Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Belajar Hidup Sepakat, Lerai Segala Sengketa

Mitch Albom menulis dalam bukunya berjudul Have a Little Faith, menceritakan pengalaman bersama dengan rabbinya (istilah Yahudi bererti “guru”, atau arti harfiahnya “yang agung”. Kata “Rabbi” berasal daripada akar kata bahasa Ibrani RaV, yang dalam bahasa Ibrani bermaksudi “besar” atau “terkemuka (dalam pengetahuan)” Disebut ‘reh-bai’) yang sudah uzur, menunggu tibanya saat dipanggil mengadap tuhan. Dalam satu bahagian, dia menceritakan khutbah yang disampaikan oleh rabbinya sekitar 1958,

A little girl came home from school with drawing she’d made in class. She danced into the kitchen, where her mother was preparing the dinner.

“Mom, guess what?” she squealed, waving the drawing.

“What?” she said, tending to the pots.

“Guess what?” the child repeated, waving the drawing.

“What?” the mother said, tending to the plates.

“Mom, you’re not listening.”

“Sweetie, yes I am.”

“Mom,” the child said, “you’re not listening with your eyes.”

Kekecewaan anak kecil yang ditonjolkan dalam potongan kisah yang …

Sindiran Kangkung Menjengah Bumi UK

Saya pada mulanya memilih untuk tidak menulis apa-apa komentar mengenai kangkung atau nama saintifiknya, Ipomoea aquatica - satu nama sayuran daun hijau yang popular dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia – namun kangkung tidak kurang popularnya dalam enjin carian sehari dua ini menyebabkan saya berfikir dua kali untuk idea itu.

Popularnya kangkung semenjak dilontarkan namanya oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak dengan tawaran untuk menurunkan harga sayur tersebut disambut dengan gelak ketawa dan sindiran tidak berkesudahan oleh rakyat kebanyakan. Popularnya kangkung, sehinggakan Stesen Penyiaran British (BBC) turut mengambil peluang menumpang populariti atas nama kangkung.

Begitu hebatnya kangkung, boleh semak di Twitter dan Facebook. Mereka yang bermotifkan duit, sudah beratusan tempahan baju dibuat dengan menggunakan reka bentuk kangkung. Kerana popularnya kangkung, lagu rakyat “Lenggang Kangkong” yang dulunya cuma menjadi siulan ibu-ibu yang mahu me…