Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Kalau Anwar Boleh Jadi Pelakon Video Lucah

Hari ini beberapa orang teman di Facebook menyebarkan sebuah video kononya sebuah gereja di Jerusalem sedang merestui dan menitahkan sesuatu bagi menguasai Malaysia dan menukarkannya menjadi sebuah negara Kristian dengan mengambil peluang perubahan yang bakal berlaku dalam PRU-13 nanti.

Bayangkan, video yang terpekik-pekik, dengan kemunculan 2-3 orang watak umpama Evangelist yang menyeru itu dan ini, bertanyakan soalan itu dan ini telah disebarkan secara galak oleh teman-teman “sepakat” dan beberapa orang rausyanfikir Facebook yang sering mendamba merekalah ulama segala waqi’iyyah!

Saya merasa, jika saya meletakkan video itu di sini secara sengaja saya telah menjatuhkan martabat saya umpama pembuat-pembuat video lucah Anwar Ibrahim. Jika mereka yang menyebarkan video ini sering bertanyakan apa substance kepada berita dan manifesto Pakatan Rakyat, maka saya bertanyakan soalan yang sama, di mana substance video tersebut?

Jikalau Anwar pun boleh menjadi pelakon video lucah bukan hanya un…

Tiada Beza Norman KRU dan Muhyiddin Yassin

Tindakan Norman KRU dan artis-artis lain mencelah dalam arus politik menjelang PRU-13 ini wajar dipuji. Sekurangnya kita nampak partisipasi dan ketercaknaan mereka juga dalam sepak terajang politik sekarang. Percubaan Noman itu bagus, idea nya ada tetapi agak bodoh apabila kenyataan beliau jelas menunjukkan belau sendiri gagal dalam berfikir dan menilai secara berasas.

Kenyataan penuh prejudis itu dapat dielakkan jika beliau rajin sedikit membuat homework berkenaan PAS dan Pakatan. Bukannya tiada sumber maklumat untuk dibandingkan di dalam internet bagi membuat kenyataan ringkas dalam Twitter yang tidak lebih 140 abjad itu.

Timbul persoalan, dari sumber mana yang beliau katakan bahawa PAS akan menghancurkan industri seni di Malaysia?

Atau beliau sendiri sebelum ini pernah menjadi mangsa kekejaman PAS dan Pakatan apabila berurusan di negeri-negeri kerajaan Pakatan dalam hal kesenian?

Jika ada elok beliau kemukakan bukti tersebut yang betul-betul menunjukkan bahawa PAS bakal menjadi pen…

Mengapa Tun Mahathir Bimbang Pakatan Memenangi PRU-13?

Saya membaca dan menelaah perkongsian yang dibuat oleh Saudara Hasbie Muda dalam lama Facebook miliknya berkenaan skandal Bank Negara Malaysia (BNM), atau mudahnya orang menggelarkan ia sebagai Skandal BNM yang bermula awal 90-an sehingga menjadi penyebab kepada kerugian harta negara dalam nilai yang tidak masuk akal.

Bacalah pendedahan pengkhianatan amanah yang mereka di peringkat tertinggi negara ketika itu telah lakukan.

Secara jujurnya, membaca artikel yang penuh dengan istilah dan frasa ekonomi seperti pencairan aset, spekulasi dan sebagainya memerlukan double effort dengan merajinkan diri mencari makna dan dan definisi istiliah-istilah tersebut bagi betul-betul memahami point yang cuba disampaikan oleh penulis.

Pasca PRU-13 ini, berdasarkan artikel tersebut kita akan dapat menjangkakan pemain-pemain utama yang menyebabkan harta negara telah dijadikan duit sendiri akan kegelisahan dan tidak mustahil akan mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia. Antaranya adalah Tun Mahath…

Jangan Ragu, Pulanglah Mengundi Wahai Rakyat Malaysia!

Jika buat kira-kira secara tepat – maaf kerana saya tidak menjumpai statistik terkini rakyat Malaysia yang menetap di luar negara – tentu sudah sampai angka jutaan rakyat Malaysia berpindah dan menetap di luar Malaysia atas beberapa alsan tersendiri.

Jika sesiapa yang pernah ke Sunday’s (Up) Market di London, kita akan bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang tinggal di sana bukan kerana untuk menyambung pelajaran tetapi untuk meneruskan kehidupan dan mempunyai perniagaan di sana. Saya cukup yakin, bukan di London sahaja tetapi juga di merata pelosok dunia.

