Skip to main content

Bahana Orang Tua Eksklusif

Semalam, usai solat tarawih di sebuah surau di kawasan kejiranan Presint 14, Putrajaya dan sedang masing-masing menikmati hidangan moreh, seorang AJK Surau bersuara meminta pak imam supaya mengingatkan ibu bapa yang membawa anak-anak supaya memberitahu anak-anak kecil mereka behave dan tidak bermain sehingga mengganggu jemaah untuk bersolat.

Tidak sampai seminggu saya menulis tentang hal yang sama. Dalam hati saya berdetak, “Aaah, sekali lagi...”

Katanya lagi, itu tanggungjawab pak imam untuk mengingatkan para jemaah, dan paling mengejutkan apabila dia mengatakan hukumnya haram dan berdosa besar anak-anak bermain dan bising kerana mengganggu jemaah bersolat.

Tersentak seketika, sementelah saya berada di sebelahnya ketika dia bersyarah mengenai hukum anak-anak bermain dan bising dalam dewan surau.

Untuk menyampuk, saya mendapati bahawa sayalah yang paling junior dalam kalangan jemaah di situ jadi sebagai langkah yang bijak, saya merasakan diam adalah lebih baik.

Situasinya, si AJK tersebut kelihatan beremosi, seolah-olah gangguan dari anak-anak kecil yang bermain ketika jemaah bersolat itu benar-benar meragut keseluruhan pahala tarawihnya dan khusyuknya melambung ke benua Antartika.

Saya mendapati, bukan semua para jemaah yang sedang menikmati moreh itu bersetuju dengan saranan si AJK tersebut. Malah, pak imam sendiri seolah-olah keberatan untuk mengatakan bahawa mengingatkan ibu bapa mengenai anak-anak kecil bermain itu suatu tindakan yang wajar.

Malah, mereka menceritakan pula bagaimana pengalaman mereka ketika kecil, berpuasa di kampung dan malam harinya, bermain dengan rakan-rakan ketika para jemaah lain sedang bersolat. Berlari-lari di surau yang berlantaikan kayu, menjolok kaki para jemaah dengan lidi melalui celahan papan lantai dan mencucuh mercun ketika imam mengangkat takbir.

Saya ketawa mendengar kisah-kisah mereka ketika kecil, yang kini antara mereka sudah bergelar pak imam, pegawai-pegawai kerajaan di Putrajaya. Kata seorang jemaah di situ, sebenarnya main-main mereka ketika kecil itulah sebenarnya menjadi learning curve yang akhirnya membentuk diri mereka sekarang.

Sebenarnya, saya melihat usaha penceritaan ini adalah sebagai teguran tersirat kepada si AJK tersebut bahawa tidak salah sebenarnya untuk membiarkan anak-anak kecil itu bermain, dengan kata lainnya, terbukalah dalam hal ini.

Soal anak-anak kecil bermain tutup buka pintu sehingga timbul kerisauan jari tersepit, jika mahu dihalang, bukankah senang jika kunci sahaja pintu tersebut.

Soal anak-anak kecil bising sehingga mengganggu kekhusyukan, saya yakin hujah sebegini cuma mengundang ketawa.

Baiklah, mari kita soroti hal ini secara objektif. Ramai anak-anak kecil yang bermain dan berbuat bising itu – konteks di surau ini – usianya dalam lingkungan 8-10 tahun. Pada saya, usia sebegini mereka sedang dalam tempoh pembinaan.

Mereka memang kebanyakannya sudah mumaiyiz, yakni susah tahu membezakan hal yang baik dan buruk, tetapi tidak semestinya mereka boleh membuat pertimbangan akal pada setiap perbuatan mereka setara orang dewasa.

Justeru, keterlibatan mereka dalam hal kemasyarakatan sebegini – majlis solat tarawih – sudah pasti kalau tidak banyak pun, akan membantu mereka membentuk sahsiah, membina akal dan cara fikir mereka dalam jangka masa yang panjang.

Saya mengambil berat akan hal ini kerana antisipasi bahawa aktiviti mereka ketika sewaktu usia sebeginilah yang akan menjadi build-up yang positif kepada karakter dan sikap mereka apabila usia semakin meningkat.

Malangnya apabila ada segelintir orang-orang tua yang tidak terbuka dalam hal ini, ya tidak dapat dinafikan, sedikit sebanyak proses pembinaan secara fitrah sebegini terjejas.

Kita menyaksikan dalam masyarakat di Malaysia, khususnya kaum Melayu, amalan meminggirkan anak-anak kecil ini seakan sudah menjadi budaya. Mungkin kurang tepat sangat penggunaan istilah meminggir, tetapi untuk menggambarkan keadaan di mana surau dan masjid seolah-olah menjadi suatu kawasan yang eksklusif untuk orang dewasa sahaja.

