Friday, September 6, 2013

Jasa Besar A. Samad Said

Ini jasa besar A. Samad Said, atau kita panggil Pak Samad. Jasa beliau ialah berjaya melondehkan bukti bahawa para menteri Kabinet dan Ketua Polis Negara (IGP) mempunyai tahap keintelekan (IQ) yang maha rendah.

Mengikuti perkembangan isu penahanan Pak Samad kadang kala mengundang rasa geli hati melihat telatah ketidakcerdikan para menteri yang kini dalam barisan kabinet Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia yang diketuai oleh IGP yang serba bijak pandai.

Melihat dan membaca satu demi satu komentar mereka ini yang berada di atas berkenaan A. Samad Said maka tidak hairanlah kenapa Malaysia berada dalam posisi yang begitu teruk dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi dan sosial.

Mulanya, Shabery cuba nasib.



Kemudian IGP. Ini kelakar.



Tambah kelakar, apabila IGP cuba berbuat lawak di depan khalayak.



Cerita pasal IGP ini nampaknya tidak kering gusi dibuatnya. LAWAK!



Ya tuhan, rupanya masih ada orang sebegini ya?



Makin meroyan si IGP.



Alamak, Ibrahim Ali mula menyampuk!



Dan... TPM!



Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia kerana Menteri anda sungguh bijaksana.

Agaknya, mungkin dengan kenyataan-kenyataan cerdik sebegini mampu pengalih perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak – mengikut tahap IQ mereka ini.