Skip to main content

Kenanaran Dewa-Dewa UMNO

Saya cuba mengimbau setahun 2014 melalui beberapa catatan peristiwa yang berlaku dan dari situ, saya berusaha menyimpulkan tentang apa peranan kita semua selaku rakyat – dan golongan muda terutamanya – dalam menjalani segala kekecewaan ini.

Jika Lim Kit Siang bersungut sedemikian dalam perutusan kemerdekaan ke-57, tidak mustahil langsung kebanyakan pengundi di luar pun merasa begitu. Mungkin perlu diperkenalkan istilah baru untuk jenis kemerdekaan yang dinikmati oleh negara kita sekarang: kemerdekaan plastik.

Saban tahun menjelang sambutan kemerdekaan, media dilimpahi video-video indah yang menggambarkan betapa berpadu dan harmonisnya sekalian manusia di tanah air ini. Meminjam Zul Fikri Zamir – semua yang dibentangi pada kita muluk-muluk belaka. Inilah rahsia yang tiada rahsia lagi, cuma terdapat sebilangan pengundi dungu untuk berani berbuat perubahan menjelang tarikh pembuangan undi.

Sekian kalinya, UMNO berjaya. Untungnya UMNO untuk sekian kalinya adalah apabila rakyat tiada putus untuk memberi sembah pada setiap permainan kotor mereka, yang tampak jelas untuk menggubah bahawa merekalah dewa penyelamat umat jelata.

Bukan sekali dan bukan dua kali, malah sudah berkali-kali lagak dewa penyelamat ini ditayangkan sama ada terbit dari mulut-mulut atau tindak tanduk mereka yang berkuasa di negara ini. Terdahulu, untuk rakyat yang diberi akal yang sihat, sudah pasti tidak mudah tertipu dengan lakonan kotor sebegini, pasca tangkapan anggota PPS.

Kita boleh menyaksikan dengan terang nyata bagaimana UMNO melalui dewanya, Zahid Hamidi begitu bijak dan matang mengeluarkan kenyataan bersifat maha dewa seumpama sudah punya kuasa yang mahakawi di sarwa alam.

Tiada motif lain untuk UMNO selain untuk memberi mesej kepada rakyat bahawa merekalah yang berkuasa dan merekalah yang layak untuk berbuat sesuka hati, hatta melampaui batasan undang-undang sekalipun. Mudahnya, kerana mereka dewa. Apa makna menjadi dewa kalaulah untuk berak di tengah jalan pun takut-takut?

Kalau disenaraikan perangai buruk UMNO yang tiada henti cuba berlagak dewa, tidak kecukupan masa untuk tidur malam bagi menghabiskan bacaan kelak. Ramadan lalu, di bandar Kuala Lumpur, dewa UMNO yang berketurunan Tengku muntah kejijikan pada puak gelandangan, memandang jelik pada tangan-tangan mulia yang cuba membantu.

Malah bencinya si dewa tengku ini pada gelandangan, merebak sehinggakan merasakan perbuatan memberi sesudu bubur panas pada gelandangan suatu jenayah bahkan jijik mengotorkan bandar. Ini Kuala Lumpur, katanya. Bandar ini harus bersih dari gelandangan yang pengotor.

Rahsia yang ramai tidak ketahuan adalah, si dewa Tengku in sudah diberi kunci syurga oleh tuhan untuk mudah ke sana kelak sesudah mati. Sebab itulah si dewa Tengku ini tiada berlapik untuk mempamerkan rasa jijiknya pada gelandangan.

UMNO yang separuh abad sudah memerintah bukan sahaja merasa mereka ini tidak boleh turun jawatan, malah sudah ke peringkat berlagak seumpama tuhan atau sang dewa. Acap kali kita dihidangkan dengan ancaman dewa-dewa UMNO, jika tidak kerana UMNO sudah lama Malaysia bankrap.

Jika bukan kerana UMNO, Melayu sudah merempat dan menjadi hamba di tanah air sendiri. Jika bukan kerana UMNO, tiada seorang pun Melayu akan ke luar negara melanjutkan pelajaran. Jika bencikan kerajaan, sila berambus dari negara ini.

Jika tidak mengundi UMNO, bersedialah wahai penjawat awam untuk notis pindah 24-jam. Jika tidak memilih UMNO, tiada sekolah dan hospital di kawasan sekian-sekian. Jika tidak mahu memilih UMNO, usah diambil tajaan JPA atau PTPTN.

Jika UMNO menang, wahai sekalian hamba rakyat, maka bergembiralah dengan habuan-habuan jalan berturap tar, hospital kanser 20 juta, kompleks stadium 60 juta dan tarian zumba seribu malam.

Banyak lagi wahyu-wahyu ancaman sebegini dari dewa-dewa UMNO. Mereka bukan sahaja berbuat onar, malah nanar budaya dan akal budi. Kenanaran ini bukan lagi berpahat kemas pada mereka yang berkuasa atasan, tetapi menular kemas juga di kampungan dan pejabat-pejabat kerajaan, malah universiti-universiti.

Tiada remedi yang mampu mengubah perangai lupa daratan begini, selain menghentak UMNO sampai terduduk pada pilihan raya mendatang. Jawapan akhirnya terletak pada sejauh mana merdekanya rakyat untuk berani berbuat demikian.

Merdeka yang disambut erti dan penghayatannya hanya sekadar pada tempelan bendera di kereta-kereta atau tiang-tiang seri pejabat, atau mengatur ribuan kek cawan membentuk Jalur Gemilang, atau mengecat cengkeran penyu dengan warna bendera Malaysia, selagi itulah UMNO akan terus berlagak seumpama dewa.

Untuk sesiapa yang tidak mengetahui sejauh mana berkuasanya UMNO dalam menentukan corak rakyat berfikir melalui sambutan kemerdekaan, sekolah-sekolah di Putrajaya berlumba menyertai Pertandingan Menghias Bilik Darjah mengikut tema kemerdekaan yang mana tukang anjurnya adalah UMNO, bukan Kementerian Pelajaran.

Kadangkala suatu muhasabah itu perlu bermula dengan diri sendiri. Mengapa UMNO terus biadab dan angkuh walau sebegitu menggunung kecelakaan yang ditimpa mereka pada sekalian rakyat, tatkala dunia sudah terputus segala sempadan apabila wujudnya Facebook, dan tatkala beban kos sara hidup tidak pernah menunjuk tanda untuk mereda, dan GST pula semakin hampir tiba, dan sebilangan rakyat masih lagi tidak sedar dari kebelengguan ini?

Sedari atau tidak menjelang 2015 yang akan disambut ini, lebih dari 216,868 isi rumah masih berada di bawah paras kemiskinan dan hampir 90% dari jumlah itu adalah Bumiputra. Dan kini kita “disejahterakan” dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula. Sedar atau tidak?

Mengapa begitu sukar untuk rakyat yang sudah 57 tahun merdeka berfikir jauh sedikit dari seputar perut rodong mereka sendiri?

Mengapa begitu mudah layu telungkup dengan janji-janji manis UMNO saban hari walaupun sudah berkali-kali ditipu dan dipermainkan?

Dan mengapa berani untuk mendabik kalian merdeka kalaulah UMNO itu dipuja umpama dewa penyelamat?

Persoalannya, bila lagi wahai kawan-kawan?

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…