Bayangkan, jika sebentar tadi kita berbicara soal jemaah yang marahkan anak-anak kecil bermain ketika jemaah bersolat, ketahuilah sebenarnya banyak lagi tata laku yang pelik yang sudah menjadi norma di sesetengah tempat.

Ada masjid yang melarang langsung ibu bapa membawa anak-anak kecil yang belum tahu bersolat, dan tidak kurang memisahkan ruangan bersolat antara kanak-kanak dan dewasa. Apakah ini?

Ini masjid kah atau panggung wayang yang kesesuaian tempat duduknya terletak pada perhitungan usia?

Lagi bahana, ada segelintir orang tua yang merasakan saf hadapan itu eksklusif untuk mereka yang seusia dengan mereka dan bertindak menarik anak-anak kecil yang didapati bersolat di saf depan ke bahagian belakang atau ke ruangan yang dikhaskan.

Soalnya, adakah sebegitu eksklusif sekali kedudukan mereka yang dewasa ketika di dewan solat berbanding anak-anak kecil, dalam mana-mana bahagian ajaran Islam?

Pada saya ini penyakit sikap akibat ketidakfahaman segelintir orang-orang tua terhadap kemurnian dan keraian Islam itu sendiri kepada anak-anak kecil.

Mengapa sukar untuk terbuka, dan biarkan sahaja anak-anak kecil itu bermain dan berlari?

Comments

Popular posts from this blog

Laila dan Majnun

Telah sampai cherita bahwa pada suatu hari Sultan Mahmud Ghaznawi menitahkan pesuruh2nya supaya membawa Laila menghadapnya agar dapat ditanyai peri kisah kekasihnya Majnun.

Apabila tiba Laila dihadapannya Baginda bertanya: "Wahai Laila, kau yang kechantikanmu mashhur seluruh alam; yang kasih sayangmu menjadi sumber segala puisi!—aku ingin menatap wajah Majnun, ingin tahu sifat rupa yang kau chintai dengan teguh dan jujur itu."

Maka Laila menjawab seraya menangis mengenangkan Majnun bahwa kekasihnya telah hilang tiada yang tahu kemana.

Mendengar ini Baginda menitahkan kepada pesuruh untuk menchari Majnun hingga dapat supaya dibawa dihadapannya. Pesuruh menchari dikota, dikampung, didusun hingga akhirnya diperpinggiran batasan negeri dan luasan padang pasir. Disitu beliau mendapat khabar bahwa ada seorang yang berdiam sebatang-kara dipadang pasir merayau merana senantiasa menzikirkan nama Laila bagai orang sudah gila.

Orang itu dibawa kehadapan Baginda Sultan yang, sambil terk…

Pengajaran Dari Sebuah Komik

Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan berbagai jenis komik bacaan ringan seperti Doraemon , Dewata Raya, Utopia, Naruto dan sebagainya. Namun ternyata saya lebih berminat untuk “mendalami” komik-komik Kung Fu karya penulis China seperti Tony Wong melalui karyanya Jejak Wira. Seperti biasa, kepulangan saya kali ini ke kampung halaman dalam misi menghabiskan beberapa buah Jejak Wira yang dibeli oleh abang semasa ketiadaan saya di rumah.

Ternyata plot ceritanya meskipun panjang dan tak pasti bila penghabisannya namun ia tetap tidak membosankan. Menjadi semakin menarik dan sukar bilamana ia melibatkan pergolakan politik dunia yang terang-terang menyebelahi siapa yang kuat dia yang menang.

Setelah “menelaah” kesemua komik muktabar ini saya seakan terpanggil untuk mengulas karya Tony Wong iaitu Jejak Wira yang mana saya kira ianya amat dekat dengan apa yang berlaku kini di dunia realiti.


Bagaimana para penguasa negara sanggup membutakan hati dan mata demi kepentingan nafsu mereka…

Homosexuals and The Idea of Abnormality

Once ago, my friend and me have a little chat about stuff—if not mistaken, we gossiping a hot Math teacher from Italy, and from where it began, we start talking about gay and LGBT.

The pinnacle of it was when my friend proudly declares the gay people is abnormal.

I just sit still, silent and stunned.

I should start somewhere. Here it is, for myself, to be abnormal is to be true to oneself. And it is a kind of freedom that I longingly seek and understand, that is to be true to yourself, to who you are.

It is a freedom to be able to against the flow. It is a freedom when we do not favor the external to validate ourselves. To do this, first, we have to be abnormal, in the eye of the many.

Anyway, I don’t mean to philosophize anything here. It is just a version of abnormality that I always think and perceived before, and luckily (no pun intended), that day comes when my friend bluntly declare homosexuality is abnormal.

And, I have to revisit my thought on abnormality.

I am OK with her…