Skip to main content

Agar UPSR Tidak Lagi Bocor

Menonton siri kekecamukan UPSR 2014 akibat kebocoran sana-sini (Baca: Ketidakjujuran) dari sisi tepi tanpa menggelabur ke dalam perbahasan sia-sia di medan Facebook cukup untuk membuatkan kita ketawa sesaat, dan menangis pada saat kedua.

Saya cuba bayangkan, dengan memberi gambaran reaksi dan rasa 3 pihak yang terkena tempias langsung akibat kebocoran ini.

Sebelum itu, saya mahu berkongsi anekdot yang panas dalam sosial media; dulu di Terengganu Idris Jusuh popular dengan runtuh sana runtuh sini, kini di Kementerian Pelajaran beliau bocor sana dan bocor sini.

Maaf, ini cuma anekdot nakal ya Datuk. Mungkin puing-puing begini sengaja direka oleh budak-budak nakal yang baru nak kenal dunia. Mereka belum lagi kenal Datuk yang sebenar ye dop?

Pertama, sudah tentunya calon UPSR. Tak terbayang kekecewaan mereka. Pastinya hampir terbakar mentol lampu meja mereka malam sebelum itu berjaga semata-mata untuk kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Tiba di sekolah dengan ilmu membuak di dada, tup tup peperiksaan ditunda.

Bingai juga 5 minit budak-budak tu, saya fikir, bila diberitahu pengawas dewan bahawa peperiksaan mereka ditangguhkan ke lain tarikh. Alasan mereka, soalan peperiksaan bocor.

Kedua, ibu bapa. Sudah pastinya ini golongan kedua yang akan menepuk dahi tidak percaya. Bermula zaman mereka mengambil UPSR – atau yang setaraf zaman mereka dulu – sehinggalah giliran anak mereka pula, inilah kali pertama dicatatkan dalam rekod bahawa peperiksaan peringkat kebangsaan itu dibatalkan akibat kebocoran soalan.

Lagi parah, ada yang sudah menempah tiket penerbangan atau bilik hotel mana-mana pusat peranginan untuk bercuti dengan anak mereka yang bakal tamatkan UPSR tidak lama kelak, dan kini, kemungkinan tarikh ganti peperiksaan itu adalah sama waktunya dengan tarikh tiket penerbangan ke Perth, Australia atau check-in hotel di Dubai.

Parah juga begitu, mahu ribu-ribu telah terbakar begitu sahaja. Sekali lagi, mereka menepuk dahi mereka pada dashboard kereta. Bingai lagi...

Ketiga, pengawas-pengawas peperiksaan. Kan bagus kalau awal-awal lagi penangguhan ini diumumkan. Pastinya mereka tidak perlu membazirkan minyak kereta memandu ke luar kawasan kebiasaan untuk menjaga sekolah yang mereka ditugaskan. Alahai, lagi sekali bingai...

Golongan-golongan selain mereka bertiga ini, tiada hak untuk bersuara banyak. Sedarlah diri tu. Tidak kiralah mereka wakil PAGE, atau kementerian, atau NGOs, atau badan bebas tidak bertauliah, atau AWANI, atau Facebookers atau Blogger (ya, sang penulis tidak berkecuali) lebih baik diam kan?

Cakap banyak di AWANI, atau di Twitter tidak dapat ubah apa-apa juga. Itu semua halwa telinga. Bukan kita tak tahu, modus operandi CIA atau NED. Cuma ada 3 kebarangkalian yang boleh dipilih mana-mana mengikut selera:
  1. Soalan UPSR memang benar-benar bocor dan si pembocor itu memang dilahirkan sebagai cacat akal, atau cacat moral - tanpa mengira pangkat.
  2. Soalan itu tidak bocor, tapi ditimbulkan isu ini (dibuat-buat) semata-mata untuk menutup suatu isu lain dari perhatian ramai. Perhatian kawan-kawan, jangan ingat ini kali pertama dan kali terakhir.
  3. Soalan UPSR bocor bermakna Malaysia berada di landasan tepat menuju status negara maju menjelang 2020. Hey, pelajar Darjah 6 sudah boleh hack sistem peperiksaan negara! Apa lagi kamu mahu?
Ketiga-tiga kebarangkalian itu, ianya akan berakhir dengan tertangkapnya seekor atau dua ekor kambing hitam. Untuk perhatian kawan-kawan, kambing ini biasanya jadi lauk korban di media-media arus perdana. Sekian, dan untuk adik-adik Darjah 6, bersabar ya!

Abang bagi satu nasihat untuk adik-adik, kalau rasa marah, keep calm and sit the exam. Bila adik dah capai umur 21 tahun nanti, gunakan akal dan rasional untuk menolak mereka yang tidak mampu pimpin negara dan ubah kepada mereka yang benar-benar layak ya. Ingat tau!

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…