Monday, September 2, 2013

Harga RON95: Rakyat Malaysia Hanya Menang Sorak Dalam Facebook


Apa yang rakyat Malaysia mampu buat dengan pengumuman DS +Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen bermula esok?

Bersorak dalam Facebook? Meracau tentang bajet harian yang semakin tenat? Mengkritik Najib dan rakan-rakan pelahap mereka? Dan bersyukur sehingga ke hujung nyawa?

Buat lah apa sahaja, dan ingatlah Barisan Nasional akan memerintah Malaysia bukan untuk setahun tetapi 5 tahun akan datang lagi.

Kalau sehingga penghujung penggal ke-5 harga minyak mencecah RM3 maka jangan salahkan Najib, tetapi salahkan diri sendiri kerana masih dungu untuk berfikir ketika Pilihan Raya yang lepas.

Ini semua nikmat dan rahmat yang Najib cuba hamburkan kepada semua rakyat Malaysia, maka bersyukurlah.

Elok-elok Tuhan bagi peluang untuk buat perubahan semasa PRU-13, tapi masih lagi berdegil dengan transformasi BN maka inilah jawapan kepada pilihan itu sekarang.

Rasanya tidak perlu bincang soal kenapa harga petrol perlu dinaikkan atau ada justifikasi ekonomi lainnya, kalau kenaikan pendapatan isi rumah masih lagi menjadi mimpi di siang hari.

Bersukurlah! Bersyukurlah harga RON95 naik lagi!