Skip to main content

Cerita Kedah dan Masa Depan Bola Sepak Malaysia

Usai solat Isyak di As-Syakirin dan menikmati juadah roti cecah gulai kambing, menerima perkhabaran Kedah ketinggalan 4 gol berbalas kosong di Kuantan, memang suatu yang perit sebenarnya.

Hakikatnya, saya menyokong Kedah untuk musim 2014. Jadi tidak hairanlah jika saya merasa sedikit kecewa dengan keputusan tersebut. Saya bukanlah anak Kedah, tetapi tidaklah itu menjadi penghalang dari saya menyokong pasukan tersebut.

Maklumlah, Terengganu sudah tewas kepada Johor. Tetapi ya, Kedah ada elemen tersendiri yang membuatkan saya begitu terpanggil untuk menonton permainan mereka dan menyatakan sokongan.

Walaupun hanya menjerit di depan kaca televisyen, saya berharap itu juga termasuk dalam kategori peminat Kedah. Boleh begitu?

Baiklah, untuk musim ini Kedah antara pasukan hebat yang bermain dalam liga bertaraf Premier. Ramai mengomentar bahawa Kedah punya pemain bertaraf Super tetapi bermain dalam liga bertaraf Premier.

Ada benarnya juga. Pemain seperti Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen – sebagai contoh, seingat saya mereka itu bukanlah calang-calang pemain. Jadinya, Piala Malaysia menjadi pentas terbaik untuk mereka mempamerkan kualiti sebenar yang mereka miliki.

Tidaklah hairan apabila pasukan yang bertaraf Premier itu mampu mara sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia.

Jadi mereka tewas, malah ketewasan itu bermula dengan harapan yang menggunung tinggi – berbekal 2 gol di laman sendiri. Jika diikutkan resam, Kedah sudah sebelah kaki di pentas akhir. Tapi itulah bola sepak, jika tiada elemen sebegitu, tidaklah ia menjadi menarik.

Walaupun kecewa, saya perhatikan Kedah tidaklah kalah sepenuhnya. Mereka juara dalam pembikinan. Jika tidak musim depan, nantilah 2 musim lagi. Pemain-pemain muda yang menyerlah di Piala Malaysia ini, akan bertambah matang dan berpengalaman.

Itulah the perfect paraphernalia bagi Kedah menghadapi cabaran musim mendatang dan merangka strategi untuk mengembalikan kegemilangan mereka era pengendali Azraai Khor.

Saya tumpang gembira dengan pemain Kedah berusia belasan tahun, yang ramainya belum lagi mencecah 20-an umur mereka, sudah meninggalkan dampak tersendiri untuk musim ini.

Jika kena latihan dan didikan, tambahan lagi tunjuk ajar para pemain senior, tidak mustahil mereka ini akan mengulangi sekali lagi era emas 2007 dan 2008 dulu. Sewajarnya kekalahan ini tidak didendangkan berulang kali, cukuplah ia menjadi pengalaman berharga buat barisan pemain muda ini.

Dan sewajarnya sebagai rakyat Malaysia, saya memetik kata-kata Richard Sully, bahawa mereka inilah masa depan bola sepak Malaysia, turut berharap dan berdoa perkara yang sama. Pembangunan pemain muda yang berpotensi di setiap negeri tidak seimbang. Ada yang rancak, tidak kurang juga yang malap.

Jadinya, kekalahan di Kuantan bukanlah segala-galanya untuk Kedah. Mereka punya potensi dan ruangan yang cukup besar untuk membangun sebagai sebuah pasukan yang sempurna pada masa hadapan.

Tinggal lagi adalah, azam dan kegigihan pemain untuk menterjemahkan potensi kepada persembahan yang memukau di atas padang. Tidak lupa juga, impian para penyokong mereka.

Untuk Farhan Roslan, Hanif Mat Dzahir, Syazwan Tajuddin, Syamim Alif dan Syafiq Ahmad serta ramai lagi bakat muda yang akan lahir, moga kalian tidak culas membawa harapan menggunung.

UPDATE: Wan Kuzain Wan Kamal, aka Kuzain of SLSG Metro to U17 MNT Camp. He’s part of a group of players who have been invited to work out with the U17 US Men’s National Team.

Kerana itu, bukan setakat penyokong Kedah, bahkan seantero Malaysia akan menagih kudrat dan bakat kalian di pentas antarabangsa – yang menyarung badan kalian adalah jersi belang hitam kuning Harimau Malaya.

Jika bukan kalian, siapa lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…