) in my own country organised by StartupMalaysia.org in conjunction with 4th Global Entrepreneurship Summit.


My team is the rock at GSY! We are having fun in front Twin Towers.

During GSY, I involved directly in apps development world and playing around with coding and programming languages, something I never imagined before since I was studying engineering at university, to say the least, it changed my trajectory. Yes, you can read my story on GSY here, http://bit.ly/GSY-Tajuddin.

The experience of spending my days with a group of enthusiasts for a cause I care deeply about – the wildlife conservation and animals trafficking – made a profound impact on me. I found myself hungry for more. I need more experiences and exposures outside my own country. If my time in Brazil sparking my inner passion for entrepreneurship, GSY helps to shape my passion in a right way. GSY make me believe in entrepreneurship and social innovation to solve problems in the world.

I want to become a successful entrepreneur, with the aspiration of doing and supporting entrepreneurial efforts for the communities I care about to build flourish and enchanted startup ecosystem in Malaysia. I believe in entrepreneurship and social innovation to solve the human problem, as myself have faith by doing this it will be the only inter-generation tool which connecting the legacy of great inventors hundred years ago with concurrent and the next. Thus, I need to find something for fulfilling it.

So came the South American Business Forum (SABF), the only international student-run business conference in South America on very August. Every year 100 finest students from all over the world brought together by 40 prominent international leaders from different areas to discuss social and political current issues, developing ideas and possible solutions, encourage dialogue between future and present leaders, and hence generate ideas that may contribute directly to sustainable development.

Fortunately, I was among the selected 100 – the glorious opportunity where I will be in the position to share the concerns on topics discussed and to indulge in the deep colloquy with all great young minds in a discursive community, and diverging my perspectives onwards with multi-layered thinkers. With all of these, I will have the opportunity to make invaluable life enhancements.

Unfortunately, the SABF organisation cannot provide financial aid to cover my travel expenses to and from Argentina, (though the accommodation expenses are covered entirely). The cost of airfare Malaysia – Argentina exceeds what I have to my name, which is why I’ve turned to GoFundMe for help.

Yes, I setup my own GoFundMe's page for the crowd-funding purpose. You can reach it here, Help Me to Attend SABF in Argentina.

It will be around $3000 for the return ticket.

As you can imagine this is a tremendous opportunity for me and a big step towards fulfilling my dream. It really is the experience of a lifetime. It would be an honour for me to be able to participate in this event representing my country – Malaysia.

I genuinely believe in the importance of these kinds of events, and that is why I am making my greatest effort to be in Argentina this coming August.

I would like to know if it would be possible for you to help me raise a fund aid for the airfare. If you can donate any amount - $5 or more - all of it will go towards bringing my dream closer.

Thank you.

Note: Should you need more information about the South American Business Forum (SABF), please do not hesitate to contact the Student Relations Department Representative, Sol Torrandel (sol.torrandel@sabf.org.ar). You can also find more information on their official website www.sabf.org.ar.

Tuesday, June 10, 2014

Why Belgium Will Win World Cup 2014?

Well, I cross my finger to confirm almost everyone who watches upcoming World Cup 2014 at Brazil believe the glory will seize safely by Brazil on July 13 at Maracanã. Someone says I read somewhere on the Internet, the Brazil was one hand already on the cup.

That still not count on Spain, the current champion of the last series at Africa. Or Argentina with Messi or Portugal with Cristiano. Or Netherland at least. France? I have little doubt about them.

Yes, those I mentioned was former champions. They got plenty star players, or I should say world-class footballers in the team. Their historical narratives in World Cup series was never unglorified with the successes, legendary, tears, sweats and medals. That was theirs.

Here, another team I will go unclassified their secret. The Belgium.

The Belgium roaming endlessly in World Cup until this series, they succeed to consecutively participate in the competition, just the luck never on their side till then. However, this year their story – as I strongly anticipate – will be entirely different.

To say Belgium never got qualities before, that was an understatement. Nevertheless, we know the Rio will offer something for the Red Devils. Why?

They Go By the Name of Red Devils


They got the great history of everything. The notable victories over reigning world champions that are 2–0 against West Germany in 1954, 5–1 against Brazil in 1963, 1–0 against Argentina in 1982 and 2–1 against France in 2002 was the unbeatable record so far. Why they were able to do that?

Simple. They are Red Devils. Who can beat the devil? Who? Enlighten me, please!

Am I exaggerating? No, because of they are completely doable to do so. In football, is that impossible? NO! So does them!

They Are a Complete Team


In the final selection to Brazil, start from goalkeeper to the upfront man, they are complete. They are a dream team, whoever dream to played for. They got Thibaut Courtois, hey, who didn’t recognise this young keeper chased by thousands of European clubs next season?

They got Kompany, the tough guy at the backline of Manchester City who helped his club to regain the league title in England. Plus, he was accompanied by Vermaelen, the shining fullback armour from The FA Cup winner’s Arsenal!

