Wednesday, September 11, 2013

Kemerdekaan Tulen?

Saya menulis artikel ini sebagai kemas kini kepada maksud yang ingin saya sampaikan dalam artikel terdahulu, Kemerdekaan dan Kebuluran. Tontonlah video ini, dengan harapan kalian menyedari betapa hipokritnya kemerdekaan dan keamanan yang dinikmati selama ini.



Kita mempersoalkan saban hari, di mana janji manis yang dilaungkan oleh setiap ahli politik ketika berkempen di pilihanraya untuk memperjuangkan nasib rakyat terbawah?

Ke manakah menghilangnya agenda-agenda kebajikan kerajaan yang disebut berulang kali dalam paparan television dan segala media arus perdana?

Ke manakah lesap segala kebesaran dan kekayaan milik keluarga diraja tatkala rakyat bawahan kebuluran dan kesempitan? Tidakkah selama ini mereka mendabik dada seolah-olah mereka wajib dihormati dan disanjung umpama dewa penyelamat dan pembawa rahmat kepada sekalian umat manusia?

Saya mengulang tayang menonton video di atas, dengan jujurnya saya menangis. Tiada impian sebesar impian untuk tidak lagi mendengar kanak-kanak terpaksameluahkan isi hati mereka sebegitu rupa kepada ibu bapa mereka.

Kemerdekaan sebenar apabila semua manusia dilayan dalam satu sistem kehidupan yang adil.