Skip to main content

Perihal Hooligan, Ultras dan IJF

Kalah di atas padang itu tidaklah memalukan, walaupun ianya mengecewakan peminat berbanding perlakuan tidak bertamadun para penyokong tuan rumah. Demikian ujar si Khairy Jamaluddin apabila mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hooligan di Stadium Shah Alam.

Hooligan ini bukan hal baru. Di mana-mana adanya kelab bola sepak, pasti ada “firms” yang menjadi penggerak penyokong fanatik sesebuah kelab bola sepak. Banyak antara mereka menggunakan istilah ultras, dan ada juga army, yid, firms dan berbagai lagi.

Hooligans ini cocok dengan suasana bola sepak di Eropah terutamanya England, Sepanyol, Jerman, Itali dan tidak ketinggalan Turki. Di Jerman, Borussia Dortmund terkenal dengan ultrasnya yang gegak gempita. Di Turki pula, Galatasaray tidak juga kalah dengan ultras mereka yang memang tersebut dalam gelanggang hooliganisme.

Hooligan ini popularnya sehingga diangkat menjadi tema dalam sebuah filem berjudul Green Street Hooligans, yang mengisahkan pertarungan bawah tanah antara kumpulan ultras di England berlatar belakangkan West Ham Football Firm sebagai protagonis. West Ham ini punya musuh ketat mereka yang abadi iaitu Millwall Footbal Club, sebuah kelab bola sepak England yang sedang bergelut dengan prestasi.

Sesiapa yang pernah menaiki Tube di Kota London, tentu sekali sekala terserempak dengan segerombolan ultras Millwall yang berkelakuan umpama kaum gasar di tengah kelompok awam, terutamanya apabila mereka dalam perjalanan pulang selepas tamatnya perlawanan bola sepak.

Nak diceritakan di sini adalah, ultras West Ham dan ultras Millwall ini agung sekali perkelahian mereka sehinggakan di projek ke layar perak.

Tidak lama sebelum ini, lebih kurang 2 minggu lepas telah berlakunya pertembungan antara penyokong Deportivo La Coruna dan Atletico Madrid, kali ini di bumi Sepanyol. Pertembungan ini dipercayai dalangnya adalah puak ultras kedua-dua kelab yang mengakibatkan terkorbannya seorang penyokong dan puluhan lagi cedera parah.

Tragedi ini menyebabkan persatuan bola sepak Sepanyol mengambil keputusan mengharamkan kesemua kumpulan ultras dari mana-mana kelab untuk memasuki kawasan stadium apabila adanya perlawanan bola sepak.

Dan hari ini, berita hooliganisme tiba di Malaysia. Berita ini mengharukan, menyedihkan bahkan memalukan nama negara. Pada satu sudut yang lain juga, perkhabaran ini melucukan. Apa khabar Inter Johor Firms (IJF)?

Reaksi penyokong Vietnam mendatangkan rasa bimbang. Tentu sama sekali kita tidak boleh menyalahkan mereka apabila kita sendiri yang memulakan perangai kebinatangan itu di tempat sendiri. Bagaimana pula layanan mereka terhadap kita ketika bertandang ke negara mereka kelak?

Tiada salah untuk meminati bola sepak, bahkan untuk menimbulkan rasa sayang sehingga membuahkan kefanatikan pun tiada salahnya selagi anda berada dalam batasan undang-undang dan norma kemuliaan insan.

Sikap orang Malaysia ini tiada pernah berubah. Dari dulu kita terkenal dengan sikap suka meniru perbuatan orang lain tanpa bertapis. Hooligan ini begitu jauh sekali dengan budaya dan adat resam kemelayuan yang tertib dan terjaga tingkah laku mereka.

Tapi yang lucunya adalah, apabila IJF ini terus menyepi seolah-olah terkubur terperosok dalam tanah apabila dibubarkan langsung oleh Presiden PBSNJ dan diharamkan seumur hidup memasuki mana-mana perlawanan bola sepak di negeri tersebut.

Tidak ultras-lah kalau ditegur sultan terus terkencing. Perkhabaran ini jika sampai ke telinga ultras-ultras di England mahupun Itali, mahunya mereka menutup muka menahan malu tiada terhingga sambil terberak menahan ketawa mengenangkan ultrasnya IJF yang hanya berani menumbuk penyokong Vietnam tetapi terkencing pada perintah sultan.

Moga IJF kembali ke jalan yang benar.

Comments

Popular posts from this blog

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…