Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

4 Tahun Bersama PEMATRA

Alhamdulillah, untuk sekian kalinya Tuhan memberi peluang untuk bernafas di bumi ini. Artikel ini ditulis, setelah saya sudah tidak lagi bergelar PEMATRA secara rasmi setelah 4 tahun tempoh bersusah dan senang dengan persatuan mahasiswa ini.

Mungkin sebelum pergi lebih jauh, seeloknya saya bercerita dan berkongsi hidup saya bersama PEMATRA selama tempoh tersebut. Saya bermula di PEMATRA selaku Exco Kerohanian, dilantik ketika penghujung Tahun Pertama pengajian di UKM. Tidak, itu tidak benar. Saya bermula sebagai ahli sehingga dilantik sebagai exco di penghujung semester.

Selama sesi pertama bertugas sebagai Exco Kerohanian, saya banyak belajar dari senior PEMATRA dan alumni. Mereka hebat, moga rahmat ALLAH kepada mereka semua. Selama menjadi exco, juga menjadi ketua pengarah kepada bebrapa buah program pada sesi tersebut telah membuka ruang yang luas untuk saya belajar mengenali PEMATRA. Ternyata PEMATRA bukan sekadar kelab, ianya persatuan mahasiswa.

Tuhan terus membuka peluang kepad…

Mohon Hassan Ali Dilantik Sebagai MB Selangor

Sebenarnya saya terharu dengan keprihatinan Hassan Ali terhadap PAS dengan menggesa parti tersebut diberi peluang oleh Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor dalam kalangan ADUN PAS.

Apa tidaknya, selama ini Hassan Ali sudah hampir setahun lamanya berkempen bahawa PAS itu sebuah parti yang rosak dan seleweng pejuangannnya tetiba hari ini dia dengan penuh rasa bertanggungjawab menasihatkan Pakatan sebegitu.

Selepas menghujani PAS dengan pelbagai gelaran dan kecaman, saya mengagak Hassan Ali akan tetap berprinsip bahawa PAS tidak boleh menjadi pemimpin utama mana-mana negeri. Hari ini dia melakukan U-Turn?

Kembali yakin kepada perjuangan PAS kah?

Atau punya sebarang impian tersembunyi?

Saya agak, beliau masih belum dapat melupakan kempunan untuk menjadi MB Selangor penggal yang lepas. Itulah, JATI sepatutnya menjadi seberani ISMA dengan menghantar calon muslim berwibawa dan sudah tentu Hassan Ali terlebih wibawa untuk mencalonkan diri sendiri.

Kasihan juga pada Hassan Ali,…

Tidak Malukah Najib Dengan Mandat Penuh Dari Bangla?

Hal ini sangat menghairankan. Tidak malukah Najib dan BN mengharapkan mereka memenangi PRU-13 ini dengan mandat penuh dari pekerja Bangla dan Indon?

Bukti terpampang di depan mata. Rasanya sudah ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan polis sudah dibuat tetapi semua tahu SPR itu saling tak tumpah umpama sayap kanan utama kepada BN. Itu belum dikira dengan isu dakwat kekal kuasa lagi!

Kalau benar sekalipun inginkan kuasa selepas PRU-13, janganlah memalukan diri sendiri dan menjatuhkan maruah!

Ini bukan sahaja melibatkan diri Najib tetapi maruah, kedaulatan dan identiti Malaysia!

Di mana maruah anda wahai Najib sehingga sanggup menggunakan strategi yang begitu menjijikkan ini?

Alangkah tidak malunya Najib dan BN terus menerus menipu rakyat kononya mendapat sokongan penuh padahal hanya Bnagla dan Indon sahaja sudi memberi sokongan padu, itupun hanya kerana ditawarkan IC!

Jika ada istilah lain selain penderhaka, maka inilah penderhaka-penderhaka utama dan pengkhianat besar kepada Ma…