Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Taubat Flappy Bird dan Taib Mahmud

Dong Nguyen, pencipta permainan mobil yang dikenali sebagai Flappy Bird bertindak memadam permainannya daripada semua lokasi muat turun di internet sebagai langkah taubatnya kepada orang ramai. Tidak sampai 10 bulan berada dalam senarai muat turun di Google Play dan Apple’s App Store, Don Nguyen dilaporkan memperoleh pendapatan mencecah USD50,000 sehari apabila permainannya itu dimuat turun jutaan manusia di seluruh dunia.

Kisah kejayaannya itu satu perkara, yakni mengejutkan banyak pihak dalam dunia startup kerana dalam masa singkat permainan itu begitu laris dan berjaya meskipun hanya berasaskan model permainan yang serba ringkas.

Seperkara lain, tindakan Dong Nguyen menarik semula permainannya setelah tidak mampu lagi melayan permintaan pelik penagih Flappy Bird juga mengejutkan ramai pihak. Semua orang bermimpikan mahu menjadi seperti Dong, bangun pagi kemudian terlintas satu idea yang mudah di benak dan terus laksanakan idea itu sebelum dalam masa yang singkat menjadi begitu berj…

August Rush

I kind of late watching a 2007 movie, August Rush. Eventually, I found this film after look at search engine results regarding the music stuff or something like that, and they showed a link to August Rush.

Lucky me when the movie was easily found at several torrent downloadable sites, and I decide to download it without hesitation.

I just want to clarify here, this is not a movie review article or stuff. This is just my anticipation on the conscience of the August Rush movie.

I read a lot of fiction or non-fiction about children’s who’s grown up at foster home especially in the USA. It’s kind of tragic to think how a kid is able to live their life without having a proper parent since their very first day arriving in this cruel world.

Losing a parent caused by accident, or any unprecedented events is still an acceptable reason for them at least, but for parents who thrown out their babies to foster home and releasing the responsibility clause for adoption is desirable to kick their fac…

Nasihat Natrah Kepada Rakyat Malaysia

Kisah air mata dan cinta Natrah (1937-2009) yang menjadi luka pedih kepada sebahagian besar umat Islam di tanah Melayu sejak berlakunya tragedi pemisahan antara dua cinta suci yang diikatkan dengan perkahwinan yang sah masih terus menjadi igauan ngeri sehingga ke hari ini terutamanya kepada generasi yang hidup sezaman dengan peristiwa tersebut.

Kisah duka ini bukan sahaja berkisar seputar cinta antara Natrah dan Mansor Adabi, malah ia turut memberi luka mendalam terhadap umat Islam yang merasa tertipu di sebalik permainan kerajaan Belanda yang berkomplot dengan penjajah British bagi merebut hak penjagaan Natrah kepada ibu bapanya yang sebenar dan mengakibatkan Natrah yang beragama Islam ketika itu kemungkinan besar akan dipaksa untuk kembali kepada agama asal keluarganya.

Natrah sebenarnya telah menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat Malaysia khasnya tentang hubungan kaum dan agama. Menyoroti penulisan kreatif oleh Fartini Yaacob, karyawan tamu Universiti Teknologi Malaysia d…

Kisah Buli di SDAR

Buli, bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Buli ini ada pelbagai ragam. Di dunia siber kita puas menonton cerca nista pada sesetengah individu, khususnya remaja yang memuat naik video sama ada video lagu, lawak dan sebagainya di YouTube. Ini adalah bentuk buli. Ada juga buli secara emosi, yang kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja di sekolah dan rakan sejawatan di pejabat-pejabat.

Malah lagi teruk, buli secara fizikal sama ada bentuk kekerasan atau seksual. Ini juga boleh diperhatikan banyak berlaku dalam kalangan remaja terutamanya. Ada orang cakap, tak mengapa hal ini berlaku nanti mereka akan belajar. This is learning curve for them.

Untuk mereka yang berpendapat begini, sila bagi penampar sebelum membalas hujah mereka.

Ini mukadimah saya, sebelum saya menceritakan kisah buli di Sekolah Dato’ Abdul Razak atau popular dengan panggilan akronim nya, SDAR. Ia baru sahaja berlaku iaitu kira-kira minggu lepas. Sementelah salah seorang mangsa buli ini merupakan adik kepada ra…

Kisah Bobo Dalam Politik Negara

Sejak video “Onederful Malaysia” diterbitkan, UMNO tidurnya tidak tenang. Seolah-olah video itu tidak berhenti mencucuk badan mereka yang penuh daki. Bermula daripada serendah-rendah JKKK mengomen di laman Facebook, sehingga ke setinggi-tingi pangkat menteri semuanya beratur untuk menjadi popular dengan menjadikan video itu sebagai isu.

Jika direnung dalam-dalam, rupanya UMNO ini sudah kehabisan idea. Untuk bercakap supaya nampak tidak bodoh, mereka akan gunakan hal remeh temeh ini menjadi isu yang diperlihatkan awam begitu dramatik dan berbahaya.

Kalau di luar dunia politik, umat manusia di Malaysia khususnya kalau mahu jadi popular maka buatlah video yang bodoh dan memalukan diri sendiri, muat naik di laman Youtube maka tunggulah tidak lama lagi akan sampai di depan rumah surat tawaran untuk menjadi artis rakaman di bawah naungan mana-mana produser muzik.

Barangkali itulah resam untuk terus bernyawa di Malaysia bagi yang beriman dengan UMNO. Makanya, Teresa Kok menjadi mangsa kecama…

Macai Anwar Ibrahim

Premis saya di sini ialah, mana-mana penyokong Pakatan Rakyat yang berperangai tak ubah seperti macai UMNO adalah wajar dibungkus dan dicampak jauh ke dasar laut. Saya tidak bermasalah dengan pendirian anda untuk menyokong Kajang Move dan menyokong dengan sepenuh hati keputusan mengejut PKR.

Saya juga tidak bermasalah dengan pencalonan Anwar Ibrahim sebagai calon untuk PRK Kajang. Saya juga langsung tidak bermasalah dengan ura-ura atau khabar angin tentang Anwar Ibrahim bakal menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim.

Saya juga tidak bermasalah dengan mana-mana penyokong Pakatan atau lebih spesifiknya, penyokong Anwar Ibrahim untuk menyatakan sokongan bagi semua strategi-strategi tersebut. Sokonglah, itu tidak membawa masalah. Tapi berpada-padalah.

Janganlah anda menyokong Anwar Ibrahim, seolah-olah Anwar itu maksum atau malaikat yang diutus oleh tuhan dari langit. Golongan penyokong sebegini yang bermasalah, bukan sahaja kepada saya yang membaca dan mengikuti berita politik s…