The speedy Hazard, the ginger De Bruyne, the alfro brothers Fellaini and Witsel, and do I need to list all those great midfielders in this team? Yes, they got enough quality to beat Brazil to death, or to embarrass the tiki-taka Spain. I still not mentioning about the rising star, the Januzaj.

In the upfront, Lukaku has everything to make the Belgium’s scoreboard never going to be nil at the end of each game. Others, yes absolutely they are important, and they will form a complete team at Brazil undoubtedly.

With all those players, do you think Spain would be able to beat them? I don't believe so.

They Are Comparatively Young


According to FOX, the average age of the Red Devils is 25. WOW, I am sure now the ageing Spain and Netherland, and the reckless Brazil would tremble tremendously if they happen to meet Belgium after the group stage.

To say they are not experienced enough to claim the glory, which was not truly a right thesis; they already form a synthesis by proven their record of accomplishment in the European leagues.

For instance, Courtois help Atletico Madrid went through Champions League to the final in Lisbon. Hazard did a great job at Chelsea. Please count the goals and assists by De Bruyne during his time at Chelsea and Wolfsburg last season.

Also, do not forget to count the goals by Lukaku too. The Januzaj at Manchester United cannot be underestimated at all.

Yes, they are young; however, they are worthiness-ly proven.

Their Defence Is Untouchable


I already explain this up there. Go run and re-read.

Their Middle Mans Are Kind of Wizard


Also, please re-read what I had explained up there. Anyway, the Januzaj itself would be a wizard during the time at Brazil. Let watch this young’s debut for Belgium.



Got any comment?

They Are in Group H


Group H supposed to give no problem to the Red Devils. The Algeria, the Russia and the South Korea. What should I anticipate from all these games with Belgium, except the Red Devils won all the games and proudly finish at the top of the Group H.

According to FIFA, Belgium is the most experienced thanks to their 11 previous campaigns, even if they have not taken part in Korea/Japan 2002.
They got a bit tricky, as what mentioning by Kompany in his Twitter, however, since my higher expectation of the backline of the Red Devils, the scoreboard would be like this; 3-0 against Algeria, 1–0 against Russia and 2–0 against South Korea. Not a single goal conceded? YES!

They Got Marc Wilmots


Since he took charge of Belgium, he only lost in 4 games from the total 19. They lost no a single game in the qualifications! Compare to Roy Hodgson of England, OK, I hope no one here tries to do so. Please, I am dead serious my dear reader!

Marc also won every recent friendly game in the Road to Brazil program. These for sure would boost the Red Devils to produce a devilish performance at Brazil. Are all these reasons still not enough to prove my prediction about the Red Devils? OK, how about this one?

They Got Royal Blessing


Gotcha!



To all the fans of other teams, I wish you a very good luck and please pray hard for your team to not be scheduled to meet with this devilishly unbeatable Red Devils.

As the only reason is, this 2014 World Cup only has one winner and the winner is BELGIUM!

Monday, June 9, 2014

Roland Garros for The Lefty

The Lefty rules the world!

For instance, I never a fan of Rafael Nadal. As long as I remember, Roger Federer always be my choice in tennis. I am not entirely sure why Federer always gets mine before, except I tend to watch over and over again the same people won the game and making the record hard to break by the newcomer.

Anyway, this Roland Garros changes my way on tennis. I felt a bit depressed after Ferrer beat Federer, for the record at that moment I still hope Federer would reign as the champion at Roland Garros this year.

After Federer lost his way, I still watch the games till the one between Ferrer and Nadal. Seriously, that game changes my perception on The Lefty completely.

The fact is, if I am not mistaken, Nadal was the only lefty tennis player. It only makes him just an impressive player after all. The way he returns the served ball using the left hand, I can say, is superb and in his own class.

One of my friends lamenting him as a predictable player. He says Nadal was easily predicted on how he return the ball and which direction would he took. Alas, tonight Nadal proved my friend was terribly wrong!

Nevertheless, we should not forget how Djokovic continuously made a series of unforced errors throughout the game. Yet we knew these surely gave advantages to Nadal, plus he already claimed as the King of Clay.

To make mistakes at Roland Garros when you have The Lefty as your opponent is unacceptable if you ever dream to be crowned as champion there. Another obvious turning point in this game is the deuce. It always is a booby trap to Djokovic.

The last time I checked, Djokovic failed in all deuces in this game. See, how many points drops to The Lefty just drags the game into the deuces.

For all those great displays and courage, The Lefty crowned for the 9th title of Roland Garros. Congratulation!

The Lefty now only 3 Grand Slam titles behind Federer and only need another 4 more titles to become the all-time successful tennis player. Like I said earlier, I love to see the champion retain and regain the titles as it would make the newcomer tried damn hard to break the record.

Why I choose to support The Lefty? Yes, I will continuously explain in upcoming articles time by time. Carpe Diem!