Tidak dinafikan, hakikat kenapa mereka memilih untuk berhijrah adalah kerana merasakan di bumi bertuah ini mereka tidak mendapat layanan dan perhatian yang adil dari pemerintah. Mereka tidak dapat mengagak apakah masa depan untuk mereka dan anak-anak mereka jika meneruskan kehidupan di Malaysia dalam keadaan sistem pendidikan yang begitu teruk kualitinya, keseimbangan sosio yang parah dan penuh dengan kesangsian sesama sendiri.

Me…

Saya Memilih Saifuddin Abdullah Bagi Parlimen Temerloh

Saya menulis artikel ini bukan kerana saya pengundi di Parlimen Temerloh tetapi tarikan kedua-dua calon yang ditawarkan oleh kedua parti yang bertanding menjadikan saya yakin Parlimen Temerloh menjanjikan pening kepala kepada golongan anak muda terutama dalam kalangan mahasiswa untuk memilih calon yang tepat untuk mewakili suara mereka di peringkat Parlimen. Tajut artikel seolah sudah memberi jawapan kepada persoalan yang bakal timbul dari tulisan ini.

Jujurnya, saya tidak pasti kenapa PAS mempertaruhkan kerusi Parlimen Temerloh itu kepada Nasrudin sedangkan masih berlambak kerusi lain yang boleh dikira sebagai “laluan mudah” buat Nasrudin untuk ke Parlimen berdasarkan kredibiliti dan pengaruh yang beliau ada.

Mungkin ada strategi dan perancangan mereka tersendiri dan hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Biarkan ia menjadi tanda soal kepada semua.

Telahan ini tidak memberi indikasi bahawa Saifuddin terlalu ampuh di Temerloh, tetapi pertandingan ini secara lansung telah memberi gamb…

Jangan Memalu Gendang Yang Salah!

Kekadang kita perlu akur kehendak politik yang memungkinkan segalanya. Siapa tidak mahu kuasa, logiknya begitu. Jika lembu boleh berfikir, tentu kita akan dapat melihat sekelompok lembu akan berlumba menjadi calon dalam PRU-13 ini nanti.

Akibat desakan natural inilah, maka tidak hairan kita dapat menyaksikan siri kempen yang serba kotor dan jijik. Mungkin tidak perlu saya menyebutkan siapa di sini, kerana rata-rata tahu pihak manakah yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah siang dan malam tanpa henti.

Itu kerja mereka yang bertanding. Mereka mencipta isu demi menjual beli undi rakyat. Oleh itu, tugas kita ialah untuk menjadi bijak.

Baiklah, ini bukan artikel untuk menyuruh kalian membeli ubat minda atau sebagainya tetapi untuk kita semua selaku pihak paling berkuasa pada 5 Mei ini untuk menjadi bijak sedikit sepanjang minggu kempen ini.

Mari kita menyelusuri persoalan bagaimana mahu menjadi bijak ketika berlansungnya pilihanraya.

Sesiapa yang tinggal di Putrajaya, seminggu sebelum pe…

Undilah Barisan Nasional

Dalam kerancakan PRU-13 ini, perkara yang menjadi kebimbangan dan juga sekali sekala menjadi penghibur adalah apabila mengingatkan gelagat Barisan Nasional yang bercita-cita untuk meneruskan kuasa mereka dengan bantuan rakyat Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia.

Hari ini saya terbaca berita di Kuala Terengganu pihak BN menggunakan pekerja Bangladesh untuk mengedarkan risalah kempen mereka kepada orang ramai. Persoalan di sini, dimana ahli UMNO seramai 3 juta itu?

Apakah maksud semua ini, saya pun tidak mengerti. Kekadang lawak juga apabila mengingatkan cerita seorang rakan yang membantu jentera Pakatan di Bangi. Mereka kekadang confuse untuk membezakan rakyat Myanmar dan Malaysia bagi mengedarkan risalah kempen. Maklumlah kita serumpun, maka mirip wajah juga tidak banyak perbezaaan.

Dari satu sudut terasa lawak dengan cerita ini, seolah kita di Malaysia begitu nicely integrated. Namun bila menilai sedalam-dalamnya, sudah tentu kita akan menarik nafas yang dalam menahan kebimbanga…

Penjenayah Berfoya di Kerusi Parlimen

“I have always believed, and now believe more vehemently than ever, that The House of Commons and The Lords contain more criminals than any prison in this land.”  – Joey Barton Peranan PRU-13 adalah untuk menukar realiti ini di Malaysia. Saya tidak rasa perkara ini cuma berlaku di UK, malah hakikatnya di Malaysia ianya lagi parah. Di sana, kita masih dapat menyaksikan kekuatan integriti menjadi tunjang kenapa urus tadbir mereka berjalan begitu baik. Walaubagaimanapun selagi ianya berpayung di bawah nama politik maka hal di atas tidak dapat dielakkan.

