Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Memperingati 4 Tahun Pemergian Aminulrasyid Amzah

Sabtu yang lepas, 26 April genap 4 tahun pemergian Aminulrasyid Amzah. Moga roh beliau aman dan tenang di sana. 4 tahun sesudah pemergian arwah, kes ini masih belum mendapat keadilan yang sewajarnya. Malah tidak mustahil jika rakyat Malaysia yang menangisi pemergian arwah dan mencela kekejaman polis pun sudah makin melupai kes ini.

Dalam tempoh 4 tahun, keluarga mangsa terpaksa berdepan ujian ini bersendirian, walaupun ada pihak yang cuba membantu namun kegagalan institusi perundangan yang sewajibnya menjalankan tugas menegakkan keadilan tidak berfungsi dengan sebaiknya, maka inilah hakikat yang kita semua wajib telan.

Janji demi janji yang dibuat oleh para pemimpin yang suka mendustakan janji mereka, walaupun ditagih oleh keluarga mangsa, langsung tidak diendahkan. Moga tuhan memberi kekuatan kepada ibu dan keluarga arwah untuk terus kuat mendepani ujian ini.

Pada saya, menulis dan memperingati pembaca mengenai kes ini, mengenang kekejaman yang telah berlaku merupakan antara usaha ya…

Ingatan Buat Karpal Singh Dari Generasi Anak-Anak Kecil Malaysia

Dalam seminggu dua ini, kesedihan kehilangan seorang pemimpin dari kumpulan yang sangat minoriti di tanah air ini nyata mengejutkan ramai orang. Mendiang Karpal Singh bukan datang dari kulit yang bernama Melayu, namun gambaran kesedihan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan ketika menerima berita kematian beliau dan ketika menghadiri perjalanan terakhir beliau di dunia ini, nyata begitu mengejutkan.

Mungkin ada Melayu yang dalam hatinya, merasa iri hati dengan limpahan kasih sayang rakyat Malaysia terhadap Karpal Singh – yang sudah pasti hal ini tidak pernah diduga sebelum ini. Bermula dari hari pertama berita kematian beliau, kita di hidangi dengan ucapan-ucapan yang meloyakan dan penuh kebencian daripada beberapa orang Melayu yang merasakan mereka sudah diberi kunci syurga oleh tuhan.

Mendiang Karpal Singh sudah selamat disemadikan, setelah berpuluh tahun beliau menghabiskan segala yang beliau ada untuk menjadikan cita-cita Malaysia yang lebih baik tercapai, bukan se…

Futures Market as an Alternative Investment

The nature business at JAB Oceanic, as I mentioned in the earlier article is the futures brokerage firm involving the gold trading.

We offer to the potential clients various services including educating the customer to trade, brokering, local and international delivery futures transactions mandate. These includes 24-hours advisory services, hedging, risk management and customer transaction management.

OK, I am sorry if all of these terms sound complicated and make you, felt refused. It is entirely understandable because this market and investment need time for you to really understand how it’s working. Let us start with the simplest thing first and slowly go further into the technical parts in future writings.

I will try to include as much as simple examples and analogies to make the reading process much easier to digest. I hope by the end of reading this article, you will find a basic understanding of futures markets. In general, we also called futures market as futures exchanges.

Ba…

The Bullish Goals

Today such a crazy day for me. In fact, in two weeks, it's driving me crazy. I start a new job at JAB Oceanic as a market analyst. In these weeks too, I have gone through training to be good analysts. In the meantime, I received calls for interviews for two positions at different companies.

It’s a tough training, some interviews, and today a test. It’s a final test. Fortunately, I passed the test. Easy, though, to think I went through all of these. Yet there’s a lot of difficulties and uncertainty, especially in making a decision for what was the best should I do in my life.

Apparently, the training I received and all the conversation I had in the new office here at JAB Oceanic just make me more clear about what I want to achieve in my career progression.

OK, let start with the little explanation of what actually I have been doing here as a market analyst. JAB Oceanic is a financial investment firm. We make a trade in a futures market, yes, we trade in gold. That’s what I understa…

Ulangtahun Ke-68: Berbaloikah Pelaburan Kerajaan Kepada RTM?

1 April 2014, ketika seluruh dunia bising dengan April’s Fool, mungkin banyak orang di Malaysia ini menyedari bahawa hari ini juga merupakan ulang tahun ke-68 Radio Televisyen Malaysia (RTM) semenjak penubuhannya pada 1 April 1942 di Singapura, bermula dengan nama Jabatan Penyiaran sebelum berpindah pejabatnya ke Kuala Lumpur.

Ulang tahun ini wajar diingati oleh rakyat Malaysia kerana pada sifir mudahnya, untuk menilai sejauh mana mentaliti dan cara fikir rakyat negara ini maka teliti dan renungilah kandungan dan prospek penyiaran yang disediakan melalui medium RTM. Mudahnya begitu walaupun ia tidaklah melambangkan hal yang sebenar pada keseluruhan populasi yang wujud di tanah air ini.

68-tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Bayangkan, usia kemerdekaan negara ini baru mencapai angka 57 tahun.

Ini bermakna, RTM pada perkiraan akal manusia pasti lebih matang dan keupayaannya tidak perlu diragui dalam usahanya untuk membentuk minda dan cara fikir masyarakat Malaysia. RTM jauh mening…