Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Kemerdekaan Tulen?

Saya menulis artikel ini sebagai kemas kini kepada maksud yang ingin saya sampaikan dalam artikel terdahulu, Kemerdekaan dan Kebuluran. Tontonlah video ini, dengan harapan kalian menyedari betapa hipokritnya kemerdekaan dan keamanan yang dinikmati selama ini.



Kita mempersoalkan saban hari, di mana janji manis yang dilaungkan oleh setiap ahli politik ketika berkempen di pilihanraya untuk memperjuangkan nasib rakyat terbawah?

Ke manakah menghilangnya agenda-agenda kebajikan kerajaan yang disebut berulang kali dalam paparan television dan segala media arus perdana?

Ke manakah lesap segala kebesaran dan kekayaan milik keluarga diraja tatkala rakyat bawahan kebuluran dan kesempitan? Tidakkah selama ini mereka mendabik dada seolah-olah mereka wajib dihormati dan disanjung umpama dewa penyelamat dan pembawa rahmat kepada sekalian umat manusia?

Saya mengulang tayang menonton video di atas, dengan jujurnya saya menangis. Tiada impian sebesar impian untuk tidak lagi mendengar kanak-kanak terpak…

Jasa Besar A. Samad Said

Ini jasa besar A. Samad Said, atau kita panggil Pak Samad. Jasa beliau ialah berjaya melondehkan bukti bahawa para menteri Kabinet dan Ketua Polis Negara (IGP) mempunyai tahap keintelekan (IQ) yang maha rendah.

Mengikuti perkembangan isu penahanan Pak Samad kadang kala mengundang rasa geli hati melihat telatah ketidakcerdikan para menteri yang kini dalam barisan kabinet Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia yang diketuai oleh IGP yang serba bijak pandai.

Melihat dan membaca satu demi satu komentar mereka ini yang berada di atas berkenaan A. Samad Said maka tidak hairanlah kenapa Malaysia berada dalam posisi yang begitu teruk dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi dan sosial.

Mulanya, Shabery cuba nasib.

Ahmad Shabery: Pak Samad like a child who wants attention http://t.co/ZoeOyGkBH3— fz.com (@fzdotcom) September 6, 2013

Kemudian IGP. Ini kelakar.



Tambah kelakar, apabila IGP cuba berbuat lawak di depan khalayak.



Cerita pasal IGP ini nampaknya tidak kering gusi dibuatnya. LAWAK!



Ya tuh…

Harga RON95: Rakyat Malaysia Hanya Menang Sorak Dalam Facebook

Post by The Edge Malaysia. Apa yang rakyat Malaysia mampu buat dengan pengumuman DS +Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen bermula esok?

Bersorak dalam Facebook? Meracau tentang bajet harian yang semakin tenat? Mengkritik Najib dan rakan-rakan pelahap mereka? Dan bersyukur sehingga ke hujung nyawa?

Buat lah apa sahaja, dan ingatlah Barisan Nasional akan memerintah Malaysia bukan untuk setahun tetapi 5 tahun akan datang lagi.

Kalau sehingga penghujung penggal ke-5 harga minyak mencecah RM3 maka jangan salahkan Najib, tetapi salahkan diri sendiri kerana masih dungu untuk berfikir ketika Pilihan Raya yang lepas.

Ini semua nikmat dan rahmat yang Najib cuba hamburkan kepada semua rakyat Malaysia, maka bersyukurlah.

Elok-elok Tuhan bagi peluang untuk buat perubahan semasa PRU-13, tapi masih lagi berdegil dengan transformasi BN maka inilah jawapan kepada pilihan itu sekarang.

Rasanya tidak perlu bincang soal kenapa harga petrol perlu dinaikkan atau ada j…

Kemerdekaan dan Kebuluran

Saya membaca kisah seorang lelaki yang ditahan melakukan rompakan di sebuah pejabat POS akibat terdesak untuk menyara keluarganya. Dia mengaku bersalah, dan menceritakan kenapa halnya dia begitu terdesak sehinggakan mengambil keputusan untuk merompak. Kes ini baru sahaja berlaku, ambang negara kita mahu menyambut 56 tahun kemerdekaan.

Dalam satu rancangan televisyen yang berjudul “Extreme Cheapskates” melalui saluran TLC yang mengisahkan bagaimana sesetengah warga Amerika yang hidup dalam keadaan begitu terdesak akibat kos sara hidup yang terlampau tinggi, sehinggakan melalui rancangan itu dapat dilihat bagaimana mereka cuba survive untuk hidup biarpun terpaksa melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri pada pandangan manusia lain. Oleh kerana terlalu lapar untuk makan, mereka mengutip sisa buangan di restoran-restoran makanan segera atau terus meminta lebihan makanan mana-mana pengunjung yang tidak dapat habiskan. Dan sebenarnya banyak perkara lagi yang mereka lakukan demi untuk t…