Saya cuba membayangkan pasca PRU-13. Jika Najib Razak sudah bersiap sedia dengan memindahkan hampir RM7 billion ke Cayman Island, maka kita secara lansung dapat menjangkakan bagaimana pula mereka yang lain. Bagaimana dengan nasib Tun Mahathir atau Taib Mahmud dan rakan sejawatan mereka?

Inilah rupa Malaysia. Untuk menyelamatkan diri daripada pertuduhan di mahkamah dan disabitkan dari sebarang kesalahan, cara paling mudah ialah dengan mem…

Catching Numbers

Since my first journey on public transport
- all aboard the womb
first stop the Doctors arms.
To this wonderfully wet
morning in July,
not even the clumsy age of 16
was important as the 32
not even dad, 40, or mum 35,
Was as important as
the number 32, the thought of the number
32 was fantastic thought
of all the thoughts
that all the thoughts
could think, I thought.

A rainbow sprayed itself across the city
it was 3 min to 2.
3 whole min to 2
step by step and stop by stop
Tic toc, tic toc.
turning the corner in all its double decked glory,
a galleon thundered down
the main road
its captain at the wheel
stern and concentrated
it growled to a gigantic concrete churning
kerb rippling road gripping
high street halt.
the closer it got
the smaller I became
Tic toc.
the double decker docked, never had I felt more powerful than then
a 16 year old lad stopping
a number 32
A traveler to my dreams and
a passenger to my fate
Not a second too early
not a minute to late.

-------
This poet, Catching …

3 Hari di Kota Paris

Perjalanan dari London ke Paris menaiki bas kemudiannya melintasi Selat Inggeris dengan menaiki tongkang (feri, untuk bahasa formal), paling tidak perjalanan itu memakan masa lebih dari 12 jam seingat saya. Lamanya perjalanan itu membolehkan saya semalaman berjaga, belajar istilah-istilah Perancis dengan seorang kenalan yang duduk di sebelah sepanjang perjalanan di dalam bas untuk ke Dover.

Di Paris, cuma ada 3 hari 2 malam sahaja bersisa sebelum bergerak meninggalkan bumi Eropah pulang ke Kuala Lumpur. 3 hari itu berbekalkan €21 di dalam poket, dengan duit bersisa itulah makan berkongsi, mencuri-curi masuk menaiki Paris Metro, tidur beralaskan tikar mengkuang di depan Menara Eiffel. Sejuknya, tuhan sahaja yang mengerti.

Jika menaiki Metro pun, secara curi-curi. Maka, sepanjang 3 hari itu banyak berjalan kaki menjelajahi segenap ceruk Kota Paris. Bayangkan, dari Menara Eiffel, berjalan kaki sehingga ke The Grande Mosquée de Paris, menumpang solat Asar di sana. Kemudian keluar berjala…

Menakluki Bumi Inggeris

Istilah takluk, mungkin telah melakukan ketidakadilan pada makna pengembaraan (travelling). Tidak lain, kerana 3 minggu di bumi Inggeris, kami sempat menjelajah 3 bandar besar mereka iaitu kota London, Norwich dan Manchester. Saya gemar bercerita kisah di balik gambar, dan saya lagi gemar membiarkan gambar yang berbicara sendiri.

Di London, kami menyewa rumah teres 2 tingkat di Abbey Road. Kami pergi melawat stadium, menikmati apam balik percuma di Brick Lane, bermain hujan di London Bridge, sesat di King’s Cross Station, tidur terlentang di St James’s Park dan sesat sekali lagi di tengah kesejukan malam, di tepi pesisir Sungai Thames, dengan kaki cuma beralaskan selipar jepun.





Muzium di sana, FREE!


Bukan itu sahaja, siap berdemo bersama penyokong Parti Labour dan kumpulan Sosialis di London yang sedang menyambut keraian sempena kemangkatan Margaret Thatcher. Rejoice!


Di Norwich, mendapat jemputan Lotus Car untuk ke kilang mereka, belajar teknologi hand-made yang dimiliki sepenuhnya …